Tuesday, September 25, 2012

Kita sembang- sembang aje

Kronik! Kronik dah aku rasa. Bila tadi MM cakap "I nak read your blog" terus tetiba aku macam kena pangggg sedas.. terpana seketika. WTH? Terus aku bukak blog tengok kat list bulan ni ade satu je entry???!!! Seriyes kemalasan, kering idea  yang tak dibendung dah.

Bz, pun iye jugak. Ada juga kerja semakin hari semakin menghambat diri. Tudiah ayat tak boleh blah. Tapi ada juga kadang- kadang aku rasa macam "pergilah mampos kerja ni", ada juga kadang- kadang aku balik rumah rasa tak senang hati [rasa dia macam ko nak exam minggu ni, tapi ape tak baca lagi] pun ada jugak aku pergi bukak laptop duduk buat kerja. Tapi tu jarang- jarang berlaku la. Banyak aktiviti seperti makan , tidur dan tgk tv je. LOL. 

Tapi since lepas raya kerja aku memang menimbun siap schedule kerja aku sampai ke tahun 2014. Ko mampu kerja ko advance sampai dua tahun setengah? [Jangan percaya sangat aku up je tu konon aku bz kalah CEO], lepas tu kan aku ni kalau kerja tu tak ade.. x ade langsung spi menyagap kalau boleh lalat tu mcm nak panggil kawan- kawan dia buat jamuan party tupperware dalam mulut aku punyalah aku menganga, tapi bila mai bz sampai jam pun aku tak kenal ape tu jam? Pun sama kalau outstation. Kalau takde tu, memang berakar duduk kat opis ni, kalau ada tu sampai tahap tak menyempat aku nak unpacking kena pergi balik. Kelang- kabut betol.

Cakap pasal outstation. Hahh... baru- baru ni , aku pergilah ke Putrajaya . Sebab aku dari KLIA, aku naik je la KLIA Transit ke ape nama tu kan. Selama ni aku naik, dari KLIA then terus ke KL Sentral pakai express yang 35 hengget tu.. sotongah jam sampai! Tak kisah la cepat pantas segala. Then ada sekali tu aku nak jimat [tau jugak poket haus , kann?] aku nak la amik transit berenti2 tu, ingat lagilah murah.. padahal rega sama je 35 hengget! Cet!

Tapi tu bukan point lagi kawan- kawan..... aku nak cakap, ni ha. Last week tu aku amik la tren tu dari KLIA ke Putrajaya , tiket dia baru 6.50. Ok la kan, bukan jauh ngan mahai benau pun. Then after settle tu aku nak ke Shah Alam pulak, so nak cepat tangkas aku amik lak tren yang sama dari Putrajaya ke KL Sentral pulak........... and rega dia RM 9.50. Emm.... KLIA- KL Sentral = 35 hengget, KLIA- PUTRAJAYA =6.50 + PUTRAJAYA - KL SENTRAL = 9.50. Em... u do the maths. Kalau tak reti kira amik balik SPM paper july maths.

Maka.... aku mendapat satu idea, so next time, kalau tak rushing and kena pakai duit aku sendiri aku ku gigih beli kuar masuk balik dari aku hulur 35 hengget buta- buta je macam tu. Hahaha. Dasar. Bila aku bebel kat adik aku boleh tak dia tanya aku "nape ko bunyi mcm anti kerajaan?". Sengal ok sengal.

Sapa tak berkira bab duit ye dak? Kalau tak berkira lama dah orang- orang kaya tu main tabur- tabur duit macam cerita P Ramlee. 

Tetiba aku ni. hahah!

Buyui

No comments: