Tuesday, November 15, 2011

update #3- salji

hari ni dah mula snowing dekat sini. Aku turun-turun je nampak "menatang ape lak putih2 halus terbang ni?". Last2 baru aku teringat "oh salji dah.."

Ok aku teruskan perjalanan sambil snap2 . Yelah arini dah jalan sorang2 bolehlah aku menjakunkan diri.

Tapi makin lama, mak aii makin lebat nau salji nye..dengan angin tu tak leh blah tu. Tadi aku baru terfikir kalau ribut salji tu lagilah horrornya kan?Nauzubillah, nak jadi ribut ke ape tunggu aku balik Malaysia bulan depan. Yang syoknya angin tu menghala ke arah muka, tak ke salji tu kena muka aku? Ni mula aku rasa nak pakai helmet full face ni. Hahahah.

Tapi org sini dah biasa rilek je la. Maybe pagi tadi ok lagi, ni masa nak balik ni lagi menggila saljinya..nasib baik la sansei aku tu nak tumpangkan balik sebab dia kata risau jalan licin karang aku terlentang. Ye lah masuk spital mak depa kena jawab kan? Tapi aku tak mau la jatiuh terlentang. Teringat masa pergi Beijing dulu, budak tu jatuh terlentang sebab licin sexcited sangat nampak salji walaupun tipu sajork.

Aku tanya sansei tadi, tak pakai payung ke? Dia cakap tak payah sebab salji dia kuantiti air kurang, so ko merasa la dia libas-libas muka ko. Ape ke hal nya... rimas ok. Ok noted to myself esok, pakai naju tebal, tutup muka and jalan setapak-setapak. Adoi!

Tapi aku ingat orang macam aku ni tak pernah nampak salji sexcited. Aku tengok orang2 lab tadi yang local pun terlompat2 tengok salji turun. Apakehal diaorg ni?

Buyui

Monday, November 14, 2011

update #2- sesat

hah hari ni ambik aku sesat sikit.....sikit je lah....

actually jalan tu straight , yg penting bila ko sorg2 mcm ni ko kena igt landmark2 yang ada.. ikut kata coll aku igt je gambar ke bentuk ke ape ke lah...

so aku amalkan petua tu, pagi tadi dh first day nak ke kampus so ada la mentor aku amik td. Oh sila jangan ingat dia amik pakai Hybrid Car dia macam dia amik aku kat epot yang aku rasa pelik bunyik enjin takde tu ye... dia park kete dia kat kampus..dia jalan datang amik aku! LOL. Ape salah ko amik kete tu ko tunjuk je jalan kan? Emm.. tatau la aku..adat orang ikut jelah. Hahhh dan lagi pada dia dekat ok..dekat.... ada la kot dalam 1.5 km. Pfftt.. dengan diaorg yg jalan aku, aku nk kejar macam nak patah kaki!

so pagi tadi landmark pun aku ala2 igt lupa lah...sebab ngn jalan laju ngan nk bersembang lg... dan disebabkan aku balik dari lab pun dah gelap so landamark tu cam ngan tak cam la. Patutlah mentor aku Kimura-sansei [sila jgn igt dia adik beradik ngn takuya kimura or kimora lee ye] cakap bila aku confident ckp aku igt dia cakap "lain nanti sebab u akan balik malam". Aku dah translate la jadah ape sansei ni nak cakap melayu ngan aku, english pun tersengguk2.

Kan betul bila malam dah gelap nak mampuih aku cam tak cam dah sesat..amik ko.. Tau la org jepun ni kalau ko jumpa yg reti ckp english tu kira dah bagus la even sepatah dua.. kebetulan labmate aku ade printkan peta aku nampak sorang budak ni aku cakap je "sumimasen [mintak maaf], eigoga dekismaska?[do u speak english?]. dah dia lak eigoga eigoga..confirm tak reti la tu..terus aku tunjuk peta tu...

dah dia ngong ngang bahasa dia yang aku paham dia sebut nama hotel dan ikut hati aku dia pun dok hotel yang sama. hahahah! memang betul setakat ni aku leh predict maksud org jepun ckp ape. baru dua hari wei..LOL.

Yang kesian nya gigih la dia nak sembang ngan aku. Dik, akak ni takat tau ohaiyo, arogato, sumimasen ngan wakarimasen je dik, adoii la....yang syok lg dia igt aku dr AMERICA???!!! ok aku tau tak logic la aku american tapi maybe tu je negara budak ni tau. sian.

Tapi for orang yang kena macam aku ni kena pergi tempat asin ALONE , ingat mana2 pun bumi Allah, doa je. Macam aku sesat tadi seriyes aku sukoorrrr gila jumpa orang yang kebetulan duduk tempat aku nak pergi tu.

Sekian di untuk kali ni. Gambar nanti2 aku letak sebab pg tak ambik sebab tak nak la nampak jakun sangat kannn depan orang? hahahah

Buyui

Sunday, November 13, 2011

Quick updates #1

Quick update:

Local time : 12.15 pm (Tokyo Haneda, Airport)

1. Ini domestic airport. Aku touch down tadi dekat Narita yang mana aku tgk KLIA lagilah bagak besarnya. Sampai situ ko kena ambik shuttle bus (3000 yen dalam duit kita 120 hengget] untuk sejam lebih kurang ke Haneda. Mahal bukan?

2. Yang lain2 pun mahal. Sebotol air mineral 110 Yen - dalam 4 hengget lebih [rega dia sama ada ko beli Avian tu or botol mineral tempatan sama je]

3. So far aku tak makan lg sebab dalam flight tadi aku dah mentekedarah kol 4 pagi! hahah! dah macam sahur siol. sambil layan movie aku makan. Tidur pun tidur2 ayam je.

4. Kagum aku dgn rakyat Jepun ni. Begitulah respect orang. Terkedip2 aku tgk td. Masa aku nunggu bas tadi, pekerja dia [ala korg bayangkan shuttle bas LCCT yang terpekik2 tu la lebih kurang] boleh tunduk bila dia nampak bas yang patut tu datang dlm jarak 10 m camtu. Lepas bas tu blah dia akan tunduk lagi. Gila lahh.... ko nak tunduk camtu dekat orang bas metro depan puduraya tu? Mampu? And bus driver pun sama, bila sampai dia akan berhentikan enjin bas [gila environemental friendly ni] then dia akan tunduk dekat semua penumpang yang turun. Isk isk isk....

5. Satu lagi dalam tadi aku dok perhati orang dalam airport lak... pekerja2 sapu dia which is local poeple bukan bangla ke nepal ke indon je..dah tua2 dalam 50 thn camtu tu still lagi kerja menyapu. And tetiba tu dia leh kutip satu sampah yang memang halus gila lah! Seriyes sampah tu tisu lagi besar kot. Tudiah..tu lom lagi dok mop je keja..langsung la dia x buat muka hangen orang dok lalu lalang. Kalau celah2 sudut tiang dia tonyoh punyalah berhiya! Gilo! Tapi memang bersih ko nak guling pergi balik pun boleh...

6. Punctual! yes! memang punctual gila. Dia cakap bas tu datang kol 8.50, memang 8.50 la dia sampai.

Setakat tu dulu quick update aku. Chiw!

Buyui

Thursday, November 10, 2011

kepala hotak ko mana?

Last raya haji aku lepak bersama beradiks. We doing nothing, just lying on the bed, tengok tv, gelak-gelak makan tu je. Indah gila.

Then one day aku nak keluar makan aku rasa, si montek suruh la aku bawak cinoni dia tu, alasan sakit gigi yang tak boleh terima dek akal aku. Drive pakai tangan tekan minyak pakai kaki bukan pakai gigi! Pakkal jalan dia tak la seadventerous jalan area KL kalau tak mau ketar dah kaki kepala lutut aku semua dah. Cis!

Then still at the same area aku tak lagi keluar ke jalan besar lagi, depan aku ni dua ekor Mat Sikal tengah konon2 verangan ko bawak motor padahal ko bawak basikal BMX je, macam cibai dok la mengayuh [bukan menunggang motor HD ye budak tak abis sekolah lagi] ke kiri ke kanan kalah orang mabuk, the other side ade kereta so aku bagi laluan memandangkan jalan agak sempit dengan kereta orang parking kiri kanan lagi. Masa berselisih aku nampak rupa si driver memang hangen dengan budak tak abes sekolah lagi ni. Kalau dilanggar mau mati memang puas hati, tapi still salah kita kan?So tak verdict langgar dia sampai mati.

Dah tak nak langgar sampai mati dah jadi macam aku la orang bangang ikut je, ko dah la kayuh [sekali lagi aku cakap kayuh ye bukan tunggang bak menunggang HD ye] punyalah pelan, umpama ko feeling amik angin kat taman tasik memang kalau aku tak langgar mati sumpah aku nak hon kuat-kuat bagi telinga ko pekak! Taman bukan tak ada untuk ko kayuh beskal roda dua nipis ko tu, jalan raya hanya untuk orang yang ada kereta boleh langgar ko sampai lenyek je bangang! Suruh pergi sekolah ko main-main .

Aku dah dapat potong dia ape lagi.....

Honnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!

Amik ko puas aku...... Memang tangan aku dah standby nak tekan hon dari tadi dah!

Sekali aku dengar dia cakap ape? "Huk aloh!!"[wah seriyes ko feeling ko bawak motor besar pastu aku si driver gila main suka hati hon ko kan? blah!]

Huk aloh mak hang! Pale otak letak kat tapak kaki?? Ke ko nak aku pijak pale otak ko bagi bersepai?

Memandangkan aku disabarkan so aku teruskan sambil dalam hati aku maki. Ko tengoklah aku sumpah UPSR ko fail nanti kerja ko bawak la kuih pakai basikal ko tu je . Amik.

Buyui

Saturday, November 5, 2011

Sebab hati atau nafsu?

Aku tengah terpikir sesuatu, adakah kita:

A. Orang yang suka baca blog secara diam2?takda komen tak ada apa pun?

B. Orang yang baca blog and drop komen for entry yang menarik hati dan tiada tujuan lain yg tersembunyi?

C. Orang yang drop komen for each entry tanpa kisah apa entry, isi or komen yang diberi sambil disudahi dengan ayat "follow saya ye.."

D. Orang yang rajin komen, ask people to follow u and keep ur entry updated tapi isi nan ado???

Aku wondering dah sekarang ni, org sekarang (maybe aku juga tak sedar) tulis blog ni dgn hati ke nafsu? Nafsu la kan kalau nk nambah followera sbb nak naikkan trafik?

Buyui


Friday, November 4, 2011

aku orang melayu

Aku rasa selagi kita ni ada sedikit darah melayu, even ko jaja dekat orang "saya ni keturunan China, siam, parsi, jawa dan pakistan serta orang puak maui " sekalipun mesti kita akan ada sedikit genetik ala-ala "concern" ayat berlapik aku menggantikan perkataan "sibuk jaga tepi kain sutera orang". Jangan cepat marah dengan ayat aku sebab tu pun normal as human being cepat melenting bila dituduh orang bukan?. Cuba aku cakap

"Baik lah kau ni, baik hati sangat.........."

"Hebatlah dia , kalah Supermak"

"Cantiklah kau pakai baju koyak pun cantik,kalah Kim K"

ko suka kannn? suka kannn? :)

Maka berbalik pada word "concern" tu tadi. Betul tak ada antara korang yang tak selalu pun sikit la [maybe once pernah terkena] dengan soalan-soalan seperti:

"ko bila nak kahwin?"

"ko dah kawen ni , bila nak ada anak?"

"anak ko sorang je, bila nak tambah?"

dan macam soalan yang menunjukkan saudara kita ni begitu prihatin dengan nasib diri kita. Aku ucapkan ribuan terima kasih dan maaf kerana membuatkan golongan ni sesak dada melihat nasib diri golongan-golongan seperti dah abes sekolah tak kawen lagi, dah umo 20 tak kawen-kawen lagi, dah kawen tak beranak-anak lagi dan sewaktu dengannya. Kesian kan mereka2 ini letih la bertanya soalan-soalan demikian. Orang macam ni lah kita patut ambik sebagai volunter tukang tanya soal selidik bagi kementerian pembangunan dan kemajuan keluarga. Eh. aku hentam nama kementerian tu. Tapi lebih kurang la macam nama tu.

Aku pun diasak soalan yang sama. Tapi aku buat pekak. Lama-lama letih la mulut tu tanya. Kalau tak letih-letih aku akan buat sedikit "fire" bagi dia sentap sikit , so senyaplah. [Plis dont try this at home]. Adik aku yang umur setahun jagung pun dah ditanya soalan-soalan begitu baru-baru ini. Agaknya dia tanya aku macam orang pekak dia tala [tuju] ke adik aku pulak. Macam saudara aku ni, anak-anak dia semua tak sempat umur 25 lagi, tak sempat nak merasa gaji lagi dah dibaginya kahwin. Maybe anak dia menggeletis nak kawen sangat or nak elak maksiat tu aku tak tahulah pulak sebab aku malas nak ambik tahu tapi, dah anak ko settle nak bagi kahwin dah ko hala tanya adik aku pulak tu kenapa?

Korang pun mesti menghadapi nasib yang sama kan? Percayalah, perkara sebegini menang akan berpanjangan dan akan berterusan, jangan ingat "oh, aku dah kahwin tak la kena dah soalan cepu emas lagi,". Tidak ye, soalan tema lain pulak ko kena soal nanti. So beware.

Indah kan kaum melayu ni? Aku bukan nak hina kaum aku sendiri, kaum lain pun ada baik buruknya, tak terkecuali kaum aku sendiri depends on individu sebenarnya. Ini bukan cerita pasal racist ok. Sila baca dengan hati yang terbuka. Oketujebai.


Buyui

Thursday, November 3, 2011

Hahaha! Sian.

Ini aku amik dari FB td. Adui la..sian.


Buyui