Sunday, May 8, 2016

I am part of Zalora Community Contributor!!

Hello,

Yes I am still here.  Hihi.  Just to let you know, kalau ada and nak tahu, now I am one of ZALORA Community Contributor. Yes, ZALORA online retail seller yang selalu kita dengar tu.  Diarorg pun ada online magazine sendiri. Apa? Kau ingat CLEO mak nenek tu je ke mampu ada online mag?  Apa payah kan zaman-zaman ni semua di hujung jari kan?  

Aku kerja dan zalora ke? Eh tak... tukang bagi semak dia punya article je.  With other bloggers (maybe some of them korang kenal) sama2 kami tulis article pasal fashion, entertainment, hobbies, find, travel etc.  Aku dengan fashion? Jangan gelak boleh ? Ko gi baca dulu tengok apa aku story kat sana.  And you can read others article yang tak kurang hebat.

Zalora bayar ko ke?  Aku tau soalan tu mmg korang nak tau sgt kannnn?  No... takde apa- apa bayaran pun sama macam ko tulis blog, free je kan unless ko famous orang bayar la iklan review kan?  Takpe, aku kan suka merepek, cukuplah bagi aku feeling mcm Carrie Bradshaw pun aku dah sengih suka dah. Hahah!

So, rajin la baca kat sana. Entry situ lebih serius dari sini. Takde mencarut.  I swear try !  

Oh , entry ni pun bukan zalora bayar. Saja nak bagitau je.  And this blog still ada. sayang nak close. Sekali-sekala aku tulis kat sini. I try hope .



Buyui

Wednesday, March 9, 2016

Tips Menggayakan White Shirt



If we notice, apa pun jenis fashion masa kini selalunya inspired by previous era.  Kalau kita tengok sekarang, penggunaan white shirt dah mula dipakai oleh lelaki berbangsa Cina yang berusia dari dulu lagi.  Have you heard about t shirt pagoda? Legend bukan?

And today, penggunaan white shirt ni sudah menjadi kegemaran tak mengira gender.  With just a piece of “t-shirt pagoda”, pereka- pereka fashion bijak mengolah penggunaan white shirt ni.  Macam – macam jenis bentuk rupa boleh kita tengok orang menggayakan white-shirt ni. Now it’s time to put away your black and bring white to your life.

Selain kemeja atau t-shirt berwarna hitam, kemeja putih atau white shirt adalah jenis pakaian yang paling gemar dipakai oleh kaum lelaki termasuk wanita.  Aku pun salah seorang dari penggemar white shirt ni.  Ayat- ayat seperti “baju putih cepat kotor”, “susah nak cuci”,  “jarang” bukan menjadi persoalan sekarang.  “cepat kotor”? cuba makan tu jangan gelojoh sangat.   “Susah nak cuci”? Sekarang kan banyak dah banyak detergent yang ada kuasa mencuci beribu kali kuasa kuda? “Jarang”? We can find an alternative to solve that.  White shirt ni, bukan sahaja praktikal, ia juga amat versatile iaitu sesuai digayakan dengan apa jua seluar dan boleh dipakai untuk ke mana sahaja. Well, jangan bimbang jika dengan memakai kemeja putih ini anda akan kelihatan ‘too plain’ but do you know that minimal is now the latest trend?  Boleh dikatakan white-shirt is a thing you must have in your closet!

Oleh itu, berikut merupakan beberapa tips penggayaan atau outfit ideas untuk lelaki yang ingin menggayakan koleksi kemeja putih atau white shirt!


You know, kemeja putih merupakan pilihan no 1 ramai lelaki untuk ke pejabat. Bukan sahaja tampak simple, ia juga merupakan warna korporat yang paling selamat. Untuk gaya ke pejabat yang ringkas dan selamat ini, cukup dengan hanya memadankan koleksi kemeja putih anda bersama pemakaian seluar slack berwarna hitam atau biru gelap seperti berikut.  Kalau dulu hitam memang warna selamat, but now, white is the new black!  Sila buang baju hitam yang penuh almari tu dan gantikan semua dengan warna putih, yey! 




Untuk gaya yang less casual tetapi tetap smart pula, padankan kemeja putih kegemaran anda dengan pemakaian seluar khakis atau chino pants yang bersesuaian. Ini merupakan gaya vintage yang cukup menarik!  Sangat fashionable!



Dan untuk gaya yang kasual apabila ingin keluar bertemu rakan-rakan anda pula, jeans dan kemeja putih adalah kombinasi yang paling terbaik!  Gegadis suka lelaki yang casual but at the same time look smart! Percayalah!



Akhir sekali, pakai kemeja putih tersebut bersama koleksi seluar pendek untuk anda yang inginkan keselesaan sepanjang hari!  Tengok pun sangat selesa dengan si pemakai bergaya santai ni kan?

Do I already mention that the white-shirt pun boleh digayakan oleh wanita?  And also white shirt ni memang blend in dengan apa pun corak dan gaya!  Memang ini menjadi benda mudah semudah ABC untuk para wanita menggayakan apa pun jenis fashion yang digemari bersama white shirt! Cool gila! Untuk plus size woman, jangan bimbang kalau warna putih tu boleh menampakkan bentuk badan yang besar.  Kalau kita pandai menggayakannya boleh buat orang pandang tak berkelip mata! :)
So, are you ready to be a part of #teamwhiteshirt? I am ready!

Buyui

Saturday, January 2, 2016

Welcome 2016!

Hi,

Kepada yang masih baca, selamat tahun baru..!! Kepada yang google tetiba taip keyword yang nampak apa benda tah blog ni, hello.. ucapan saya tak payahlah gigih sangat baca entry blog ni, sendu sesendu sendunya.. (cuba nyanyi ikut intonasi lagu spoon rindu serindu rindunya tu).

2015 had given me a lots of happy memories, alhamdulillah.  I've been to a few places which was over than my KPI (aku kan target satu tempat je setahun nak pergi).  And I hope more places to see this year, insya Allah.

2015 pun gave me to add new friends, alhamdulillah.  Now I dah rasa apa N rasa bila masuk lab dikelilingi oleh budak muda belia.  Dah tak boleh feeling ko dewi remaja dah sekarang.  Mana2 orang panggil ko akak.  Hahahah!  I think it's karma to me bila ingat balik aku selalu gelak kat akak2 satu office masa kat GSC when they reached 30 above aku cakap depa tua! Amik kau! Hahaha!

My family pun alhamdulillah, even better.  Tipu la kalau tak ada drama sana sini, but hey.. melays kan suka drama? Kalau tak, takkan la drama pukul 7 tu mencanak2 rating even cerita hazabun sangat kan?

Oh, one more, who expect that now I had discovered my talent (ye ke talent??) and my passion. Sekarang kan trend (but when i started I don't even know it's a trend) orang dewasa gila mewarna? So, aku sekarang gila buat benda tu and I've also met new group that shared same passion with me. Now I know ada jugak art blood rupanya haku ni yang selama ni I felt down bila fikir aku tak dapat ke art blood tu sebab adik aku reti melukis aku berus pun tak reti pegang.  Oh rupanya art blood aku kot belah lain. Hehe.  

Hah, cukuplah for me the happy memories tu. Makan terlebih cukup, family ada, kenal kawan, kawan2 sedia ada alhamdulillah they are the best thing in my life (tolak la yang kimK tu bukan kawan aku, aku anggap nasib tak baik pergi berkenalan je dulu) so apa aku nak lagi kan?

So harapnya 2016 will give me even better , amin,

Kejap je dah masuk tahun baru kan?  Kalau dah masuk 2016 ni, maksudnya aku ada lagi a few months and kena balik ke alam nyata.  Haih la, kan ke best tetiba ada arahan cakap "u tak payah balik". Ya rabbi best gila kot.  Berangan je lah kan?  Hadapinya dengan tenang. Gitu.

Dari fikir benda yang akan jadi tu, baik aku fikir apa patut aku buat dalam masa terdekat ni.  Yes, there are many list yang I have to finish it before kena balik sana.  

The main important is cepat selesaikan thesis tu B oii..  Ko ingat ko karang buku Harry Potter 15 series ke berlama2 sangat tu... 

Wish me luck!

Buyui