Tuesday, August 23, 2011

sila jawab

Sila jawab soalan saya kalau anda pandai.

1. Kenapa kalau lagu raya mesti nak sedih? Cuba banding masa CNY.

2. Kenapa jugak cerita raya mesti nak sedih jugak. Mak mati la, anak la eksiden takpun bapak sakit luka tak mau pegi klinik sampai kaki berulat-ulat? Kalau kismes abes sedih Home Alone je. tu pun sedih ke? hahahah.

Bukan raya patut happy2 ke?

lagu latar [sila feeling ofis ko mcm jusco sekarang ] : "bergema takbir di subuh hari....." [sori aku tatau tajuk ape lagu ni]

Ke aku yang salah?

Buyui

Sunday, August 21, 2011

Sungguh aku tak paham

Entry ini bukan bertujuan nak tunjuk aku macam wanita berpurdah mata cantik macam Ayu Rhaudah or macam cerita Ayat-ayat cinta or Fazura dalam Tahajjud cinta tu. Eh banyak pulak eh. Tapi Faz [wah panggil macam kawan kau je] tu lawa kan? isk isk isk...

Semalam aku layan la cerekarama. Habis dah tak ada cerita sangat dah, nak tengok paycheck on TV2 menguap2 aku, nak layan greys anatomy aku dah ke depan kalau aku tengok lagi episod tu je aku dah tengok untuk kali ketiga. Pendek kata aku memang suka layan cerita melayu tak ada cerita best nak dilayan sangat semalam.

So dah nak dekat2 raya ni cerita melayu pun apa lagi cerita pasal kisah puasa raya la. Dah tengok sorang2 lepas tu fikir sendiri2 cakap sorang2 pon iye. Korang tau la cerita melayu memang banyak persoalan. Tapi lagi hazab sinetron indon gred c , sampai dah berapa belas episod si bapak kaya raya tak reti2 nak buat test DNA ke? Main redah aci terima je budak yang just pakai rantai dia bagi sebagai bukti tu anak dia. Pfffttt.

Ok berbalik pada cerekaramarama tu, kisah pasal pemuda kampung rempit [ni rempit mesti hangen] tak puasa [asal rempit je pandang hina tak puasa, dah tu..??kalau tak nak dicap hina jangan jadi kutu rempit] . Aku mulalah fikir "kenapa payah benau nak puasa?". Kalau sakit or muallaf aku boleh lagi terima, tapi ini anak melayu sah2 mak ajar puasa [nak2 duduk kampung kan?] . Susah sangat ke korang? Maybe la tak tahan mula-mula tu lama2 biasalah kan? Sanggup tu makan sorok2 tu lagilah aku tak paham. Thrill ke ape? Macam la bulan tak puasa keje kau mengunyah je 24 jam. Rokok? Ha mungkin la tapi tak la selang 5 minit kau hisap rokok je kan?Tu la cerita melayu ni dah aku dok tertanya2.

Macam masa aku kecik2 kan. Adik aku la cerita. Kitaorang dulu duduk kat kuarters. So abah aku ni keje shif. Bila dia kena keje shif petang dia kena lah berbuka dekat opis. So opis tu taklah jauh mana, so mak aku akan masak dalam pukul 7 tu adik aku ni pergilah hantar makanan dekat abah. Kawan-kawan dia pun sama. Yang sorang kawan dia ni selalu curi2 makanan bekal mak dia suruh hantar. Macam kalau goreng nugget 10 ketul dia makan dalam 7 ketul balance baru kasik bapak dia. Keji tau. Umur masa tu bukan sekolah rendah lagi, dah meningkat remaja dah masa tu.

Seriyes, aku sungguhlah tak paham. Tak tahan puasa tu aku boleh pakai lagi, maybe didikan ke apa lah penyebab, tapi nak curi2 makan [kes curi makan/minum bilik air tu kalau budak aku paham] ini dah boleh jadi mak/ayah orang dah, pun nak buat perangai macam tu kenapa? Nak merasa naik van jenazah ke?

Buyui

Monday, August 15, 2011

help2!

Alhamdulillah it's confirm that I will be going to visit Hokkaido, Japan this coming November [pftttt I have to fight with winter again]

So now I'm buzy preparing all the stuff , plus article lain lagi, and plus with Visa requirements yang banyaklah songeh. Haila, korang kalau saja2 nak tengok Jepun tu aku nasihatkan fikir dua kali la. Banyak betul dia nak ni. Sigh.

I'm also keep receiving and replying email from them. People yang manage my accomodation dekat sana and all the itinerary. Yes, rezeki aku la kali ni dapat merasa semua free. Tapi free ada makna tu.

Masalah den satu ni, yang lawak nya hari nak balik sini nanti. Insya allah I'll arrive in KL petang then next depart to "Texas" around 1 hour and 30 mins after which sah-sah la tak sempat nak catch kan? "Ingat ni amazing race?". MM said to me just now.

So them gave me this sentence "Uneasiness is one night stay plan in Kuala Lumpur". Apakah? So I asked la pakar kita si MM.

Apa maksud dia ni?

Then MM cakap tak ada maksud? So I assumed dia nak cakap "Tak ade maknanya ko nak plan stay2 kat KL tu . Dah terus balik umah!". Kot?

So MM suggested aku tanya boleh tak dia cover one night stay in KL esok baru balik "Texas"?

So aku cakap ," haritu baru aku cakap nak mintak dia cover for me stay one night in Tokyo sebelum balik, ni nak tanya lagi, lepas ni mesti dia reply BANYAK CENGKADAK KAU??".

So korang bijak pandai, apa maksud INGGERRISH sentence dia ni "Uneasiness is one night stay plan in Kuala Lumpur"

Buyui

Sunday, August 14, 2011

Nangis

I just find out that my salary has not been deducted as it should be. To cut it short,1500 will be deduct from my salary. Tapi tak la 1500 short ansuran bulanan courts lah 250 sebulan , tu belum kira potongan lain ye puan-puan dan tuan-tuan. ​​Sedih. T_T

There’s no point for me to blame other people [si tukang kira] because it’s my very own damn fault for not checkong my payslip details. “Ko tak cek ke payslip ko?”. Yes I know u’ll be asking same question like Mek Cher and Anim. Nangis. Hujan air mata.

FYI, nowadays our payslip can get via online ONLY compare to zaman dedolu it came in hardcopy form. The situatation definitely not same la kan? Just imagine when we get any letter usually we will automatically tear it off and straightly check the contains. But now, zaman dah maju sangat and the goverment also aware of the environment issue [which this is good] so everrything semua online. But the payslip thing is not Facebook or Twitter sah-sah la kau tak teringat nak check when the time comes kan? Maybe after this I should get the bunyi gema alam alarm clock to remind me to check my payslip online. But nasik sudah menjadi bubur lambuk Kampung Baru. Baru sekarang geletis nak ada alarm bagai tiada gunanya.

I am lucky this thing happen during Ramadhan [walaupun tersembur keluar jugak maki sebutir dua] and I am fasting today. What I did just now was tutup mata for 3 seconds, bukak mata, tarik nafas hembus tarik hembus then urut-urut dada. Nangis dalam hati atas kecuaian diri sendiri. Sila lakonkan aksi menyesal macam iklan kempen kemalagan jalan raya masa hari raya. Sesal kemudian tiada gunanya. Tsktsk.

“1500 tu bukan hak aku,”. Pujuk diri sendiri . That’s all I can said. Maybe because aku tak kena lagi dikenakan bayar income tax [seriyes tak tipu sebab pasal benda ni la aku cek payslip haritu], so tuhan ambik bayar kat benda lain. *kecewa lari bajet tabung nak beli cincin berlian seketul

“Yakinlah dengan rezeki Allah,”. I’ll always remember that sentence which I get from my friend.

p/s: agak-agak kalau cerita aku ni kesian korang boleh lah derma ape patut dekat aku . Macam kes mangsa riot kat London tu hasil kumpul duit ramai-ramai dia dapat 12 pound bersamaan dalam 58k bak kata kawan aku tadi. Dah la British ascent pekat nak mampuih, merembes akak dengar dik! Kau belajar mana cepat sangat dapat ni? Linguaphone ek?Buyui

Wednesday, August 10, 2011

RUBZ!

gile RUBZ [ini istilah kepada shorform are u bz created by MM ye] so now aku nak cakap aku bz je aku sebut RUBZ..mcm rub and scrubbing jek?no..no..no..belum bukak puasa sila jangan pelangi sangat kaler otak tu.

dah list down apa yang RUBZ sangat. tapi ada lagi masa nak berborak ngan Mek Cher. "Ko kata bz ni menyembang dari tadi je". Banyak sangat benda nak buat sampai tak tau nak mula yang mana satu. "Oh, tu yang bawak balik umah tu kan?". Kan?

So ada lagi tak settle ni. Sambung esok la!Da!

RUBZ..RUBZ..RUBZ..SRUBBING YOU! Eh?

Buyui

Tuesday, August 9, 2011

fesyen bukak puasa

Kalau bulan puasa ni kalau kita ni rajin bloghop macam2 la entry psl makanan keluar kan?Mmg naseb la ko bukak blog siang2 hari kalau bulan puasa. Semedang tahan mulut ni dengan tangan sebab rasa air liur dah nak meleleh2. Kecur wei kecur...biar la makan tu terlebih masin pun sapa tau ye dak? Yang penting gambar tu dah cukup memberikan intro gendang kat perut kau. Tu la aku sedang hadap ni. Gatai lagi bukak blog org tunjuk makanan sapa suruh. tapi bagus tau dia bagi ko idea nak makan ape untuk saban hari. Ewah!

Kalau bulan puasa memang meriah sebulan dengan makanan kan?Macam la bulan tak puasa ko tak makan masak lemak cili api ketam, asam pedas ikan tenggiri, sup kepala ikan merah, kari kepala ikan, even ko goreng tolur makan dengan kicap pun ko makan kan? Macamlah bulan tak puasa tu ko makan kepala lalat masak kicap, daging landak asam pedas so bulan puasa kita jangan makan tu kita makan la ketam, ayam daging pulak ye.

Maybe feel sama kot. Feel nak menunggu bukak puasa tu nikmat tu tak terkata lah hadapnya. Tipulah kalau ko kata kecik2 dulu je sikit2 tengok jam sikit2 tengok jam. Dah tua bangka ni pun sama je kerling jam tu sampai kalau jam tu boleh cakap dia akan cakap "can u plis stop looking at me?i'm nervous!". Sebab tu la tak silap aku ada hadis ke ayat quran ke tulis nikmat orang berpuasa tu masa berbuka.

Kalau nak cakap pasal pesen orang berbuka puasa ni macam2. Betol aku cakap ni, tak tipu. selalu normal la orang buka puasa hadap nasik kan?Main menu dia nasik la kan?Logik la sebab ko buka puasa tu time dinner so makan la berat like nasik dah sah2 lidah melayu makan asam pedas sambal belacan. kalau amik carbs lain rasa lain kan nak gak hadap nasik. Well what to do.

Ada jugak stok makan kuih seketul dua lepas tu maghrib dulu. Ha ni ok la sebab ringan je badan nak solat. Sebab kalau dah sumbat macam2 perut tu nak solat mesti liat. So solat dulu lepas tu ko nak terlentang hadap meniarap hadap makanan pun ada aku kisah kan?Ni aku la ni kecik2 dulu [kecik2 dululah.....] minum je dulu pastu aku p solat cepat2. heh! Ok kena buat balik ni sekarang. :)

Ada jugak bukak puasa hadap benda bukan nasik or makan kuih selori lepas tu pukul 10 or sahur jarang baru nak hadap nasik. Ha yang ni stok adik aku. Actually stok aku gak ni. Arwah mama aku dah biasakan dari kecik masak sampai berjenis2 lauk. Sebab tu haritu weekend aku masak tweet kat twitter org terkejut tgk aku masak. Mana tak nya, dengan mi lagi, nasik lagi kuih lagi . Kuih lak bukan sejenis berjenis-jenas. Pitam. So adik aku ni terbawak2 kalau pergi bukak puasa mana2 pun mana ade dia hadap nasik tu. So semua manusia pelik including bini dia. Macam aku ni stok malas-malis kalau dah sorang2 tu koser aku nak masak banyak2 makan je la nasik tu. Itupun aku belajar hadap nasik masa bukak puasa masa aku kat hostel umur dah 19 tahun dah masa tu. balik kampung back to basic balik.

Kawan aku ada sorang stok macam ni. Tak makan nasik masa bukak puasa. Maybe dia ni anggap bukak puasa tu macam sarapan pagi kot. So kalau sarapan pagi jarang sangat orang nak hadap nasik kan?Nama pon Break Fast kan so sesuailah la konsep dia tu.

Kalau kawan aku ada jugak bukak puasa hari2 mihun goreng tanpa jemu. Aku rasa aku pun boleh jadi macam tu sebab aku suka je mihun goreng tu. Gila ko hadap 30 hari mihun goreng , mampu?

So korang pulak macam mana bukak periuk pagi-pagi? puasa? cer citer cer citer..

Buyui

feeling google sangat

aku nak list down amal apa aku buat [amal la kan tolong org] bulan baik ni:

1. Bila aku jadi macam pembaca intisari rancangan bila Mr I tanya "Bosanlah, hari ni ada cerita apa". Buat aku feeling macam Christine Ling sangat yang baca intisari rancangan TV3 dolu-dolu.

2. Tetiba ada orang datang tanya " Kalau nak pakai Iphone4 dengan Celcom ni macam mana ?", ni buat aku feeling macam aku ni front counter Celcom.

3. Kawan aku pulak Whats App " nak set FB kat Blackberry camne?"

4. Kawan aku jugak tanya "Kalau pakai Android kena ada broadband erk?"-aku samsung tabs tu pun x pernah sentuh.

5. Coll aku pernah tanya "Camne nak lock/unlock BB?".

Kaunter pertanyaan serbaguna sangat kan aku ni? Ha nak tanya apa lagi, aku nak pahala ni tolong orang.

Buyui

Thursday, August 4, 2011

damn u la auto correct

Sekarang ni aku dan auto correct dah menjadi sebati dalam diri. sapa2 yang dapat message teteb perkataan merepek kuar or kadang2 ada yang baca tweet aku merepek2 keluar silalah pahami bukan salah aku ok, auto correct phone ni boleh buat aku jadi gila. Sampai tahap semalam aku dah tak tahan lagi aku send je word dia auto correct tu dengan harapan kawan aku paham sendiri apa aku nak cakap.

Contohnya semalam , "Aku tau dah lama, sejak wife dia dari SARATOGA lagi". ko paham maksud Saratoga? macam aku dah jadi puak semai negrito aku rasa. Saratoga tu maksudnya sarat. LOL.

Yang bestnya auto correct ni pandai tukar gender tau. Kalau nama Shima dia akan tukar jadi AHMAD dan nama Jiyah jadi JOHAN. tapi nama pompuan je aku try nama laki tak pulak dia nak tukar ke nama pompuan. Bias betol kau auto correct.

Rupanya bukan aku sorang kena hadap benda ni, aku baca kat google tadi ada lagi, dan jadi lawak2 ok.

Remark: Walaupun bulan puasa ada cerita2 kotor ni kuar sila baca bak angin lalu ye, sayang puasa tu.


Sumber kutub khanah : Sini


Buyui

Wednesday, August 3, 2011

walaupun bulan puasa gosip tetap jalannn

Aku nak beli satu barang online ni. recommended by MM . Semalam dia siap pesan " tapi ko tahan sikit ayat dia macam peniaga kerek".

Aku masa tu pikir kot si MM ni tak pernah beli online kot. Setakat ayat " Serious buyer ONLY otherwise u'll be blacklisted". Tu je la kan. Pada aku lah rasa.

So pagi ni tak nyempat2 aku masuk la website orang ni. Memang memikat qolbu la barangnya, coraknya , even design web dia macam melambangkan dia cikgu tadika, ok la aku tolak tepi kan sebab barang dia memang best dan tangan aku memang dah gatal sama nak perabih duit. Kan?

Lepas tu MM pun online aku pun cakap "I dah masuk web u cakap tu,"

She asked me " Kerek tak?".

Mana tak kereknya korang, gila la dia siap list down nama org dia blacklist siap alamat segala . Siap ada sorang ni [aku rasa orang beli ni pun mental sama kot] gi order cancel banyak kali, siap dia letak remark "aku tau ko buat nama lain2, TAPI IP ADDRESS SAMA OK". Pergh.Gila ko sampai IP Add dia seluk ni.

MM cakap "Nak kerja FBI kot". LOL.

Berkali-kali dia pesan once email dah dapat start berapa jam dia bagi lets say 24 jam ko kena mula bayar. Kalau tak ko masuk list blacklist. Aiiyo. Sampai aku tadi sikit2 cek email, kejap2 cek email . Punya lah takut karang lambat bayar kena BUNUH pulak. Hahahah!

Maybe dia ade reason sendiri la buat macam tu maybe sebab selalu kena tipu. Korang tau ayat dia macam ugut tu berlegar-legar/berulang2 serata website tu. Lama2 jadi annoying pun ada. Pakkal la barang ko best. Aku beli je lah. Janji email dapat teruss bank in la kan. Tapi tu la kejap2 cek email, kejap2 cek email. Aku cek email kerja pun tak kerap macam ni. Aku ingat aku sorang kerja berulang cek email. Si MM pun sama.

Aku dia reply ok la hari yang sama. MM lagi kesian lepas dua hari baru nak reply?!Alasan sebab dia pergi bercuti. Hahahah! Lain kali inform la dekat website ke ape kan?Aiyoo..

Buyui

Tuesday, August 2, 2011

Pengalaman puasa aku

Day 2 of Ramadhan. 2 down , 28 more days to go! ke dah ada yang tumbang dah? hahahah!

Pesanan aku kalau kot ye ko tak boleh puasa or buat2 tak larat puasa sila lah goreng telur/masak megi/korek periuk senyap2 dekat rumah. Tak payah ye susah payah nyorok2 makan belakang kedai . Tak thrill ok. Eh macam pernah pulak?

Cakap pasal curi2 makan ni, aku memang takde pengalaman [masa keciklah takkan la besar2 ni buat hal plak?] minum air dalam bilik air. Ada bukak shower lama2 lepas tu nganga mulut. Majoriti ramai buat kan? Tapi aku never ok. Sebab aku adalah penggeli. Geli bila pikir nak kena minum air tangki tu. Entah karat ke dinding2 tangki tu atau ada mayat jatuh ke. Eh?

Tapi aku ingat pengalaman puasa aku dulu. Masa aku dah mula tak boleh puasa. Mak aku buat karipap aku curik ambik makan dalam bilik air. Hahahah! Yang tu tak geli pulak? Tu pun sebab aku nak sembunyi takut adik aku nampak even aku memang sah2 boleh makan minum tapi ko tau la kalau budak nampak nanti dia pun nak sama makan kan? Eh tapi bukan budak je jeles tengok aku makan. Bapak budak pun sama. Ye...abah aku sampai harini kalau2 ternampak aku makan di bulan puasa dia akan jeles. " Apa ni tak boleh puasa makan depan orang!". LOL. Bapak sapa la ni?

Satu lagi aku pernah cerita yang aku and kawan mintak budak Cina beli air soya and kitaorg curi2 minum ramai2 kat belakang kantin tepi longkang!Bila fikir balik aiyoo mati dah ke kalau tak minum?Hahahahah!Lepas tu baik pulak pii citer kat mak aku balik tu, kena marahlah apa lagi. Sampai ke la ni tak berani dah aku. Sebab tu tak lah beriya aku cari makan kalau memang tak boleh puasa. Ko paham tak Cherly?Hahahah!

Seingat aku tu je la kot pengalaman puasa aku. Plain kan? Ye aku dulu budak straight je, ikut je apa mak aku cakap. Habis kuat aku curi makan je lah itu pun memang sebab aku tak boleh puasa.

Korang lak macam mana?

Buyui