Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Thursday, June 19, 2014

Entry kepam 2- Miri & Brunei Darussal

Hi,

Tahukah anda, kalau kita nak sebut/tulis nama Brunei ni kena diikuti dengan Darussalam ke belakang tu? Dia bukanlah macam Kedah Darul Aman di mana ko boleh je tak nak sebut Darul Aman tu.  Malas kan tulis panjang- panjang sebut Kedah je lah tak pe kan? Tapi tidak bagi Brunei DS ye.. you have to letak penuh- penuh.  Marah rakyat dia.  Sebab kitaorg pernah kena tegur dengan seorang rakyat dia yang attend meeting di KL beberapa tahun lepas. And sejak dari situ kena letak Brunei DS. Tak tahu pulak aku kalau orang tu je sensitif, tapi dah jadi amalan dah kitaorang dekat sini. *sekadar informasi penting bagi aku maybe bukan bagi anda.

Ok, mari kita masuk kepada entry kepam yang kedua.  Disebabkan bulan Februari aku dah berhabis (I am not saying berjimba sebab rasanya tak jimba sangat la kot pergi HCM tu, memang totally pergi untuk shopping ala- ala Cik Kiah kali ni) so aku tak rasa la dalam masa terdekat akan berjalan lagi menghabiskan duit sendiri bukan di atas tiket kerja lagi.  Tapi, jauhari lebih mengenal manikam (betul ke?).  

Satu hari aku didatangi oleh Kak N nak mintak tolong aku ambilkan tiket AA secara atas talian. Dengarnya AA ada membuat route baru dari KT ke Miri.  Kak N pun bercerita serba sedikit tujuan dia nak ke Miri sebab eleh Miri ada apa je kan? Rupanya Kak N cakap dari Miri dia dan kawan dia (yang aku tak kenal hanya sekadar kenal nama kerana kami di bawah bumbung jabatan yang sama tapi di di daerah lain) akan ke Brunei DS! Masa tu hati aku tak berapa macam excited lagi nak pergi., sebab bukan klik sangat kawan- kawan Kak N dengan aku ni.  Kemudian Kak N mula bercerita tentang harga tiket, berapa hari (yang hanya akan gunakan sehari sahaja cuti tahunan aku), cost bla bla bla bla bla dan bermulah mata aku mula terbeliak.  Di samping ayat yang berbunyi "Kalau tak pergi sekarang bila lagi? Sekali pergi sudahlah sementara ada geng ni".  Terus aku klik Miri and the rest is history.

Details (Memang detail I tell you) dibuat oleh Cik U. Memang impresive gila aku menengoknya.  

So bermulalah perjalanan kami ke Miri dan seterusnya ke Brunei DS.  Yeap betul cakap Kak N, sekali pergi sudahlah.  Lepas ni pergi mungkin atas dasar tiket kerja.  Kalau la ada .

Ternyata Brunei DS adalah sebuah negara yang kaya.  Memang la kan?  Oh masa tu baru first day Brunei DS announced dia akan buat hukum hudud tu.  Nak petik bunga pun takut jugak kitaorg. Bahaha.




Ini semua poyo!


Rasa macam nak kikis je bawak balik sikit emas tu.
Buyui

Sunday, March 24, 2013

Keep on dreaming


 Semalam J tagged aku kat FB. Tak buat aku terjaga terus dari pagi hari Sabtu nan indah? Hahaha.

Terus mengundang 2 likes dan berbelas komen bertubi2. (selama ni FB aku senyap sunyi je cukuplah sekadar report aku menang candy crush level yang menyemakkan wall orang yang aku tengah cari jalan macam mana tak nak bagi semak wall orang pasal aku main game. Dan juga mengundang wassap seperti "Buyui, ko main candy crush kan? Tolong aku bagi lifes , aku nak tiket ni. LOL)

Malangnya dia tak dapat recall pulak aku kawen dengan sapa. Damn! Hahahaha. (Nasib tak ingat buatnya dia ingat and the person not in my list tak ke aku pulak mimpi ngeri lepas tu?)

Err... mimpi macam ni pun cuak gak aku dengar. Muehehehe. 

Aku dapat cerita orang mimpi aku kawen ni dah banyak tau. Dari zaman aku belajar lagi, ucapan aku terima kasih la kerana susah2 mimpi aku kawen. Haha. Keep on dreaming, ya!

Buyui

Sunday, September 30, 2012

Nak cerita balik pasal Kuching

Conversation between me and N last week;

Aku: Semlm i tengok Mad Market, Hanis Zalikha pergi Kuching. Aaaaaaaaa i nak pergi lagilah.....

N : I rasa kita je obses dengan Kuching, B.

Kan......??? Aku pun rasa aku dengan N je obses dengan Sarawak. Kak Shma pernah tanya aku , "B, Shima tak pernah pergi Kuching, best ke?". Hello.. tanya aku... sah2 aku cakap "Best la!! Gila tak best??". Tapi bila tanya ape yang best, aku terdiam. Tapi aku tau best. I know rasa seronok tu subjective. Ada orang rasa A (contoh aku letak huruf A, karang aku bagi contoh tempat2 tertentu karang tetiba ada orang sentap, buat fan page hates me lepas tu aku kena resign 24 jam pulak. eh!) pada aku A tu tak best. So, nak rasa betul ke Kuching tu best, pergi sendiri, try la tengok sama tak feel best tu dengan aku. Amacam? 

Bila cerita pasal Kuching, aku pn korek la gambar- gambar lama. Aku pergi first tahun 2009, then this year 2012 pergi lagi. First time dulu pergi, sebab tak pernah pergi.. so pergi la banyak tempat macam Serikin (gila kau barang- barang dia memang best, tapi depa ni dah pandai tau orang luar pergi sana so ramai dah letak harga, but still ok la pada aku, tu cerita 2009, 2012 aku tatau lah), Satok cari kain la, terubuk etc, lepas tu pusing bazar dia, beli kek lapis and so on. 

But 2012, aku pergi semata- mata nak makan. Ko mampu? Hahahaha. So, as usual kawan aku J yang memang duduk sana bawak pergi makan seafood la, aiyooo... terbaiklah... then ayam panggang (just imagine aku dengan N boleh hadap sekor ayam dua orang je? lepas tu boleh pulak sambung pergi dinner? Surrender hantu raya malam tu, hahaha) , terubuk panggang la ( ini aku boleh hadap sekor terubuk dengan J) korang nampak tak penankulan mantik di situ? Aku kaki makan. Semua binatang aku telan. Eh silap tak semua. Hehe. 

So aku share la (maybe ada dah sebelum ni, tapi lantak) gambar- gambar aku amik tahun 2009 tu and 2012. Lain betul la aku 2009. 

2009

Ko tak rasa damai ke masa ni? Time ni hujan baru berenti. Ya rabbi.. sejuk damai masa ni korang tau tak? Ini dalam Sarawak Culture Village tu. Kalau sapa tak pernah pergi, better pergilah sekali, lepas tu tak payah dah sebab tiket dia dalam 60 hengget sekali masuk.
Dan lagi.. nyaman... (nyaman orang sarawak maksudnya sedap..aah sedap la jugak masa ni). Cop. Apa yang sedap? Heh!

Rasa ni pokok lada hitam, tapi yang tengah nak masak la kot sebab kaler merah.

Dalam rumah budaya tu setiap rumah ada la ID dia, ni tak silap rumah kaum melayu. Makcik ni buat kuih ni, mkn panas2.. ya rabbi.. dah la masa tu hujan kan... terngiang2 kruk krak rapuh dia tu! Tapi aku tak capture satu kuih, cucur/jemput2 dari ubi keledek kat umah kaum penan kot tak silap. Satu seposen, umah tu tinggi nak kena naik tangga, sekali dah beli tak cukup nak lagi sebab sedap kan, kitaorg suruh anak J si Aqil ni pergi beli lagi 2 hengget. Hahaha. 



Alamak, ni dia tengah buat kain ape tah. Cher tolong aku jawab Aku rasa ni kaum ko ni.

Tak silap aku ni la umah Penan tu. sorry kalau silap

Harus la selit gambar makanan kan? Ini nasik goreng je. Tapi ada side2 tu yang buat dia sedap ya rabbi.... 

Ini buah tarap. Masa memula pergi tu Mr I paksa aku suruh cari buah ni and try. Bukan musim dia so tak berapa nak ada. Bau dia macam cempedak and kuat gila boleh membawa sampai mimpi bau dia. Mcm ko makan durian tu. Tapi ko imagine bau cm cempedak.

Dua kali aku pergi Kuching, dua kali aku tak naik sampan ni even sekang tak silap aku sekali naik dia 4 kupang je. Sebab, 1. Aku tak reti berenang buatnya tergolek tengah- tengah tu tak ke arwah aku ? 2. Ni sungai kan? Sarawak dia ada BUJANG SENANG kan? Maka........ hehe! (Penakut tu cakap je lah)

Ni pun sebab UTAMA aku nak pergi Kuching. Sebab nak makan mee kolok. Jugak  jangan tanya "rasa ape? sedap?". Aku suka je. Rasalah sendiri. Ni pun aku  snap mee kolok yang lagi sedap. Ini masa first time kat restoren mana tah punya lah nak makan mahal pun aku hadap je. Second time J bawak kedai sedap punya aku tak snap dah sebab tak sabau wei nak makan.. Haha. Bahan dia payah nak ada kat Semenanjung ni, tu pun N dapat tahu ada satu kedai kat Kajang, tengoklah nanti kitaorg g hunting (kan cakap dah aku dengan N je obses dengan Kuching)

Tak naik sampan, kita amik je gambarnya ye.
2012

2012 tak banyak picture sngat sebab kan dah cakap tujuan utama dia nak makan and lepak dengan J je? So gambar makanan tu aku dah dalam entry ni, so ini antara pic yang belum aku post. Punya malas pakai camera phone pun jadik. Malas punya pasal kan?

See? Betapa Kak Namnya aku. Pergi Kuching selain makan nak gossip sebenarnya. Ko mampu?

Ni pun sama! Hahaha. Ni kumpul bahan berapa tahun ni luah balik. Tengok expression J (kiri) tu pun dah tahu!

Ha... second time aku pergi baru berani nak rasa umai. Aku sorang je lalu makan. Sebab masa 2009 aku balik dari Kuching, kawan aku dah buat umai tenggiri bagi rasa (dh balik Kuching baru nak try umai, gatai sungguh!), then masa kat Jepun aku dah cuba sashimi and sushi setelah prektis makan umai kawan aku tu. Bila 2012, ala umai? Celah gigi je lah.. but seriyesly tak de rasa hanyir segala. Dun worry. Sebab dia dah pakai asam limau (asid) yang gila banyak so dah memasakkan isi yang mentah tu. 



Ni pulak midin. Nampak macam tak semenggah kan? Dont judge a book by its cover babe, midin ni adik beradik pucuk paku la, tapi spesis ni da kat Sarawak dengan Sabah je kot. Aku belajar makan midin ni masa aku pergi Sabah dulu.

Aaa... nak pergi lagi. Tapi rasa lepas ni kalau pergi ahli ni dah bertambah bilangan kot? ;)

Love ya!
Buyui

Tuesday, April 3, 2012

Pelaburan di masa depan

Last week aku ke Kuching. Tema dia kali ni, bukan nak jalan sangat pun. Aku dengan N pergi just nak jumpa J , catching up and motif utama dia makan je. Tak percaya, gambar aku ambik semua makan je.

Bila aku balik coll aku tanya "Awak pergi Kuching pergi mana je,". Jawapan aku satu je, "Saya tak pergi mana, saya pergi jumpa kawan saya, lepak, makan,". Tu je. 

Gambar nanti2 la aku bagi kalau aku nk review pasal makanan. Kan.

So, bila di sana, banyak la aku borak dengan J. Aku tau lama dah dia antar anak dia ke sekolah tahfiz. Baru 5 tahun dah boleh hapal banyak surah. Sejuk je rasa kan? Alhamdulillah, aku doakan berkekalanlah hendaknya.

Kawan aku J ni cerita, bukan senang dia nak masukkan anak dia ke sekolah tahifz ni (bagus sekolah ni, selain ajar hafazan, ada jugak la dia ajar subjek lain, semua macam taska lain). Pada aku baguslah sebab ada kemudahan macam ni, sebab kalau zaman aku dulu mengaji pun kena cari rumah orang or sekolah agama rakyat petang- petang tu. Zaman sekarang ni nak cari macam tu dengan kita yang duduk tengah2 bandar ni esp in bandar- bandar besar payah la sikit kan. So ada taska macam ni bagus lah. Agama dan dunia seimbang. Amin.

So, J cerita anak dia masuk pun setelah berkali2 merayu nak masuk sebab of tempat yang limited. Maybe tempat tu mementingkan kualiti rasanya. Then dia sempat la attend some sort like PIBG meeting tu. So kalau ikutkan yuran sekolah tu mintak bayar lump sump dalam 1500 untuk 3 mths. Maybe senang untuk dia guna untuk buat belanja rasanya. 

Manusia kan.... ada je lah tak puas hati esp bab2 duit ni. Ade la parents yang bising sebab pada diaorg banyak la 1500 tu. Tapi masa J cerita tu aku fikir, samsung galaxy note tu dalam 2k lebih boleh pulak beli. Ini, bagi yuran anak 1500 untuk belajar tahfiz tak boleh pulak. Hmm... manusia kan?Kan antar anak ke tahfiz tu pun salah satu pelaburan jugak kan?

Ada sorang budak ni, sampai parents tu punya cakap mahal kan so dia x bagi anak dia masuk seklah tahfiz tu antar ke taska biasa. End up budak tu tak suka sampai tak nak pergi sekolah. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Cerita ini just sekadar perkongsian aku.

*Betul- betulkan lilit tudung

Buyui

Sunday, February 26, 2012

Apakah kepentingan saka pada manusia di zaman lampau dan kepentingan internet di zaman kini. Bincangkan.

Semalam aku borak dengan kawan aku tro YM.Itulah naseb weekend sorang sangap menyangap yang sorang lg kena kerja over the weekend. So hala tuju kami semalam mengumpat la.. tak kira la orang tu kitaorg kenal ke tak. Keji bukan. Hahahahah.

So kawan aku ni keluar la satu cerita (sebelum ni dia ada dah cerita pasal benda2 mistik ni). Benda - benda mistik ni ,kita paham la macam ilmu hitam ke, sihir ke, hantu botol kicap la, saka la bla bla bla.. Aku tahu kita kena percaya benda- benda ghaib ni. Jadi aku percaya benda itu ada, tapi entah lah kadang- kadang benda mistik ni ada sampai tak tercapai dek akal kita nak fikir kalau ko ikut relate logik dengan zaman sekarang ni. Senang cakap wallahua'lam la...

Bila bercerita punya cerita dengan kawan aku ni, dia pun bukak la topik pasal saka menyaka ni. Aku kenal pasal saka ni pun (sebelum ni tau camtu2 je) dari filem Waris Jari Hantu. So aku tau la kena cari orang untuk turunkan saka tu, and so on. And sebab sekarang ni serba moden  ada je tatau rupanya keturunan dia ada saka tu and nak kena bagi kat dia pulak. Pun ada! Wallahua'lam sekali lagi. 

Dari cerita tu jugak aku dapat tau pasal saka ni bukan niat jahat je nak simpan. Orang dulu- dulu la mostly semua ada simpan saka ni. Ini kawan aku cakap hasil dari dia baca blog seorang pengamal ilmu perubatan Islam yang agak dikenali. Kebanyakkan orang zaman dulu ada simpan saka ni. 

Lalu aku pun bertanya pada kawan aku;

Aku: Apesal orang dulu suka nau simpan saka- saka ni ha? 

Korang tau ape kawan aku cakap?

Kawan aku : Dari I baca blog ustaz tu, saka ni org dulu simpan macam keperluan la. Contohnya sekarang handphone kan, kalau tak ada hp boleh hidup tak? Tak boleh kan?

Aku : U mean like Iphone, BB semua? Sekarang ni semua orang pakai.I see, means zaman dulu tak ada benda hp ni so diaorang simpan saka? Ko biar betik???

Kawan aku : Hahaha! Aku lah cakap zaman sekarang kan internet kena ada, so org sama la macam zaman dulu. Saka tu penting macam kita rasa internet tu penting.

FYI : Ni pandangan kawan aku pasal kepentingan saka bukan pendapat ustaz tu ek. 

Tapi point aku di sini, biar betol kawan aku ni samakan saka dulu mcm kepentingan internet sekarang? 

Sengal.

Buyui

Wednesday, February 22, 2012

Bebelan sebelum ke angka baru

Aku sesiap wish screen to screen dengan FM sebelum aku or dia tertido. And for moment aku still online dengan dia cuba nak merasai rasa- rasa umur angka lama di hujung- hujung jam. Githew. 

Tapi masa aku wish dia , dia wish aku, seriyes aku rasa macam ada kembar. Terus aku teringat novel Hlovate- Tunas yang aku khatam kali ke 5,6,7,8 aku tak sure pulak. Cerita tu Addin wish kembar dia Kucai , kan best ada kembar. 

Then FM tanya aku celebrate mana. Then aku cakap "aku sendiri dah lupa when was last time aku celebrate birthday". Memang aku dah tak ingat. Yang aku ingat aku celebrate fake birthday dengan Mr I dekat red box sebab dia amik pakej birthday. So semua feeling tiup kek. Sengal berganda.

FM pun cakap "aku mula start celerate bila start duduk asrama,'. Yes now I remember, aku mula mengenali asrama masa tu la aku baru ingat aku baru reti nak celebrate2 birthday ni. Eleh FM tak boleh nak recall pulak, dia tak ingat masa aku form 2, gigih budak kelas dia kat atas kelas aku tu nyanyi lagu happy birthday dia yang aku kat bawah ni dengar la orang nyanyi kat dia, "Happy birthday to Fatin............". Sedih ok padahal orang tu ngan aku sama bithday ni. Tu cerita masa bebudak la baru nak akil baligh (sweet sangat masa tu anak dara sunti yaww, hahaha!), sekarang dah jadi bahan lawak (aku je la gelak, FM tak gelak pun sebab dia tak ingat sampai sudah, fine.)

Cakap pasal celebrate ni mesti kita teringat ada kaitan dengan surprise! (Sila buat nada Eric Leong, cantik tak?cantik kan..........?). Sejak aku kenal makna celebrate ni, aku mesti teringat sorang kawan bak aku masa asasi UM dulu, roomate aku si Anne ni. Dia ni memang kaki celebrate birthday member. Sampai la ke dah beranak dua ni kerja dia celebrate birthday anak- anak la pulak kan? Kalau dia tak celebrate pun dia akan ingat birthday kita dan dia wish dari aku kenal masa belia remaja dulu sampailah ke la ni (walaupun tahun ni tetiba dia letak bang aron tu sebagai prototype dia nak wish birthday aku) tapi she still remember even dah berbelas tahun kot aku kenal dia. She always be Anne macam dulu jugak. 

Sebab dia la aku celebrate birthday dulu, dan sebab dia jauh dengan aku la , dah tak ada dah tengah- tengah malam bukak hadiah lepas potong kek (walaupun pada tahun pertama penyelebratan birthday aku, sambil depa ni nyanyi lagu ramai2 kat aku, aku tengah sibuk bergayut telefon dengan si Zal laki Anne sekarang ni, and using Anne's phone sony ericson warna biru boleh flip tu, hahaha!Amponnn). Tapi dah tuo- tuo ni aku tak kisah pun potong2 kek bagai tu sebab aku bukan makan pun.

I still remember one of my bday celebration dulu pernah sampai 3 group celebrate bday ko! Gila x? So ada 3 cake, different group, different time and different ko tiup ngan potong cake tu. Masa tu aku feeling celebrity sangat tau. Hahahaha! Ada jugak aku celebrate sama dengan kawan- kawan aku surprise yang tak surprise tu, dah hampir- hmpir jadik dha surprise tu aku percaya dah mati- mati la kawan kak Shma ajak lepak minum , sekali ujung- ujung terkantoi jugak. Bahahahaha! End up aku kena bawak Stevie patung besau orang tu kelek sepanjang Bukit Bintang. Nice eh!

Ada jugak celebrate yang beriya si Anne ni gorganize bawak cake segala dah ni, sekali aku nak keluar lepak dengan kawan aku yang lain. End up aku potong la cake and blah kuar camtu je. I know depa mesti kecewa kan masa tu, aku pun insaf. Sorry korang masa tu darah tengah muda (eceh!) so berjimba itu lagi penting ok. :P

Tapi dalam banyak2 birthday celebration yang pernah aku lalui , birthay celebration kalangan roomate, housemates aku yang mostly si Anne ni gorganize la yang aku paling hargai sampai sekarang. Even it's just makan cake, pizza, or mee jajan camtu, tapi moment ko lepak gelak beramai- ramai tu la paling happy. 

Rindu.

Buyui

Wednesday, February 1, 2012

ayam..ayam..ayam.. ayam!

Td tengahari aku berjalan2 nak makan , then dah mkn menyantak wif all gadis pingitan [bak kata Mr I setelah tgk tweepic aku td, githew..paling terpingit haruslah akuuu, kahkahkahhhhhh] nak balik aku lalu la depan kehepsi.

see?? pingitan la sangat sampai aku terpingit ke tepi.. hahaha!{eh! sila jgn relate tajuk dgn gambar ye! coii]

Sekali aku dengar macam bunyi bising yang agak annoying, bunyi badut pakai loceng kring2 pon yang aku tkt ppon x mcm ni tau. Sekali aku tercari2 la mana dtgnya bunyik mcm bising mintak lempang ni.

Lah..sekali pekerja kehepsi duduk depan kaunter tu dok lalak2 memanggil customer dengan konon rhymes [aku tatau la ni arahan kehepsi ke... dia sendiri menggila ke ape] dengan muka penuh kompiden tapi butir ape dia cakap aku tatau. Maybe loghat Texas sama kot sebab tu aku tak boleh nak paham sangat. 

Korang imejin macam ko masul coral speaking [macam tu la rima dia] tapi feeling ko jual air kat pasar malam. Mampu?

Sian ko dik, dah serupa pompuan gila akak tengok, tapi kredit tang kompiden tu akak kasik markah penuh dik. Harapan kehepsi nak tarik customer aku rasa kalau diteruskan mau customer lagi x masuk kot. Scary gak kadang2 dengar. Haih

Buyui

Tuesday, November 1, 2011

takutnya!

Semalam aku baca tweet dari @nannoor . Dia RT pasal ade kejadian tembak menembak van bawak duit mati la guard tu kena tembak kat depan fakulti dentistry UM! aku ingat ni mock trial ke yang selalu law fac buat masa pesta konvo.Tiba2 ada orang baju darah2 lari meroyan2 tengah celah2 orang ramai.

So, untuk kepastian pengertian , harini aku tanya balik MM orang kaum penduduk asal kat area UM ni.

"Aah, dekat depan trauma tu'. [read:trauma, PPUM]

Terbeliak bijik mata aku! Situlah selalu aku dengan kyn lalu hari2 turun bas metro no 12 nak pergi kelas ok!

I cakap kat MM,

"MM, just imagine masa dulu I selalu lalu dengan kyn kat situ then ade benda sama jadi??!!"

Ko tau ape MM jawab?

"Janganlah bawak van ade duit,".

Sengal.

"Bukan bawak van ade duitlah, ni lalu tepi van ade duit pun kena la jugak tembak!"

Cis!

Buyui

Tuesday, May 3, 2011

Terjah Temasik -Let's layan dambar!

sape tatau Temasik tu tu nama lama Singapore masa zaman Parameswara :P Day 1: mustafa "kamal " satay club , pusing2 singapore till 4 am! Day 2: mustafa " kamal" again, Orchard road , MRT 2 jam sampai kena denda, marina bay sands sampai kena sound x boleh duduk bersila terkangkang2 sampai berejam then lepak again till 2 am in the morning! Day 3: Universal Studio Singapore, flight delay because of us [ko mampu tahan flight?] then balik capek nak mampos! Kesimpulan : nyesal x amik cuti lebih
Buyui

Wednesday, January 26, 2011

i miss u

orang cakap x kenal makan x chenta kan?Fatin my twin yg akan berpindah environment dok citer ape yg dia akan miss bila dh x de nanti almaklumlah kerja dh 6 thn kan?

tapi..ai pon nk citer gaks!haha [nak jugakkk tuu] ape yang i miss masa tinggalkan GSC dulu...iye aku dulu keje GSC tapi bukan keje kat cinema..tu org bawahan je..ops!haha!iye la kalau bukan keje aku ni tukang suruh boss GSC kuar duit tu mau bergelap la api air cinema korang tu..LOL!

so main office for GSC ada somewhere kat area Damansara Jaya ye, so kadang2 eh bukan kadang2 mmg selalu pon ada je org datang nak tgk wayang kt sini..uols sume itu hopisnya aje ye...mini cinema dia ada jugak tp tu utk review sajork bukan sukati nak tgk macam korg g kat shopping complex tu melainkan diinvite masuklah..ala sama je dalam dia macam panggung wayang lain tu, cuma kecik sikitlah.

Ape yang aku miss selama aku dah tinggalkan GSC tu [dah nak masuk 3 thn dah uols!]

1. Kak Zaihan [dia ni superior ai, tp dah macam kakak sendiri dah] , Kak Dayang [selalu tumpangkan balik kalau kena stay sampai pukul 8 pergi LRT] , Murni , Kak Peggy [ ni pon superior gak, ai je panggil dia Kak Peggy, LOL] , Yee Wei and Ah Chok Abdullah [matik la apek ni kalau baca..] semua dah tukar kerja accept apek!Even stres keje still lg we can celebrate bday sume org everytime, rasa spi sekarang ada lagi kot?Selalu gelak2 and istilah "telur rebus", "telur goreng" selalu ada, bila one of them [depa ni execs] kena beban kerja melambak2..

2. Kedai akak jual nasik campur - ayam goreng rempah dia..pergh..hari2 ai makan sampai Kak Zaihan, Kak Dayang semua dh immune dah..x jemu2..

3. Kedai akak jual nasik ayam-ni kedai sebelah sebab kalau hari jumaat akan jual nasi campur tu tutup so kea la beli nasik ayam, even nasik ayam pon ai still mintak sambal belacan dia yg mabeles and papadom lebih!

4. Kedai mamak sebelah - ini port brekpes pagi hari Sabtu selamber kol 10 baru masuk..sekarang pon pas ai blah pandai lak hari Sabtu nak kasik cuti kann?

5. Akak jual nasik lemak depan pejabat pos- ha ni pon sambal n rendang ayam dia..perghh nikmat la!Dulu pakai kereta je akak ni..sekang dah ada lori okeh..akak ni kena dtg kol 8 kalau ko dtg 8.30 hujung2 je tinggal nasik dia

6. Tiket wayang free- mmg sepanjang 2 thn ai keje sekali pon tiket wayang x pernah beli, Kak Zaihan lagi worst, harga tiket pon x pernah tahu, nama je account exec..haha!

7. Last but not least- boleh x nak cakap rindu nak buat keje2 accounting and payment balik?Kak Peggy cakap dulu sebelum dia resign..meh la keje balik sana..boleh..janji gaji nak lebih dari keje sekarang?Ada brani?

Buyui

Monday, January 3, 2011

it's the end and the beginning


dah nak masuk hari ke tiga baru nak buat entry, cet!hope it's not too late lg kan...?hehe!so amacam uols nyer new year?meriah?sedih?pening ting tong?

for me, x de la sambut mcm org gila tu..cukuplah sekadar tgk bunga api di kiri kanan depan gabungan perang bunga api dr KLCC, dataran, bukit bintang n damansara di hadapan grill tingkap umah Kak Shima cukuplah, sekali terigt cerita Lord Of The Rings yang gunung berapi [alamak lupa lak nama dia] meletup2 tu..sekali seumo idup ai x pernah lepak klcc ke, dataran ke ape ke nk celebrate New Year, nak panas2 peluh2 ngn org ko x kenal..eee...!!excuse me that is so not me ok?

so ai ucapkan terima kasih la pada Team Malaysia sebab menang haritu, walaupon dua thn sekali aku tau dua thn sekali?haha] apa kata buat tiap2 bulan?syok gak leh cuti tiap2 bulan..kannn???n kalau bukan Texas ni boleh cuti last minute br tau on Sunday x la ai pergi jimba dgn Kak Shma dan beradiks seperti ini:

:: ni activity end of year 2010 ni, picnic katanyer, bukan ke Gabai, Congkak ye..x main....spi ke Hulu Selangor mencari kedamaian alam..githew...yes the place was nice, x rmi org, n still cantek dan bersih..verdict!:::: ini pulak the beginning of 2011 masih lg tema berjimba this time plus wif beradiks [even adik x de..so sila meroyan..huahuahua!] siap berdesup naik Genting even dh pkl brapa masa tu so jalan2 then trn key hell balik n lalaks time..::

itulah saja activity saya pada kali ini, but still tema jimba!muehehehehe!

p/s:nak marah lak rasa ada lagi kes buang bayi masa new year kt dalam lubang toilet kt Sarawak...omg!

Buyui






Sunday, May 3, 2009

aktiviti cuti 3 hari

1. aktiviti hari pertama:mengadu di blog YM,FB and blog senyap sunyik..huhu!sume coti..sume sunyik (sila rujuk entry before);ptg cm besalah ngadap bebudak tuition;mlm layan oiam..yey..toms menang!

2. aktiviti hari kedua:ajak my bro teman gi beli hp baru...biasalah tangan gatal gila bila duit tak abes...dan jawabnya terkial2 nak try biasakan diri dng new hp..padan mukaku;di sebelah petang gi attend kenduri cukur jambul anak my old fren anim..jumpa si shirley gak..BEST GILE!sembang spi tak hengat donia...maklumlah 12 thn nyer citer kumpol balik..tu la shirley ko lambat...kejap je borak ngn ko..hiks!mlm layan AIM lak..again ct won for best album..sedap ke MR I?

3. aktiviti hari ketiga:pas menjalankan tangunggjawab keluarga terus i tido...(ye la MR I..i admit after smsing i tido..hehe!);then petangnya mari abeskan duit lg dan lg...aku gi cekup broadband sebab protes ngn streamyx..seharian lembab..gile!



p/s:kesimpulannya cuti 3 hari ini:i have so much fun!
Nurul Azliana a.k.a. Buyui

Saturday, April 4, 2009

activity kelab che kiah


kenape i mendaftar sbg ahlil rombongan che kiah ini?


1. sume ahli che kiah adalah my coll..ape salah kan nak having fun?nasib lah i sudah berehat dari terlibat membuat aktiviti having fun yg membuat dosa..oppss!!


2. ade kanak2 lagi meriah korang..cumel2 lak tu..sume muke budak2 ribena (like KD said) dah jd koleksi akak dah...nak tunggu anak sendiri entahkan bila..pinjam sat anak org..hiks!


3. balik taiping...mmg la akak 'sexcited' la...tak kisah pergi mana pon....pergi jumpa apek jual buah akak selalu beli tu pon takpe..janji balik tepen..


4. sebenarnyer...bukan balik tepen je akak suke..aktiviti jenjalan ni mmg akak suke..mmg for sure i akan kasik 100 to infinity % commitment..


5. frankly speking seumo idup ni akak tak pernah jadi ahlil rombongan che kiah lagik...dah che kiah ajak i follow je....yuran ahlil pon murah..


6. end up arini sume ahli che kiah dah letih..sok sekolah..yey!


P/S:che kiah tiada kaitan dgn manager rombongan ataupon yg mati..kak F ajak saya lg ye!


Nurul Azliana a.k.a. Buyui