Sunday, May 8, 2016

I am part of Zalora Community Contributor!!

Hello,

Yes I am still here.  Hihi.  Just to let you know, kalau ada and nak tahu, now I am one of ZALORA Community Contributor. Yes, ZALORA online retail seller yang selalu kita dengar tu.  Diarorg pun ada online magazine sendiri. Apa? Kau ingat CLEO mak nenek tu je ke mampu ada online mag?  Apa payah kan zaman-zaman ni semua di hujung jari kan?  

Aku kerja dan zalora ke? Eh tak... tukang bagi semak dia punya article je.  With other bloggers (maybe some of them korang kenal) sama2 kami tulis article pasal fashion, entertainment, hobbies, find, travel etc.  Aku dengan fashion? Jangan gelak boleh ? Ko gi baca dulu tengok apa aku story kat sana.  And you can read others article yang tak kurang hebat.

Zalora bayar ko ke?  Aku tau soalan tu mmg korang nak tau sgt kannnn?  No... takde apa- apa bayaran pun sama macam ko tulis blog, free je kan unless ko famous orang bayar la iklan review kan?  Takpe, aku kan suka merepek, cukuplah bagi aku feeling mcm Carrie Bradshaw pun aku dah sengih suka dah. Hahah!

So, rajin la baca kat sana. Entry situ lebih serius dari sini. Takde mencarut.  I swear try !  

Oh , entry ni pun bukan zalora bayar. Saja nak bagitau je.  And this blog still ada. sayang nak close. Sekali-sekala aku tulis kat sini. I try hope .



Buyui

Wednesday, March 9, 2016

Tips Menggayakan White Shirt



If we notice, apa pun jenis fashion masa kini selalunya inspired by previous era.  Kalau kita tengok sekarang, penggunaan white shirt dah mula dipakai oleh lelaki berbangsa Cina yang berusia dari dulu lagi.  Have you heard about t shirt pagoda? Legend bukan?

And today, penggunaan white shirt ni sudah menjadi kegemaran tak mengira gender.  With just a piece of “t-shirt pagoda”, pereka- pereka fashion bijak mengolah penggunaan white shirt ni.  Macam – macam jenis bentuk rupa boleh kita tengok orang menggayakan white-shirt ni. Now it’s time to put away your black and bring white to your life.

Selain kemeja atau t-shirt berwarna hitam, kemeja putih atau white shirt adalah jenis pakaian yang paling gemar dipakai oleh kaum lelaki termasuk wanita.  Aku pun salah seorang dari penggemar white shirt ni.  Ayat- ayat seperti “baju putih cepat kotor”, “susah nak cuci”,  “jarang” bukan menjadi persoalan sekarang.  “cepat kotor”? cuba makan tu jangan gelojoh sangat.   “Susah nak cuci”? Sekarang kan banyak dah banyak detergent yang ada kuasa mencuci beribu kali kuasa kuda? “Jarang”? We can find an alternative to solve that.  White shirt ni, bukan sahaja praktikal, ia juga amat versatile iaitu sesuai digayakan dengan apa jua seluar dan boleh dipakai untuk ke mana sahaja. Well, jangan bimbang jika dengan memakai kemeja putih ini anda akan kelihatan ‘too plain’ but do you know that minimal is now the latest trend?  Boleh dikatakan white-shirt is a thing you must have in your closet!

Oleh itu, berikut merupakan beberapa tips penggayaan atau outfit ideas untuk lelaki yang ingin menggayakan koleksi kemeja putih atau white shirt!


You know, kemeja putih merupakan pilihan no 1 ramai lelaki untuk ke pejabat. Bukan sahaja tampak simple, ia juga merupakan warna korporat yang paling selamat. Untuk gaya ke pejabat yang ringkas dan selamat ini, cukup dengan hanya memadankan koleksi kemeja putih anda bersama pemakaian seluar slack berwarna hitam atau biru gelap seperti berikut.  Kalau dulu hitam memang warna selamat, but now, white is the new black!  Sila buang baju hitam yang penuh almari tu dan gantikan semua dengan warna putih, yey! 




Untuk gaya yang less casual tetapi tetap smart pula, padankan kemeja putih kegemaran anda dengan pemakaian seluar khakis atau chino pants yang bersesuaian. Ini merupakan gaya vintage yang cukup menarik!  Sangat fashionable!



Dan untuk gaya yang kasual apabila ingin keluar bertemu rakan-rakan anda pula, jeans dan kemeja putih adalah kombinasi yang paling terbaik!  Gegadis suka lelaki yang casual but at the same time look smart! Percayalah!



Akhir sekali, pakai kemeja putih tersebut bersama koleksi seluar pendek untuk anda yang inginkan keselesaan sepanjang hari!  Tengok pun sangat selesa dengan si pemakai bergaya santai ni kan?

Do I already mention that the white-shirt pun boleh digayakan oleh wanita?  And also white shirt ni memang blend in dengan apa pun corak dan gaya!  Memang ini menjadi benda mudah semudah ABC untuk para wanita menggayakan apa pun jenis fashion yang digemari bersama white shirt! Cool gila! Untuk plus size woman, jangan bimbang kalau warna putih tu boleh menampakkan bentuk badan yang besar.  Kalau kita pandai menggayakannya boleh buat orang pandang tak berkelip mata! :)
So, are you ready to be a part of #teamwhiteshirt? I am ready!

Buyui

Saturday, January 2, 2016

Welcome 2016!

Hi,

Kepada yang masih baca, selamat tahun baru..!! Kepada yang google tetiba taip keyword yang nampak apa benda tah blog ni, hello.. ucapan saya tak payahlah gigih sangat baca entry blog ni, sendu sesendu sendunya.. (cuba nyanyi ikut intonasi lagu spoon rindu serindu rindunya tu).

2015 had given me a lots of happy memories, alhamdulillah.  I've been to a few places which was over than my KPI (aku kan target satu tempat je setahun nak pergi).  And I hope more places to see this year, insya Allah.

2015 pun gave me to add new friends, alhamdulillah.  Now I dah rasa apa N rasa bila masuk lab dikelilingi oleh budak muda belia.  Dah tak boleh feeling ko dewi remaja dah sekarang.  Mana2 orang panggil ko akak.  Hahahah!  I think it's karma to me bila ingat balik aku selalu gelak kat akak2 satu office masa kat GSC when they reached 30 above aku cakap depa tua! Amik kau! Hahaha!

My family pun alhamdulillah, even better.  Tipu la kalau tak ada drama sana sini, but hey.. melays kan suka drama? Kalau tak, takkan la drama pukul 7 tu mencanak2 rating even cerita hazabun sangat kan?

Oh, one more, who expect that now I had discovered my talent (ye ke talent??) and my passion. Sekarang kan trend (but when i started I don't even know it's a trend) orang dewasa gila mewarna? So, aku sekarang gila buat benda tu and I've also met new group that shared same passion with me. Now I know ada jugak art blood rupanya haku ni yang selama ni I felt down bila fikir aku tak dapat ke art blood tu sebab adik aku reti melukis aku berus pun tak reti pegang.  Oh rupanya art blood aku kot belah lain. Hehe.  

Hah, cukuplah for me the happy memories tu. Makan terlebih cukup, family ada, kenal kawan, kawan2 sedia ada alhamdulillah they are the best thing in my life (tolak la yang kimK tu bukan kawan aku, aku anggap nasib tak baik pergi berkenalan je dulu) so apa aku nak lagi kan?

So harapnya 2016 will give me even better , amin,

Kejap je dah masuk tahun baru kan?  Kalau dah masuk 2016 ni, maksudnya aku ada lagi a few months and kena balik ke alam nyata.  Haih la, kan ke best tetiba ada arahan cakap "u tak payah balik". Ya rabbi best gila kot.  Berangan je lah kan?  Hadapinya dengan tenang. Gitu.

Dari fikir benda yang akan jadi tu, baik aku fikir apa patut aku buat dalam masa terdekat ni.  Yes, there are many list yang I have to finish it before kena balik sana.  

The main important is cepat selesaikan thesis tu B oii..  Ko ingat ko karang buku Harry Potter 15 series ke berlama2 sangat tu... 

Wish me luck!

Buyui

Thursday, September 3, 2015

Guilin, China

Hi!

Last month was a hectic month for me. Baru habis nervous for colloquium which I find out the colloquium was a tough student kena bambu compared to international conference, then have to prepare for conference in Guilin  a week after that.  Phew! Oh, speaking of kena bambu, I think my body don't have sensor of feel kena marah or bambu during Q & A session.  Dulu pernah dah kena bambu (mengikut kata Director aku masa tu, tu kena hentam teruk tu, dah la masa tu I present on behalf for project leader yang cuti bersalin) by one of Director dari MOSTI, lady with Dato summore she have Prof lagi pulak, you can do ur own imagination how is she look like when keep asking me questions and I muka with no sense of feel kena bambu jawab ok je. Sampai terbawa2 la dalam Director aku punya mimpi session tu. Oh during ur imagination, please imagine aku lawa mcm princess. Hahah!

Ok talking about Guilin. Alhamdulillah, everything from journey, accommodation, makan (tu penting, haha) and of course the presentation went well.  Terus rasa cam ketagih nak join conference lagi. Gila poyo ko buyui, pui! 4 days of conference and two nights stay in HK. Yahoo!!!! Mana ceq tak rasa ketagih nak join conference lagi kan? But, as you know what is going on nowadays to our currency and knowing us kalau pergi keluar dari Malaysia semua benda ko beli mesti nak convert dalam RM and plus there's some of transaction ada pakai dalam USD, I repeat, dalam USD. So, memang rasa nak nangis depan money changer la kan? 

But things happened. Tiada guna ko sesali lagi. Let's change it to positive way. Gituh!

Sepanjang 4 days in Guilin , I can't get connected to any social media.  And terus rasa seksa gila bila selama ni hidup ko sikit2 Google, email pn pakai gmail, pastu duduk saja2 pun google. Tetiba kat sana tak bleh access accept Bing! LOL. Rasa hina gila pakai Bing. Nasib Whatssapp boleh lagi. Masa ni la group yang ko mute ke, or tak suka with all notifications tetiba semua ko layan. Itupun still have a lots of time. But the good thing is in 4 days I feel sgt aman because tak nampak wall fb penuh org share post tah hapa2 page dari keli bakar la, post dari fan page parti tupperware la, parti botol la, saya benci ketua kampung saya la, page ketua kampung makan duit kutu la, bini ketua kampung over shadow la, and many more. Bab tu je la aman, tapi just 2% je. I still want my social media life back!!

Masuk2 je HK, nahhhhhh.. duniaku kembali bermakna! Even accommodation dia boleh feeling mcm ko duduk capsule hotel kat Jepun tapi aku suka pulak. Can't wait to go again. Hihi.

So, disebabkan ni bukan vacation bapak ko or org berhati mulia dari negara arab nak taja , so marilah kita berhemah berbelanja ye. So, no shopping. Hanya tengok tempat orang saja. I give you a few pictures. Enjoy!

Longsheng 'Dragon Backbone Terrace'. Of cos la picture dari google. Ambik sendiri takkan lawa mcm ni and i bet korang pun silap2 tak tahu gambar apa aku amik. Color2 dia akan berubah ikut musim. So masa aku pergi is summer ko color cmni la, yang lain korang google sendiri or pergi sendiri tengok.

But please bear in mind, in order to get the colours of scenery you have to...............




Lalu jalan2 lereng2 bukit camni and in 5km pergi balik. Betul ke tak apps kawan aku tu kira sebab aku rs cm jauh je aku jalan? Dah la panas and tourist guide ko tak heran ko mati terkangkang tengah jalan pun! So proud of myself. Mr I mana ko.... aku jalan tengah panas berdahung jauh2 ni hoi...!!

        Our tourist agent. Rasa nak cium sebab tahu cakap english. Yang dia tau suruh cepat. Boo!!!
                        Mana tak rasa lama kejap jalan stop amik gambar, kang stop lagi. hehe. 

Then dah sampai rumah kena lalu celah2 rumah org ni. Climb up lagi..... Dipercayai lagi tinggi ko naik lagi jauh ko dgn DOG. Ke closer dgn God? Tak sure dah aku dengar masa tu penat hoi. 

On our way back we meet this uncle. ANGKAT KAYU ok naik ke atas???!! Ok terus insaf jalan laju2.

Ok tu je. Bye.

Buyui

Wednesday, August 12, 2015

It went well :)

Alhamdulillah selesai gak colloquium tu semlm. Nasib baik aku boleh goreng apa diaorg tanya. Muka yang penting sangatlah confident tahap dewa ketujuh kau!

Jumpa kawan aku dia cakap ,

"Yey, akak (ye laaaaaa sini semua budak muda2. Cuba ko tanya sapa amik MSc ngn PhD semua panggil ko akak abang kannn?) merdeka!!"


Aku cakap "Ye la merdeka la sangat, macam bunyi dah habis Viva je".


Yang pastinya pasni mesti kena ada lagi ni kena present. Huwaaaa!!!

And sekarang ni alhamdulillah aku jumpa a few people yang sangatlah positif, baik hati and segala la.   Sangat jauh beza bila berada di sana. 


Ni posmen antar ikan bilis sambal aku ni mana tak sampai2 ni?


Buyui

Sunday, August 9, 2015

I am still nervous!

Sambung lagi dari cerita aku nervous. (Sangatlah bosan cerita kau ni, sorry!)

Semalam aku keluar jumpa kawan2 dekat Penang. Nak makan Dubu2 sebab dah plan punya lama nak makan dengan kawan aku ni then kumpul jumpa dekat Sekolah B, USM. Sian kan, pusing2 janji situuu jugak.

Walhal hati ni tak tenteram sangat ni fikir Selasa ni nak present. Tapi nak sedapkan hati aku cakap 

"Kena release stress"

"Ala, present biasa je .."

"Dah janji dengan akak M ni"

"Bila lagi nak mingle dengan org USM"

Banyak la alasan kan?

Setelah pergi jumpa- silap ingat kereta ko tu honda civic padahal salah kereta kat parking-datang balik USM- ribut dasyat pokok2 semua tunggang terbalik kat USM tu segala- then jumpa balik kat USM (which is a long story to tell you and aku malas nak cerita plus sapa je nak tahu) I met another USM fellow.  She say hi, and actually she know me tapi tak kenal muka. Eh! famous jugak aku kat USM ni, ni mesti hasil PR sv aku ni. hahahhahah!

Tetiba dia jerit "Good luck ya for the colloquium!" Dah sudah..... dia pun tau?

Aaaaaaaaaaaaaa dah bertambah aku cuak ni.  Colloquium ni feeling mcm ASEAN conference buat kt pwtc bebaru ni ke apa ni?  Help!!!!

Terus pagi2 ni aku tengok balik slide sambil berlatih. 

Wish me luck!

Buyui

Thursday, August 6, 2015

I am deadly nervous!

Adoiiii.... masa that which 2 bulan lepas bila dpt tau kena attend colloquium aku rilek2 lagi.

"Ala, present je kot, macam tak biasa"

"Cakap je lah apa ko dah buat, study sendiri siapa je boleh complaint"

"Ni bukan viva, sapa je nak degar".

So I slowly buat apa yang patut se relax yang mungkin.

Ni dah nak minggu depan ni makin kecut pulakkk.... 

ha...... mcm mana ni? Kalau ramai pulak prof praf pruf segala , dr itu ini segala ada dlm tu.. pastu u know la kan org pandai2 ni kang tanya macam nak bunuh orang umpama tangan dia dh standby pisau parang gunting segala???? Kang dia pertikai apa aku buat ni macam mana? kang dia tengok aku prensent dia cakap still x complete macam mana. Lagi teruk dia reject apa aku buat macam manaaaaa???? 

Wait.

Ini bukan PhD, ko ingat ko tengah proposal defend ke? 

But, still. Mana aku nak tau apa nak jadi ni next week!!!

I am so freaking out. Ish babiklah!

 Buyui