Tuesday, June 26, 2012

Pening

Sebelum aku patut bangun dari tidur pagi ni aku macam terjaga untuk beralih posisi yang lebih best. Aku suka tidur mengiring dari menelentang sebab dulu kan ada la cakap pasal kena himpit segala kan so pada aku better aku mengiring dari menelentang so that aku tak kena himpit. Gitulah.

So bila aku beralih posisi tetiba aku rasa macam berpusing. Kejap je la . Dua kali la kena. Then aku bangun pun pusing lagi. Ahh sudah..ni pusing- pusing ni camne aku nak pergi kerja kan? Naseb baik la pusing tu macam kejap je tapi aku tak boleh macam nak tunduk la sebab aku takut rasa pusing lagi.

Macam- macam aku mikir, ni aku punya blood pressure ke, darah naik darah turun. Dulu aku pernah kena macam ni tapi lama dah tak kena, so aku buat assumption "stres kot kerja banyak". 

Jadi, tanpa tidak melengahkan masa aku pergi klinik yang memang selalu ak fikir. Kebetulan aku pernah pergi sebab kes yang sama so dia senang nak refer kan. Cek BP normal. Alhamdulillah. 

The doctor said maybe aku punya telinga tengah yang fucntion untuk balance tu tak berapa nak betul. Dulu dia pun cakap pasal benda tu. And summore blood circulation aku sama maybe tak betul. So dia bagi ubat and alhamdulillah I am feeling better now tapi still takut- takut nak tunduk. Haih.

Tapi aku syak ni mesti relate dengan kerja jugak ni. So apa aku buat harini. Nothing yang berkaitan dengan kerja yang boleh kasi aku pening ni. Lantak pi la kat situ. 

Settle.

Buyui

Tuesday, June 19, 2012

Bersyukurlah seadanya

Kenyataan manusia tak pernah puas dengan apa yang ada tu memang tepat kan? Even aku sendiri pun dah dapat apa yang dihajati pun still lagi rasa nak lebih. Nak yang lebih baik or terbaik. Dan sampai tahap macam tu apa lagi yang kita nak? Or itukah betul tahap yang terbaik dengan apa yang kita mahukan? Tepuk dada tanyalah selera. 

Memang adat la sesiapa yang bekerja dengan pekerjaan yang melibatkan keselamatan negara ke, ape la mesti hidup berpindah randah tu adalah perkara biasa. Aku sendiri pun pernah merasa jadi macam orang baik sikit dari nomad ni. Elok je aku merasa selesa di tempat baru, ada lah abah kena pindah sana sini. Tapi ok la lagi nak banding dengan Mek Cher sekolah dia saje pun dah berapa kali tukar ye dok? Same thing happened to one of this person ni. Suami dia diarahkan bertukar and that time dia pun tak dapat bertukar mengikut suami pada masa yang sama. Kena bersabar dulu. Ambil masa la nak uruskan semua urusan pertukaran ni. Banyak kali juga aku nampak dia mengeluh dengan nasib dia. Macam kerja dia banyak tak terhandle aka sotong bersilat, nak uruskan anak- anak lagi, nak kena ulang - alik on weekend lagi. Aku pun simpati dengan nasib dia dan berharap agar urusan pertukaran beliau itu dapat disegerakan.

Dan akhirnya urusan pertukaran beliau dapat diselesaikan. Happy tak terkata. Pada aku ok la urusan dah selesai semua kan? Boleh la dia kembali bersama suami, anak- anak and hidup seperti sediakala. But, till now I still can see rungutan- rungutan dia such as kerja yang menimbun, time to spend with kids tak ada since dia kena kerja during school holidays, suami pulak kena outstation. All this rungutan buatkan aku terfikir " dulu ko juga nak tukar, dah tukar ko merungut lagi?".

Aku bukan berada di dalam situasi dia, mungkin aku tak paham apa dia rasa. Or maybe dia akan cakap dia mintak tukar bukan sebab kerja tak selesa dengan kerja tapi sebab family. Ye aku heartless sbb aku tak pikir susah payah jauh dengan family, walaupun dulu masa kecik abah aku pernah berjauhan dengan aku sekeluarga selama dua tahun and aku ingat masa tu dua kali aku pergi melawat dia di JB (masa tu aku duduk Taiping), sekali naik apa aku tak ingat sekali lagi cuti panjang naik KERETAPI yang dari subuh membawak ke maghrib baru nak sampai. Tabah sungguh la arwah mak aku masa tu. And before aku wujud pun memang parents aku duduk berjauhan juga maybe diaorg dah biasa. 

Well, itu kisah pertama apa yang aku rasa manusia tak pernah merasa puas. Aku bukan nak pointkan dekat sini kisah kenalan aku itu, maybe ada banyak masalah- masalah yang dia hadapi yang aku tak tahu. Point aku ialah manusia tak pernah rasa cukup/bersyukur dengan apa yang ada. Macam aku, dulu nak sangat kerja, bila dah kerja tercampak di sini dah satu hal pulak jauh dengan family yang buat aku 24 jam cuak bila telefon bunyi especially tengah- tengah malam. Dulu baru masuk kerja aku meroyan nak kerja, sampai dapat buat minute mesyuarat aku punya happy macam dapat emas terjun dari langit. Hahaha. Sekarang , masuk meeting kalau boleh kepala nak masuk bawah meja supaya aku tak kena catat minute. Sebab sekarang aku dah berada di fasa sotong bersilat. Tak terhandle dah rasanya. Ini pun amik masa kejap release stres, kalau kat rumah lama dah aku tido. Hahaha.

Makanya entry aku ni ditulis just nk expresskan rasa/ingatan untuk diri aku sendiri. Maka bersyukurlah seadanya at least aku boleh lagi sihat, kerja di bumi yang aku boleh blend dengan masyarakat sekeliling yang apa aku nak beli tak perlu takut- takut halal ke tak walaupun ada je question ini halal itu tak halal, ubat gigi tak halal, sabun mandi tak halal, cuci lantai tak halal semua tak halal. Pening aku semua haram , hamjadah la. 

Sekian. 

Entry baru tah bila aku boleh buat, idea tak ade dan sibuk jadi sotong yang bersilat. Chiow

Buyui

Tuesday, June 12, 2012

Random

Random ni akan menjelma bila masa aku tak de cerita nak cerita tapi gigih nk up new entry dalam perasaan "peminat nanti2kan kemunculan entry baru kau". hahahha!

So let's merandom;

1. Sejak balik dari Colombo tangan aku dah menjadi semakin menyotong. Bukan lembut macam sotong tapi banyakk tangan... umpama dewa yang banyank tangan tu pun boleh jugak la banyak macam tu. Ni pun aku curi masa ni, pasni sotong mode is on. Eceh!

2. Sejak balik dari Colombo juga kerja tahun depan pun dah dapat. Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! Sekarang baru June. Dia umpama raya bulan 8 tapi bulan January ko dah mula buat baju raya. Tak ke bunyi macam melampau tu?

3. Ada gak cerita drama kat kaunter MAS ngan emigresen aritu masa balik. Tapi panjang lak kalau aku cerita so i keep it la for one day untuk aku cerita kalau aku still ingat sebab sekarang ni semut suka nau masuk dalam air masak aku banyak terlupa maybe aku ade tertelan kot?

4. Eh sebulan lagi nak puasa eh? Aku ganti pun belum. Hahaha! Mentang2 la sikit eksen.

5. Ok dah kena sambung menyotong.

Bai.

Buyui

Monday, June 4, 2012

Colombo

Aku baru sampai dari Colombo pagi semalam (edited: line kat umah mcm nakharom so cerita ni aku sambung 3 hari lepas tu). Tapi disebabkan perbezaan jam dia (beza 2 jam setgh je pun) tapi cukup buat aku tak tidur semalaman! RJ siap pesan "anda nanti balik jet-lag jgn berdiri tepi tingkap tau". Dia takut aku terjun. Gila ke?

So semalam sampai je laju2 settle urusan kt opis amik kereta terus balik umah, siap2 mandi and terus bam tdo! Lega! Tapi masa bangun tu rasa macam terbau2 lagi bau macam asap, debu, minyak gas segala. Itu betul, maybe kt sana banyak sgt kenderaan dia so bau minyak la , asap la semua ade. Haih macam mana la korang ni hidup. (soalan ini aku tujukan kat semua hidupan di sana yakni manusia dan GAGAK). Ya hazabun.... gagak dia punya la banyak tak terkata. Patutlah dia panggil Crow Island.

So let's layan gambar yang sempat aku snap.

Alang- alang pergi sana kan takkan tak rasa Teh Ceylon. Sama je rasa eh.

Buah PAPAW tu hape?Papayakah? apesal rupa x macam buah betik?

Kebykkan building dia mcm zaman colonial dolu2. 

See?

Ni macam bangunan kat Melaka tu. (Sampai sekang aku tk reti eja and sebut)

Ni diaorg cakap parlimen dia.. aku suka bentuk dia

Gagak kan bersepah. Ko tengok diaorg ni picnic bertemakan gagak kekdahnya

Depan hotel tu ade laut. Masa ni monsun ni ombak kuat. nak beranak ni berani betul duduk hadap ombak ni. Sekali la datang ombak....bye2 la

Petang- petang diaorg ni amik angin, ada la jual2 jajan2 gitu.. bertemankan ombak, gagak, angin dan bau minyak tanah!

Another one

Ni antara jajan dia, kerepek ubi kayu, dia tabur garam convert duit kita baru RM1.25

Ni ade la cm benteng menghala laut tu, uisk tak berani aku ke situ, lain macam ombak dia

Kat situ jugak ade la makanan halal dia jual. Fast food katanya. Memang fast (read: cepat). Ade briyani lauk dia macam2. Aku mintak campur nasik lauk semua dia gi gaul semua macam nasik goreng. Lantak la. Tapi sedap.

Ni DBKL dia..hehe!

Kawan aku cakap vintage gila dia punya light coke!

Ni paling tak boleh blah. Masa nunggu kt lobby hotel tu datang la group ni lalu depan. So dia nampak kitaorg jakun kan tengok diaorg so diaorg stop la sambil pose. Motif yang paling kiri tu pose camtu?

Tu je la hasil aku jadi macam paparazi kat situ . End

 Buyui