Wednesday, February 29, 2012

Senjata bila stres

Aku suka kalau stres mengadu dekat MM.  Or even my closest friends yang macam family aku sendiri like Kak Shma (tapi kadang- kadang Kak Shma selalu bagi solution sengal, hahah) or others like J (kalau ada masalah kerohanian boleh cari dia, sesuai).

Tapi kalau ko rasa nak hilang stres kau by gelak masa- masa tu jugak ko cari la MM. Dia memang pakar rujuk yang terbaik. Hilang stres.

Tadi aku cerita dekat dia. Aku stres. Cerita punya cerita sekali dia macam seorang kaunselor dia cakap ;

"U tahu apa SENJATA nak selesaikan masalah?"

"Ape? DOA"

Pastu aku pun gelak dia pun gelak. Bukan aku nak gelak keajaiban berdoa tu. (kalau ko rasa kau ustazah and tak boleh nak terima apa aku cakap or dalam hati ko kata "eh dia ni, doa tu kan ikhtiar, senjata dalam menyelesaikan masalah, tak belajar pendidikan islam ke dia ni macam aku?". Aku mintak sila awal- awal jangan baca dah blog aku ni.. Blog aku ni nak lepas apa aku rasa bukan nak berdakwah kat orang pun).

Tapi aku gelak sebab tetiba aku rasa aku macam Ustazah sangat feeling alim and begitu jua MM .

Tapi MM cakap SENJATA itu ialah MENANGIS.

Aku pun terfikir. Ye tak ye kan, perempuan apa- apa pun menangis. Sikit- sikit menangis, lelaki pun kalau tengok perempuan menagis pun jadi lemah. Cepat kesian. Mission accomplish!

Aku teringat dulu masa sekolah. Kalau cikgu marah sangat- sangat, amukkan pun tak menjadi last- last dia menangis. In front of the students. Angkat beg , buku rekod , blah! Tapi make sure anak- anak murid nampak kita meleleh air mata. Belum abes waktu dah kuar kelas. Cikgu mengular ni. Hahahaha!

Nanti anak murid akan rasa bersalah. Susah hati cikgu merajuk . Cikgu umur 40 tahun pun merajuk dengan anak murid umur 16 tahun? Wth? Ok aku paham memang ada sampai masa cikgu pun pissed off dengan perangai students. Tapi lari keluar kelas like that? Itu we call it DRAMA ok cikgu.

Aku teringat masa aku jadik cikgu dulu, ada sorang cikgu ni. Dia sangat stres. Cikgu banyak keje wooo... jangan ingat cikgu seronok bila cuti sekolah tak payah pikir cuti lulus ke tak, bila cuti panjang boleh plan pergi Vietnam, Bandung dan Jakarta aje. Jangan ingat jadi cikgu ni seronok sebab tokei kedai kain ela boleh kenal kau so boleh dapat diskaun sikit. Eh terlebih pulak aku. 

Di samping kehebenan jadi cikgu itu ada juga tekanan- tekanan yang perlu dihempapkan ke atas kepala jemala mereka ini. Aku dulu paling stres nak tulis lesson plan tu. Hari- hari woo kena hapdate. Sangat dan amat bosan. Belum lagi kira kau nak kena tanda buku. Belum lagi kira kau nak kena update fail PEKA . Tu bukan fail peka kepada pembelajaran anak murid kau ye, tu fail amali sains kau tu, ada fail hujung tahun amik markah nanti boleh membantu markah kau dalam PMR, SPM nanti. Bukan juga fail pekak ye.

Tu belum lagi cerita kau nak kena buat minute mesyuarat, kau nak kena attend mesyuarat di kala kau seharian naik turun tangga kelas tingkat 3 dari pukul 8 sampai pukul satu tgh hari kalau waktu pack lagi macam nak tercabut kepala lutuit, dengan lagi nak jalan kaki pergi kantin lagi (lauk kantin cikgu sedap kalau sekolah dapat tender org masak sedap) lepas tu tgh hari terik kau nak kena attend meeting pulak dah, kepala jemala nak pikir lauk ape nak tapau bawak balik anak balik sekolah nak makan karang ni, karang nak amik anak sekolah nak antar pergi tusyen la kelas KAFA la ape la. Bebaban jadik cikgu memang membakar diri di panas mentari menerangi yang lain. 

Jadi bila bebanan - bebanan begini menghimpap diri, akak ni tadi dihimpap lagi dengan tugasan- tugasan seperti guru kelas, guru ini guru itu, dah sekolah nak buat hari sukan pulak ke sana ke sini berlari bekejaran maka dia adalah stres! Korang tau macam mana dia hilangkan stres tadik?

Iye......menggunakan SENJATA yang digunapakai macam MM cakap tadi. Menangis. Tetapi...............!!!! 

Bukan menangis hik hik hik (bunyik terisak - isak bukan bunyi ketawa kecil pura- pura ayu tu) dia MENANGIS MELOLONG....IYE ORG KEDAH CAKAP KERIYAU....!!End up, pengetua lepaskan bebanan kerja yang menghimpap kepalanya dan himpap kepala orang lain pula. 

Umo 40++ kau melolong depan ofis sekolah macam budak tak dapat aiskrim?

Mampu?

Hebat kan? 

Hebat!!

It works!

Buyui

Kalendar koda


Aku kan dari sekolah lagi kalau nak ingat bila ada sukan olimpik masa tu la tahun lompat. Settle! Langkah selamat kalau cikgu tanya "tahun ni tahun lompat ke tak murid2?" or kalau aku nak tahu olimpik ade ke tak tahun tu aku tengok la februari tahun tu ada 29 hari ke 28 hari. nanti cikgu tanya aku boleh la buat pandai "cikgu! tahun ni ada sukan olimpik cikgu!". Amboii macam bagus budak ni. Hahah!

Padahal aku bukan tengok sangat pun sukan olimpik tu, tengok games aku suka je, bila nak buat pun aku tatau janji aku tau dia nak buat tahun ni, and dekat mana. Ye aku tau korang nak tanya aku kan olimpik tahun ni kat mana? Kat London la..asal penutup olimpik aku mesti nak amik tau "hah..next olimpik kat mana??!!" Jadi jangan kelentong dengan aku, bab2 ni aku amik tahu. Walaupun aku bukan minat sukan sangat pun. Haha!

So, on 5th, 12th, 19th dengan 26th tu ada sapa- sapa menang race tu? (sila rujuk kalendar koda di atas). Eh.

Happy 29th Feb everyone! Sampai hari ni aku tak puas hati (actually kesian) dekat sapa- sapa yang lahir pd hari ni. Memang la korang celebrate 28th feb or 1st Mac kan?But still......

Isk lantak la kau sibuk apehal kan orang punya birthday nak celebrate bila pun. So Happy birthday la jugak ye sapa yang lahir hari ni, celebrate to the max ok bukan senang ni 4 tahun sekali bukan 4 kali setahun ye. :)

Buyui

Tuesday, February 28, 2012

Boboiboy!Boboiboy!Boboiboy!

Alien datang menakluki bumi
Demi koko yang dicari- cari
Merekakan tiba tak lama lagi
Apa mungkin terjadi

Jadi kita perlukan penyelamat bumi
Boboiboy!Boboiboy!Boboiboy!

Ying!
Yaya!
Gopal!
Dan superhero kita

Boboiboy!Boboiboy!Boboiboy!


Lirik: Boboiboy OST
Sumber : Google


Gigih aku cari lirik lagi dia. Aku pun tak pernah tengok kartun ni. Tapi aku tau budak- budak kecik suka nau cerita ni. Korang ni tengok Barney lagi bagus . Ajar cakap english. Ajar nyanyi lagu "I love you , you love me, we are happy family" kan lagi bagus. Ini besau- besau dah berebut channel dengan aku, aku nak tengok HBO kau sibuk nak layan Vanilla Coklat. Nini coklat celup, celup2 betollah! Aku pun tengok gak cerita melayu tapi bukan la 24/7 melayan cerita melayu ok. Semua cerita aku layan. Cerita tamil paling terbaik. Heh!

Aku nak cerita pasal Boboiboy. Eh tapi jap, aku tengok lirik OST kartun ni . WTH Alien datang menakluki bumi, Demi koko yang dicari- cari". ???? Alien datang bumi sebab nak curi koko ke? For real? Ok itu tak logik ok...tak logik sungguh. 

*******************************************

Semalam adik aku bercerita lagi pasal gelagat- gelagat yang dia ikut ke Langkawi ni. Yang membuatkan aku lagi sekali gelak terbahak- terbahak. Yang membuatkan lama- lama aku terfikir adik aku ni pergi trip ke Langkawi ke, atau ikut rombongan sarkis? :p

Kali ni pasal seorang jejaka. Tapi pada aku nak gelarkan dia anak hekan sebab umur dia baru dalam 20 tahun mengikut kiraan mata dan aqal adik aku. Hensem budaknya. Budak ada rupa dan ada komersil value untuk didagangkan di Siam. Eh!

Tapi sayang............... (sila buat bunyi sengau Bang Salim Iklim) muka dah hensem ada rupa tapi................. dengan excitednya (ok ini bukan asal Kodiang, Kedah. Korang jangan ingat orang Kodiang je excited bila bercakap, itu judge orang nama eh!) cakap kat adik aku, "Kak! Saya minat Boboiboy!" Camtu ke eja  Boboiboy hah?Entah tak sure pulak aku. Aku cakap ala setakat cakap ko minat karakter mana- mana kartun ape lah sangat kan? Aku pun minat a few karakter superhero tapi Boboiboy ke Keluang Man tu tak masuk senarai ah!

Adik aku ni belajar kolej mana ha dulu? Bagus- bagus betul student dia semalam semangat Kekodiangan yang menebal dalam diri dah hari ni semangat cintakan hero tempatan yang tiada tolok bandingnya. Kolej ni ada subjek "Jadilah warganegara yang sejati tiada belah bahagi" ke korang rasa?

Aku tak tipu ye budak ni semangat dengan hero tempatan boboiboy ni ye, ini terbukti dengan adik aku menyatakan anak hekan ni boleh beli patung boboiboy tu besar- besar macam dulu- dulu kita zaman baru gatai nak kenal boyfriend, boyfriend belikan teddy bear besar pakai duit PTPTN or duit mak kirim tiap- tiap bulan tu sempena bithday kita. Auuuwww!! U so sweet la bang Nuar!! (ok, ni imagine aku je, tapi belum sampai tahap fantasi lagi..hahahah!). Ok besar- besar teddy bear tu la dia beli patung boboiboy ni.

Lelaki?

Beli patung besar?

Untuk diri sendiri?

Boboiboy pulak tu?

Dan bertubi- tubi soalan aku ini adik aku jawab dengan satu jawapan.

"YE,".

 Ok aku pitam sebab gelak banyak.

Buyui

Monday, February 27, 2012

Kodiang, Kedah. Tau mana tu?

Korang pernah dengar mana tu Kodiang, Kedah? Aku rasa ramai tau kewujudan Kodiang, Kedah ni, tapi mungkin orang tak biasa tatau mana hala kot Kodiang ni. 

Dulu kalau orang or aku mention nama Kedah  ,mesti nak relate dengan ayat macam ni: "Mana? Kodiang ke?". Aku pun pelik, femes sangat ke Kodiang ni dari Alor Setar, SP, Langkawi kenapa hala Kodiang tu jugak kau nak sebut? Aku sendiri pun tak pernah pergi mana- mana umah celah Kodiang tu. Maybe sekali dua bila abah aku nak pergi ke Kedah belah lagi utara lalu la kot belah jalan- jalan tepi sawah tu aku nampak la signboard Kodiang. Tapi belah mana hala don't ask me. Korang cari sendiri kat google map.

Adik aku baru balik dari percutian dia ke Langkawi bebaru ni. Semalam bermulalah sesi gosip kami berdua. Indah. Dia pun cerita la sebab dia ni pergi pun atas tumpang trip kolej lama dia. So yang jadi kepala trip tu one of the junior. And the junior is coming from Kodiang, Kedah!

Apa yang aku kagun sampai the whole bus yang pergi trip tu tau dia asal dari Kodiang, Kedah it's just because she canang dari awal trip sampai balik yang dia ni asal dari Kodiang. Bayangkan ye, betapa semangat keKodiangan dia yang menebal di jiwa sampai dia boleh dan mampu menjerit dengan bangganya (sila buat imagine tambahan aksi mendabik dada) "Cheq ni mai dari Kodiang, Kedah!!!". Pergh...aku memang kagum wei kagum dengan budak ni. Tengah- tengah public kau boleh jerit asal usul tanah tumpah darah kau Kodiang, Kedah. Kagum!

Aku rasa la, disebabkan penduduk Kodiang, Kedah mungkin macam budak ni lah. Semangat keKodiangan yang menebal dalam diri menyebabkan orang di luar sana kenal mana itu Kodiang. Budak macam ni bagus aku rasa. Kalau hantar dia duduk mana ceruk meskipun eskimo mesti dia tak lupa asal usul dia, dari mana........?? Yes.... Kodiang, Kedah!

p/s: sebut Kodiang tu macam ni "Kokdiang", baru bau Kedah. Pulun Kedah pulun!

So ada sapa dari Kodiang?

Buyui

Sunday, February 26, 2012

Apakah kepentingan saka pada manusia di zaman lampau dan kepentingan internet di zaman kini. Bincangkan.

Semalam aku borak dengan kawan aku tro YM.Itulah naseb weekend sorang sangap menyangap yang sorang lg kena kerja over the weekend. So hala tuju kami semalam mengumpat la.. tak kira la orang tu kitaorg kenal ke tak. Keji bukan. Hahahahah.

So kawan aku ni keluar la satu cerita (sebelum ni dia ada dah cerita pasal benda2 mistik ni). Benda - benda mistik ni ,kita paham la macam ilmu hitam ke, sihir ke, hantu botol kicap la, saka la bla bla bla.. Aku tahu kita kena percaya benda- benda ghaib ni. Jadi aku percaya benda itu ada, tapi entah lah kadang- kadang benda mistik ni ada sampai tak tercapai dek akal kita nak fikir kalau ko ikut relate logik dengan zaman sekarang ni. Senang cakap wallahua'lam la...

Bila bercerita punya cerita dengan kawan aku ni, dia pun bukak la topik pasal saka menyaka ni. Aku kenal pasal saka ni pun (sebelum ni tau camtu2 je) dari filem Waris Jari Hantu. So aku tau la kena cari orang untuk turunkan saka tu, and so on. And sebab sekarang ni serba moden  ada je tatau rupanya keturunan dia ada saka tu and nak kena bagi kat dia pulak. Pun ada! Wallahua'lam sekali lagi. 

Dari cerita tu jugak aku dapat tau pasal saka ni bukan niat jahat je nak simpan. Orang dulu- dulu la mostly semua ada simpan saka ni. Ini kawan aku cakap hasil dari dia baca blog seorang pengamal ilmu perubatan Islam yang agak dikenali. Kebanyakkan orang zaman dulu ada simpan saka ni. 

Lalu aku pun bertanya pada kawan aku;

Aku: Apesal orang dulu suka nau simpan saka- saka ni ha? 

Korang tau ape kawan aku cakap?

Kawan aku : Dari I baca blog ustaz tu, saka ni org dulu simpan macam keperluan la. Contohnya sekarang handphone kan, kalau tak ada hp boleh hidup tak? Tak boleh kan?

Aku : U mean like Iphone, BB semua? Sekarang ni semua orang pakai.I see, means zaman dulu tak ada benda hp ni so diaorang simpan saka? Ko biar betik???

Kawan aku : Hahaha! Aku lah cakap zaman sekarang kan internet kena ada, so org sama la macam zaman dulu. Saka tu penting macam kita rasa internet tu penting.

FYI : Ni pandangan kawan aku pasal kepentingan saka bukan pendapat ustaz tu ek. 

Tapi point aku di sini, biar betol kawan aku ni samakan saka dulu mcm kepentingan internet sekarang? 

Sengal.

Buyui

Saturday, February 25, 2012

Anak orang kaya raya tak reti makan roti canai?

Selalu kalau kita tengok movie2 melayu ni, kadang2 aku terpikir akan kelogikkannya. Banyak situasi yang buat aku terfikir kadan- kadang ni. Satu situasi pun dah cukup buat korang pun terfikir 3-4 hari kot.

Contohnya kan ... situasi anak orang kaya tan sri toh puan datin bagai tu..... mesti la kalau kita buat filem ni kita akan amik panduan kehidupan masyarakat sekeliling ni kan baru boleh apply dalam cerita.

Jadi, betul ke anak orang kaya2 ni (aku cakap anak orang kaya bukan kerabat diraja tu, itu memang tak terjangka la ku life diaorg macam mana, ada jugak a few aku dengar dari kawan- kawan aku so aku tak nak jadikan point aku di sini) tak makan langsung kat warung2. Ok la warung aku pun tengok gak kalau tepi jalan angat kotor aku pun tak makan la demi kesihatan. Tapi mamak? Roti canai? Tak makan? Tak pernah makan? Tak reti nak makan pun? Really?

Aku tak ada kawan orang- orang macam ni. Korang ade? cuba cakap betul ke ade orang macam ni?

Buyui

Thursday, February 23, 2012

Are u qualified enough?

Sila email aku untuk dapatkan password dia noorulazliana@gmail.com/tweet aku/FB aku.

Its still the same

Hari ni jugak genap 2 tahun aku d bumi "Texas".
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Rajin nya scroll

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Penat scroll kan korang?

Sorry.

Perasaan aku dah genap dua tahun kat sini?

Well.........................

*Bunyi cengkerek

Sama. Still sama.

Nak tau apa aku rasa. Conclude sendiri dari entry2 aku setahun lepas. Cari sendiri kalau suka, malas nak kasik link.

Happy bday FM and Bang Aaron!


Buyui

Wednesday, February 22, 2012

Bebelan sebelum ke angka baru

Aku sesiap wish screen to screen dengan FM sebelum aku or dia tertido. And for moment aku still online dengan dia cuba nak merasai rasa- rasa umur angka lama di hujung- hujung jam. Githew. 

Tapi masa aku wish dia , dia wish aku, seriyes aku rasa macam ada kembar. Terus aku teringat novel Hlovate- Tunas yang aku khatam kali ke 5,6,7,8 aku tak sure pulak. Cerita tu Addin wish kembar dia Kucai , kan best ada kembar. 

Then FM tanya aku celebrate mana. Then aku cakap "aku sendiri dah lupa when was last time aku celebrate birthday". Memang aku dah tak ingat. Yang aku ingat aku celebrate fake birthday dengan Mr I dekat red box sebab dia amik pakej birthday. So semua feeling tiup kek. Sengal berganda.

FM pun cakap "aku mula start celerate bila start duduk asrama,'. Yes now I remember, aku mula mengenali asrama masa tu la aku baru ingat aku baru reti nak celebrate2 birthday ni. Eleh FM tak boleh nak recall pulak, dia tak ingat masa aku form 2, gigih budak kelas dia kat atas kelas aku tu nyanyi lagu happy birthday dia yang aku kat bawah ni dengar la orang nyanyi kat dia, "Happy birthday to Fatin............". Sedih ok padahal orang tu ngan aku sama bithday ni. Tu cerita masa bebudak la baru nak akil baligh (sweet sangat masa tu anak dara sunti yaww, hahaha!), sekarang dah jadi bahan lawak (aku je la gelak, FM tak gelak pun sebab dia tak ingat sampai sudah, fine.)

Cakap pasal celebrate ni mesti kita teringat ada kaitan dengan surprise! (Sila buat nada Eric Leong, cantik tak?cantik kan..........?). Sejak aku kenal makna celebrate ni, aku mesti teringat sorang kawan bak aku masa asasi UM dulu, roomate aku si Anne ni. Dia ni memang kaki celebrate birthday member. Sampai la ke dah beranak dua ni kerja dia celebrate birthday anak- anak la pulak kan? Kalau dia tak celebrate pun dia akan ingat birthday kita dan dia wish dari aku kenal masa belia remaja dulu sampailah ke la ni (walaupun tahun ni tetiba dia letak bang aron tu sebagai prototype dia nak wish birthday aku) tapi she still remember even dah berbelas tahun kot aku kenal dia. She always be Anne macam dulu jugak. 

Sebab dia la aku celebrate birthday dulu, dan sebab dia jauh dengan aku la , dah tak ada dah tengah- tengah malam bukak hadiah lepas potong kek (walaupun pada tahun pertama penyelebratan birthday aku, sambil depa ni nyanyi lagu ramai2 kat aku, aku tengah sibuk bergayut telefon dengan si Zal laki Anne sekarang ni, and using Anne's phone sony ericson warna biru boleh flip tu, hahaha!Amponnn). Tapi dah tuo- tuo ni aku tak kisah pun potong2 kek bagai tu sebab aku bukan makan pun.

I still remember one of my bday celebration dulu pernah sampai 3 group celebrate bday ko! Gila x? So ada 3 cake, different group, different time and different ko tiup ngan potong cake tu. Masa tu aku feeling celebrity sangat tau. Hahahaha! Ada jugak aku celebrate sama dengan kawan- kawan aku surprise yang tak surprise tu, dah hampir- hmpir jadik dha surprise tu aku percaya dah mati- mati la kawan kak Shma ajak lepak minum , sekali ujung- ujung terkantoi jugak. Bahahahaha! End up aku kena bawak Stevie patung besau orang tu kelek sepanjang Bukit Bintang. Nice eh!

Ada jugak celebrate yang beriya si Anne ni gorganize bawak cake segala dah ni, sekali aku nak keluar lepak dengan kawan aku yang lain. End up aku potong la cake and blah kuar camtu je. I know depa mesti kecewa kan masa tu, aku pun insaf. Sorry korang masa tu darah tengah muda (eceh!) so berjimba itu lagi penting ok. :P

Tapi dalam banyak2 birthday celebration yang pernah aku lalui , birthay celebration kalangan roomate, housemates aku yang mostly si Anne ni gorganize la yang aku paling hargai sampai sekarang. Even it's just makan cake, pizza, or mee jajan camtu, tapi moment ko lepak gelak beramai- ramai tu la paling happy. 

Rindu.

Buyui

Mrs Confident

Thn lepas aku wish sebulan awal bday Kak Shma gara- gara ingat beriya takut terlupa mcm tahun sebelumnya.

And pagi ni aku dok membebel kat ofis ni blackout, dah la blackout hangat pulak tu, dah la hangat server wifi off pulak tu, dahlah wifi off bateri laptop ni hujung- hujung nyawa je ni, tetiba dia ;

HAPPY BIRTHDAY B! siap dengan ikon party2 bagai. Sengal.

Aku balas;

"Kak Shma, arini baru 22hb , awal sehari!"

Ni kes balas dendam ke ape mama babies ni?

Ghupenya dia confident hari ni 23hb siap bagi notis board meeting bagai harini. Kot ye....

Ms Confident ni dah jadi Mrs Confident! Masih! (mesti ada orang tu meroyan tak boleh nak komen. Mr I i know ko bab2 Ms Confident ni mesti ko nak mencelah kan?Tapi apakan daya blogspot ni sengal tak bagi ko komen dah kat sini. Bukan salah aku ye)

Buyui

Tuesday, February 21, 2012

Prank- Jamie Oliver with Ushi. Cook = C what???!!!!

Aku nak share dengan korang satu video ni. Lawak sial si ushi ni. Mula- mula RJ tunjuk aku interview ushi ni dgn adele aku dah terkekeh2 gelak dah, then aku share dengan MM, sekali MM share lak interview dia ni dengan Jamie Oliver lagi tak boleh blah.

So aku share yang Jamie Oliver tu je lah, Adele aku tau ramai dah tengok kot. Dia kan femes dah sekarang ni.

.

Sengal la Ushi ni

Buyui

Nak ke tak nak? Ni bukan kempen anti merokok

Lately ni aku blog hop sana- sini, yeah zaman super duper bz aku dah berlalu. Now aku kembali menyangap. Adalah kerja sepicis dua (ya Allah betul ke sepicis dua tu?haha!) tapi tak perlu tekun sangat by dateline baru aku pulun (dasarrrrrrrrr last minute) #sajanakbagitahufaktatakpentingni

Jadi aku banyak bloghop blog- blog orang yang duduk di luar Malaysia sekarang ni. Ada yang students and ada yang kerja kat sana atas arahan negara. Gitu kan? Bila aku lama- lama membaca blog depa ni, mostly orang yang bekerja lah aku relate dengan situasi aku sekarang, kerja duduk jauh dari keluarga semua. 

Terlintas di fikiran aku;

"Bestnya duduk kat oversea, boleh lari dari masalah kat Malaysia ni (mcm aku ni hutang Ah Long pulak)"

"Bestnya main salji"

"Bestnya bila weekend jalan sana - sini tengok tempat orang"

"Bestnya ada kawan- kawan macam adik beradik sendiri"

Sampai aku boleh utarakan dekat RJ ;

"Saya nak duduk oversea la"

Sekli RJ cakap "Anda, aritu duduk Jepun baru sebulan pun dah hari- hari mengadu dekat saya nak makan itu ini, google resipi lah ape lah, nak lagi duduk sana?"

Kan??

Aku teringat balik kesengsaraan aku duduk Jepun walaupun sebulan je tu.

Tapi.......... tu Hokkaido bumi yang melayu pun ko susah nak jumpa bagai. Kalau Tokyo ok what??(Nak gigih lagi tu nak jugak duduk oversea)

Tapi sejak adik aku takde rumah ni (hai lah adik aku ni pun holiday sampai tak ingat pangkal jalan) bila balik kerja je aku termenung dengan apa yang RJ cakap, apa yag aku dah rasa and timbal balik dengan keinginan aku yang tetiba ni. Cepat terpengaruh sungguh la.

Bukan aku tak pernah merasa;

"Salji tu nampak je best, tapi bila nak jalan kaki, kasut ko salah pakai ko tergolek puluh kali tu tak ke payah?"

"Malaysia ni panas, nah amik ko sejuk dengan angin yang sejuk tu sampai ke tulang pipi ko, tak kehazab?"

"Makanan.....???". Tak payah explain banyak- banyak buat bergenang air mata je. Drama la kau ni B!

"Bahasa.........". Ok tu k lagi jangan duduk Jepun. Kita duduk tempat orang tau english. Tetiba kan?

"Budaya"- alah duduk Malaysia pun bukan ko berzapin all the time kan?So far aku tak ada masalah dengan yang ini.

"Agama"- Insya Allah semua ini bumi Allah. Dia sentiasa ada. :)

And lepas habis aku khatam blog- blog orang- orang ni, memang la aku jumpa entry- entry semua nak balik negara sendiri tak nak duduk sana.

Macam yang aku pernah pikir masa duduk kat Hokkaido dulu "Kalau setakat ko melancong abes kuat 10 hari tak sama seronoknya dengan ko kena duduk sampai 4-5 tahun di bumi asing,"

Yes, nampak je seronok. Hakikatnya tuan punya badan aje yang rasa macam mana kan?

So, berbalik pada soalan aku tadi, aku nak ke duduk luar dari Malaysia?

Emm, kalau dipaksa kena lah kot. Volunteer?? Tunggu sampai aku kena paksa baru aku buat.

Buyui

Monday, February 20, 2012

Hidung belang

Ade ke underestimate aku tatau hidung belang tu ape? Aku amik BM kot dulu bukan aku sekolah kan wilayah Senchuan tanah besar cina nunnn....

Err...tapi betul ke maksud hidung belang aku tu?
pakai kanta kalau tak nampak
Buyui

Awas! Entri berbau mak2 aku dah muncul!

Amaran : Ini entri berbau mak2 tak suka sila klik pangkah d hujung atas kanan. 

Korang tau kucai tu ape? Kucai tu sayur - sayuran kalau ltk dalam keautiau / cucuq udang ka/ maggi goreng ka/ mihun goreng pun best!! Aku tak la gila sangat kucai ni, tapi tekak aku dah rasa makanan camni kalau letak kucai letak lak taugeh gems2 tu memang sedap la.Kucai dengan taugeh masak kicap letak tauhu pun sedap you know. Memang entri berbau mak- mak sangat.

Gila aku tak histeria tengok sekawanan kucai macam ni?

Dulu masa aku duduk KL or San Pranciso or even aku duduk Kuantan nak ke Tepen masa sekolah dulu kucai ni bersepah je. Nak- nak lak arwah mama aku rajin lak nanam kucai (sampai dah menurun kat adik aku, hantu taugeh kucai) so bersepahlah kekdahnya kucai di pandangan mata aku. So for me, ada tak ape, tak ada pun tak de hal.


Tapi tulah orang cakap, bila tak ada depan mata baru nak hargai kan?(gila tak romantik aku samakan kucai dengan ayat- ayat jiwang ni, haha!). Dekat 'Texas' ni payah sikit nak jumpa kucainya. Punyalah payah nak jumpa sampai aku pergi kedai tanya kucai pun budak tu blur- blur bagi aku daun bawang sebab aku cakap 
" Dia sayur, macam rumput tu tapi besar mcm daun bawang". Salah ke aku? Aku tak salah dan budak tu pun tak salah sebab aku tak reti explain dan dia pun memang tak biasa dengan kucai ni. Bukan masalah bahasa dia panggil kucai tu perkataan lain tapi memang kucai jarang jumpa di sini! *Emosi aku dengan kucai.


Tapi setelah aku buat kaji selidik ternyata kucai di sini memang jarang dijumpai di sini. Nak ditakdirkan aku ada jodoh dengan kucai, kebetulan aku kuar ke pasar (ehem!) untuk membeli barang simpanan seminggu simpan dalam peti ais so adik aku boleh bagi aku mentekedarah bila lapar dan kalau tak memang tumbuh hidupan baru dalam peti ais tu, terjumpalah aku si kucai ni. Ada a bunch je. Gemuk2 lak tu. Tanpa kira apa2 aku amik, bukan sebab aku nak masak sebab adik aku sekarang tengah berholiday (oh nak inform adik aku yang rajin masak tu dah stay dengan aku sekarang for a moment) so sah2 la kucai tu hidup berkelana dengan hidupan- hidupan lain dalam peti ais tu, tapi aku beli jugak. Sebab...........payah nau nak dapat kucai ni kat sini! So ikutkan hati aku beli and now aku tatau nak buat apa dengan sayur ni. Boleh tak aku buat garu- garu belakang kalau gatal sambil tengok tv?

Sila berikan pandangan.

Buyui

Sunday, February 19, 2012

UNGKALA tu pon bukan ungka atau binatang la korang....

Mentang- mentang bunyi rhyme macam UNGKA korang ingat UNGKALA tu UNGKA la..binatang la...dah si JA lagi la tetiba terjongoi (hahh ni tau lak ape tu) citer pasal Kala mana hala tah..hahahhah! Korang buat aku gelak ungkala aku baca komen la ka..See nampak di situ adik2 akak dah masukkan penggunaan perkatan UNGKALA yang kita bincangkan dulu? (tolong buat nada mcm ko ni ASTRO tutor tv dok baca soalan UPSR).

UNGKALA tu maksudnya bila, apabila, or when. Senang cakap bila tu ko ganti la dengan ungkala. contoh dia :

Situasi :nenek tua tengah sapu sampah (seriyes aku terbyg tok aku dah time ni) tetiba datang la Awang yang lama tak balik2 kampung tegur dia.

Awang : Assalamualaikum, Tok Munah! (aku siap ltk nama tok aku ni sebab aku dok bayang dia dahh)

Tok Munah: Waalaikumussalam, La...hang Awang?! UNGKALA hang balik?!

Kann??

Isk tetiba aku rasa betoi ka ungkala pakai ayat macam ni, LOL.

Ting tong!

Buyui

Friday, February 17, 2012

Mind your own language

Harini aku nak share dengan korang bahasa kedah purba sikit. Uish mara org kampun aku cakap purba. Bukan la purba maybe ada lagi org kedah still sebut word ni. Tapi family aku yang sebut word ni arwah tok aku yang dah tak ade since aku darjah 5 lagi. So even abah aku pun tak sebut dah word2 camni, maybe sebab dah merantau and campur orang macam2 dah so application of this word tak berapa nak apply sangat dah di kalangan family aku.

The word like....







UNGKALA


Ko ada? Sapa terel bagitahu aku apa maksud dia. MM , u senyap.

Buyui

Wednesday, February 15, 2012

perhatian-perhatian!

Announcement :

Aku baru start berjinak- jinak dengan blog baru yang cerita dia pasal gambar je. Selama ni aku ada dah ambik gambar sikit- sikit ikut hati dan perasaan aku, kalau orang rasa buruk aku rasa lawa aku peduli apa. So aku share la kat sini, FB macam tu. Aku takde flickr ke..tumblr kejadah semua tu sebab aku ni bukan pro pun. Amatur pun tak. Tang belah mana aku duduk pun aku tak pasti. Yang pasti aku suka je ambik gambar.


So bila pikir mentelah aku rajin ni, aku bukak la satu blog pasal photo je. Link dia ade je kat sidebar sebelah tu. Kalau rajin nak jengah , silalah. Kat situ aku tak cakap banyak , tapi gambar tu tak jugak wordless sebab memang aku jenis tak reti tak bercakap. Hahahah!

Kat situ baru je up 3 entri kot. Pas habis tulis baru aku sedar "speaking berabuk grammar terabur kauuu.....". Sorilah aku poyo je tu. LOL.Tapi kalau rasa nak offer aku kelas grammar free bagus jugak aku memang nak belajar pun.

Oh ya nama pon so ala gedik mintak penampar My Momentlicious. Tang tajuk pun dah nampak grammar terabur kalah gigi pelesu Pak Awang Kg Dusun. Aku tak kenal sapa dia kat mana pun Kg Dusun tu jugak. Harap maklong.

Sekian bebelan aku, kalau rajin pergilah jengah. Itu je.

 Buyui

Tuesday, February 14, 2012

typo on V Day

Lately ni aku super bz. Mana nak kejar meeting, discussion , proposal lagi, KPI lagi , semua nyer kerja.kerja . kerja............ masa dekat Singapore pun even cuti otak aku ligat memikir meeting nak kena handle balik dari Singapore. Tak sempat nak bernafas rasanya.

Sampaikan aku borak dengan tro YM dengan si Faryn aku ingat last weekend tu adalah cuti Thaipusam. Padahal cuti berderet tu last two weekends. Gilalah kau Buyui, hari pun ko dah penis2.. eh pening2.

Semalam entry Faryn pasal typo "hornyland" hahah! Dah aku lak arini elok dok nak taip PENINSULAR Malaysia jadi:


PENINGSULAR

eh silap..aku taip lagi..











PENINSLUAR

Eh silap jugak, aku  taip lagi



Sekali keluar.........................


















PENISULAR



Hahahahha! 

"kau cari la laki sorang". Bernas nasihat kau Faryn. LOL.

p/s: Happy V day pada yang sambut, pada yang tak nak sambut aku ucapkan good day. Tuesday ni baik-baik sebab kalau ikut petua Mrs MM Tuesday to bad day. Muehehehe!


Buyui

Thursday, February 9, 2012

since this is your second time, why don't u take ANNUAL PASS?"

Kan...............................................

Aku diperli oleh pekerja US, Singapore sebab masuk kali ni, kali kedua aku jejak kan kaki ke sana. Last time aku pergi bulan 5 , ini tak sampai setahun aku pergi lagi?????

Alasan aku "because of transformer". Alasan semata. Memang la aku tau keturunan All Sparks la, pakcik robot tua sampai ke autobots segala. Bumblebee!! Tapi tak la aku menanti- nantikan kebukaan dia kat USS tu. Heh.

So mintak2 ade lagi benda baru dia bukak tahun depan boleh aku jadikan alasan aku pergi USS tu tetiap tahun. Muehehe.

Tapi bagus jugak aku pergi lagi kali ni, banyak lagi tak explore. But roller coaster?? Hell to the no!!! Memang aku tak naik tak elok untuk peranakkan. :) . So sapa nak naik silakan, aku boleh jadi locker rasmi tolong jaga beg korang dari ko letak dalam locker yang disediakan. :P

Tapi aku rasa, ade jugak aku pergi lagi semata- mata nak borong perfume dia Hebenn wei. Hari- hari bau aku lain2. Gila!

Aku malas la nak kasik tips bagai kat korang. Singapore je pun sepelaung dengar kalau aku jerit. Tapi kalau nak tau ape2 tips2 menarik macam mana nak beli perfume, duduk segala tak lupa mana port ayam just ask me.Eceh!

So nah amik la pic ni buat jamu mata korang.





















p/s: selamat Singapore tak panas sangat wei kali ni.

Buyui

Wednesday, February 1, 2012

ayam..ayam..ayam.. ayam!

Td tengahari aku berjalan2 nak makan , then dah mkn menyantak wif all gadis pingitan [bak kata Mr I setelah tgk tweepic aku td, githew..paling terpingit haruslah akuuu, kahkahkahhhhhh] nak balik aku lalu la depan kehepsi.

see?? pingitan la sangat sampai aku terpingit ke tepi.. hahaha!{eh! sila jgn relate tajuk dgn gambar ye! coii]

Sekali aku dengar macam bunyi bising yang agak annoying, bunyi badut pakai loceng kring2 pon yang aku tkt ppon x mcm ni tau. Sekali aku tercari2 la mana dtgnya bunyik mcm bising mintak lempang ni.

Lah..sekali pekerja kehepsi duduk depan kaunter tu dok lalak2 memanggil customer dengan konon rhymes [aku tatau la ni arahan kehepsi ke... dia sendiri menggila ke ape] dengan muka penuh kompiden tapi butir ape dia cakap aku tatau. Maybe loghat Texas sama kot sebab tu aku tak boleh nak paham sangat. 

Korang imejin macam ko masul coral speaking [macam tu la rima dia] tapi feeling ko jual air kat pasar malam. Mampu?

Sian ko dik, dah serupa pompuan gila akak tengok, tapi kredit tang kompiden tu akak kasik markah penuh dik. Harapan kehepsi nak tarik customer aku rasa kalau diteruskan mau customer lagi x masuk kot. Scary gak kadang2 dengar. Haih

Buyui