Showing posts with label married. Show all posts
Showing posts with label married. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

terfikir

Hari ni aku berbual dengan seseorang. This time memang real punya berbual-bual bukan hadap YM or gtalk or komen kat FB or twitter macam selalu tu ye. Ini memang betul- betul kejadian.

Orang ni aku namakan dia A. Seorang wanita umur dalam 40's , dia ni adalah one of wanita yang kahwin agak lewat la beberapa tahun nan lalu. Aku tak sure dia ada anak ke tak, sebab dia tak mention pun cerita anak- anak ke apa and apa aku tahu pun rumahtanggan dia dah hancur, goyah entah la cerita tu pun aku tak pasti sebab dia tak cerita apa-apa kat aku , so i know from mulut- mulut orang marriage dia ada problem. Big problem bukan problem biasa- biasa je ok. Maybe dah officially cerai or not tapi dia dengan husband dia dah berpisah la.

So dia cakap dekat aku , adik dia cakap: selalunya tuhan akan bagi apa yang kita minta. Kalau kita selalu berdoa for example, katalah kau memang suka this guy. And kau memang la rasa nak kahwin dengan dia. So ko mintak doa ko nak kahwin dengan dia tanpa putus asa. And tuhan makbulkan permintaan kau tu. Dah kahwin baru kau tahu laki tu tak sesuai and rumahtanggan kau hancur berkecai. So fikir balik kenapa tuhan pada mulanya tak bagi ko mudah jodoh dengan orang tu. Selepas kau berusaha berdoa baru kau dapat? Sebab..... tuhan tu tau laki tu tak sesuai untuk kau. Tapi kau nak jugak kan...nahh...tuhan kasik..amik kau merasa kau laki kau kaki judi [contohlah].

A ni cakap berdasarkan pengalaman dia lah. Tapi dia cakap ade betulnya adik dia bercakap. Dari cerita A ni aku dapat satu point. Selalu kan orang dok la bising pasal kita tak kahwin2 lagi kan macam selagi kita tak kahwin selagi tu diaorang tak boleh tidur lena. So kita pun rimas berdoalah la mintak kat tuhan temukan jodoh kita hari- hari mintak ni. Tuhan dah makbulkan sekali jodoh kita tu jadi kes macam- macam pulak. Tak ke coii tu? So aku rasa kita just doa kalau ada jodoh datangkanlah yang baik- baik kalau tak ada tak apalah... ini aku cakap bukan untuk diri aku, aku cakap bagi orang- orang di luar sana yang umur makin meningkat mak dok bising- bising so fikir- fikirkanlah. Mulut manusia tak boleh ditutup dengan zip bila tak suka, lempang je boleh. Hahahaha!

Itulah cerita aku nak cakap. 

Buyui

Sunday, July 3, 2011

SMS ON LOVE dan hantarkan ke 32***

Pagi ni aku baca satu status kawan aku. Actually kawanlah kot sebab dia approve request aku dalam FB. ngahahah!aku kenal pun sebab dia o.p. adik aku haritu. Entah dia ingat ke tak aku lantak la. Kadang2 status dia lawak2 jugak.

So status dia harini dia cerita kawan dia bertemu jodoh dari Sabah. Macam mana boleh bertemu jodoh?Ha...part ni aku gelak. Kenapa aku gelak?Aku gelak sebab kawan dia tu bertemu jodoh melalui "Taip ON LOVE dn hantarkan ke 32*** " Sounds familiar huh?

Kan..??

Ala iklan kalau kita tengok tv3 panggung sabtu tu selalu ada. Takpun kalau ko tengok ulangan cerita puteri/kisah kaisara pukul 4 petang. Eh!Macam mana aku tau ni?Ala tak pun selalu je ada iklan2 macam ni kalau ko bukak TV rasmi kat Malaysia ni.

Selama ni aku ingat benda tu tipu. Yelah main iklan je kan. Pastu kalau manusia bangang pergi call pun maybe budak2 sekolah baru dapat handphone or curi handphone mak dia pakai kan?Sekali ambik kau betul2 punya kejadian..ini bukan cobaan.Hahahah!

Lepas ni kawan kepada kawan aku kat FB ni bolehlah jadi duta untuk iklan tu kan. Dengan tema "Lihat kami..ada jodoh kan...?" *sila buat tona nada seperti iklan Tummy Trim. Heh!

Ha lupa nak cakap, modal kawan kepada kawan aku kat FB ni sebanyak RM250 je. Bukan la sekali tembak call menjadi ye.

Bunyi kompang.

Buyui