Sunday, December 18, 2011

Salam

Aku dari dulu dah terbiasa tak bagi salam kalau on phone. Kalau aku angkat phone mostly phone rumah or fix line aku memang tak bagi salam sebab aku takut yg call tu non muslim. Family aku memang ramai kawan dari bangsa cina or india. Uncle muthu la, ah huat la, aunty mary la, cino geng2 hiking bukit larut tepen abah aku lg, memang ramai, so kalau org tu bg salam aku akan jawab, kalau aku nak bg salam dulu idaklah.

So aku dah terbawa-bawa even dah tau sapa call kalau nama naik kt phone pon aku takkan bg salam dl. Tapi org bg salam aku jawab la. Kadang2 ada yg perli jwb salam dl siap2, konon2 nnt aku malu sendr la, ada aku kisah? Yeah, bad site of me.

Tapi sejak aku dah selalu deal dengan org nak2 pulak aku ni dah terjerumus dalam golongan org gomen so lama kelamaan aku dah biasa bg salam kalau aku tau aku call tu melayu or greeting la selamat pagi ke apa ke. For me as proper conversation la bkn sbb aku dah terbiasa bagi salam. Bad site of me again.

So pada org yang tak biasa dengan aku, memang aku bagi salam, even texting ke, email ke memang aku mula dengan salam. Takkan nak hoi, kan? Nak2 ko email boss ko, sewel ke nak hoi2. Tapi kalau di kalangan kawan2 ke family ke mmg aku hello2 je, hahaha. Kojaq gila.

So tadi aku ym dgn kawan aku nina, aku cakap aku call our friend j, and surprisingly aku bg salam?!dunno why maybe aku dah berubah (kot?) ke sebab aku dah lama tak call j tu sama?

So aku cakap kt nina "nanti aku call ko aku bg salam dulu".

Tau apa nina jawab?

"gelak aje dah 5 minit b, sebab ko bg salam".

Cis!

Buyui

Thursday, December 15, 2011

aku masih di sini

kalau ada tertanya2 mana aku pergi lepas2 balik Jepun senyap je kan? Aku ada je.. tapi bz super duper du du du bz and tak de benda aku nak merempan. so tak ade entry and tak sempat juga nak baca entry org.

so pada2 sapa2 tertanya mana aku [kalau la ada yang cari la..kunun..] aku still ada..alive in one piece lagik.

Buyui

Friday, December 9, 2011

Malaysia vs Japan

aku berjaya sampai di "texas" tepat pukul 8.30 pm semlm. Dari KLIA lagi aku dah called RJ, cakap betapa teruja nya aku dah sampai tanah air sendiri sambil nak lompat2 bintang! Huduh bebenor rasanya kalau aku buat bebetol. Perasaan tu tak tergambar. And bila aku masuk ke kedai2 di KLIA aku rasa macam satu kepuasan dapat bercakap BAHASA MELAYU dengan hati yg lapanggg...seriyess even org kedai buat bukan buat memang tak nak layan aku pun. Pedulik!

Bila aku masuk ke Guardian sebab nak beli krim gatal, [ye aku kena penyakit gatal2 nak2 lagi bila aku memang sedia gatal ni dari dalam luar lagi gatal lagi kronik aku rasa] bila penjaga kaunter tu dengan muka masam melayan customer di depan aku tu, membuat aku tersenyum sendiri. "jauh benar dengan penjaga kaunter di Jepun". Well , what to do..adat dan budaya kita sah2 tak sama dengan orang kan?

Pagi ni aku drive, aku nampak pulak org gila yang jalan kaki tengah panas terik. Aku tergelak, sebab aku terpikir RJ pernah cakap dekat aku "Anda..dekat Jepun semua orang jalan kaki tak de hal, kalau dekat sini jalan kaki ORANG GILA je jalan kaki, dengan panas nak mati, gila lah kalau jalan kaki kat Malaysia ni," Hahaha.

Mana yang elok kita ikut, yang tak elok jadikan panduan -peribahasa aku garap sendiri aku rasa.

Buyui

Wednesday, December 7, 2011

when it's last, there's a farewell coming tro'

diaorg ni semua la party, setakat aku duduk sini dah ada 3 party aku attend. Welcome party, birthday party and farewell party. Oh tak lupa jua party buih. Eh?

So 2/3 party tu untuk aku. Terima kasih la banyak2 semua. Korang ni buat aku nak nangis je lah tau. Aku kan hati selembut bayu gitu. Tetiba.

Semalam punya party paling syiok. Makan, gelak2 walaupun aku gelak je apa korang cakap sebab aku tak paham dan harap2 bukan mengutuk aku dan makan lagi sampai terlentang. It's buffet babeh it's buffet. Bukan aqiqah babi ye, sila percaya cakap aku. Dan bukan aku diaqiqahkan jua. Eh lagi?
Now I am in Tokyo, setakat ni billboard Takuya aku tak nampak lagi as last entry dia sendiri tanya kat aku billboard dia naik tak kat dinding kat Tokyo ni, Takuya K baca belog aku ni weii *pura-pura teruja
Tapi aku nampak la muka kau tu Takuya dekat Hakodate. Kenal tak mana muka kau?

Buyui

Monday, December 5, 2011

sudah masuk hari ke 23

One of the colleague aku pernah dihantar berkursus di salah satu tempat yang budayanya lain pada budaya kita dan agama Islam adalah agama minoriti selama 5 minggu. Lebih masa dari aku yang berada di bumi Nippon ini. Bila balik aku tanya " so macam mana duduk di sana?". Dia jawab " Saya belajar erti kehidupan". Ringkas. Tapi pada aku dalam maksudnya.

Bila aku berhempas pulas di sini, kata2 colleague aku tu bagai terngiang-ngiang di telinga. Ye, aku belajar erti kehidupan. Susah payah, yang paling penting masuk kandang lembu bunyi lembu [aku tatau bunyi lembu orang panggil ape]. So ikut ajelah. Apalah sangat susah payah aku hadap selama 25 hari ni, berbanding orang yang jauh di perantauan [maksud aku benua antara benua, kalau kau duduk kat Johor kampung kau kat Penang, takyah rasa feeling nak masuk team] lagi lama berbanding aku. Itu salah satu pengajaran yang aku dapat.

Banding dengan kawan aku yang dapat belajar erti kehidupan itu, pada aku selama aku duduk sini, aku dapat dua pengajaran. Satu, "l am proud to be Malaysian " and "learn to love your own language".

Bila kita berada di kalangan rakyat asing, haruslah topik banyak berkisar kepada negara sendiri. Bila yang bertanya aku akan jawab apa yang ada pada negara aku sendiri, contohnya "what is your country's traditional food". Ok, tak ke kau terpikir panjang ape je la makanan tradisi negara aku? Sah payah nak jawab kan, nak cakap nasik lemak refer to melayu je, nak cakap yong tau foo, boleh ke..eh capati lak camne? Tu baru 3 jenis baii..belum lagi makanan2 lain yang tak sanggup aku nak sebut dekat sini sebab boleh buat air liur aku menitik!So ko akan amik masa just for 15 minutes nak cerita pasal makanan lak. Lepas tu teruja tak kau nak cerita pasal benda2 lain yang buat Malaysia ni so special? Bila pikir2 3 hari 3 malam tak abes cerita kan? So senang cerita kau dah promote negara kau sendiri dan bunyi kau bercerita jadi bangga dengan negara sendiri. Seriyes. Itu yang aku rasa yang selama ni tak pulak aku rasa nak bercerita di kalangan rakyat negara aku sendiri ayat yang bunyi macam ni "wei, kau suka tak wau bulan? aku suka la, tempat lain mana ade wei,". =)

Secondly pasal bahasa. Ok this time aku bukan nak cakap pasal Jepun yang kita sedia maklum memang utamakan bahasa dia sendiri. Itu aku nak cerita nanti. Aku nak cerita pasal Alan, lab instructor aku merangkap lab partner aku tu. Bahasa asal dia spanish. One day masa dia mintak aku tulis a few point for me to understand maybe one day I might need that. Dia cakap "u can write this down own your own language to make u understand better, because I'm doing the same thing". Pada kepala dia, aku akan tulis segala point2 tu dalam bahasa melayu, bahasa ibunda aku sendiri so senang aku nak paham. Dia tatau selama ni kalau hal2 berkaitan kerja aku senang tulis dalam english sebab bukan aku cakap aku terel english tapi sebab aku dah terbiasa. Kalau aku lah. Samalah macam language yang dah disetkan to english on phone kita. Kalau yang pakai bahasa melayu kena gelak. Kenapa kita gelak? Kenapa kita gelak pada bahasa kita sendiri. Kebetulan aku baca blog entri kahuna dia pun mention benda yang sama.

So dalam lama2 aku duduk sini , itulah pengajaran yang aku dapat. Semoga kita dapat berfikir sebab aku pun tengah fikir. tapi taklah banyak fikir sikit je 20% camtu. Hahah! Hampeh.
Harini dah hari ke 23. Sila jangan cakap "cepat je kan.." tau tak seksa aku menunggu sampai hari ke 25?

Buyui

Saturday, December 3, 2011

movie review: breaking dawn part 1 bukan ombak rindu ye :)


Aku dah tengok Breaking Dawn part 1, online. Aku memang suka….sukaaaaaaaa… memang romantic part dia kali ni pada aku tidak mengecewakan. Paling aku kagum masa diaorg pergi honeymoon [sila la jangan igt aku suka part sampai katil patah tu, miahahha] bukak2 pintu laut terussssss….!!! RJ cakap “anda, umah anda pun bukak2 pintu laut..”, tapi ini ko langkah setapak dua terus laut. Umah aku saujana mata laut memandang je, tak sama ok.

And aku tak sabar tunggu part 2 pulak. Aku bukan orang yang baca buku sampai abes, lepas tu meroyan sebab byk part tak sama. Normal la kalau dah adaptasi sah2 la takkan semua nyer nak tunjuk sume 4 hari 4 malam tak abes karang kan? So, tu make it surprise for myself memang aku tahan tak baca. Cuma Harry Potter terkecuali aku gi baca dulu part ending dengan buku sebab nak tau sangat Harry kawen ngan sapa time tu. Hahahaha! So for twillight aku adalah peminat movie dia.. and bukan buku macam peminat fanatic dia sampai hapal dialog bagai. And FYI, I am team Jacob! Mueheheheh. Sebab apa??? Sebab, aku suka kaler2 tanned ala2 mcm jawa [bengong aku ni] and aku tak suka Edward si pucat lesi, tetiba ada macam gold dust [tak suka ok masa sekolah asal ada party je mesti nak ade benda tu, payah nak buang ok], and cakap lembik, aku tiup sekali terbang terus. And aku actually tak suka Bella, muka si tak ada perasaan, cakap macam malas nak bukak mulut, tapi ye lah dia comel tapi aku tak boleh tak ingat muka budak dia dalam cerita Panic Room dulu, apakah? Aku lagi suka kawan dia masa sekolah tu, nama apa tah. Pada aku budak tu lawa. Entah. Aku suka mat saleh rambut itam sebenarnya, Nampak diaorg lebh glowing, tapi melayu termasuklah aku dulu kalau boleh rambut itam tak nak. Hak tui!

Ok dari review org, semua la akan cakap apa yang dapat dari cerita ni, macam friendship, love, loyalty, and so on kan? So aku nak bagi kat korang apa benda yang aku rasa aku dapat dari twillight ni; maybelah sama ngan review lain kot?

1. Love- yes, cinta Bella kat Edward, Edward kat Bella, Jacob kat Bella, bapak Bella kat Bella, Bella sayang Jacob, adik beradik Edward yang sayang dia and Bella [suka Alice!]- sayang menyanyang..saling percaya puncak kasih berpanjangannnnnnnnn…oh..oh…

2. Trust – Bella yang percaya pada Edward, bapak Bella yang percaya Edward boleh jaga anak dara dia, Bella yang trust Jacob even tho tau Jacob ni serigala leh makan orang.

3. Friendship – between Bella and Jacob. Pada Bella la, eh tapi tu la aku tak paham pompuan ni, kejap macam sayang gila macam kawan kejap macam sayang lebih dari kawan. Ye pada aku dia pentamak semua dia nak [ni masa aku tengok full moon dulu la]

4. Loyal- tu nampak sangat2 pada Bella, gila loyal sampai Edward tinggal dia pun dia sanggup tu tunggu [ni masa New Moon], and sanggup tu nak jadi ponti just nak bersama, kalau ko nak ke, hari2 menu darahhh je…?? Tak bosan ke? Dah la tak tidur, nikmat ko apa je dapat? And do I need to say more? Jacob yang loyal pada Bella. Ini memang rasa nak berjurai air mata den ni tengok. Ada ke lagi spesis macam ni zaman ni? Even si Edward pun memula tinggalkan Bella [matikla perang meletus kalau team Edward baca ni], ye aku tak baca buku so aku tatau detailed, tapi…aku tgk pada mata aku la. Bukan nak figure out masalah dia leh blah macam tu je??? Memang la dia balik lepas tu, tapi tak ke seksa si Bella tu menunggu?

5. Paling aku sedih tu- part masa movie2 lepas tu, orang sibuk tengok pada watak utama kan? Aku tengok pada watak bapak Bella si Charlie. Mula dari awal algi masa Bella kena duduk dengan dia, tabah dia nak memenangi hati anak dia masa tu. Gila pedih wei anak panggil nama je tak panggil daddy, [memang ala ada je mat saleh panggil bapak dengan nama je]. Tu belum lagi masa Bella tipu dia masa nak jumpa persatuan ponti sedunia masa new moon tu, dia tipu bapak dia kan , cakap nak pergi mana tah…korang tak rasa ke apa perasaan Charlie kalau dia find out anak dia nak lari umah ikut jantan? Dah la masa tu dia baru 16 thn?? Sekolah tak abes lagi. And now nak kawen kan? Seriyes masa part Charlie bawak Bella to the aisle aku nak nangis. Sebab aku bayangkan kalau Charlie tu jadi bapak aku. Anak tak kerja apa lagi dah nak kawen? Kalau aku memang berat hati wei…berat hati dan sayu aku tengok muka Charlie nak lepaskan anak dia. And masa Bella pregnant, dia call la anak dia,si Bella ni dok sorok yang dia sakit kan? Aku tengok muka Charlie tu punyalah risau anak dia tak balik2 jumpa dia. Seriyes aku tak leh dowh..

Tu je la kot yang aku nampak dari movie ni. Aku nak cakap dalam banyak2 aku paling sedih kat bapak dia. Hahah!

Tapi aku suka lagu Thousand year tu by Christina Peri. Ni semua RJ punya pasal suruh aku dengar and gigih send to me. Ye dan sekarang dah kerja aku ulang2 lagu yg sama.

Buyui

Friday, December 2, 2011

it's sushi time!

disebabkan haritu diaorg pergi dinner yang aku x boleh makan kan sebab soba tu stok babi..so kali ni sebagai pay back saito-san bawak aku pergi try sushi sushi bershama shama :))

"i pay for you this time..because u're guest" katanya............lega! aku dah standby dah duit tadi.

So aku yakin benda aku boleh makan, so apa je saito-san suruh try aku try! Yeah semua raw. Aku dah prektis dah makan salmon raw sebelum datang haritu, so boleh masuk tekak! And this time segala tok nenk semua raw. Camne diaorg buat tak bau hanyir langsung ah??!!

Satu je tetiba dia cakap "do u want to try uni?". [selain drpd dia nak suruh aku try testis babi yang dia amik, gulp!] Ingat benda apalah uni tu, sekali telur ikan. Ok la aku igt leh telan, sambil aku dok belek2 tu dioarg leh sebut gonad la pulak..terus aku terbayang perut ikan! potong betullah! dah sambil aku nak suap tu semua tengok aku. celakalahh..... lepas tu semulut la aku telan...tak la bau mana, tapi masa tu mind aku dah free cakap kena stop makan ni mentah buyui...dah kena hadap dah...terus tak leh blah! terus aku cakap kat Alan aku feeling macam dalam fear factor . Hahah!

senyum lebar sebab org belanja :))

ni aku suka.....!!! sedappppppp

memula takuit nak try..bila dh try not bad ah!

best fish in town katanya..tp mmg sedap..bahagian lemak2 isi ikan tu
jgn tertipu ni bkn betol ni, plastik semata!

Tapi sememangnya...sedap la weiiiiiiii.................. ke sebab org belanja? :P

Buyui