Tuesday, January 17, 2012

cerita baru dan lama

Semalam aku bukak berita. Pasal kisah pelajar USM dilepaskan [ye kan dilepaskan tak silap aku, ish kata tgk berita pun tak concentrate. haha!] atas pergi buat kerja bodoh ugut [ugut la tu] cakap nak bom helikopter PM [ape ke bangang, mampu ke ko nak siap sedia bom segala sengal, silap2 kau belajar kalkulus pun tak khatam lagi, ada hati nak bom segala] dekat status FB dia. Tak leh blah ajak kawan lagi tu, ade pulak kawan2 dia bingai pergi ikut like tu. Aku namakan kumpulan diaorang ni kumpulan bangang. Inilah dia salah guna media social [wah githew]. Dari kau ajak kawan2 bangang kau tu pergi like benda yang merepek baik kau create event buat 'acara qiamullail' kat surau asrama tempat kau belajar. 

Cakap pasal qiamullail aku ada kisah, masa tu aku final year, muka2 sisa-sisa geng 'jerung' belajar tak grad2 lagi ni kena la attend qiamullail sekali la dengan juniors semua masa tu. Oh bukan pergi setakat masjid dekat2 ye, ke PD okeh. Kalau zaman student kira habis hebat la PD, Genting , Melaka tu. Kahkahkah. Ade ke PD dia buat qiamullail tu? Pada geng jerung tak hensaf2 lagi ni memang liat la dah nampak word qiamullail tu [astagfirullahalazimmm] tapi department paksa/wajib kitaorang pergi siap ugut "sapa tak pergi tak boleh grad". Ape ke lahabau punya ugutan masa tu. Mcm tak logik pun ada. Takkan la kan pasal ko tak attend qiamullail kau tak grad? So aku sebagai feeling ketua 'jerung' aku cakap . "Ok , we go tapi kita anggap as HOLIDAY". Nasib baik aku tak kena panah petir masa tu. Hahaha! So we went there [now baru aku fikir mana hala la department aku dapat duit untuk semua tu siap duduk Sri Malaysia [hotel la jugak kan, masa tu Avillion baru tengah construct] tapi malam nak qiamullail tu aku siap cabut lagi telefon so AJK tak boleh call kejut. Ya rabbi jahat gila. Macam- macam geng2 aku buat malam tu which obviously la schedule 'jerung' kan? Hampunnn la....siap masa balik tu, muka semua orang hensaf kan dapat makanan jiwa rohani terisi tapi muka2 aku dan geng2 semua macam orang baru balik HOLIDAY. Haru.

Wah...aku teringat dulu masa aku belajar dulu rajin gila monteng usrah. Hahaha! Korang tau la kalau duduk asrama dekat U ni mesti ada akak2 tudung labuh [laki pun maybe ada abang2 ustaz] ajak kau pergi usrah. Nama je bilik aku tu depan surau [syok oo usha abang2 baik2 pergi surau sampai pecah la tingkap bilik aku tu punya la usha, hahaha] tapi bila akak [aku lupa la nama ape tah akak tu] datang ketuk pintu nak ajak p usrah, aku boleh amik selimut konon demam tak boleh bangun yang kawan aku sorang lg menyorok dalam almari. Ya rabbi, tengoklah hasilnya sebab monteng usrah nangis aku rasa kalau akak tu tengok aku sekarang ni. Hahaha!

Tudiah dari nak cerita pasal budak USM tu dah melalut ke cerita usrah la qamullail la. Hahaha! Cakap pasal budak tu ugut2 nak bom2 tu kan aku teringat lagi masa zaman aku belajar. Masa ni aku dah memang ahli kumpulan 'jerung' dah, masa monteng usrah tu aku still  group 'ikan bilis' [matiklah baru 'ikan bilis' dah berani monteng] so masa ni ada la kan sorang budak ni anak org kaya. Kira kalau zaman tu sapa ada kereta walaupun kancil karat pun kira hebat dah. Tapi budak ni memang anak orang kaya la, first car dia pun dah brand Kia [ko mampu zaman student gonjeng pakau kereta brand selain kancil?] so ahli group aku ni ada la macam main2 la bukan betul pun cakap "Aku nak letak bunga api [sila imejin bunga api macam New Year tu] bawah kereta dia biar meletop'. Bahaha. Motif bukan la dengki sebab kereta dia besau tapi ada lah kisah nya sebab kawan aku tu memain cakap camtu. Kahkahkah.

Nak jadi cerita, anak orang kaya ni dengarlah. Sentap mak nak dengar orang nak letup kereta dia kan...? Terus malam tu aku pergi la dia invite datang rumah dia for some sort like jamuan or open haus camtu lah. Dia boleh tak jemput budak yang ugut nak bunga apikan kereta dia tu. Hahahah! Pitam la... sampai tahap camtu sentap hah. Kot ye takkan la bebetul la nak letupkan kereta orang kan. Ape kau gila? Tapi kes budak USM tu memang la gila. Dik, ini bukan kes ugut kawan kau sendiri. Ini PM ko tau tak? Sebab pucuk pimpinan [wah aku dah feeling wanita UMNO sangat] dia orang la kau merasa belajar kat situ dik. Kalau tak, entah mana hala la kau tercampak sekarang ni. ppreciate la sikit. Belajar kasik abes, lepas tu kau nak menegakkan ape yang kau nak tegak silakanlah... sapa nak halang kalau kau betul nak membantu rakyat sangat kan....?

Aku dulu masa belajar piliharaya wakil pelahar pejadah tu malas aku nak amik port. Seingat aku sekali je kot aku berhiya tu pun sebab manusia yang aku gila2kan sangat tu masuk bertanding. Wahahahah! Lepas tu koser mak nak nak beratur bagai . Baik aku beratur bayar tiket wayang kat midbeli masa tu lagi bagus. Or beratur amik tiket wayang free amik dari keratan akhbar tu [punya panjang aku sanggup beratur] lagi baguih. Heh.

p/s: kepada sesiapa yang kenal watak dalam cerita aku ni diam- diam sudeh. Kalau kata watak tertentu yang diperkatakan baca cerita lama aku ni, ye cerita ini ada kaitan dengan hidup awak tapi taklah sampai kena dengan mati awak. cerita ini tiada kaitan dengan hidup dan mati

Buyui

Monday, January 16, 2012

Update sikit

Hari ni dah hari ke enambelas di tahun baru, for me it's still beginning of the year. Nak cerita pasal kerja ? Kalau aku tulis kat sini rasanya korang kena baca dalam satu nafas kot. Bertimbun- timbun tembun kalau korang nak tau. Haih. But aku suka even stress la kerja kan tapi deep inside aku suka kerja menimbun ni. Maybe sebab aku tak ade kena fikir ada anak or laki nak bagi makan dan "makan" kat rumah kot? Ops! Anak hekan pandai je jaga diri sendiri. Ops lagi.

Tapi dalam sibuk menyiapkan kerja aku, sempat la aku panic [aku la panic nyer] bila si RJ called cakap "org accident". Melompat aku. Dipendekkan cerita dia ok , kereta je la kena masuk workshop or warded and ikutkan abang polis [abang tau...pasni macam nak rajin je pergi balai polis, ramai gak abang polis hawt..buntang2 mata aku dgn RJ, haha!-ok melampau imagination] tu orang kereta satu lagi tu salah walaupun sampai sudah dia tak mengaku salah and cakap "saya orang luar tak biasa dengan roundbout sini". Tak biasa abah kau, nape rules roundbout kat tempat kau lain ke dengan sini. Bingai.

Itu aje hapdate daku. Tak sabau den nak coti. Ye aku akan coti dari segala ketimbunan kerja ini barang sebentar hujung bulan ni wif RJ. Insya allah.

Buyui

Thursday, January 12, 2012

Apesal aku nak marah pulak?

Seperti kita sedia maklum, PM telah mengumumkan bantuan sebanyak RM200 akan diberi kepada pelajar- pelajar IPT. Mengada ah feeling pembaca berita apehal?

Ala macam budak sekolah ting 1-5 dpt duit RM 100 tu, budak U pun dapat jugak. Aku fikir boleh la beli buku even masa aku dulu buku anatomy Applegate pun RM 180 tau. Mahai! Takdak duit mintak kat bapak aku. Eh..aku beli ok buku tu, macam la baca pun. Tu buku paling mahai aku beli dulu masa belajar. Lain tu yang aku hengat buku Pharmaco kaler merah (aku suka baca bila last minute nak exam, miahaha!] ngan buku Pathology tu dia juai reject 20 hengget yo maso tu. Tu je kot buku aku beli lain2 aku harap nota kuliah je. Bukan aku takda duit [read: duit FAMA] tapi aku rasa bawak tebal , berat bukan aku baca pun nama pun study last minute. Kan?

Tapi semalam aku borak ngan kawan aku, kawan aku ni baru je grad, [read: kawan aku semua muda] dia cakap " Duit 200 tu ramai beli NOVEL".

Tetiba aku menyirap. WTF? Beli novel?!!! Bukan beli buku nak belajar beli novel????? [Maybe duit tu dalam bentuk voucher so boleh beli buku je rasa].

Eh! Napa nak hangen lak sama la macam dulu duit PTPTN buat beli handphone kan?? Ops! Tu orang lain aku duit PTPTN aku buat shopping lain. Handphone aku sauk bapak aku punya. Lalalala

 Buyui

Wednesday, January 11, 2012

Kalau sudah bz apa pun tak boleh...

Kalau dah bz menggila memang on je laptop terus buat kerja. 

Kalau dah sangap (read: bkn sangap batang/lubang) takde kerja tu... paham2 je lah sampai ke balik aku berborak dengan kawan2 di alam maya. LALALALA.

So now back to work!

Happy working peeps!

Buyui

Friday, January 6, 2012

issue Amalina

Dalam minggu lepas aku nampak tweet pasal kisah Amalina Che Bakri, first student SPM dapat 17 A's dapat belajar ke luar negara scholared by Bank Negara. Sebelum ni pun entry aku dulu ada cerita kecoh pasal dia gagal belajar dekat sana di mana itu satu fitnah.

Ini keluar pulak kisah dia dah " bertukar" . "Prihatin" sungguh orang kita ni kan? Rajin nak bagitahu perkembangan hidup pelajar ini di sana. Dia keluar party , jumpa kawan- kawan dia, hanya sebab dulu gambar dia pakai tudung sekarang ni gambar dia dah tak sama macam dulu kecoh satu dunia pasal dia. Bagus jugak la pada penyebar ni, cuma aku nak tanya pelajar2 lain, yang "bertukar" macam dia ni kenapa tak tolong sebar jugak? Or pelajar yang dulu macam setan sekarang dah jadi baik [baik la kalau ikut org kita pakai tudung tu baik, tak pakai tudung tu jahat] kenapa tak sebar sama? Oh sebab diaorg tu kita tak kenal? Get a life la people korang ni dah tak de keje lain ke?

Masa aku tengok pic Amalina tu aku senyap. Yes. Aku senyap tak bagi apa komen pun dekat twitter or FB. Sebab I have my own reason. Aku tak mau menambahkan bilangan orang yang menambahkan tekanan pada diri Amalina. Aku pernah rasa dimalukan depan orang ramai. Pernah merasa "ditegur menjadi baik" depan orang ramai dengan rasa aib pada diri aku sendiri sampai ke hari ini. Maka aku rasa Amalina mesti terima tekanan lagi dahsyat dari aku. So aku diam saja bila gambar- gambar dia disebarkan merata2. Sikit komen pun tak bagi walhal sakit mata aku tengok kawan- kawan aku caci dia dekat FB or twitter [tak semua la segelintir je].

Soalan aku:

Apalah dosa dia sangat - ye dia tak tutup aurat . Tapi kerja kita ke nak selesaikan hukum agama dia dah langgar tu? Dosa ke tak dia tu , kerja kita ke nak bagi bukan kerja tuhan?

Pada aku kerja kita doakan yang terbaik untuk dia. Harap dia pulang ke jalan yang mengikut hukum syarak. Dahlah tu. Kalau kita ni sibuk nak hapuskan kisah Amalina ni, ramai lagi yang macam dia di luar sana kita kena selesaikan. Tak payahlah sampai nak pikir orang lain yang duduk jauh di seberang sana, yang dalam Malaysia ni pun dah cukup membuatkan ko tak cukup nafas nak handle.

Sekali lagi, sebab apa? Sebab Amalina tu orang kenal.. tu anak Mak Senah [bukan nama sebenar] yang org igt kerja kilang kat bandar Sunway tapi GRO kat Bukit Bintang tu kau tak nak pikir? Oh sapelah kenal ek anak Mak Senah tu... naik buletin utama mau turun pulak rating. Sick!

Buyui

Monday, January 2, 2012

ucapan

Happy new year semua, harap aku wish tak terlalu lambat.

Tu je nak tulis. Idea tak ada.

Buyui

Friday, December 30, 2011

Beribu sesalan

Aku tak boleh dengar lagu beribu sesalan . Seriyes aku rasa nak menitis air mata. Nak- nak pulak bait lirik 


Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku

Bukan kena mengena dengan aku pun. Kisah kenalan aku. Means orang yang aku kenal. Tak sampai 2 tahun pun aku kenal hamba Allah ni. Dari yang aku kenal dia adalah manusia yang terbaik pernah aku kenal. Terbaik sebagai seorang suami, seorang ayah dan seorang ayah tiri. Gedit? Orang ni kahwin dengan isteri dia then ada anak tiri lah. Memang dia jaga anak- anak tiri dia macam anak sendiri.

Beberapa tahun usia perkahwinan dia , diri dia dilanda masalah. Isteri dia cari orang lain. Tinggalkan dia just like that. Bukan la aku nak cakap bini dia tinggal dia dengan anak- anak macam tu. Tapi memang maybejodoh tak panjang sama kot. Sorry tak leh cerita kisah ni sedetailnya. Tapi aku nak cakap hamba Allah ni memang makan hati remuk jiwa segala.

And last month dia kembali ke rahmatullah setelah beberapa hari berkeseorangan terlantar sakit di rumah. [Menitis air mata aku bila dengar apa yang jadi sebelum dia mengembuskan nafasnya yang terakhir]. Tuhan sayangkan orang yang baik. Al fatihah.

So aku tak boleh dengar betul lagu beribu sesalan ni. Memang sedih!Syial.

Buyui