Wednesday, February 29, 2012

Senjata bila stres

Aku suka kalau stres mengadu dekat MM.  Or even my closest friends yang macam family aku sendiri like Kak Shma (tapi kadang- kadang Kak Shma selalu bagi solution sengal, hahah) or others like J (kalau ada masalah kerohanian boleh cari dia, sesuai).

Tapi kalau ko rasa nak hilang stres kau by gelak masa- masa tu jugak ko cari la MM. Dia memang pakar rujuk yang terbaik. Hilang stres.

Tadi aku cerita dekat dia. Aku stres. Cerita punya cerita sekali dia macam seorang kaunselor dia cakap ;

"U tahu apa SENJATA nak selesaikan masalah?"

"Ape? DOA"

Pastu aku pun gelak dia pun gelak. Bukan aku nak gelak keajaiban berdoa tu. (kalau ko rasa kau ustazah and tak boleh nak terima apa aku cakap or dalam hati ko kata "eh dia ni, doa tu kan ikhtiar, senjata dalam menyelesaikan masalah, tak belajar pendidikan islam ke dia ni macam aku?". Aku mintak sila awal- awal jangan baca dah blog aku ni.. Blog aku ni nak lepas apa aku rasa bukan nak berdakwah kat orang pun).

Tapi aku gelak sebab tetiba aku rasa aku macam Ustazah sangat feeling alim and begitu jua MM .

Tapi MM cakap SENJATA itu ialah MENANGIS.

Aku pun terfikir. Ye tak ye kan, perempuan apa- apa pun menangis. Sikit- sikit menangis, lelaki pun kalau tengok perempuan menagis pun jadi lemah. Cepat kesian. Mission accomplish!

Aku teringat dulu masa sekolah. Kalau cikgu marah sangat- sangat, amukkan pun tak menjadi last- last dia menangis. In front of the students. Angkat beg , buku rekod , blah! Tapi make sure anak- anak murid nampak kita meleleh air mata. Belum abes waktu dah kuar kelas. Cikgu mengular ni. Hahahaha!

Nanti anak murid akan rasa bersalah. Susah hati cikgu merajuk . Cikgu umur 40 tahun pun merajuk dengan anak murid umur 16 tahun? Wth? Ok aku paham memang ada sampai masa cikgu pun pissed off dengan perangai students. Tapi lari keluar kelas like that? Itu we call it DRAMA ok cikgu.

Aku teringat masa aku jadik cikgu dulu, ada sorang cikgu ni. Dia sangat stres. Cikgu banyak keje wooo... jangan ingat cikgu seronok bila cuti sekolah tak payah pikir cuti lulus ke tak, bila cuti panjang boleh plan pergi Vietnam, Bandung dan Jakarta aje. Jangan ingat jadi cikgu ni seronok sebab tokei kedai kain ela boleh kenal kau so boleh dapat diskaun sikit. Eh terlebih pulak aku. 

Di samping kehebenan jadi cikgu itu ada juga tekanan- tekanan yang perlu dihempapkan ke atas kepala jemala mereka ini. Aku dulu paling stres nak tulis lesson plan tu. Hari- hari woo kena hapdate. Sangat dan amat bosan. Belum lagi kira kau nak kena tanda buku. Belum lagi kira kau nak kena update fail PEKA . Tu bukan fail peka kepada pembelajaran anak murid kau ye, tu fail amali sains kau tu, ada fail hujung tahun amik markah nanti boleh membantu markah kau dalam PMR, SPM nanti. Bukan juga fail pekak ye.

Tu belum lagi cerita kau nak kena buat minute mesyuarat, kau nak kena attend mesyuarat di kala kau seharian naik turun tangga kelas tingkat 3 dari pukul 8 sampai pukul satu tgh hari kalau waktu pack lagi macam nak tercabut kepala lutuit, dengan lagi nak jalan kaki pergi kantin lagi (lauk kantin cikgu sedap kalau sekolah dapat tender org masak sedap) lepas tu tgh hari terik kau nak kena attend meeting pulak dah, kepala jemala nak pikir lauk ape nak tapau bawak balik anak balik sekolah nak makan karang ni, karang nak amik anak sekolah nak antar pergi tusyen la kelas KAFA la ape la. Bebaban jadik cikgu memang membakar diri di panas mentari menerangi yang lain. 

Jadi bila bebanan - bebanan begini menghimpap diri, akak ni tadi dihimpap lagi dengan tugasan- tugasan seperti guru kelas, guru ini guru itu, dah sekolah nak buat hari sukan pulak ke sana ke sini berlari bekejaran maka dia adalah stres! Korang tau macam mana dia hilangkan stres tadik?

Iye......menggunakan SENJATA yang digunapakai macam MM cakap tadi. Menangis. Tetapi...............!!!! 

Bukan menangis hik hik hik (bunyik terisak - isak bukan bunyi ketawa kecil pura- pura ayu tu) dia MENANGIS MELOLONG....IYE ORG KEDAH CAKAP KERIYAU....!!End up, pengetua lepaskan bebanan kerja yang menghimpap kepalanya dan himpap kepala orang lain pula. 

Umo 40++ kau melolong depan ofis sekolah macam budak tak dapat aiskrim?

Mampu?

Hebat kan? 

Hebat!!

It works!

Buyui

Kalendar koda


Aku kan dari sekolah lagi kalau nak ingat bila ada sukan olimpik masa tu la tahun lompat. Settle! Langkah selamat kalau cikgu tanya "tahun ni tahun lompat ke tak murid2?" or kalau aku nak tahu olimpik ade ke tak tahun tu aku tengok la februari tahun tu ada 29 hari ke 28 hari. nanti cikgu tanya aku boleh la buat pandai "cikgu! tahun ni ada sukan olimpik cikgu!". Amboii macam bagus budak ni. Hahah!

Padahal aku bukan tengok sangat pun sukan olimpik tu, tengok games aku suka je, bila nak buat pun aku tatau janji aku tau dia nak buat tahun ni, and dekat mana. Ye aku tau korang nak tanya aku kan olimpik tahun ni kat mana? Kat London la..asal penutup olimpik aku mesti nak amik tau "hah..next olimpik kat mana??!!" Jadi jangan kelentong dengan aku, bab2 ni aku amik tahu. Walaupun aku bukan minat sukan sangat pun. Haha!

So, on 5th, 12th, 19th dengan 26th tu ada sapa- sapa menang race tu? (sila rujuk kalendar koda di atas). Eh.

Happy 29th Feb everyone! Sampai hari ni aku tak puas hati (actually kesian) dekat sapa- sapa yang lahir pd hari ni. Memang la korang celebrate 28th feb or 1st Mac kan?But still......

Isk lantak la kau sibuk apehal kan orang punya birthday nak celebrate bila pun. So Happy birthday la jugak ye sapa yang lahir hari ni, celebrate to the max ok bukan senang ni 4 tahun sekali bukan 4 kali setahun ye. :)

Buyui

Tuesday, February 28, 2012

Boboiboy!Boboiboy!Boboiboy!

Alien datang menakluki bumi
Demi koko yang dicari- cari
Merekakan tiba tak lama lagi
Apa mungkin terjadi

Jadi kita perlukan penyelamat bumi
Boboiboy!Boboiboy!Boboiboy!

Ying!
Yaya!
Gopal!
Dan superhero kita

Boboiboy!Boboiboy!Boboiboy!


Lirik: Boboiboy OST
Sumber : Google


Gigih aku cari lirik lagi dia. Aku pun tak pernah tengok kartun ni. Tapi aku tau budak- budak kecik suka nau cerita ni. Korang ni tengok Barney lagi bagus . Ajar cakap english. Ajar nyanyi lagu "I love you , you love me, we are happy family" kan lagi bagus. Ini besau- besau dah berebut channel dengan aku, aku nak tengok HBO kau sibuk nak layan Vanilla Coklat. Nini coklat celup, celup2 betollah! Aku pun tengok gak cerita melayu tapi bukan la 24/7 melayan cerita melayu ok. Semua cerita aku layan. Cerita tamil paling terbaik. Heh!

Aku nak cerita pasal Boboiboy. Eh tapi jap, aku tengok lirik OST kartun ni . WTH Alien datang menakluki bumi, Demi koko yang dicari- cari". ???? Alien datang bumi sebab nak curi koko ke? For real? Ok itu tak logik ok...tak logik sungguh. 

*******************************************

Semalam adik aku bercerita lagi pasal gelagat- gelagat yang dia ikut ke Langkawi ni. Yang membuatkan aku lagi sekali gelak terbahak- terbahak. Yang membuatkan lama- lama aku terfikir adik aku ni pergi trip ke Langkawi ke, atau ikut rombongan sarkis? :p

Kali ni pasal seorang jejaka. Tapi pada aku nak gelarkan dia anak hekan sebab umur dia baru dalam 20 tahun mengikut kiraan mata dan aqal adik aku. Hensem budaknya. Budak ada rupa dan ada komersil value untuk didagangkan di Siam. Eh!

Tapi sayang............... (sila buat bunyi sengau Bang Salim Iklim) muka dah hensem ada rupa tapi................. dengan excitednya (ok ini bukan asal Kodiang, Kedah. Korang jangan ingat orang Kodiang je excited bila bercakap, itu judge orang nama eh!) cakap kat adik aku, "Kak! Saya minat Boboiboy!" Camtu ke eja  Boboiboy hah?Entah tak sure pulak aku. Aku cakap ala setakat cakap ko minat karakter mana- mana kartun ape lah sangat kan? Aku pun minat a few karakter superhero tapi Boboiboy ke Keluang Man tu tak masuk senarai ah!

Adik aku ni belajar kolej mana ha dulu? Bagus- bagus betul student dia semalam semangat Kekodiangan yang menebal dalam diri dah hari ni semangat cintakan hero tempatan yang tiada tolok bandingnya. Kolej ni ada subjek "Jadilah warganegara yang sejati tiada belah bahagi" ke korang rasa?

Aku tak tipu ye budak ni semangat dengan hero tempatan boboiboy ni ye, ini terbukti dengan adik aku menyatakan anak hekan ni boleh beli patung boboiboy tu besar- besar macam dulu- dulu kita zaman baru gatai nak kenal boyfriend, boyfriend belikan teddy bear besar pakai duit PTPTN or duit mak kirim tiap- tiap bulan tu sempena bithday kita. Auuuwww!! U so sweet la bang Nuar!! (ok, ni imagine aku je, tapi belum sampai tahap fantasi lagi..hahahah!). Ok besar- besar teddy bear tu la dia beli patung boboiboy ni.

Lelaki?

Beli patung besar?

Untuk diri sendiri?

Boboiboy pulak tu?

Dan bertubi- tubi soalan aku ini adik aku jawab dengan satu jawapan.

"YE,".

 Ok aku pitam sebab gelak banyak.

Buyui

Monday, February 27, 2012

Kodiang, Kedah. Tau mana tu?

Korang pernah dengar mana tu Kodiang, Kedah? Aku rasa ramai tau kewujudan Kodiang, Kedah ni, tapi mungkin orang tak biasa tatau mana hala kot Kodiang ni. 

Dulu kalau orang or aku mention nama Kedah  ,mesti nak relate dengan ayat macam ni: "Mana? Kodiang ke?". Aku pun pelik, femes sangat ke Kodiang ni dari Alor Setar, SP, Langkawi kenapa hala Kodiang tu jugak kau nak sebut? Aku sendiri pun tak pernah pergi mana- mana umah celah Kodiang tu. Maybe sekali dua bila abah aku nak pergi ke Kedah belah lagi utara lalu la kot belah jalan- jalan tepi sawah tu aku nampak la signboard Kodiang. Tapi belah mana hala don't ask me. Korang cari sendiri kat google map.

Adik aku baru balik dari percutian dia ke Langkawi bebaru ni. Semalam bermulalah sesi gosip kami berdua. Indah. Dia pun cerita la sebab dia ni pergi pun atas tumpang trip kolej lama dia. So yang jadi kepala trip tu one of the junior. And the junior is coming from Kodiang, Kedah!

Apa yang aku kagun sampai the whole bus yang pergi trip tu tau dia asal dari Kodiang, Kedah it's just because she canang dari awal trip sampai balik yang dia ni asal dari Kodiang. Bayangkan ye, betapa semangat keKodiangan dia yang menebal di jiwa sampai dia boleh dan mampu menjerit dengan bangganya (sila buat imagine tambahan aksi mendabik dada) "Cheq ni mai dari Kodiang, Kedah!!!". Pergh...aku memang kagum wei kagum dengan budak ni. Tengah- tengah public kau boleh jerit asal usul tanah tumpah darah kau Kodiang, Kedah. Kagum!

Aku rasa la, disebabkan penduduk Kodiang, Kedah mungkin macam budak ni lah. Semangat keKodiangan yang menebal dalam diri menyebabkan orang di luar sana kenal mana itu Kodiang. Budak macam ni bagus aku rasa. Kalau hantar dia duduk mana ceruk meskipun eskimo mesti dia tak lupa asal usul dia, dari mana........?? Yes.... Kodiang, Kedah!

p/s: sebut Kodiang tu macam ni "Kokdiang", baru bau Kedah. Pulun Kedah pulun!

So ada sapa dari Kodiang?

Buyui

Sunday, February 26, 2012

Apakah kepentingan saka pada manusia di zaman lampau dan kepentingan internet di zaman kini. Bincangkan.

Semalam aku borak dengan kawan aku tro YM.Itulah naseb weekend sorang sangap menyangap yang sorang lg kena kerja over the weekend. So hala tuju kami semalam mengumpat la.. tak kira la orang tu kitaorg kenal ke tak. Keji bukan. Hahahahah.

So kawan aku ni keluar la satu cerita (sebelum ni dia ada dah cerita pasal benda2 mistik ni). Benda - benda mistik ni ,kita paham la macam ilmu hitam ke, sihir ke, hantu botol kicap la, saka la bla bla bla.. Aku tahu kita kena percaya benda- benda ghaib ni. Jadi aku percaya benda itu ada, tapi entah lah kadang- kadang benda mistik ni ada sampai tak tercapai dek akal kita nak fikir kalau ko ikut relate logik dengan zaman sekarang ni. Senang cakap wallahua'lam la...

Bila bercerita punya cerita dengan kawan aku ni, dia pun bukak la topik pasal saka menyaka ni. Aku kenal pasal saka ni pun (sebelum ni tau camtu2 je) dari filem Waris Jari Hantu. So aku tau la kena cari orang untuk turunkan saka tu, and so on. And sebab sekarang ni serba moden  ada je tatau rupanya keturunan dia ada saka tu and nak kena bagi kat dia pulak. Pun ada! Wallahua'lam sekali lagi. 

Dari cerita tu jugak aku dapat tau pasal saka ni bukan niat jahat je nak simpan. Orang dulu- dulu la mostly semua ada simpan saka ni. Ini kawan aku cakap hasil dari dia baca blog seorang pengamal ilmu perubatan Islam yang agak dikenali. Kebanyakkan orang zaman dulu ada simpan saka ni. 

Lalu aku pun bertanya pada kawan aku;

Aku: Apesal orang dulu suka nau simpan saka- saka ni ha? 

Korang tau ape kawan aku cakap?

Kawan aku : Dari I baca blog ustaz tu, saka ni org dulu simpan macam keperluan la. Contohnya sekarang handphone kan, kalau tak ada hp boleh hidup tak? Tak boleh kan?

Aku : U mean like Iphone, BB semua? Sekarang ni semua orang pakai.I see, means zaman dulu tak ada benda hp ni so diaorang simpan saka? Ko biar betik???

Kawan aku : Hahaha! Aku lah cakap zaman sekarang kan internet kena ada, so org sama la macam zaman dulu. Saka tu penting macam kita rasa internet tu penting.

FYI : Ni pandangan kawan aku pasal kepentingan saka bukan pendapat ustaz tu ek. 

Tapi point aku di sini, biar betol kawan aku ni samakan saka dulu mcm kepentingan internet sekarang? 

Sengal.

Buyui

Saturday, February 25, 2012

Anak orang kaya raya tak reti makan roti canai?

Selalu kalau kita tengok movie2 melayu ni, kadang2 aku terpikir akan kelogikkannya. Banyak situasi yang buat aku terfikir kadan- kadang ni. Satu situasi pun dah cukup buat korang pun terfikir 3-4 hari kot.

Contohnya kan ... situasi anak orang kaya tan sri toh puan datin bagai tu..... mesti la kalau kita buat filem ni kita akan amik panduan kehidupan masyarakat sekeliling ni kan baru boleh apply dalam cerita.

Jadi, betul ke anak orang kaya2 ni (aku cakap anak orang kaya bukan kerabat diraja tu, itu memang tak terjangka la ku life diaorg macam mana, ada jugak a few aku dengar dari kawan- kawan aku so aku tak nak jadikan point aku di sini) tak makan langsung kat warung2. Ok la warung aku pun tengok gak kalau tepi jalan angat kotor aku pun tak makan la demi kesihatan. Tapi mamak? Roti canai? Tak makan? Tak pernah makan? Tak reti nak makan pun? Really?

Aku tak ada kawan orang- orang macam ni. Korang ade? cuba cakap betul ke ade orang macam ni?

Buyui

Thursday, February 23, 2012

Are u qualified enough?

Sila email aku untuk dapatkan password dia noorulazliana@gmail.com/tweet aku/FB aku.