Showing posts with label hokkaido. Show all posts
Showing posts with label hokkaido. Show all posts

Wednesday, December 7, 2011

when it's last, there's a farewell coming tro'

diaorg ni semua la party, setakat aku duduk sini dah ada 3 party aku attend. Welcome party, birthday party and farewell party. Oh tak lupa jua party buih. Eh?

So 2/3 party tu untuk aku. Terima kasih la banyak2 semua. Korang ni buat aku nak nangis je lah tau. Aku kan hati selembut bayu gitu. Tetiba.

Semalam punya party paling syiok. Makan, gelak2 walaupun aku gelak je apa korang cakap sebab aku tak paham dan harap2 bukan mengutuk aku dan makan lagi sampai terlentang. It's buffet babeh it's buffet. Bukan aqiqah babi ye, sila percaya cakap aku. Dan bukan aku diaqiqahkan jua. Eh lagi?
Now I am in Tokyo, setakat ni billboard Takuya aku tak nampak lagi as last entry dia sendiri tanya kat aku billboard dia naik tak kat dinding kat Tokyo ni, Takuya K baca belog aku ni weii *pura-pura teruja
Tapi aku nampak la muka kau tu Takuya dekat Hakodate. Kenal tak mana muka kau?

Buyui

Monday, December 5, 2011

sudah masuk hari ke 23

One of the colleague aku pernah dihantar berkursus di salah satu tempat yang budayanya lain pada budaya kita dan agama Islam adalah agama minoriti selama 5 minggu. Lebih masa dari aku yang berada di bumi Nippon ini. Bila balik aku tanya " so macam mana duduk di sana?". Dia jawab " Saya belajar erti kehidupan". Ringkas. Tapi pada aku dalam maksudnya.

Bila aku berhempas pulas di sini, kata2 colleague aku tu bagai terngiang-ngiang di telinga. Ye, aku belajar erti kehidupan. Susah payah, yang paling penting masuk kandang lembu bunyi lembu [aku tatau bunyi lembu orang panggil ape]. So ikut ajelah. Apalah sangat susah payah aku hadap selama 25 hari ni, berbanding orang yang jauh di perantauan [maksud aku benua antara benua, kalau kau duduk kat Johor kampung kau kat Penang, takyah rasa feeling nak masuk team] lagi lama berbanding aku. Itu salah satu pengajaran yang aku dapat.

Banding dengan kawan aku yang dapat belajar erti kehidupan itu, pada aku selama aku duduk sini, aku dapat dua pengajaran. Satu, "l am proud to be Malaysian " and "learn to love your own language".

Bila kita berada di kalangan rakyat asing, haruslah topik banyak berkisar kepada negara sendiri. Bila yang bertanya aku akan jawab apa yang ada pada negara aku sendiri, contohnya "what is your country's traditional food". Ok, tak ke kau terpikir panjang ape je la makanan tradisi negara aku? Sah payah nak jawab kan, nak cakap nasik lemak refer to melayu je, nak cakap yong tau foo, boleh ke..eh capati lak camne? Tu baru 3 jenis baii..belum lagi makanan2 lain yang tak sanggup aku nak sebut dekat sini sebab boleh buat air liur aku menitik!So ko akan amik masa just for 15 minutes nak cerita pasal makanan lak. Lepas tu teruja tak kau nak cerita pasal benda2 lain yang buat Malaysia ni so special? Bila pikir2 3 hari 3 malam tak abes cerita kan? So senang cerita kau dah promote negara kau sendiri dan bunyi kau bercerita jadi bangga dengan negara sendiri. Seriyes. Itu yang aku rasa yang selama ni tak pulak aku rasa nak bercerita di kalangan rakyat negara aku sendiri ayat yang bunyi macam ni "wei, kau suka tak wau bulan? aku suka la, tempat lain mana ade wei,". =)

Secondly pasal bahasa. Ok this time aku bukan nak cakap pasal Jepun yang kita sedia maklum memang utamakan bahasa dia sendiri. Itu aku nak cerita nanti. Aku nak cerita pasal Alan, lab instructor aku merangkap lab partner aku tu. Bahasa asal dia spanish. One day masa dia mintak aku tulis a few point for me to understand maybe one day I might need that. Dia cakap "u can write this down own your own language to make u understand better, because I'm doing the same thing". Pada kepala dia, aku akan tulis segala point2 tu dalam bahasa melayu, bahasa ibunda aku sendiri so senang aku nak paham. Dia tatau selama ni kalau hal2 berkaitan kerja aku senang tulis dalam english sebab bukan aku cakap aku terel english tapi sebab aku dah terbiasa. Kalau aku lah. Samalah macam language yang dah disetkan to english on phone kita. Kalau yang pakai bahasa melayu kena gelak. Kenapa kita gelak? Kenapa kita gelak pada bahasa kita sendiri. Kebetulan aku baca blog entri kahuna dia pun mention benda yang sama.

So dalam lama2 aku duduk sini , itulah pengajaran yang aku dapat. Semoga kita dapat berfikir sebab aku pun tengah fikir. tapi taklah banyak fikir sikit je 20% camtu. Hahah! Hampeh.
Harini dah hari ke 23. Sila jangan cakap "cepat je kan.." tau tak seksa aku menunggu sampai hari ke 25?

Buyui

Friday, December 2, 2011

it's sushi time!

disebabkan haritu diaorg pergi dinner yang aku x boleh makan kan sebab soba tu stok babi..so kali ni sebagai pay back saito-san bawak aku pergi try sushi sushi bershama shama :))

"i pay for you this time..because u're guest" katanya............lega! aku dah standby dah duit tadi.

So aku yakin benda aku boleh makan, so apa je saito-san suruh try aku try! Yeah semua raw. Aku dah prektis dah makan salmon raw sebelum datang haritu, so boleh masuk tekak! And this time segala tok nenk semua raw. Camne diaorg buat tak bau hanyir langsung ah??!!

Satu je tetiba dia cakap "do u want to try uni?". [selain drpd dia nak suruh aku try testis babi yang dia amik, gulp!] Ingat benda apalah uni tu, sekali telur ikan. Ok la aku igt leh telan, sambil aku dok belek2 tu dioarg leh sebut gonad la pulak..terus aku terbayang perut ikan! potong betullah! dah sambil aku nak suap tu semua tengok aku. celakalahh..... lepas tu semulut la aku telan...tak la bau mana, tapi masa tu mind aku dah free cakap kena stop makan ni mentah buyui...dah kena hadap dah...terus tak leh blah! terus aku cakap kat Alan aku feeling macam dalam fear factor . Hahah!

senyum lebar sebab org belanja :))

ni aku suka.....!!! sedappppppp

memula takuit nak try..bila dh try not bad ah!

best fish in town katanya..tp mmg sedap..bahagian lemak2 isi ikan tu
jgn tertipu ni bkn betol ni, plastik semata!

Tapi sememangnya...sedap la weiiiiiiii.................. ke sebab org belanja? :P

Buyui

Wednesday, November 30, 2011

there goes my bento for tonight

Ni bento [bekalan tapau] aku harini, tempura ada ebi [udang] labu and sayur..tepi pink2 tu lobak masin masam sikit.. memula risau gak aku kot2 la daging tu... tulisan tu 28 kali aku dah tengok tu [aku reti tengok bahasa jepun wei...hahahha] and aku tanya gak org 7e [aku reti tanya dalam bahasa jepun wei] so memang bukan benda alah tu..so let's terbangkan 398 yen kau hari ini.

Patutnya aku ada dinner ramai2 , makan restoren soba, si Alan dah siap tunjuk gambar kat aku makanan2 dia...terliur dah aku [kau ni semua terliur] , even ada seafood bagai, soba tu sobaaa, sapa tatau tu soba tu sup la..and mostly soba dia pakai stock babi and pakai minyak babi. So, aku tanya je contain apa dalam sup tu, so Saito san [sorg lg watak Jepun] call tanya, and sah ada la kan....so aku kena cancel , Alan cakap aku tengok je la pic diaorg esok! cis!

so hadaplah aku benda ini malam ni,


Buyui

Friday, November 25, 2011

marilah bergoyang..................

Semalam aku balik agak lambat dari biasa. Selalu dalam pukul 7 lebih waktu tempatan [waktu Malaysia : 6 lebih] aku dah mula kemas2 nak balik. Tapi semalam ada birthday party pulak dah [diaorg ni manjang la party], so aku stay la. Menu party semalam : main course sup babi [telan air liur aku tengok ada kentang la, tabur daung bawang segala la..sedapnyalah makan sup daging tgh2 sejuk ni...hahahahha] . Tapi semlm sebab aku ada sama kot so diaorg buat udang balut dgn wantan, dalam tu ade sayur pastu ade cam suun pastu balut lg ngn salad..pastu makan ngn sos thai.Pergh..tu best!! As usual tak nak nampak batak aku tak ambik gambar, mueheheh!


Ok cerita pasal party tu kejap lagi, ni aku nak cerita sebelum party tu.

Tengah nak menunggu org panggil makan aku ngan labmate aku Alan ni, kira dia ni tok guru aku la lepas San-sei, dok la discuss pasal result [ni masalah betul ape aku nak kelentong sok lusa masa presentation ni], handphone budak sebelah tu bunyik macam siren nak cakap kat bomba ada kebakaran tu [ala yang bomba turun ke bawah gelungsur pakai tiang
tu, :P] , punyalah kuat alam. Ingatkan ringtone. Lepas bunyi tu, tetiba aku rasa bergoyang ke kiri ke kanan. Lah..... lite2 gempa rupanya... siren hp tu tu WARNING.wah!! tapi ikut pahaman bahasa jepun aku [jgn memain aku dah reti tangkap apa diaorg cakap, naseb sebulan je, kalau 3 bln kompom senang hati aku nak pergi 7e beli makanan] budak tu cakap hp dia memang ade warning untuk gempa, tapi tsunami takde lagi. Hahah. Biasalakan sini nak g
oyang2, Alan cakap kat aku enjoy je..ini pun aku dok rasa gegar2 sikit2. So marilah bergoyang......

Cerita pasal party lak...masa aku dok minum ngan si Alan dok togak beer tu, dia pun cerita la pasal2 islam ni. Aku tanya je dia , mana dia tau pasal Muslim ni tak boleh
ambik alcohol? Google ke ape ke kan..? Dia cakap sebab dulu dia pernah duduk kat Sapporo situ ada orang Morocco so ada dapur separate untuk masak bukan pork, mula2 dia pelik, lama2 dia pun paham. Then dia pun tanya aku, kat Malaysia, orang islam boleh tak beli beer semua? Jual open ke macam mana. So aku cakap la.. jual je mana [taklah aku cerita kat Terengganu and Kelantan tak ada jual open ]. Then dia tanya lagi, so boleh la Muslims beli? Even KALAU PAKAI TUDUNG BELI MCM MANA? Aku cakap la boleh je............. then dia sendiri sambung, "TAPI, ORANG AKAN PANDANG PELIK LA KAN..?". Pastu dia pun buat conclusion sendiri "Di Malaysia agama larang , tapi undang2 tak larang?". dan aku angguk je. Emm...

Banyak lagi yang dia tanya aku, malas aku nak cerita kat sini, dah macam aku feeling ustazah bahyah lak...

Cakap pasal ni, aku teringat entry salah seorang bloger yang nampak wanita pakai tudung bawal masuk club [ok lagi], tapi togak air tersebut...apakah?????
Alan, aku n sen-sei

Buyui

Tuesday, November 22, 2011

update #7- hotel

ini pandangan normal la pada katil hotel2 kan? tapi jgn la banding dgn katil kat hotel jula juli berbintang tujuh memang la tak sama macam katil kat hotel ni.

Lain sikit ada la tu nampak baju tu?Tu bukan jubah mandi ye..itu baju tidur! Naseb la hotel ni dia suruh je ko pki sendr baju tdo tu..macam hotel kawan aku pergi tiap cukup time tidur houskeeping akan datang tlg bentangkan tempat tidur ko! Hahah! mampu?

Ok ada lagi nak cakap ni, selimut tu agak tebaltsz ye. Bukan tebaltsz ngan kain tebal tu..ini tebal ada angin dalam tu. Sebab tu cam kembung! Ko nak tido ko bawak masuk badan ko bungkus dalam tu. Tapi aku dah try, ehh miang la...dah la aku manjang menggaru2 ni, dah naik calar balar dah kaki tangan aku. Maybe sebab orang2 lain dah masuk dalam tu kot?hahaha!


Tu bukan topik aku nak cerita arini, [tudiah buyui..intro sampai 3 paragraph!], aku nak cerita pada pekerja hotel ni ha. Korang nampak kan ada tiga bantal tu? Tu aku baru mintak tadi tu. Kalau tak ada satu je, itu pun dia tanya nak satu ke dua? [ikut pahaman aku la..dia memang tak reti english] aku tunjuk la dua jari, dia pun kasik. Bagus! Aku suka bantal banyak2 ni!

Aku memang awal tu dpt satu je bantal, nipis lak tu. Tapi aku hadap je. Arini aku rasa nak mintak, dah pekerja hotel tu tak reti lak english, so akai aku amik buku translation tu aku tunjuk je ayat kat dia yang mintak extra bantal! Settle!

Sebab kalau aku call je mintak , ngan nahu bunyik aku cakap jepun mcm jawa cakap jepun kang membawa makna lain, elok mintak bantal lain lak dia kasik matik aku!

Bila pekerja ni tau aku nk ape, berlari2 dia pi amik bantal! Sian lak, aku nak la cakap "tak payahlah lari2 macam aku nk amukan tak dapat2 apa aku nak," . Tapi aku tak tahu nak ckp camne, so aku wt la muka kesian dan bersalah. Ngeh!

Teringat aku masa gi hotel kat Hatyai haritu, jgn kan bantal, tanya iron pun terus jawab ngn muka masam tak dapat layanan suami 40 hari tu "no iron no board!". Lah....??

Tu lom lagi aunty aku mintak gayung [jadah ape la rentua tu nak gayung tah], dia bagi tupperware aiskrim tu wt cebuk! hahahahaha!


ohh ni sikit gambar sempena seleji lebatsz dua hari ni




Buyui

Monday, November 21, 2011

update #7-heavy snow

Arini merasa la snow shower..dari pg tadik sampai membawa ke balik ha showernya tak berenti. Sebijik la merasa macam aku dalam cerita home alone or 101 dalmations. Maybe tak tinggi lagi selejinya baru sampai takat betis aku terbenam dia. Mintak-mintak la sok2 ni ok. Rimas la aku, dah la kena berjalan kaki. Ok lah kalau jalan dalam snow yang terbenam, yang aku risau bila nak melintas jalan. Licin wei..merasa lagi aku tergolek pagi tadi. Pfttt.

Tapi risau gak aku dalam syok berjalan dalam snow yang membenamkan kaki tu tetiba ada lubang??!! tak ke aku menggelusur jatuh ke dalam. Nauzubillah. Rasanya tak ada kot.

Menyesal sungguh aku tak pilih guest house haritu yang hari2 kena naik bas. Tapi ni mesti ada hikmah ni. Pasti.

Tinggal lagi LAPAN BELAS HARI....LAPAN BELAS!

Buyui

Sunday, November 20, 2011

update #6-survenior hunting

hari ini adalah Ahad, so kebykkan cuti. Labmate aku pun cakap "see you on Monday" means aku takyah gi lab arini.

So aku ambik kesempatan di sini pergi hunting for survenior [eh betul ke eja ni?]. Semalam aku tanya labmate aku [he's from Peru] mana nak carik survenior ni?Dia cakap dia boleh bawakkan aku pergi beli hari ni. Tapi malas lak aku rasa, lagipun dia ada cakap kat hotel aku tu ade 100 yen shop. So aku google..oh daiso rupanya. Oklah aku pergilah tadi menjengah.

Sekarang ni tengah winter sale bagai, telan air liur je lah . Jadah apa aku nak beli kot bulu2 semua gila hangus kalau aku pakai esok2 ni.

Oklah takde fridge magnet ke, or magnet comel2 kepada sapa2 yang pesan sebab aku pergi daiso. Tapi aku beli la benda lain instead. Oklah dari aku tak beli langsung [sebab ada gak terpikir aku tak nak beli langsung dah ]. Noted to myself, lainkali jangan pesan2 kat org beli macam2 dengan air liur. Kalau ade pesan pakai air liur sila ikut hati nak beli ke tak.

Currency dekat Japan ni even 100 yen dia bersamaan lebih kurang 4 hengget kita, nilai duit dia boleh tahan mahal ye. Mineral water pun paling murah 85 yen itu pun kalau kau pergi supermarket segala. Kalau vending machine tu [di mana ko akan nampak melata] paling murah 150 yen ye. And kena tengok betul2 kat sini kebanyakkan dia jual minuman isotonik tu lagi banyak dari air mineral. So sila belek betul2 botol sebelum beli. Kalau tak elok ko haus tetiba minum air manis. Pffttt..

And betullah orang cakap living cost dekat sini terlalu tinggi. Mineral water pun 4 hengget, tadi masa aku pergi supermarket orang beratur punya panjang menunggu SEMATA-MATA HANYA UNTUK MENUNGGU DIA BUAT LELONG [supermarket tu hari ahad ada lelong barang]!!

Buyui

Thursday, November 17, 2011

update #5- Muroran

Hari ni aku dibawa visit sebuah tempat 3 hours dari tempat aku ni, Muroran. Jauh rasa perjalanan dia sebab jalan dia kena lalu semua countryside, ko kena lalu gunung banang, volcano active la tak active la, tasik bagai...sampai2 je Muroran tu tepi laut betul2. Memang sejuk laut la...

Nak sampai dekat macam exit dia kena lalu jambatan. Dari jauh macam San Francisco bridge tu aku tak tipu ni. Hahaha. Gambar pun aku tak ambik banyak, sebab 1. tak nak la nampak aku jakun 2. san-sei drive sian lak dia asal dengar bunyik camera on dia slow down.

Apa jadah aku pergi city yang takda orang yang ada pun aku tengok org tua. maybe masa aku sampai tu orang semua kerja dan sekolah. sebab masa aku balik tu aku nampak bebudak [ko byg je mcm Nobita jalan ngan kawan2 dia, sambil doraemon duduk umah] dengan beberapa orang gaya macam baru balik dari lunch.




sebahagian la yg aku amik.

ni la jadahnhya aku ke Muroran arini. Pandai2 la korang baca menatang ape tu. Eceh mcm bagus je pegang sweater padahal sejuk tak tahan dah ni...heh!

Buyui

Wednesday, November 16, 2011

update #4 - lincin

licin sobonar eh..org negeri aku panggil lincin... or in english slippery or tergolek dok kata org batu dok gua kat New Zealand.

Kan aku dah cakap semalam, kena careful jalan kan. Pagi ni pukul 6 aku bangun. Ehem..kat sini kan kol 6 dah cerah benderang? Merasa la ko bangun awal, kalau balik ni nanti sah2 mata aku kol 5 dah terjegil ni. Bagus gak suruh aku rajin sikit bangun subuh awal. haha!

So aku bangun je pagi2 ni, aku nampak ni. Hmm...


So siap2 aku mulakan langkah dengan bismillah, jalan la pelan. Nah..tak sampai lagi 50 m tetiba kaki aku dah buat silat mentari. Kalau kat Malaysia ni mau muka merah tahan malu dan kawan ako muka merah gak tahan gelak kan? Sini..ko tergolek..terkangkang..ke it's normal la tu. Jalan licin. Maybe gak ini kasut aku sama kurang sesuai. Aku tengok bebudak kecik rilek je ade lari2? Isk! Kalau terlentang tu mau tak lumpuh ko?


Tapi pagi je lah, balik tadi alhamdulillah takde dah snow so aku boleh jalan moonwalk macam biasa balik. So depan kampus tu memang ada small supermarket, so aku try la buang masa tengok ape je dia jual. So aku grab pisang [tu je aku rasa nak makan] and roti. Cukuplah. Ha satu lagi yang aku tengok Japanese ni even dia macam tau aku ni tak boleh cakap bahasa dia gigih betul la nak bersembang. Isk isk!


Tengah hari tadi sansei ni and all labmates buat tempura party katanya.. risau sungguh dia ngan makanan aku kat sini. Dalam seminar pun dia still mention aku ni vegetarian ngan makan seafood je. Hahahah! Risau aku ni pas balik Malaysia ,dia lak kena pergi attend seminar dekat "Texas" tu, tak ke pelik nanti rentua tu kalau nampak aku mentekedarah ayam dengan lazatnya?


korg wt tak nampak je wayar putih mencanak tu...sapa la ckp kt aku jepun ni neat tidy segala? yg tua tu sansei aku, tgh2 tu Japanese yang tepi tu China. Ramai gak student China kat sini. Ada sorg tu td ckp Malaysia ni kuat betul main badminton, haha...kuat main dan kuat gak kalah.hehe!
Hopefully esok or hari2 mendtg takdelah snow lagi, kalau ada pun biar hari yang aku tak kena keluar. Isk payahlah!

Buyui


Tuesday, November 15, 2011

update #3- salji

hari ni dah mula snowing dekat sini. Aku turun-turun je nampak "menatang ape lak putih2 halus terbang ni?". Last2 baru aku teringat "oh salji dah.."

Ok aku teruskan perjalanan sambil snap2 . Yelah arini dah jalan sorang2 bolehlah aku menjakunkan diri.

Tapi makin lama, mak aii makin lebat nau salji nye..dengan angin tu tak leh blah tu. Tadi aku baru terfikir kalau ribut salji tu lagilah horrornya kan?Nauzubillah, nak jadi ribut ke ape tunggu aku balik Malaysia bulan depan. Yang syoknya angin tu menghala ke arah muka, tak ke salji tu kena muka aku? Ni mula aku rasa nak pakai helmet full face ni. Hahahah.

Tapi org sini dah biasa rilek je la. Maybe pagi tadi ok lagi, ni masa nak balik ni lagi menggila saljinya..nasib baik la sansei aku tu nak tumpangkan balik sebab dia kata risau jalan licin karang aku terlentang. Ye lah masuk spital mak depa kena jawab kan? Tapi aku tak mau la jatiuh terlentang. Teringat masa pergi Beijing dulu, budak tu jatuh terlentang sebab licin sexcited sangat nampak salji walaupun tipu sajork.

Aku tanya sansei tadi, tak pakai payung ke? Dia cakap tak payah sebab salji dia kuantiti air kurang, so ko merasa la dia libas-libas muka ko. Ape ke hal nya... rimas ok. Ok noted to myself esok, pakai naju tebal, tutup muka and jalan setapak-setapak. Adoi!

Tapi aku ingat orang macam aku ni tak pernah nampak salji sexcited. Aku tengok orang2 lab tadi yang local pun terlompat2 tengok salji turun. Apakehal diaorg ni?

Buyui

Monday, November 14, 2011

update #2- sesat

hah hari ni ambik aku sesat sikit.....sikit je lah....

actually jalan tu straight , yg penting bila ko sorg2 mcm ni ko kena igt landmark2 yang ada.. ikut kata coll aku igt je gambar ke bentuk ke ape ke lah...

so aku amalkan petua tu, pagi tadi dh first day nak ke kampus so ada la mentor aku amik td. Oh sila jangan ingat dia amik pakai Hybrid Car dia macam dia amik aku kat epot yang aku rasa pelik bunyik enjin takde tu ye... dia park kete dia kat kampus..dia jalan datang amik aku! LOL. Ape salah ko amik kete tu ko tunjuk je jalan kan? Emm.. tatau la aku..adat orang ikut jelah. Hahhh dan lagi pada dia dekat ok..dekat.... ada la kot dalam 1.5 km. Pfftt.. dengan diaorg yg jalan aku, aku nk kejar macam nak patah kaki!

so pagi tadi landmark pun aku ala2 igt lupa lah...sebab ngn jalan laju ngan nk bersembang lg... dan disebabkan aku balik dari lab pun dah gelap so landamark tu cam ngan tak cam la. Patutlah mentor aku Kimura-sansei [sila jgn igt dia adik beradik ngn takuya kimura or kimora lee ye] cakap bila aku confident ckp aku igt dia cakap "lain nanti sebab u akan balik malam". Aku dah translate la jadah ape sansei ni nak cakap melayu ngan aku, english pun tersengguk2.

Kan betul bila malam dah gelap nak mampuih aku cam tak cam dah sesat..amik ko.. Tau la org jepun ni kalau ko jumpa yg reti ckp english tu kira dah bagus la even sepatah dua.. kebetulan labmate aku ade printkan peta aku nampak sorang budak ni aku cakap je "sumimasen [mintak maaf], eigoga dekismaska?[do u speak english?]. dah dia lak eigoga eigoga..confirm tak reti la tu..terus aku tunjuk peta tu...

dah dia ngong ngang bahasa dia yang aku paham dia sebut nama hotel dan ikut hati aku dia pun dok hotel yang sama. hahahah! memang betul setakat ni aku leh predict maksud org jepun ckp ape. baru dua hari wei..LOL.

Yang kesian nya gigih la dia nak sembang ngan aku. Dik, akak ni takat tau ohaiyo, arogato, sumimasen ngan wakarimasen je dik, adoii la....yang syok lg dia igt aku dr AMERICA???!!! ok aku tau tak logic la aku american tapi maybe tu je negara budak ni tau. sian.

Tapi for orang yang kena macam aku ni kena pergi tempat asin ALONE , ingat mana2 pun bumi Allah, doa je. Macam aku sesat tadi seriyes aku sukoorrrr gila jumpa orang yang kebetulan duduk tempat aku nak pergi tu.

Sekian di untuk kali ni. Gambar nanti2 aku letak sebab pg tak ambik sebab tak nak la nampak jakun sangat kannn depan orang? hahahah

Buyui