Showing posts with label gossip. Show all posts
Showing posts with label gossip. Show all posts

Friday, January 6, 2012

issue Amalina

Dalam minggu lepas aku nampak tweet pasal kisah Amalina Che Bakri, first student SPM dapat 17 A's dapat belajar ke luar negara scholared by Bank Negara. Sebelum ni pun entry aku dulu ada cerita kecoh pasal dia gagal belajar dekat sana di mana itu satu fitnah.

Ini keluar pulak kisah dia dah " bertukar" . "Prihatin" sungguh orang kita ni kan? Rajin nak bagitahu perkembangan hidup pelajar ini di sana. Dia keluar party , jumpa kawan- kawan dia, hanya sebab dulu gambar dia pakai tudung sekarang ni gambar dia dah tak sama macam dulu kecoh satu dunia pasal dia. Bagus jugak la pada penyebar ni, cuma aku nak tanya pelajar2 lain, yang "bertukar" macam dia ni kenapa tak tolong sebar jugak? Or pelajar yang dulu macam setan sekarang dah jadi baik [baik la kalau ikut org kita pakai tudung tu baik, tak pakai tudung tu jahat] kenapa tak sebar sama? Oh sebab diaorg tu kita tak kenal? Get a life la people korang ni dah tak de keje lain ke?

Masa aku tengok pic Amalina tu aku senyap. Yes. Aku senyap tak bagi apa komen pun dekat twitter or FB. Sebab I have my own reason. Aku tak mau menambahkan bilangan orang yang menambahkan tekanan pada diri Amalina. Aku pernah rasa dimalukan depan orang ramai. Pernah merasa "ditegur menjadi baik" depan orang ramai dengan rasa aib pada diri aku sendiri sampai ke hari ini. Maka aku rasa Amalina mesti terima tekanan lagi dahsyat dari aku. So aku diam saja bila gambar- gambar dia disebarkan merata2. Sikit komen pun tak bagi walhal sakit mata aku tengok kawan- kawan aku caci dia dekat FB or twitter [tak semua la segelintir je].

Soalan aku:

Apalah dosa dia sangat - ye dia tak tutup aurat . Tapi kerja kita ke nak selesaikan hukum agama dia dah langgar tu? Dosa ke tak dia tu , kerja kita ke nak bagi bukan kerja tuhan?

Pada aku kerja kita doakan yang terbaik untuk dia. Harap dia pulang ke jalan yang mengikut hukum syarak. Dahlah tu. Kalau kita ni sibuk nak hapuskan kisah Amalina ni, ramai lagi yang macam dia di luar sana kita kena selesaikan. Tak payahlah sampai nak pikir orang lain yang duduk jauh di seberang sana, yang dalam Malaysia ni pun dah cukup membuatkan ko tak cukup nafas nak handle.

Sekali lagi, sebab apa? Sebab Amalina tu orang kenal.. tu anak Mak Senah [bukan nama sebenar] yang org igt kerja kilang kat bandar Sunway tapi GRO kat Bukit Bintang tu kau tak nak pikir? Oh sapelah kenal ek anak Mak Senah tu... naik buletin utama mau turun pulak rating. Sick!

Buyui

Saturday, October 1, 2011

Word!

This time aku nak melaha pasal retis. Bukan pasal orang yang aku kenal or aku tak kenal tapi org kenal aku, tapi pasal aku kenal orang tu tapi orang tu tak kenal aku, retis! Hah aku sendiri pening.

As we know , kalau tak baca blog gosip retis pun, tak layan retis tempatan pun tipulah kalau ko tak kenal or tatau Norman Hakim and Memey tu dah kawen. Memang tetiba naik la cerita yang wedding dia ditaja sampai 12 juta! Kira cost semua la sponsor sampai 12 juta. Ko ada kawen sampai 12 juta? Even sponsor pun , tapi merasa la gown Vera Wang merewang bagai [aku kenal designer ni beberapa thn lepas je, haish!] ade la ltk2 pearls Rafllesia segala, dari kita ni nak kawen pun tah mana labuci murah kita kutip kan?

So, dah nama pun orang [aku specific kat sini , melayulah, sebab aku pun sama je ] kita, sah la kita kutuk. Tak kira la ko tu retis ke, anak Kak Cik Senah umah belakang pun kalau kawen kita kutuk rapat.Ade je tak kena , tak puas hati di mata kita kan? Sebab tu la kalau orang nak kawen ni stres dia tahap merempan sebab cuba nak puaskan hati orang yang datang nak tengok dia. Memang aku tak kawen lagi, tapi aku dah tengok banyak dah jadi depan mata aku ni.

Berbalik pada cerita Memey ni tadi, sah-sah lah dia pun tak terkecuali dari orang kutuk dia. Gown buroks la, veil macam kelambu yang digunting je [tu aku cakap ek, hahahah] , kek pun sedih [dah sponsor kot ye pun ade ke tulis nama sponsor bagai, aiyoo] , tetiba tema New York bagai, siap bridesmaid, alalalala...nape la make up sendiri ke tu? Sedih lah....tapi tu la aku paham sebab kita dah amik sponsor hadap je la ape sponsor nak kan...so kita ni just as model je la malam tu, takpelah...kan?

And sebagai orang kuat gosip hiburan tanah air ni, memang kita marahlah, or jelek or ape2lah dekat pasangan pengantin ni kan atas ape diaorg dah buat, ok la aku pun marah, aku pun sedih kalau aku jadi bekas bini dia [aku tak nak komen la ape bini dia pun macam turut merempan je,] so memang la kalau ikut hati aku pun kutuk , marah, jelek , benci semua nak2 kat si Memey sebab kalau ikut cerita melayu selalunya memang ditujukan marah tu lagi banyak kat pompuan or org ketiga walaupun pada aku maybe kita boleh fikir kot "bertepuk sebelah tangan takkkan berbunyi".

Yang ape aku nak melaha sangat ni, kepada tukang2 komen tu, ye...kalau nak marah pun sampai keluarkan ayat/perkataan tak sepatutnya just simpan dalam hati jelah, tak perlulah sampai nak menaip bagi satu dunia baca komen anda tu. Ada banyak la komen2 yang tak sedap dibaca tapi yang membuatkan aku nak post entri ni bila aku baca komen ni, "Buruknya muka, macam PELACUR!". Ya rabbi, kot ye pun marah, aku pikir la just imagine kalau tuan punya diri baca all the comments, ish kalau aku memang meleleh air mata dah. Dia pun manusia macam kita, memang dia buat salah tapi tu biar la tuhan yang hukum kalau betul la dia salah. and memang jodoh dia sampai dengan cara huru hara macam tu, tu semua kan kerja tuhan.

Pada aku lah kalau nak kutuk baju la make up la ok lagi kot..kalau dah macam cakap muka mcm Pelacur la, beruk la, pondan la..ape ni?

Maybe korang pulak kata aku pun sama bangang pergi layan orang tu cakap buat ape kan sampai wat entri ni, tapi aku nak cakap ape aku rasalah. Dia salah, fine. Bagi je tuhan hukum. Yang penting tu dah memang jodoh dia. And hopefully NH pun tak lupa anak2 tu lagi penting.

Aku bukan sedara mara Memey ek..aku pun bukan asal dari felda dia, kang ingat aku nak back up dia plak. Gambar semua pandai la korang google sendiri bersepah hah.

Sekian laharan retis aku kali ini.

Buyui

Tuesday, April 5, 2011

this is all about award

umangg aiiii.....setelah aku balik dr kursus pum pam pum pam selama 18 hari tu, bape banyak blog entry nak kena katam ni, n bape byk post dh ketinggalan ni, [cett, keje ko bertimbun x lak ko nk risau cmni kan?cett hak tui!]

nak post new entry pn mcm x de idea menarik tertarik je, so aku kejenya katamkan je entry org2 lain, tu pn x dan nak kejar, sampailah td terbacalah entry ni

korg perasan x, sekarang ni blogger ligat buat contest sana sini?mcm2 kan...?ok malas nak kutuk pasal tu, mana nk tau one day aku lak ligat buat contest kan...?

tp ni td mmg x leh blah la..maybe salah satu crnyalah nak tarik undi kan..ala pasal AF ni la, ye..boleh bilang dgn jari kan sape je tgk, spikan kak shma pon x tau ade tirai konsert sabtu lepas, [kalau nak banding zaman sebelum2 mawi dulu, sebulan sebelum k konsert dah terpacak ni nak cr port nak tgk AF!gilo!] aku pun asal bukak je aku nguap..asal bukak je aku nguap baik aku layan channel lain lg bagus...so lemau

kalau ade yg ikut maybe la yg kenal ngn peserta je yg ramai kot...so sorg blogger ni kebetulan ade la kaitan ngn peserta dah buat st contest , marketing strategi la tu nak mintak org undi kan...?ish la.............aku ni kutuk la org dok contest sana sini ko lg lah haru wt contest suruh undi, AF lak tu...aiyohhhh

cakap pasal undi lak, ni ha Mr I ni lak mintak aku updet pasal abpbh haritu, dia igt aku ni Abg Nara ke?tp x pe aku highlight la sikit ikt pandangan aku yg sempat fokus [sebb ralit bbm Mr I la ni aku x fokus sgt]

1. org kata zizan lawak, n aku pon expect gak lawak kow2 gelak guling2 nak2 tambah ngn shira n kak engku, tp lame la aku rs [tu la maybe sbb aku x fokus sgt kot]

2. yeyy!!remy menang, ye remy sila buang jambang dh mcm bangla bai roti dah aku tgk , but still "orgasma berganda " ok?hahahaha!

3. n fasha!!ye aku br je siang tu ckp ngn RJ fasha ni pki ape ni lawa sgt spi terbuai2 aku tgk dia, Mr I cakap baju dia dull, tp make up dia superb!!

4. n lisa , yes ko ni perfecto la!dh la cantek , bijak , pandai, sopan lak tu, tgk cmne dia respect to those VIP mlm tu?

5. kak nita, oh god!!!x dapek perform nak jugak naik pentas as presenter pon nak kuak2 kaki, muka lain mcm ek, mcm bukan nenek, ni air semayang banyakkk ni kan akakk?

6. sam!popular la kot sbb adnan, tp kalau terbaik ok gak kalau ko mng [kalau anugerah2 terbaik la] kasik la watak ape pn, masuk je ngn ko, pasni leh bwk mak g jalan2 kan?baik peluk MAK dr peluk MAKWE kan?ops!

7. performance?tu la sibuk bbm sgt ngn Mr I aku x fokus, kecuali part abg nuar mmg telefon aku ltk tepi...ngeh!segedik lebih sangattttt

8. ha tu je la aku igt, haha!for me bosan la, kak engku ckp ala 50 an pon aku x suke mcm x clear, ke aku dah pekak?hahahaha!

salah silap harap maaf!

Buyui