Thursday, July 15, 2010

makan-makan

ai notice kan ai jarang tepek gambar-gambar makanan kan dalam my entry ade pun seketul dua..padahal ai ni pun sebenarnya host jalan-jalan cari makan jugak..tapi yang tak dibayar payment..kena bayar harga makanan sendiri [kadang-kadang je dibelanjai rakan-rakan dan abah bila makan dengan dia ai buat tak reti time nak bayar..matikla jenis apa anak ni?] so semalam during lunch time kebetulan camera dibawak sekali so marilah snap-snap..nota kepada mereka-mereka:see?sangap tak sangap ai n RJ masa lunch?sangap kan?


RJ's lunch:Fish n Chips and Asam Boi....mayo tu sedap la ade pickles..selalunya ai tak suka pickles..semalam sedap lak abes ai belasah Fries dia..tapi chipsnyer mana erk?RJ punya la simpan apple tu sekali jatuh tu la ai dah cakap makan je...haha!Lepas tu lemon besar alam tu memancut kena muka dia..ohh apesal la malang sangat nasib anda semalam RJ?



Engku B's lunch [eh dah habis ye episod bangsawan?] : Keuatiau goreng and Lemon Juice [aku nak lime la wei ko letak lemon apesal?] tak berapa sedap sangat .. next time nak la FnC macam RJ tu..yg syoknya kan...air dia banyak...ais pun banyak....sedut-sedut tak abes2 air dia..awat tah

View from my seat...nice....

p/s:mereka-mereka pasti tau di manakah ini..n khas untuk fa aka PG abang waiter tu betul la hensem...ngeeeee...

Buyui

Wednesday, July 14, 2010

engkau laksana bulan...tinggi di atas kayangan

semalam kan ai dah cakap pasal harus mimpi perang-perang kan...?sekali semalam mimpi lagi besh iaitu:

*selingan:

1.mimpi kahwin bak kata Kak Shima ~omg!ingat ai ni belum berakil kah?haha!

2. mimpi kahwin anak raja~Kak Shima punya dakwaan lagi..adoii la makcik ni..otak ke lain je...tak nyempat-nyempat aku nak cerita dia dah serbu..apada...


*back to the story:


Uols pernah tengok citer jimi asmara tak?yang pasal chenta dihalang sebab minah tu [maizurah hamzah] orang bangsawan ada gelaran engku2 tu..tak salah hero dia arwah hani mohsin..?




ni la lebih kurang poster citer tu..citer lama kan so nak google image dia agak kepayahan di situ untuk mendapatkan hasil yang baik [apakah ayat?]




ha!!ada ke semalam ai mimpi all of my family turn up jadi macam tu?family bangsawan..dengan arwah nenek ngan mama semua ada...jenis gelang 4-5 kerat ni sanggul lintang bagai..dalam mimpi ai ni arwah nenek ai tu la mastermindnyer...tema chenta dihalang jugaklah..and of cos la ai verangan feeling chantek sweet macam maizurah hamzah tu...*pitam



tak mau kalah tu dah la mimpi keluarga bangsawan tapi verangan la ko tu keluarga british royal tu main tepuk tampar dengan william masa kecik kan....[harus kasik upgrade la kan kisah ai]




dijadikan kisahnya la kan..dah nama pun keluarga engku2 kaya2 so whole family ni pergilah bercuti bagai sakan la..[matikla dah nama pun ratu jimba sampai dah jadi bangsawan pun tak lepas jugak jimba riang ria]..so we stay in one hotel lepas tu macam cerita sex and the city 2 dia kan pergi Abu Dhabi lepas tu setiap orang ada macam bellboy ke hotel boy ke iring kan kemana-mana...so ai pun macam tu la..ada la orang iring..tapi tak mo la bellboy macam Samantha punya ape nama dia?Paula Abdul?kah kah!...alamak lupa lak tanya nama ape..[kata berchenta..ohh ni mesti deraf dulu skrip kot] so orang iring ni la...ok la muka dia taste ai la gelap2 jawa [kak shma kata macam mawi...aiyoo choi!!] <---- tak sangka aku taste camtu ye..Mr I sila yaks me!tak-tak muka tanned macam louis koo..nak jugak muka hensem padahal tak hensem kowt...tapi sweet la...tapi tak la sampai tahap merembes [perlu ke explain lebih2]

Louis Koo yang menjelma dalam mimpi Kyn Tan sebagai Mohd Farid Abdullah nama islamnya..ha!lagilah horror okeh siap mimpi2 mamat ni convert...haha!


mula-mula ai Engku B [ya allah ya tuhanku verangan tak boleh shutdown ni..camne..suis rosak!] tak la suka ke jatuh chenta ke...laki ni je soka ai dalam diam that's why la caring terlebih tu...so sebab caring terlebih tu la Engku B sudah soka sama itu budak...so bermulalah episod perchentaan....lepas tu ai terjaga...aku jaga2 aku dh senyum2..[ohh..apakah?nasib baik aku tidur sorang2 kalau tak mo org cakap aku gile]



uols mesti tak caya kan.mimpi leh sambung-sambung?ha!sambung uols..pas terjaga ai terlelap balik...sambung balik drama [eh drama je?!filem la!masyuk sikit payment ai] sekali kan nenek ai find out..ape lagi karakter Wan Maimunah la uols!nenek ai find out laki ni punya la terlebih guard ai sampai ai tidur pun dia tunggu je ai tidur...gile ke ape ni?hai..tengok je ke...[ohh takleh over kang LPF tak lepas!haha!] lepas tu apelagi la uols...episod jimi asmara kau laksana bulan bermulah...lepas tu alarm bunyi ai kena pi kerja ..ala aku ni kerja ke...bukan la anak bangsawan betul yang duduk goyang kaki je...ala...!!!



tapi kan kesian la uols tengok muka sadis laki gelap2 jawa tu.. [nama tak diketahui] muka sayu je..nak2 plak bila nenek engku ai tahu dah..dia sedar la..ai ni enggang and si anim sambung tadi "kalau ko engang...dia tu ape?GAGAK MAKAN SAMPAH KE?"<---- pengotor okeh ko fondens! dia tu helang la spesis terancam...and kak shima pulak menambah "harimau sama harimau..twit sama twit" [ohh gila la aku leh wat forum pasal mimpi aku adoii]..


so kalau uols nak tau kesudahannya klise ke tak macam drama bangsawan lain doa-doalah agar malam ni ada sambungannya..lah!telenovela la pulak...



p/s:ai ni termimpi enggang la helang la..sebab terlalu ketagih tweet2 ke..*matik!



Buyui











Tuesday, July 13, 2010

lets perang...!!apakah kepelikkan?

haha!satu cerita lawak dan apakah kepelikkan?tadi ai disuruh menyimpan satu lg patriotik la..ala lagu 1 malaysia tu?kalau tatau sila google dan dengarkan..maybe kita tak berapa nak dengar and tak hengat seperti dah 3 kali dengar lagu bad romance dah boleh hapal kan..?so ai dicadangkan oleh seseorang untuk membuka blue tooth on my phone SEBAB DIA NAK SEND LAGU 1 MALAYSIA TU SO THAT I CAN HAPAL AND DENGAR SEBELUM TIDUR LA KOWT???*seriyes muka ai dah kelat dah tadi..gosh!
bila ai menjadikan topik hangat sebelum balik dengan RJ tadi..RJ pun kepelikkan..dengan mengutarakan pendapatnya sambil cuba mencapai titik hormon keseimbangan yang sedang berkocak2 itew sambil berkata:*ayat disedapkan mengikut suka ati sayalah sebab nak bagi sedap..ayat RJ tak berapa nak sedap!haha!


RJ:apakah kepelikkan apabila seseorang itu menyimpan lagu patriotik dalam hp?except org tu sgt passionate dgn lagu2 bergenre begitu atau org tu selalu terlibat dengan majlis2 rasmi [kot ya pon RJ...dah tak ada cd semua ke nak simpan..]


Me:.....


RJ: apasal dia suruh kak N simpan?suruh dengar sebelum tidurkah


Me:Suruh hapal la kowt...


RJ:harus la mimpi perang-perang ok..<----------------- meledak-ledak gelak aku harap2 org depan tidak memandangku..[terigt insiden nak tersend gambar gadis dan bunga padanya..i am not ur stalker okeh?!]


terus ai terbayang ai akan bermimpi seperti leftenan adnan berperang di medan perang...di perbatasan...wah!!


p/s:si baju hijau..sedang berjuang...ohh kena nyanyi lagu 1 malaysialah!silap!


Buyui

mereka-mereka

setelah pemergian mereka-mereka [bukan merekacipta]

1. oh ..time lunch pun senyap sunyi je...ai pandang RJ..RJ pandang me..no more cerita or gosip..kalau ada pun tro YM itupun lagi 15 minit nak balik baru nak bukak cerita..so no point!

2. no more jalan-jalan time..[fa..ai still tatau kat sini apelah yang ada seperti yang diperkatakan anda]


3. kalau dah tak jalan-jalan memanglah tatau selok belok jalan..so menyebabkan........


4. semalam boleh terlepas kedai nasik ayam feberet ko tu fa..siap kena u turn balik!kepada mereka-mereka pemuat dan pemberat CLKku...anda tau kan betapa jauhnya kalau kena u turn balik?omg!RJ...oh.....


5. itu je la hapdate saya untuk mereka-mereka...we mishu oledi!


p/s:sudah 50% addict with twitter!Mr I lets!


Buyui


Monday, July 12, 2010

hola!

hola!harus feeling ala2 orang spain sebab spain menang semalam...tapi sori la weh..ai bukan sokong spain semalam sebab ai masih sakit jiwa sebab spain la germany tak dapat pergi final..mak aii perlu ke kasik semua explaination begitu?macam la ada orang nak hadap...so see ya for next 4 years ok..and hopefully masa tu germany boleh pergi ke final [sejak bila la aku sokong gile german ni?padahal tu second team ko je kan...?]..and actually spain tu pon one of my fav team [sebab dulu kan ada si raul] tapi sebab ko dah kalahkan germany koser aku nak sokong ko masa final..tapi Paul..u memang rocks la beb!boleh tak ko telek nasib ai ni...?haish...sudah merepek..ingat ye uols...bak kata RJ to me tadi...amalan khurafat itew semua [feeling oztazah for 1 minute] :))

so now tak de dah world cup so tak de dah kepala telinga ai berdengung nak dengar vuvuzuela itew...omg!!berapa frekuensi tu?kot ye la nak tradition pon...pakai je la trompet ke..trompet orang pakai masa party ke..ini bising dah macam lebah menghurung sarang tau...maybe orang lain ok je kot..tapi kalau ai la..memang tak tahan ok..either ai akan slowkan volume or mute terus je lagi senang!

bunyi cerita macam la semua games ai hadap kan..?ko hengat aku ni jejantzs kacak yang suka tengok bola bergelas-gelas di kedai2 ke?[ohh sangat soka bulu remang2 bila satu kedai jerit macam nak runtuh kedai mamak tu]ala..berapa game je ai tengok pun..itupun kalau game ada awal..kalau tak...koser la ai!yang penting mesti hapdate...jangan sampai korang tak sedar pulak world cup..by the time korang sedar dah abes pun musim..ye ai tahu bukan semua minat bola tapi it's current news maaa....silap-silap masuk soklan PTD ke nanti...sapa juara jangan uols jawab Malaysia pulak juara...jangan pulak soklan tanya bunyi hon2 tu nama apa..pergi jawabnya rekorder pulak...haish!

so itu cerita world cup..ni nak cakap pasal hati ke hati pulak..[eceh bunyi macam ape je] ..ai rasa kan sejak dua menjak ni nak update entry macam lemau je rasa...bukan malas...tapi...macam nak cerita pasal hal keliling..risau jugak takut mencederakan hati sesiapa...macam nak cerita apa topik bualan masa kini masa tengah makan tadi pun..macam tak best la pulak..sebab yang baca pun kalangan pusing-pusing pun orang tu jugak...nak gosip pun tak sedap sebab ai rasa macam ada je nanti yang baca tu rasa dia pulak ai yang kata..karang cedera pulak hati dan perasaan orang tu..last-last entry jadi ala-ala lemau macam biskut masuk angin..so now kalau ai nk maki hamun ke hape ke...ai luah muntah dekat twitter..sonang!

si cherly ni pulak..hai......ni ucapan untuk ko nok:nok...ko ni..kot ya pun ko bz mengalahkan mak hayam pun..at least online la seminggu sekali...kan...?sejak-sejak ko feeling artis kat twitter tu [uwek2..hengat aku takde ke twitter..aku pun boleh la tweet2] amboi..mak artis tempatan ko tak layan dah erk...haish!

p/s:mengantuk..tapi kalau tidur tak pulak boleh tidur..adehh la..

Buyui


Thursday, July 8, 2010

entry yang nostalgic

iye entry ni sedikit panjang...ai cakap awal2...tp kalau la uols lahir era zaman 80 an mesti uols sambil baca ni senyum-senyum mengenang kisah lama...entry ni pon ai dapat dr FB Group yang lahir thn 80an ..diaorg ni pun amik dr blog someone [link dia ada di akhir entry nanti..] so kalau kt FB uols tak baca lagi...silalah baca entry ni..kalau uols tak join group tu kt FB pun....baca je kat sini n cubalah compare zaman uols tu sama ke dengan experience blogger ni..ai pun tak la merasai semua pon..tapi most of them adalah ....nak2 yang baqak 30 sen la..gam kanji la..n summore tv pendidikan![suke tgk bahasa melayu n inggeris sebab ada macam drama..ha satu lagu alam dan manusia thn 4 bab pembiakan *matikla kecik2 pun dah tunjuk minat..miahahaha] ..adoii intro pun dh panjang...so ai akan komen la compare to my experience..nak jugak...]so enjoys la uols!


****************************

Mesti korang teringat gi skolah masa sekolah rendah dulu bawak 30 sen jer. Bawak bekal air, nasik kicap dan ikan goreng[uisk ai nasik goreng hari2..see ape jd kt ai sekang ni?] Nasik lemak kat kantin sekolah 20 sen, air spuloh sen. Cukup. Kalau cikgu suruh bawak gam, kita suruh mak kita masak tepung kanji. Ingat tak dulu kita buat buah durian dengan kertas minyak, kita balut pada belon..[sampai ke sudah last2 arwah nenek ngan mama yg gigih buat..aku malas la..leceh!] batang betik, pelepah pisang, ubi kentang kita ukir jadikan corak masa kelas lukisan. Korang tak ingat eh? Kita pegi kedai beli chikedis, Mamee, Ding Dang mat sentul, Kum Kum, Bubbleyum, sugus… [yg ni haram..jajan2 mama ngn nenek tak kasik langsung!brani nk makan..sakit buah pinggang..ye ke?]


ice cream batang 10 sen yang ada asam masin dalam tu. Ingat tak kita makan jambu batu dengan asam masin. Gang-gang lelaki dulu kita kumpul gambar pemain bola masa musim piala dunia dulu. Ingat tak Maradona, Zico, Kevin Keegan, Michel Platini, Karl-Heinz Rummenigge. Ingat tak Road to Wembley atau Big League Soccer? Aduhai.. ingat tak kita buat 11 ‘pemain’ bola dengan lipatan manila card dan kotak kasut, kita buat tiang gol pakai kertas, kita tulis no dan nama pemain bola kesukaan kita atas card ‘pemain’ kita. Kita jadikan buah ceri atau kapur sekolah sebagai bola. [gile pedih tgn tepuk..pastu mama buat kertas rokok abah gentel2 buat bola] Cuba flashback semula rancangan TV yang menjadi kegemaran kita pada masa tu.. Captan Future, Marco, Ultraman, Sinbad, Popeye the Sailorman. Adeh aku tengok cerita Marco tu pun sampai menitik air mata.


Wahaha.. Hari Jumaat, malam selepas berita TV kita akan layan Tayangan Minggu Ini, filem Melayu. Abis filem Melayu tu kita tengok cerita Pattenplace ke apa nama dan ejaannya aku lupa. Ingat tak cerita Little House on the Prairie, atau Donny and Marry, atau cerita polis Chips? Atau cerita Dallas? Hart to hart? The Incredible Hulk, The Six Million Dollar man, The Greatest American Hero, Charlie Angels[ai layan ngn nenek ai okeh] mungkin bebudak hari ni ingat Charlie Angels tu cerita baru.. huhuhu. Masa tu ada Drama minggu ini, puspawarna, PJ1 – ceh cerita ala Dallas ni, Opah.. [ni mama layan PJ tu..ai tatau lg PJ tu..opah tau la layan sefamily uols!]apa lagi eh daya ingatan aku pun dah semakin lemah di makan usia. Tengok TV1 dan TV2 jer, mana ada ASTRO pun. TV3 start 1984. Siap letak kuali kat antenna nak cari TV3. TV kaler hitam putih. Remote control pun masih takde lagi. Pagi-pagi takde siaran TV, kita tengok TV pendidikan. Pukul 3 petang baru ada siaran TV.. kuno betul kan.


Waktu petang apa yang kita main, main bola satu gol, rounders, konda kondi, galah panjang, polis sentri, congkak, baling selipar pada tin susu yang kita susun bertingkat dan main tudung oren.[uwaaa ai paling hebat pun rounders jek..mam ngn nenek mana lepas aku main segala ni..kan dh cerita] Batu seremban aku tak main, geli. [aku lagi tak reti]Kita buat layang-layang, kita bikin lastik kita lastik burung. Orang tua marah kita, dia kata dia nak lastik burung kita. Kita masuk hutan, kita mandi sungai, cari ikan skila (ikan pelaga), kita laga ayam.. ahaha.[ni lagi la..mana lepas main ngan mama n nenek] Ingat tak kita main getah gelang yang diikat panjang apa kenama permainan tu Zero Point ka apa, start dari bawah, angkat getah ke lutut, pinggang, ketiak, bahu sampailah ke kepala, kita main lelaki lawan perempuan.[aku sampai betis je lepas...miahahaha] Syoknya kita tengok bila budak-budak perempuan lompat getah panjang tu. Kadang-kadang kita main PS2.. perhhh pigidah mana ada semua tu. Kita buat senapang kayu, letak getah gelang di muncung senapang dan tarik sampai ke picu. Buah ceri dan buah terung pipit.. kena tembak auww.. akit nye. Ingat tak lagi, kita main tepuk daun terup kecik, kalau gambar daun terup tu terlungkup ke bawah kita dikira kalah, daun itu jadi hak kawan kita. [tepuk2 ni mama ngan nenek ai kasik sebab duduk je..muahahaha] Kita lawan guli, kita lawan getah gelang yang diletakkan atas dua batang kayu macam tiang gol kecik tu, kalau getah tu jatuh ke tanah, getak gelang tu jadi hak milik kita, kalau getah tersebut tersentuh tiang gol tidak di kira, kita kata ‘karan’.. kecik-kecik kita pun dah berjudi.. huhuhu.



Dulu kalau nampak pelangi jangan tunjuk nanti kudung tangan, sampai hari ni aku tak tahu apa motif pesanan orang-orang tua masa tu. Jangan main waktu senja nanti kena mata hantu, jangan duduk atas bantal nanti naik bisul, jangan baring dan angkat kaki nanti mak mati.[uisk sampai ke la ni aku amalkan weh...] Ingat tak zaman kita bersunat dulu, bersunat takde bius dik.. belasah jer.. aduhaii ni semua sebab nak peluk perempuan punya pasal.[haha!ade ke....?] Kita gantung kain buat khemah untuk budak kecik yang dah botak tu, standby tempurung kelapa untuk ketuk kepala lutut.. wahaha pedihh pedihh. Masa sembahyang di surau kita kena duk kat saf belakang sebab kita ni tak sunat lagi.. sebab masih berkulup.


Apa pantun yang kita belajar dulu? Pecah kaca pecah gelas Sudah baca harap balas.. Masa kat sekolah rendah tu, setiap hari Isnin kita berhimpun, tangan atas bahu orang depan. Kita nyanyi lagu Negaraku version yang mengantuk tu sambil kawan kita naikkan bendera. Zaman jahil kita tu kita pakai seluar pendek biru dan baju putih. Aweks pakai blous biru, baju putih juga. Biasalah kita skodeng aweks tu kan. Mana ada baju kurung, tudung litup semua tu. Kita suka match kan kawan-kawan kita, Ali nak kat Siti, Abu nak kat Ani. Nak apa tu, bersunat pun belum. Kita ada adik angkat, abang angkat dan kakak angkat.. sampai terangkat-angkat. [haha!]


Ingat tak dulu kita biasa kena cubit, kena ketuk kepala, tarik telinga, pulas perut, kena penampo, cubit ketiak, henjut telinga. Berdiri atas kerusi, atas meja, kerusi atas kepala kita, kalau kita tak buat kerja rumah. Ingat tak roti panjang, pembaris kuning kesayangan cikgu untuk pukul kita. Apa syllabus kita dulu.. Ilmu Hisab, Ilmu Alam, Kajian Tempatan, Tatarakyat, Tulisan Jawi. Karektor yang mungkin kita masih ingat kisah Pakcik Kordi dengan basikalnya yang kebiru-biruan.. haha. Cikgu tanya kalau besar nanti kita nak jadi apa, kita jawab kita nak jadi polis, askar, cikgu, peguam. Aku jawab aku nak jadi doktor haiwan, sebab aku suka operate katak dan tikus. Kawan aku cakap nak jadi posmen.. hehehehehe



Bunyi loceng rehat kita tak rehat tapi kita main galah panjang, rounders bila masuk kelas semula mak aii bau hangit. [uish ai pegi katan lahari2 bawak bekal..muahahaha!]Tengok kat koler baju mak aii hitam dengan daki. Itu cerita lama kita, kawan-kawan kita dulu entah kemana. Hari ni ada kawan-kawan kita yang jadi businessman yang berjaya, ada yang jadi kuli. Ada yang berjaya dalam hidup dan ada yang dah balik jumpa Tuhan. Ada kawan kita yang tersesat jalan dan tak jumpa jalan pulang. Sedih kan bila tengok nasib mereka, masa kecik-kecik dulu kita sama-sama bermain tapi bila dah tua ni kita tak mampu nak tunjukkan jalan pulang untuk mereka. Kawan-kawan sepermainan kita mungkin semuanya sudah berkeluarga dan punyai anak-anak. Kalau kita masih boleh berjumpa dengan mereka, pastinya cerita lampau yang kita bualkan. Kalau lah kita mampu untuk kembali ke zaman tersebut...




Buyui

Thursday, July 1, 2010

buat baik dibalas baik

ai antara manusia yang taklah perfect..tapi apa yang penting!!!ai akan buat apa sahaja yang boleh kasi ai gelak kah kah kah..ai memang soka gelak...tapi belum lagi la rasa nak jalan sorang-sorang tiba- tiba gelak..ohhh itu tahap petala 8 dah tu...ngeh!

so maybe pada ai tak perasan kot la peel ai mengannoyingkan orang lain...oh maafkan ai..bukan ai mintak kechantekan ini [ha tui!] tapi apa ke dehallah korang dongki sangat dongan den...lepas tu after all things u have done to me boleh pulak dengan rasa tiada perasaannya nak mintak tolong dengan ai...?memang tak de rasa bersalah ke?ke orang tu tak perasan ke dia ada buat something dekat ai?ohh maybe pada dia benda tu buat dia happy so tak la rasa salah kan buat-buat kerek macam bagus kot?macam ai la...pada ai makan,gelak-gelak, jimbarama can make me happy to the max so tak la ai tau pada orang lain macam nak muntah nana berdarah tengok ai dok berjimbarama kot...

tapi moral of the story yang ai nak cakap ni [rasa pernah dah cakap] hormatilah orang lain..[even ko selalu gosip pasal orang tu kan..] sebab takut one day kalau ko nak mintak tlg dengan orang ..orang tu boleh tolong balik kan..kan..kan...?

p/s:balik nk tgk Double H besar mana dah?ada besar tapak tangan dah ke?

Buyui