Thursday, October 27, 2011

look!!what i've found!



hari tu kan aku pergi Tasik Kenyir , tengah - tengah menyusuri cruise tasik tu korang tengok ape aku jumpa???!!!

tak jelas lg erk?jap2
ambik ko..ikan temoleh ni nama diberi..punya lah besau.....dalam 10kg kot...sian dh mati ni..isi perut pn nk terkuar dah...aku syak dia mati kena rompak kot?pastu org jahat buang je dlm sungai :P

Buyui


Wednesday, October 26, 2011

menurun aku lewtew

aku tau ada org tak suka kalau muka budak kuar entry aku. Ala ada aku kisah..?Tak suka jgn baca, aku bukan femes blogger nyer pun...

Ni aku nak cakap ni, agaknya mengikut la kot...sebab masa mak budak demok dah kurus sikit sekarang sok besar ada can jadi gigolo ni..eh..tengah mengandungkan dia ni, 24/7 mak dia dok la YM dengan aku. Hari2 kitaorg tido pukul 3-4 pagi ok. Macam cerita dari hal duniawi sampai la ukhrawi.eh betul ke aku cakap ni. Topik tak pernah putus, nak2 time gosip tak pandang kiri kanan punya gigih menaip mengutuk orang. haha!

Dan disebabkan itu, anak dia ni kuar dah ngikut aku. FYI aku kalau duduk umah bukak lappy suka meniarap lepas tu letak dagu dekat bantal sebijik macam ni!
Mengikut kata maknya dia dah serik dah anak dia sorg je menurun macam aku. Troma ye nok..miahahaha!

Buyui

Tuesday, October 25, 2011

siyes ni tak tipu

ada orang bertanya "mana ko dpt kisah pasal kat Nigeria ada sekolah untuk penipu ni?". Aku dengar dari cerita kawan aku, dia baca dari sokabar..and now aku google and jumpa blog ni, so aku mmg amik sebijik dari ayat dia ni , [saya tak plagiat ok..saya ngaku saya tepek terus..sebab saya malas nak cerita banyak sebab sama je isinya pun..]

so nah bacalah...

kredit to : nurizspace.com


Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa. Siasatan polis mendapati, sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan

Pada 29 September lalu, muka depan Harian Metro mendedahkan penemuan koleksi surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki berkulit putih kacak dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Rupanya warga Nigeria ini pakar dalam sindiket penipuan setelah berlatih di sekolah menipu di negara mereka sebelum dihantar ke negara tertentu untuk memperdayakan mangsa terutama wanita. Sudah ramai wanita terpedaya menjadi mangsa mereka dan terjebak dalam pengedaran dadah.

Petikan dari Harian metro

Siasatan polis di peringkat antarabangsa mendapati ada lebih 10 sekolah melatih penipu diwujudkan di negara itu sejak awal 1990-an bagi memastikan kebolehan menipu mereka mampu diwarisi mengikut peredaran zaman dan sukar ditumpaskan.

Kewujudan sekolah menipu itu didedahkan Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, SUPT Victor Sanjos berdasarkan siasatan pihaknya selepas mendapati ramai warga negara ini diperdaya warga Nigeria sejak beberapa tahun lalu. Beliau berkata, sekolah itu hanya menetapkan satu syarat iaitu pelatih hanya perlu tahu berkomunikasi dengan menggunakan komputer dan Internet.

“Semua bentuk latihan dibahagi mengikut jenis penipuan termasuk penipuan popular yang dikatakan mampu mengaut keuntungan tinggi seperti penipuan Internet, Black Money dan penyamaran pegawai polis,”

Victor berkata, ada sebahagian ‘pelatih’ sekolah menipu itu berjaya menguasai kemahiran disediakan akan dihantar ke negara yang dijadikan sasaran untuk mempraktikkan kemahiran yang diajar.

“Mereka inilah yang akan menjadikan wanita tempatan di negara kita sebagai kekasih sebelum diperangkap sebagai mangsa penipuan sama ada dalam aktiviti jenayah siber atau pengedaran dadah,” katanya.

Menurutnya, sekolah menipu itu juga dipercayai menyediakan latihan praktikal kepada pelajarnya mengenai kaedah penipuan Black Money.

“Kaedahnya mudah iaitu bahan kimia khas digunakan untuk mengembalikan keadaan asal wang kertas yang disaluti warna hitam dan Black Money diperkenalkan negara Barat bertujuan menghantar wang ke negara mundur tanpa disedari musuh.

“Malangnya, kaedah yang sama dimanipulasikan sindiket berkenaan untuk menjual bahan kimia khas berkenaan kepada mangsa pada harga yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata, kewujudan sekolah menipu itu terbukti memberi impak besar dalam penularan kegiatan jenayah lelaki Nigeria apabila siasatan polis di beberapa negara mendapati suspek yang ditahan mengesahkan mereka adalah ‘lulusan’ sekolah itu.

p/s: hati hati para wanita di luar sana


Buyui

am i ready?

"ko dah bersedia ke nak pergi Jepun ni,"

bila sorang kawan aku tanya aku terdiam dua saat..sebab aku terus list down on the spot ape yang aku kena sediakan

1. lab's task aku -baru minggu ni gedik nak buat, aku nak pergi seminggu lepas raya Haji

2. "November adalah permulaan winter tapi Hokkaido adalah sangat sejuk!"-Gulp!someone yg staying there telah memberikan pesanan dekat aku-aiyoyoyoyo berdarah hidung la lagi ni...

3. "Halal food is limited here,"-orang itu memberikan pesanan lagi dan lagi-aiyakk 20kg je boleh bawak ni, mana nak hangkut baju lagi..makanan lagi..pitammmmsss!!!

4. Telefon dengarnya tak compatible dekat sana, kalau nak ko kena rent or beli, nak rent pun 250 yen sehari ...pitam berkali-kali...ok abah sila belajar skype lepas ni

maka..bersediakah aku....BOLOS SAJA DINDING ITUUU!!!

Tips pada yang nak pergi Jepun atas tiket ko ada kursus/research dekat sana:

1. Untuk persediaan visa kena buat seminggu awal, kalau ko tkt dia byk tnaya nanti ko esok2 dah nak berangkat buat la sebulan awal senang citer, kira la sendiri Visa dia paling sikit tahan dia 3 bulan, so ko nak duduk sebulan ko kira la sendiri cth nya aku kena pergi 8 Nov sampai 15 Dec - so make sure la at least 15 Dec tu visa ko mati, kalau ko nak duduk lama sikit ko apply la lebih sikit tapi biar ckp 3 bln dari tarikh ko buat visa tu. Kalau lebih jugak dari tarikh ko jangka dekat airport ko kena isi la borang mohon stay lama tapi.................

2. Bukan suka- suka ko kena stay lama ye, masa apply visa tu macam- macam dia mintak kalau kes aku nak buat research kat sana, makanya dia nak tengok surat proposal aku , then itinery aku selama 25 days kat sana, (ini semua boss Jepun aku tolonh buat, in Japanese so tak ade hal) and a few borang such as guarantor ko kat sana. So sebelum aku pergi tu pihak kat sana dah ade tolong aku isi borang semua then pass kat aku bawka sekali masa nak apply visa. Korang boleh refer tu Japan embassy Malaysia from Google. Kat situ dia ada explain detail.

3. Buat visa tak payah pakai duit. Tak kena bayar. Kalau kes aku lah..kes orang lain aku tatau.

4. Jangann lupa bawak pasport tu penting.

5. Dia siap seminggu kalau tak ada apa2 hal. Ada juga kes kena interview bagai. 

Buyui

Monday, October 24, 2011

spam ke?


its nice viewing your profile, i was stormed by your beauty and i wish to know u better. And hope we can be friends. It has been so long since a woman has captured my attention, would we exchange email id because i am not always in face book


Aku nampak message ni semlm masa aku godek2 fb tro mobile. tapi pg ni check fb dekat pc tak ade pulak message ni?musykil aku.

korang tgk ayat tu, x beragak tau manis dia..ngahahah. terima kasih la buat aku feeling aku lawa macam Miss Angola. LOL.kalau tengok betul2 mau dia mintak nyawa rasa.

ada orang dah kena message mcm ni, siap ayat "warna kulit tak menjadi ukuran". lagi tak leh blah...hahahahaha! elok aku gelak psl ni, aku plak dapat message berbaur kegembiraan hati macam ni, hahaha! Kak shma pun dpt message macam ni, spam ke ape ni?

mengikut kak shma , dia cakap meybe ni sindiket penipuan, ye lah..ko masuk je fb tu ko tekan je la send message, sapa terpedaya dengan ayat manis camni reply je la kan? aku rasa sebab tu ramai yang tertipu sebab ni la

korang tau kan dekat Nigeria ade sekolah untuk penipu?dia ajar camne nak tipu orang. Aku syak kan kaki2 tipu yang orang2 situ tu grad dari sekolah ni la. pandai nipu orang, macam2 taktik dia buat, tu mesti best student dapat 4 pointer all the time tu.

so rajin2lah tengok gerak khas ye supaya dapat menjadikan panduan hidup masa depan anda. sekian saya sudahi dengan sebuah lagu

"gerak..gerak..gerak khas.....gerak..gerak tangkap lipas..."

Buyui

Sunday, October 23, 2011

Kenyir Lake

Jumaat lepas nak tahu aku pergi mana, sapa follow twitter aku tau la aku bgn pagi2 buta [yes for me pukul 8 hari cuti tu pagi butalah ..ahaks!] tweet cakap nak pergi Kenyir, and hope aku tak naik bot. Sapa kenal aku tau la aku la ratu "parking kereta depan kedai, kalau boleh nak masuk kedai,". Tak paham?Maksudnya..sedangkan pergi kedai pun nak parking dekat, kedai kena ada ekon, nak sejuk kalau boleh nak orang dukung je jalan [macam la org gagah nak angkat kaki aku pun belum tentu org mampu] inikan pulak ko nak meredah naik bot bagai kan...so not me la kan....

Tapi...................................... sampai2 je dah makcik ni sorang gigih betul promosi bot dia la kot..harga pada sapa nak tahu ok la affordable, kalau ko nak pergi dua tempat like macam aku tu ko naik bot pastu berenti dekat taman herba and air terjun bayar la satu bot RM150 kalau banyak tempat banyaklah lagi ko nak bayar, tengok la kot ko pandai nak goda org bot tu ke dia bg la kot ko extra one point tp in case minyak bot dia abes ko berkayuhlah menuju jalan polang.

Bot tu pun sekali naik muatla 6-7 org, so share2 la sorang dalam 20 hengget lebih kurang. Ok la kan?Kot-kot ko nak merasa naik bot tu ko punya sorang ko bayarlah sorg 150 je...kot la kan...ko nak ade yatch sendiri entah bila zaman..lepas tu nak feeling ko Kim K , Paris H silakan la...

Makcik bot tu lak gigih nak promosi sangat bot dia sampai tak senang la aku ngan kawan2 nak makan..[eceh..makan tu org bwk aku hadap je..tp aku buat macam aku punya semua..sekian] so we ride the boat with two other couple , husband and wife yang maybe around 50yo. Apa aku paling kagum tu laki dia pegang je tangan bini dia bila nak turun tangga or naik tangga. Gila sweet pakcik ni. Oh ya...org bwk bot tu remind "kat sini semua tempat kena naik tangga". So again pada sesiapa kenal aku, korang cuba teka aku panjat ke tak tangga tu. Panjat?!! MEMANG TAK LA.... hahahaha!

So kepada sapa2 suka nak aman damai Tasik Kenyir is the best place. Memang sunyi, damai and all la. Sapa suka mancing ade pakej, nak tidur kat situ pun ada , nak ride cam aku feeling2 Kim K for two hours pun boleh. It's all up to you!


So sini ada la a few pics. Memang amazed gila la wei..
makanan org bwk aku buat mcm aku punya sendiri..lalalala


korang nampak air dia kehijauan kan?memang!air dia kaler camtu bukan sebab teknik pencahayaan ke ape ke....


entah nape aku suka gambar ni, MM sila jgn pikir bukan-bukan, ahaks!

THE END

Buyui

Thursday, October 20, 2011

which category are you?

aku dpt ni dr Cher's FB , mmg la lawak..sape terasa betol la tu ape korang buat kan? Ada org tak suka dgn FB sebab benda2 mcm ni lah..tp ade pulak org akan cakap "social network kan..FB aku..suka aku la..kalau x sukasila block or delete or hide. Aah sebab tu la aku delete je terus org2 mcm ni dr list , x kasi can punya nak hide or block.

Tapi sedar kah kita ni lumrah alam? Bkn dalam FB je, kalau in reality pun once kita tak suka dengan seseorang tu kita akan palang org tu [delete]/ pulaukan org tu [block] or kita akan lari bila nampak org tu [hide]? sama kan?kebetulan kah?

MACAM-MACAM WATAK PENGGUNA FACEBOOK
1.
MODEL : Tukar gambar setiap hari
2. PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari...
3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh :: 71M@T -> Jimat)
4. WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !
... 5. PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)
6. BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit
7. BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-'
8. PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan kegiatan menjengkelkan bersama suami, tunang mahupun boyfren. Mcm die sorang ade suami, tunang/boyfren! Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy -.-''
9. MENUNJUK-NUNJUK : Setiap saat nk cerita kebahagiaan hidup die.. Yelah..suami, tunang/boyfren ko la y paling baik dan ensem dlm dunia ni! MOTIFFF? : Takut dirampas org kot
10. BUDAK HINGUSAN : Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut muncung mcm nk bercium, ingat cantek ke mcm tu?)
11. SHOWOFF : Nak makan pun siap ambil gambar dulu & buat profile picture.. MOTIFFFFFF ? : entah la 2...
HAHAHA ada yang terasa tak ? which category are you ? [:*]

p/s: tolong jgn tanya nape ade bertepek putih ni..penat aku alter 345 kali dok cmni gak..janji korg leh baca..

Buyui

Monday, October 17, 2011

masih wujudkah kabel internet?aku kat tahun ape ni?2001?

Sekarang ni aku dekat Penang pulak! Last week korang dengar aku kat Bangkok kan? Ada rasa aku hebat ke sebab jetsetter? kalau jetsetter like kim k or paris h ada la jugak masyuknya ye, ini aku rasa penat lagi adalah. Oh, plis i really need a rest. Sudah! Lupakan saja buyui!

Tapi yang buat aku nak tergelak ni, pes time la bagi aku, masa aku cek in semlm benda pertama aku tanya kat kaunter "wifi ade?".

So the girl at the counter said "boleh connect , tp kena ade CABLE?".

Aku macam?? Lps kawan aku terangkan baru aku tau, KO KENA PAKAI CABLE TELEFON SENDIRI BARU BOLEH ONLINE,".

ok ni buat aku nak gelak guling2 depan kaunter ni jugak ni. Setau aku hotel ni tgh2 Penang bukan aku cek in dekat Ulu Tembeling. silap2 Ulu Tembeling pun dah maju pki wireless bagai.

Dah satu keje nak meredah kedai cari cable. Pakkal je la laptop sendiri dah kojol , so aku tak boleh nak on hotspot sendiri pakai phone sebab takde itune. Eh! camtu ek? Betol la kan kalau ko pakai device lain so ko takde itune camne ko nak connect internet pki iphone kan?Orang2 team apple sape ade pengalaman cam aku leh tlg jawab?jgn suruh google mmg itu aku tgh buat sekarang.

Buyui

Wednesday, October 12, 2011

It's just a story that I want to share with u.

Tetiba aku rasa aku ada sedikit kekuatan nak bercerita dengan korang di luar sana. Maybe ada some of you yang ada same experience with me. Kalau bukan korang sendiri yang merasa mungkin orang-orang terdekat dengan korang ada yang kena. I am talking about diabetes. Yes, one of the penyakit yang top 3 menyerang kita semua selain jantung and cancer. Oh ade lagi hypertension pun iye [matilah kalau ade medic student baca aku punya entry ni, nasihat aku sila jangan malas baca buku, jangan ikut fakta aku masa nak jawab paper yang berkaitan ye, haha!] . This time aku nak cerita pasal diabetes je.

Bukanlah aku ni ade diabetes [alhamdulillah setakat ni takde la lagi]. Arwah mak aku meninggal sebab diabetes. And disebabkan ni faktor keturunan so aku kena beware takut kena. Nak2 zaman ni kalau penyakit tu datang banyak punca dari makanan sebenarnya. Nauzubillah. Seksa once kita dah ada penyakit. Kena makan ubat untuk control bukan untuk cure ye macam makan panadol hilang sakit kepala tu. No no no.. Nak-nak kalau kena diabetes ni even gula rendah [hypoglisemia] or tinggi menggunung [hyperglisemia] symptom dia still sama, ko akan rebah, pitam , pengsan or koma terus!

Macam arwah mak aku dulu, dia start kena since pregnantkan adik aku dulu. Orang dah ada anak tau la doktor akan cakap "sila control makan". Yes I know u'll craving for many things sebab mengidam la, anak nak makan la ape la. Tapi...sila la control, sebab at this time hormone ko tu tak stabil so diabetes ni ada kaitan dengan insulin hormone so bila dia [insulin] tak stabil mulalah nak mudah kena diabetes. So itulah yang terjadi pada arwah mak aku dulu. Sampai sekarang abah aku pesan dekat si Montek "jangan minum teh tarik, mama dulu minum teh tarik la kena kencing manis,". Maybe abah cakap macam tu sebab arwah mak aku kerap minum air manis.

So arwah mak aku penghidap diabetes for a long time. Kira sama umur adik aku la. Sampai a few years dia kena inject insulin. Ha.... orang cakap ko kalau kena diabetes inject insulin tu kira tahap bahaya la sikit ye. Ini disebabkan kita kena inject artificial insulin sebab ur pancrease tak boleh nak produce insulin yang kerja dia dok mengawal blood sugar kita sekarang ni. So this time makan lagi la kena control betul. Kalau ko main makan je..minum pun minum manis2 je.. ikut tekak je [org diabetes ni pun cepat lapar and selalu dahaga sama] memang for short term ko tak nampak kesan dia lagi.

Masalah long term tu barulah nampak ye. Arwah mak aku still jaga makan dia. Tapi tak la sampai sukat nasik tu nak makan berapa banyak. Just dia dah tak makan durian [maybe tu sebab aku pun tak makan and tahan bau durian kot?] , makan roti wholemeal and biasa-biasa je la. Itupun still teruk blood sugar dia. Masa aku sekolah dulu still ok lagi, but since pindah ke "San Pransisco" sakit dia makin over. Kalau bulan puasa tu selalu la hypo so akan ketar2 / gigil2 badan dia. Sapa ada diabetes tau la memang kena spare gula2 sentiasa kan? Boleh kira dengan jarilah bulan puasa dia boleh puasa beberapa hari je. Lain semua sekerat hari je. And a few years before she go , lagilah worst, dia puasa ok, JUST BECAUSE DIA TAK LALU NAK MAKAN [hilang selera makan] kalau bukak puasa pun makan just seketul kuih je, then apa pun tak masuk. So ini membuatkan dia always letih. Gula kurang, dia bertahan sebab dia inject insulin. Aku that time sampai satu tahap setiap kali nak puasa , aku tak suka sebab bila menjelang bulan puasa arwah mak aku akan mula tak selera makan which was too obvious for me. Anak manalah tak risau kan?T_T

Apa aku cuba nak cerita dengan korang kali ni adalah, kepada sesapa kenal or menghidapi or prior to have one please please please control la your diet. Aku cakap untuk diri aku sama. Ada la aku kenal a few people around me yang ade diabetes and i'll always la try cuba nasihatkan diaorang kawal la makan tu. Ada yang I kenal tu, air botol yang gas tu macam stok air masak je dia buat ok. OMG.

Aku bukan apa, aku tak nak korang or even people yang kita sayang kena macam apa yang arwah mak aku kena. Yes ajal sama aku tak boleh deny, tapi at least kalau kita control tak la kita nampak orang yang kita sayang tu suffer depan mata kita. Maybe ada yang paham rasa hati aku ni pedih lain macam kalau nampak ibu/ayah kita dying depan mata. Pedih ok. So bila aku tengok orang keliling aku ada diabetes tapi tak nampak gaya nak control aku teringat kisah Arwah mak aku tu.

Ini just cerita sekerat yang aku mampu share dengan korang. Aku belum ada kekuatan lagi nak cerita macam mana aku berkampung for almost 3 months dekat hospital sampai la saat Arwah mak aku pergi.

Eh. Ni bukan nak mintak simpati. Tapi kalau nak derma duit kat aku bolehlah. Aku nak beli laptop baru ni. Hahahaha. Ok seriyes. Aku just nak share dengan korang cerita aku. So kalau sapa2 yang terasa sorry I dont mean to, it's just that aku nak share and dont want you to have same experience with me.

Aku dah rasa aku macam tolong kempen "cegahlah diabetes, amalkan gaya hidup sihat".LOL

Buyui

Tuesday, October 11, 2011

wanita yang stres, sila ambil perhatian saya ada penawar kepada stres anda!!!

Mampu? Kalau balik kerja tu stres sangat pergi la sua/hulur hidung korang kat sapa2 yang dalam LRT tu. Nak-nak yang bau kepam2 tu lagi cepat hilang stres korang.

Dengarnya si Faryn ko tensen kan dengan mamat feeling macam orang muda tu kan? Ape kata ko cuba cara ni nak hilang tensen ko tu. Wakaka!

Gambar ni aku dapat dari FB kawan. Credit to Abg Hery. :)

Buyui

My very first entry


Masa aku dekat Bangkok haritu, aku tak berapa nak ada masa menganga depan laptop sangat, memang ada wifi, tapi masa dan aku sama tak reti ke, laptop aku bangang ke nak connect kat wifi yang maha slow tu so aku malas nak hadap blog, baca blog orang dan cek komen2 for my entry. Aku just on twitter for updating and tu pun kejap2 je. And kebetulan dua hari sebelum balik laptop yang aku pakai for almost 4 years dah kojol. Sekarang admitted dekat hospital and hopefully dia cepat sembuh sebab aku percaya laptop ni ada 7 nyawa. :P

So masa aku menyangap dekat KLIA haritu barulah sempat aku nak cek blog and check for the comments coming trough. Terkjuit ha aku ape kehal la banyak nau komennya lebih dari biasa [pada aku lebih dari 5 for one entry tu banyakkk la tu] aku bukan femes maka aku sedar diri. Tak kisah tak komen pun tak pe, dari letak komen tapi tatau nak tulis ape2 mulalah lari dari tajuk [macma ape aku nak buat sekarang-lari dari tajuk asal]

Ini semua sebab si twin aku ni dia letak link My Very Fisrt Entry . Ramai la menjengah because of her. Thanx twin. Tetiba ko macam promote aku lak. Hak hak hak. Buat2 la selalu. LOL.

And aku sendiri pun baca la entry pertama aku tu. Baca sendiri senyum syok sendiri. Ayat aku masih pretend to be nice and sweet. Eceh. Hak tui!

Nak kira tu tahun 2008 tak silap aku. Nak dekat 4 tahun dah wei. How time flies kan?

Kepada sesapa sudi pergilah jengah di sini.

Buyui

Monday, October 10, 2011

semua orang sombong ke?

sambungan kisah di Bangkok..

aku pun tak nak la cerita panjang2 macam nak buat Memoir Buku Buyui Merayau, aku tau orang tak suka, tapi just now aku bloghopping sampai ke blog si Gadis Bunga [GB if u read this, hai hai hai ] tiap kali masuk blog dia mulalah aku nak nyanyi lagu kak Rahimah Rahim :P . GB ade mention pasal cerita seorang blogger yang pergi jalan ke Indonesia jumpa orang senegara haram nak senyumnya.

Alang-alang aku teringat pasal benda ni baik aku tulis siap2 kan?

Well, aku pun experienced the same thing masa kat Bangkok haritu! Dekat airport tu berdiri sebelah aku je, secalit senyum pun takde. Memang la aku tak kenal ko, ko pun tak kenal aku..tapi kan kita duduk negara yang sama, di bumi yang asing ape salah ko bagi senyum tu sikit. Aku perasan tapi simpan je la dalam hati maki ni. Hahahah.

Tetiba my boss cakap [lepas pompuan ni blah] "orang kita ni kalau jumpa luar Malaysia memang sombong-sombong".

Hah! Aku ingat aku je pikir macam tu. Tapi aku still bersangka baik [tetiba aku reti nak bersangka baik] maybe perangai individu tu macam tu, or mulut kejang baru lepas cucuk botox maybe?Sebab aku tak lak kena experience macam ni masa kat Beijing aritu. Ok je sembang2 dengan org satu negara.

Buyui

Saturday, October 8, 2011

A video to share-bangkokstani



Hi korang.....
Sape yg tahu, tahulah yg aku minggu ni ke bangkok atas urusan menjadik kuli. And for free time aku merayau la bangkok city kan spi aku rasa shopping complex tu kalau boleh berckp lama dh dia ckp , "muka ko lagi, tak reti nk balik umah ko ke?" hahah!

So aku naik lrt dia je sbb sape yg tahu bangkok city dia jem dia amatlah HEAVEN ye...(nnt aku share la a few twitpic aku. Aku x snap beriya pn sbb ni bkn holiday kan?guna duit gomen sila sdr diri ni bkn cuti duit sendr :p)

Tips : Di Bangkok better naik LRT dia mudah tepat dan senang even berhempet gila especially time org balik kerja (ala sama je la mcm KL kan?) dari ko kena dok mcm nak meletop otak hadap jem dia yang macam nakharom kan?

Tips shopping dari boss aku yang Bangkok tu macam umah kedua diaorg je tu, better ko pegi beli dekat shopping complex names MBK ni dari chatuchak yang mengcekik. Tapi untuk surveniour or barang- barang golongan kebanyakkan la, kalau ko ni manusia branded LV, Gucci Prada bagai jangan la bengong gi MBK, memang la ko bakal mendapat yang ciplak punya.

Tp ni paling best la aku dpt semlm, dlm sesak2 jem bagai ni sekali mentara nk nunggu traffic light , i mean for kereta2 kt jalan tu, ade lak tetb one group ni perform la a dance siap music bagai! LOL.
Boleh plak and sempat lg tu ko nk nari2 , adeh la. At least ko dlm kete tu x la bosan kan nunggu lampu hijau. Tp kete belah2 dpn la...
Video ni my coll amikkan so enjoy la ye
Buyui

Saturday, October 1, 2011

Word!

This time aku nak melaha pasal retis. Bukan pasal orang yang aku kenal or aku tak kenal tapi org kenal aku, tapi pasal aku kenal orang tu tapi orang tu tak kenal aku, retis! Hah aku sendiri pening.

As we know , kalau tak baca blog gosip retis pun, tak layan retis tempatan pun tipulah kalau ko tak kenal or tatau Norman Hakim and Memey tu dah kawen. Memang tetiba naik la cerita yang wedding dia ditaja sampai 12 juta! Kira cost semua la sponsor sampai 12 juta. Ko ada kawen sampai 12 juta? Even sponsor pun , tapi merasa la gown Vera Wang merewang bagai [aku kenal designer ni beberapa thn lepas je, haish!] ade la ltk2 pearls Rafllesia segala, dari kita ni nak kawen pun tah mana labuci murah kita kutip kan?

So, dah nama pun orang [aku specific kat sini , melayulah, sebab aku pun sama je ] kita, sah la kita kutuk. Tak kira la ko tu retis ke, anak Kak Cik Senah umah belakang pun kalau kawen kita kutuk rapat.Ade je tak kena , tak puas hati di mata kita kan? Sebab tu la kalau orang nak kawen ni stres dia tahap merempan sebab cuba nak puaskan hati orang yang datang nak tengok dia. Memang aku tak kawen lagi, tapi aku dah tengok banyak dah jadi depan mata aku ni.

Berbalik pada cerita Memey ni tadi, sah-sah lah dia pun tak terkecuali dari orang kutuk dia. Gown buroks la, veil macam kelambu yang digunting je [tu aku cakap ek, hahahah] , kek pun sedih [dah sponsor kot ye pun ade ke tulis nama sponsor bagai, aiyoo] , tetiba tema New York bagai, siap bridesmaid, alalalala...nape la make up sendiri ke tu? Sedih lah....tapi tu la aku paham sebab kita dah amik sponsor hadap je la ape sponsor nak kan...so kita ni just as model je la malam tu, takpelah...kan?

And sebagai orang kuat gosip hiburan tanah air ni, memang kita marahlah, or jelek or ape2lah dekat pasangan pengantin ni kan atas ape diaorg dah buat, ok la aku pun marah, aku pun sedih kalau aku jadi bekas bini dia [aku tak nak komen la ape bini dia pun macam turut merempan je,] so memang la kalau ikut hati aku pun kutuk , marah, jelek , benci semua nak2 kat si Memey sebab kalau ikut cerita melayu selalunya memang ditujukan marah tu lagi banyak kat pompuan or org ketiga walaupun pada aku maybe kita boleh fikir kot "bertepuk sebelah tangan takkkan berbunyi".

Yang ape aku nak melaha sangat ni, kepada tukang2 komen tu, ye...kalau nak marah pun sampai keluarkan ayat/perkataan tak sepatutnya just simpan dalam hati jelah, tak perlulah sampai nak menaip bagi satu dunia baca komen anda tu. Ada banyak la komen2 yang tak sedap dibaca tapi yang membuatkan aku nak post entri ni bila aku baca komen ni, "Buruknya muka, macam PELACUR!". Ya rabbi, kot ye pun marah, aku pikir la just imagine kalau tuan punya diri baca all the comments, ish kalau aku memang meleleh air mata dah. Dia pun manusia macam kita, memang dia buat salah tapi tu biar la tuhan yang hukum kalau betul la dia salah. and memang jodoh dia sampai dengan cara huru hara macam tu, tu semua kan kerja tuhan.

Pada aku lah kalau nak kutuk baju la make up la ok lagi kot..kalau dah macam cakap muka mcm Pelacur la, beruk la, pondan la..ape ni?

Maybe korang pulak kata aku pun sama bangang pergi layan orang tu cakap buat ape kan sampai wat entri ni, tapi aku nak cakap ape aku rasalah. Dia salah, fine. Bagi je tuhan hukum. Yang penting tu dah memang jodoh dia. And hopefully NH pun tak lupa anak2 tu lagi penting.

Aku bukan sedara mara Memey ek..aku pun bukan asal dari felda dia, kang ingat aku nak back up dia plak. Gambar semua pandai la korang google sendiri bersepah hah.

Sekian laharan retis aku kali ini.

Buyui