Thursday, October 27, 2011

look!!what i've found!



hari tu kan aku pergi Tasik Kenyir , tengah - tengah menyusuri cruise tasik tu korang tengok ape aku jumpa???!!!

tak jelas lg erk?jap2
ambik ko..ikan temoleh ni nama diberi..punya lah besau.....dalam 10kg kot...sian dh mati ni..isi perut pn nk terkuar dah...aku syak dia mati kena rompak kot?pastu org jahat buang je dlm sungai :P

Buyui


Wednesday, October 26, 2011

menurun aku lewtew

aku tau ada org tak suka kalau muka budak kuar entry aku. Ala ada aku kisah..?Tak suka jgn baca, aku bukan femes blogger nyer pun...

Ni aku nak cakap ni, agaknya mengikut la kot...sebab masa mak budak demok dah kurus sikit sekarang sok besar ada can jadi gigolo ni..eh..tengah mengandungkan dia ni, 24/7 mak dia dok la YM dengan aku. Hari2 kitaorg tido pukul 3-4 pagi ok. Macam cerita dari hal duniawi sampai la ukhrawi.eh betul ke aku cakap ni. Topik tak pernah putus, nak2 time gosip tak pandang kiri kanan punya gigih menaip mengutuk orang. haha!

Dan disebabkan itu, anak dia ni kuar dah ngikut aku. FYI aku kalau duduk umah bukak lappy suka meniarap lepas tu letak dagu dekat bantal sebijik macam ni!
Mengikut kata maknya dia dah serik dah anak dia sorg je menurun macam aku. Troma ye nok..miahahaha!

Buyui

Tuesday, October 25, 2011

siyes ni tak tipu

ada orang bertanya "mana ko dpt kisah pasal kat Nigeria ada sekolah untuk penipu ni?". Aku dengar dari cerita kawan aku, dia baca dari sokabar..and now aku google and jumpa blog ni, so aku mmg amik sebijik dari ayat dia ni , [saya tak plagiat ok..saya ngaku saya tepek terus..sebab saya malas nak cerita banyak sebab sama je isinya pun..]

so nah bacalah...

kredit to : nurizspace.com


Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa. Siasatan polis mendapati, sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan

Pada 29 September lalu, muka depan Harian Metro mendedahkan penemuan koleksi surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki berkulit putih kacak dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Rupanya warga Nigeria ini pakar dalam sindiket penipuan setelah berlatih di sekolah menipu di negara mereka sebelum dihantar ke negara tertentu untuk memperdayakan mangsa terutama wanita. Sudah ramai wanita terpedaya menjadi mangsa mereka dan terjebak dalam pengedaran dadah.

Petikan dari Harian metro

Siasatan polis di peringkat antarabangsa mendapati ada lebih 10 sekolah melatih penipu diwujudkan di negara itu sejak awal 1990-an bagi memastikan kebolehan menipu mereka mampu diwarisi mengikut peredaran zaman dan sukar ditumpaskan.

Kewujudan sekolah menipu itu didedahkan Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, SUPT Victor Sanjos berdasarkan siasatan pihaknya selepas mendapati ramai warga negara ini diperdaya warga Nigeria sejak beberapa tahun lalu. Beliau berkata, sekolah itu hanya menetapkan satu syarat iaitu pelatih hanya perlu tahu berkomunikasi dengan menggunakan komputer dan Internet.

“Semua bentuk latihan dibahagi mengikut jenis penipuan termasuk penipuan popular yang dikatakan mampu mengaut keuntungan tinggi seperti penipuan Internet, Black Money dan penyamaran pegawai polis,”

Victor berkata, ada sebahagian ‘pelatih’ sekolah menipu itu berjaya menguasai kemahiran disediakan akan dihantar ke negara yang dijadikan sasaran untuk mempraktikkan kemahiran yang diajar.

“Mereka inilah yang akan menjadikan wanita tempatan di negara kita sebagai kekasih sebelum diperangkap sebagai mangsa penipuan sama ada dalam aktiviti jenayah siber atau pengedaran dadah,” katanya.

Menurutnya, sekolah menipu itu juga dipercayai menyediakan latihan praktikal kepada pelajarnya mengenai kaedah penipuan Black Money.

“Kaedahnya mudah iaitu bahan kimia khas digunakan untuk mengembalikan keadaan asal wang kertas yang disaluti warna hitam dan Black Money diperkenalkan negara Barat bertujuan menghantar wang ke negara mundur tanpa disedari musuh.

“Malangnya, kaedah yang sama dimanipulasikan sindiket berkenaan untuk menjual bahan kimia khas berkenaan kepada mangsa pada harga yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata, kewujudan sekolah menipu itu terbukti memberi impak besar dalam penularan kegiatan jenayah lelaki Nigeria apabila siasatan polis di beberapa negara mendapati suspek yang ditahan mengesahkan mereka adalah ‘lulusan’ sekolah itu.

p/s: hati hati para wanita di luar sana


Buyui

am i ready?

"ko dah bersedia ke nak pergi Jepun ni,"

bila sorang kawan aku tanya aku terdiam dua saat..sebab aku terus list down on the spot ape yang aku kena sediakan

1. lab's task aku -baru minggu ni gedik nak buat, aku nak pergi seminggu lepas raya Haji

2. "November adalah permulaan winter tapi Hokkaido adalah sangat sejuk!"-Gulp!someone yg staying there telah memberikan pesanan dekat aku-aiyoyoyoyo berdarah hidung la lagi ni...

3. "Halal food is limited here,"-orang itu memberikan pesanan lagi dan lagi-aiyakk 20kg je boleh bawak ni, mana nak hangkut baju lagi..makanan lagi..pitammmmsss!!!

4. Telefon dengarnya tak compatible dekat sana, kalau nak ko kena rent or beli, nak rent pun 250 yen sehari ...pitam berkali-kali...ok abah sila belajar skype lepas ni

maka..bersediakah aku....BOLOS SAJA DINDING ITUUU!!!

Tips pada yang nak pergi Jepun atas tiket ko ada kursus/research dekat sana:

1. Untuk persediaan visa kena buat seminggu awal, kalau ko tkt dia byk tnaya nanti ko esok2 dah nak berangkat buat la sebulan awal senang citer, kira la sendiri Visa dia paling sikit tahan dia 3 bulan, so ko nak duduk sebulan ko kira la sendiri cth nya aku kena pergi 8 Nov sampai 15 Dec - so make sure la at least 15 Dec tu visa ko mati, kalau ko nak duduk lama sikit ko apply la lebih sikit tapi biar ckp 3 bln dari tarikh ko buat visa tu. Kalau lebih jugak dari tarikh ko jangka dekat airport ko kena isi la borang mohon stay lama tapi.................

2. Bukan suka- suka ko kena stay lama ye, masa apply visa tu macam- macam dia mintak kalau kes aku nak buat research kat sana, makanya dia nak tengok surat proposal aku , then itinery aku selama 25 days kat sana, (ini semua boss Jepun aku tolonh buat, in Japanese so tak ade hal) and a few borang such as guarantor ko kat sana. So sebelum aku pergi tu pihak kat sana dah ade tolong aku isi borang semua then pass kat aku bawka sekali masa nak apply visa. Korang boleh refer tu Japan embassy Malaysia from Google. Kat situ dia ada explain detail.

3. Buat visa tak payah pakai duit. Tak kena bayar. Kalau kes aku lah..kes orang lain aku tatau.

4. Jangann lupa bawak pasport tu penting.

5. Dia siap seminggu kalau tak ada apa2 hal. Ada juga kes kena interview bagai. 

Buyui

Monday, October 24, 2011

spam ke?


its nice viewing your profile, i was stormed by your beauty and i wish to know u better. And hope we can be friends. It has been so long since a woman has captured my attention, would we exchange email id because i am not always in face book


Aku nampak message ni semlm masa aku godek2 fb tro mobile. tapi pg ni check fb dekat pc tak ade pulak message ni?musykil aku.

korang tgk ayat tu, x beragak tau manis dia..ngahahah. terima kasih la buat aku feeling aku lawa macam Miss Angola. LOL.kalau tengok betul2 mau dia mintak nyawa rasa.

ada orang dah kena message mcm ni, siap ayat "warna kulit tak menjadi ukuran". lagi tak leh blah...hahahahaha! elok aku gelak psl ni, aku plak dapat message berbaur kegembiraan hati macam ni, hahaha! Kak shma pun dpt message macam ni, spam ke ape ni?

mengikut kak shma , dia cakap meybe ni sindiket penipuan, ye lah..ko masuk je fb tu ko tekan je la send message, sapa terpedaya dengan ayat manis camni reply je la kan? aku rasa sebab tu ramai yang tertipu sebab ni la

korang tau kan dekat Nigeria ade sekolah untuk penipu?dia ajar camne nak tipu orang. Aku syak kan kaki2 tipu yang orang2 situ tu grad dari sekolah ni la. pandai nipu orang, macam2 taktik dia buat, tu mesti best student dapat 4 pointer all the time tu.

so rajin2lah tengok gerak khas ye supaya dapat menjadikan panduan hidup masa depan anda. sekian saya sudahi dengan sebuah lagu

"gerak..gerak..gerak khas.....gerak..gerak tangkap lipas..."

Buyui

Sunday, October 23, 2011

Kenyir Lake

Jumaat lepas nak tahu aku pergi mana, sapa follow twitter aku tau la aku bgn pagi2 buta [yes for me pukul 8 hari cuti tu pagi butalah ..ahaks!] tweet cakap nak pergi Kenyir, and hope aku tak naik bot. Sapa kenal aku tau la aku la ratu "parking kereta depan kedai, kalau boleh nak masuk kedai,". Tak paham?Maksudnya..sedangkan pergi kedai pun nak parking dekat, kedai kena ada ekon, nak sejuk kalau boleh nak orang dukung je jalan [macam la org gagah nak angkat kaki aku pun belum tentu org mampu] inikan pulak ko nak meredah naik bot bagai kan...so not me la kan....

Tapi...................................... sampai2 je dah makcik ni sorang gigih betul promosi bot dia la kot..harga pada sapa nak tahu ok la affordable, kalau ko nak pergi dua tempat like macam aku tu ko naik bot pastu berenti dekat taman herba and air terjun bayar la satu bot RM150 kalau banyak tempat banyaklah lagi ko nak bayar, tengok la kot ko pandai nak goda org bot tu ke dia bg la kot ko extra one point tp in case minyak bot dia abes ko berkayuhlah menuju jalan polang.

Bot tu pun sekali naik muatla 6-7 org, so share2 la sorang dalam 20 hengget lebih kurang. Ok la kan?Kot-kot ko nak merasa naik bot tu ko punya sorang ko bayarlah sorg 150 je...kot la kan...ko nak ade yatch sendiri entah bila zaman..lepas tu nak feeling ko Kim K , Paris H silakan la...

Makcik bot tu lak gigih nak promosi sangat bot dia sampai tak senang la aku ngan kawan2 nak makan..[eceh..makan tu org bwk aku hadap je..tp aku buat macam aku punya semua..sekian] so we ride the boat with two other couple , husband and wife yang maybe around 50yo. Apa aku paling kagum tu laki dia pegang je tangan bini dia bila nak turun tangga or naik tangga. Gila sweet pakcik ni. Oh ya...org bwk bot tu remind "kat sini semua tempat kena naik tangga". So again pada sesiapa kenal aku, korang cuba teka aku panjat ke tak tangga tu. Panjat?!! MEMANG TAK LA.... hahahaha!

So kepada sapa2 suka nak aman damai Tasik Kenyir is the best place. Memang sunyi, damai and all la. Sapa suka mancing ade pakej, nak tidur kat situ pun ada , nak ride cam aku feeling2 Kim K for two hours pun boleh. It's all up to you!


So sini ada la a few pics. Memang amazed gila la wei..
makanan org bwk aku buat mcm aku punya sendiri..lalalala


korang nampak air dia kehijauan kan?memang!air dia kaler camtu bukan sebab teknik pencahayaan ke ape ke....


entah nape aku suka gambar ni, MM sila jgn pikir bukan-bukan, ahaks!

THE END

Buyui

Thursday, October 20, 2011

which category are you?

aku dpt ni dr Cher's FB , mmg la lawak..sape terasa betol la tu ape korang buat kan? Ada org tak suka dgn FB sebab benda2 mcm ni lah..tp ade pulak org akan cakap "social network kan..FB aku..suka aku la..kalau x sukasila block or delete or hide. Aah sebab tu la aku delete je terus org2 mcm ni dr list , x kasi can punya nak hide or block.

Tapi sedar kah kita ni lumrah alam? Bkn dalam FB je, kalau in reality pun once kita tak suka dengan seseorang tu kita akan palang org tu [delete]/ pulaukan org tu [block] or kita akan lari bila nampak org tu [hide]? sama kan?kebetulan kah?

MACAM-MACAM WATAK PENGGUNA FACEBOOK
1.
MODEL : Tukar gambar setiap hari
2. PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari...
3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh :: 71M@T -> Jimat)
4. WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !
... 5. PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)
6. BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit
7. BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-'
8. PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan kegiatan menjengkelkan bersama suami, tunang mahupun boyfren. Mcm die sorang ade suami, tunang/boyfren! Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy -.-''
9. MENUNJUK-NUNJUK : Setiap saat nk cerita kebahagiaan hidup die.. Yelah..suami, tunang/boyfren ko la y paling baik dan ensem dlm dunia ni! MOTIFFF? : Takut dirampas org kot
10. BUDAK HINGUSAN : Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut muncung mcm nk bercium, ingat cantek ke mcm tu?)
11. SHOWOFF : Nak makan pun siap ambil gambar dulu & buat profile picture.. MOTIFFFFFF ? : entah la 2...
HAHAHA ada yang terasa tak ? which category are you ? [:*]

p/s: tolong jgn tanya nape ade bertepek putih ni..penat aku alter 345 kali dok cmni gak..janji korg leh baca..

Buyui