Monday, April 30, 2012

Karma

"Jika gaji kita RM 5000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM 20000, Allah SWT akan berikan beza RM 15000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.
Jika gaji kita RM 5000 tapi kita kerja malas macam gaji RM 2000, beza RM 3000 itu Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya."

Sebab itulah semua mereka yang berjaya mempunyai tabiat "GIve more" kan.. Firman Allah SWT dalam Al-Quran pun ada mengatakan yang Allah sukakan umatnya bersungguh2 bila melakukan sesuatu pekerjaan yang baik. Wallahualam..

Sama2 kita berusaha dan berjaya dunia akhirat. Amin~ dipetik dari Prof Dr Muhaya

Petikan ni aku dapat dari kawan aku share kat FB last month. Katanya dia amik dari FB Page Ustaz Don. Punyalah gigih aku korek balik FB Page kawan aku (yang aku tak ingat sape share ), lepas tu bukak lak FB page Ustaz Don ni. (Nampak sangat aku tak follow ustaz Don ni, kahhhh). Aku bukan tak mau dengar la benda2 ustaz ni sampaikan, tapi satu aku takut tengok muka dia celak tebal sangat (ye ke tebal alasan je aku ni) dua sebab entah la aku tengok lately ni ramai pulak ustaz keluar macam celebrity, macam cendawan tumbuhnya lepas hujan. So, kalau aku nak dengar aku baca je dari FB kawan aku share, mana yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan( betul ke?). Lagipun kadang- kadang ade jugak cakap hadis ke ape yang circulate tu ade yang tak betul, so aku tak nak amik risiko la sebar benda palsu melainkan aku kompom benda tu sahih kan? 

Tapi petikan kat atas tu , membuatkan aku terpikir dengan ape yang jadi pada aku minggu ni. Itulah sama orang cakap kerana mulut badan binasa. Nikmat rezeki Allah tarik dekat aku ni punca dari banyak perkara, mungkin aku malas kerja?mungkin juga aku tak patuh perintahNya?mungkin aku banyak mengumpat orang?Mungkin juga aku kutuk orang?Banyak kesalahan kita yang sedar atau tidak. Maka Allah nak berikan aku pengajaran.

Peristiwa satu; aku boleh kecoh2 pasal sorang hamba Allah ni. Macam nak cari salah hamba Allah ni, sekali Allah nak tunjuk amik kau aku buat salah yang sama , hari yang sama and even worst I didn't notify it at all! Sungguh la memalukan dan menginsafkan.

Peristiwa dua; Ingatkan kisah / tauladan dari peristiwa satu tadi dah habis. Nak jadi cerita aku bawak kereta , accident la pulak.... Alhamdulillah aku ok, CLK aku je kepek sikit. Masa aku kena tu, (yang mana aku yakin aku tak salah) si pemandu ni blah je. Maka aku kejar. Nama pun gangster kan? Tup2 nak jadi cerita aku nak parang marah dia, dia boleh kona jadi aku yang salah. Disebabkan panic aku tak boleh ingat langsung sama ada aku di jalan yang betul atau tidak. Psiko betul akak ni. Seharian aku berfikir. No report been done so far (hopefully la, ikut cakap akak tu). Dipendekkan cerita setelah berapa siri drama dia dan aku buat aku kena la bayar. Alhamdulillah , tak la banyak kena bayar sampai terlentang. Aku ada pergi semula ke tempat kejadian, and ternyata aku di pihak yang betul (tak tahu lak pulak aku ada sifat defensive sampai kabur dengan kebenaran). Maka aku fikir balik "mungkin itu bahagian aku, rezeki (duit kena bayar) tu bukan hak aku, kalau betul aku salah, aku terima, kalau betul aku benar, the day will come (tu aku cakap kat akak tu).

Lepas all transaction dah buat , boleh pulak akak tu sms cakap la "ni semua ada hikmah, harap kita boleh jadi kawan selepas ni,".

Hmm.. aku tak mau komen ape2, aku tengah jaga mulut ni, karang ape pulak jadi karang.

Karma kan?

Buyui

Wednesday, April 18, 2012

Guna Pun Sesat (GPS). Tapi aku tak pakai GPS

Pagi ni aku disuruh attend one seminar/workshop/ entah ape la benda dia sebut dekat one of education institute. Sakit jiwa aku bila harini sesat hampir setengah jam mencari tempat yang dituju. Merempan aku dah ha. 

Orang kata sesat jalan jangan malu bertanya. Uiks... aku memang tanya orang. Tapi.................... apesal bila aku tanya semua tatau tempat aku nak pergi tu? Of course la kan kalau kita pergi mana hala tempat orang belajar yang bersepah students la nak pergi kelas ke nak ke mana- mana kan? Tapi apesal aku tanya sekor pun tak tahu? Harini hari first day orientasi ke? So bebudak ni tak tahu mana tempat aku tanya tu?

Ok, kita berbaik sangka lagi, let's ask sorang lagi abang (aku tuju laki je, hahahahaha) gaya macam staff. Pun tak tahu?????!!!!! Kau pun baru kerja hari ni ke?

Last- last setelah aku jumpa hampir 4-5 orang sampai aku dah putus asa tanya ni, ada la sorang ni ok muka kompiden la cakap dekat mana.

"Oh, tu dekat bangunan baru, ada construction tu..kat situlah" ---- tau tak situ ade 4-5 bangunan baru?

Ok aku tanya lagi .

"Ada landmark ke signborad ke?"

Dia jawab,

"Sebab tu tengah dalam construction so maybe dia dah cabut semua signboard semua,"

WTH?? 

And, betul ada satu bangunan yang macam bangunan tak de org sebab CF tak approve lagi tu la tempat nya. WITHOUT ANY SIGNBOARD OR LABEL. And the best part is we can see the seminar or wth punya benda tu "banner" ditampal depan lif dalam size SEBESAR KERTAS A4. Great!

No wonder budak sorang yang aku tanya tu sebelum tu tak tahu tempat tu even bangunan baru tu justttttttttttttttttttttttt in front of her bijik mata.

Hish!

Buyui

Monday, April 16, 2012

Motif apakah ini?

Tahun ni aje dah ade dua situasi yang buat dahi aku kerut- kerut. Tau tak kerut dahi tu buat aku lagi nampak tua? Nak pergi buat botox tak cukup duit. So nak jimat aku tak boleh kerut dahi. Paham?

Situasi satu :

Sambil pegang emas seberat 50g seraya berkata "sama berat ni dengan gelang saya". 

Situasi dua :

"Telefon awak kecik, " sambil pegang Gtab buat macam nak cakap telefon di mana mula- mula aku ingat diary natang Gtab tu.

Hakikatnya aku tak minat dua benda ni. Lain lah ko bawak ferrari abes bayar doblas bijik! 

Ke ini hanyalah tanggapan aku aje? 

Buyui

Sunday, April 15, 2012

tang mana tipunya?

Aku rasa aku macam nak bebel jugak la pasal PTPTN ni, or nama glemernya PTPTipu?? Tipu apa? Entah la aku pun tatau. Maybe pada depa tipu sebab 3% tu kot. Tapi kalau tipu mesti masa kena sign masa nak mintak loan tu dia x tulis kena bayar lebih dari ko pinjam. Contohnya ko pinjam RM 21,000 ko kena bayar RM 24,000. lebih tu yakni sebanyak RM 3k tu korang cakap tipu tu. Camtu ke? Tapi aku rasa masa aku sign agreement dulu dia dah siap2 tulis memang ko kena bayar lebih. Tang mananya tipu? Tipu tu macam kes ah long, ko pinjam RM 5 esok lusa dia mintak ko bayar RM 100. Tu tipu la, dah tu tak berani lak ko nak buat piket beramai2 cakap ah long tu tipu ko, tak berani la, sekali dia tetak berderai semua anggota badan ko kan??

Aku as usual, malas baca paper, malas tengok berita. So aku dengar ada demo ek, mintak hapuskan PTPTN ni, lepas tu ada lak mintak PTPTN ni takyah hapus, hapus je yuran pengajian - ok ni maybe sttment tak rasmi sebab aku tgk kt twitter je. Tapi bab piket ramai2 mintak hapuskan PTPTN tu betul, and seriyes memalukan la oiii..... ko pi canang nampak sgt ko tak nak bayar. Tak nak bayar, jangan mintak. Tu je.

Aku masa mula baru tau pasal isu ni, benda pertama aku soalkan ialah:

"Kalau hapus, nanti2 nak masuk U sapa nak bayar yuran tu. Orang senang ok lah, org susah duduk kampung mana nak cekau duit??". Aku tanya kat abah aku sebab dia la mula p bukak topik ni.

"Ape lagi harap scholar la," Dan bapakku seraya menjawab.

Bape ramai je anak melayu kita ni belajar cemerlangnya sangat, nak harap scholar mesti ko kena result gempak abes kan? Naseb ada UiTM tu, kalau tak, nak masuk U lain harap scholar boleh kira dengan jarilah aku rasa nanti.

Aku ni anak PTPTN. Hahaha. Dan aku ni bayar ikut kemampuan aku, sebab sapa suruh aku gatai p sign kan? Tapi kalau x sign dl dah tu aku nak bayar yuran semua pakai ape. So asal masuk U je PTPTN la halanya. Aku pun pernah je dapat surat warning sebab tak mula bayar. Tapi masa tu sebab aku kerja tak tetap lagi, gaji pun cukup makan, sekarang ni bayar je lah dah namanya pun berhutang. Duit aku joli dulu pun aku pakai bila dah balance ada, pastu plus bapak aku memang bagi duit aku tiap2 bulan. Kahh.. now aku bayar la balik, ikut kemampuan.

For me, PTPTN tu still kena ada, kalau tak, memang tak merasa la orang macam aku ni result tak gempak mana nak masuk U sebab tak layak nak dapat scholar. Yang nak kena stopkan tu maybe duit yang nak kena bayar balik tu biar lah berpada turunkan percent tu cukuplah.

Jangan la sampai nak berpiket menyalak tak tentu hala sampai kampung ko tergadai. Cuba kaji dulu pro cons barulah ko nak menyalak ke nak ape ko , suka ko lah. Cuba la berlakon jadik pandai sikit simpan sikit kebodohan tu.

Tetiba aku rasa aku dah macam Sharizat Jalil. Heh!

Buyui

Pengalaman aku masa gegaran haritu, dah lepas banyak hari baru nak cerita

Sambungan dari kisah cuti aku aritu.........

Disebabkan idea adik aku yang sememangnya kerja nak perabih duit bapak aku je (eceh! nak bunyi aku ni anak solehah, padahal sama je, ptui) so makanya aku dengan family ke Langkawi.

Tapi tu la dia ye, this time plan ke Langkawi macam tak sedap otak je, nak jadik cerita gempa dekat Acheh tu jadik elok time hari sama aku sampai. Hah! Kan cuak dah bunyinya!!

Aku je rasa goyang- goyang tu, memula as usual la rasa pening- pening tu aku ingat aku kena darah naik ke ape kan (macam report orang yang rasa dalam paper tu) , tapi family aku lain- lain tak pulak rasa goyang tu. Aku pun tak sure aku yang dipilih merasa goyang tu sebab aku ni bawah lindungan Allah ke, ke Allah nak bagi aku insaf . Hanya Dia yang tahu.

Nasib baik jugak sebab masa aku pilih nak book hotel aku nak amik kat Pantai Chenang tu, sekali harga tak affordable, so aku amik la hotel baru kat area Kuah actually dia motel. Rega dia RM 60 je semalam for standard room . So kalau dah RM 60 ye semalam ko kena la tahan bilik jenis tak kedap bunyi, bunyi budak lari la jerit la , sampai bunyi vacum pun aku cuak ingat bunyi siren amaran tusnami. Pftt. 

Jadi tips untuk korang, nak murah amik la motel ni, tapi jangan la expect bilik RM 60 suasana dia macam RM 600 ye. Oh ya, room dia semua ok, cuma tak kedap bunyi je. Haipp...aku dengar bunyi orang bising je, bunyi2 lain tak ada. Hahahah!

Petang tu kitaorg still keluar jugak, niat dia hati nak tengok sunset la konon...sunset apanya, karang elok ko tengok sunset tak pasal- tak pasal ombak mengganas tak ke abeslah...???? Itupun jenuh puas la mencari ape lagi yang tempat yang boleh pergi nak elak ke pantai la kononnya..pusing- pusing sampai jugak ke pantai. Siap ada anggota JPAM tahan la tak bagi pergi pantai. Cuak kan? Tapi esoknya aku tengok report kat satu paper ni, dia tulis ramai2 pelancong cuak lari ke tempat lapang, kawasan pantai abes kosong sebab gegaran area time sama aku ada kat situ. Adik aku pon pelik, ye ke kosong masa aku kat situ ramai lagi je ada kat situ, dah yang aku nampak tu orang ke ape? Paper pun kan kot ye nak tulis report.... propa sangat tau!

Berbalik pada cuak aku tu, aku terpikir kalau la aku ni jadi duduk kat area pantai mau berangkut ramai- ramai naik kereta pick up tu macam kat Phuket tu. Lepas tu cari hotel sah- sah penuh mau ade yang tidur masjid je karang. Hahahah! 

Alhamdulillah semuanya selamat, walaupun malam tu aku tidur tak lena, kejap- kejap jaga..kejap- kejap jaga, lepas tu hazab gila berdebar nak balik ni nak kena naik feri. Gila experience la. 

Amik ko nak cangat cuti kan...amik.

Pic nanti la kalau ade yang elok aku share. Kalau tak..tak payah.

 Buyui

Friday, April 6, 2012

cuti

Ada masa- masanya kita kerja ni need a rest. Completely rest. And the thing kita tak boleh plan pon. Suddenly ko rasa ko tak nak hadap benda kerja ko, masa u that's it. Boleh stop muntah dengan kerja. And masa tu ko akan rasa lega selega- leganya..

Itulah yang sedang aku buat sekarang ni. Yes, macam aku pergi cuti sana- sini sebelum ni memang la cuti, tp benda ko plan kan, so ko plan untuk memenuhi masa ko bercuti tu.

Jadi semalam, satu plan gila aku sudah mari. Dari asalnya aku nak cuti sehari je next week (sebab 11 hb tu public holiday) untuk balik ke SP, menjadi tetiba aku apply cuti dari Ahad (read: Texas kerja hari ahad) until Saturday of the following week. Amik. Puas ati den. Lama tak cuti panjang- panjang di kpg halaman ni. Selalu cuti raya je. Kasik can la kan aku nak cuti lama.

Lagipun aritu masa nak apply leave for cuti ke Kuching , aku baru sedar mak baru apply leave dua hari je tahun ni? Hemcee tak payah tanya. Since aku kerja ni baru amik 2 hari. Hahaha! Syabas la aku berjaya jadikan pejabatku rumahku hidupku dan matiku. LOL.

Korang pun esok2 kalau rasa terasa malas nak pergi kerja ha buatlah macam aku. Kahhh.

And now aku bahagia bersama family terchenta... and adik aku pulak kuar idea gila nak pergi cuti bersama family lak. Ok good. Good aje kalau kerja nya menghabehkan duit bapak ko kan? Hahah!


So, aku ucapkan selamat bekerja la ye semuanya.( Nada:kasik korang tak puas hati)

Buyui

Thursday, April 5, 2012

Kuching aka food fest


Saje bagi korang drooling tgk makanan ni. Kahkahkah...aku memang keji. 

So inilah hasil aku pergi Kuching hari, 3 days and 2 nights masa aku hanyalah dipenuhi dengan makan, gosip dan tidur. Ini makanan just for day 1 ok. Yang lain tu aku tak amik pun sebab sibuk makan, malas aku nak berjejer air liur tengok orang lain dah makan aku sebuk nak amik gamba or kacau orang dengan cakap "nanti..nanti... jangan makan lagi aku nak amik gambar'. Kan?

So yang lain tu biarlah next time aku pergi lagi untuk makan aku ambiklah.Itupun kalau aku tahan sabar.

Ok aku tengok ni dah aku lapar balik. Mana aku nak cekau especially umai dengan sayur midin tu.

Kepada sapa yang tatau midin tu rupe eh lebih kurang macam pucuk paku, tapi crunchy. Sedap I tell u. And umai...do i need to say more? Jangan risau, dia sikit pun tak hanyir, sebab dia dah letak beribu2 asam limau (kot?) so asid telah memasakkan isi ikan tu. 

Tips untuk sapa yang takut tapi nak try umai ni, sila jangan tengok lama2 ikan kau nak makan tu masa stage mentah tu, cepat- cepat ckp ikan ape nak then ko tunggu je dia siap. Dijamin ko akan rasa kenikmatan umai tu.

Eleh, sushi jepun tu leh hadap, takkan umai tak boleh kot?

Buyui

Tuesday, April 3, 2012

Pelaburan di masa depan

Last week aku ke Kuching. Tema dia kali ni, bukan nak jalan sangat pun. Aku dengan N pergi just nak jumpa J , catching up and motif utama dia makan je. Tak percaya, gambar aku ambik semua makan je.

Bila aku balik coll aku tanya "Awak pergi Kuching pergi mana je,". Jawapan aku satu je, "Saya tak pergi mana, saya pergi jumpa kawan saya, lepak, makan,". Tu je. 

Gambar nanti2 la aku bagi kalau aku nk review pasal makanan. Kan.

So, bila di sana, banyak la aku borak dengan J. Aku tau lama dah dia antar anak dia ke sekolah tahfiz. Baru 5 tahun dah boleh hapal banyak surah. Sejuk je rasa kan? Alhamdulillah, aku doakan berkekalanlah hendaknya.

Kawan aku J ni cerita, bukan senang dia nak masukkan anak dia ke sekolah tahifz ni (bagus sekolah ni, selain ajar hafazan, ada jugak la dia ajar subjek lain, semua macam taska lain). Pada aku baguslah sebab ada kemudahan macam ni, sebab kalau zaman aku dulu mengaji pun kena cari rumah orang or sekolah agama rakyat petang- petang tu. Zaman sekarang ni nak cari macam tu dengan kita yang duduk tengah2 bandar ni esp in bandar- bandar besar payah la sikit kan. So ada taska macam ni bagus lah. Agama dan dunia seimbang. Amin.

So, J cerita anak dia masuk pun setelah berkali2 merayu nak masuk sebab of tempat yang limited. Maybe tempat tu mementingkan kualiti rasanya. Then dia sempat la attend some sort like PIBG meeting tu. So kalau ikutkan yuran sekolah tu mintak bayar lump sump dalam 1500 untuk 3 mths. Maybe senang untuk dia guna untuk buat belanja rasanya. 

Manusia kan.... ada je lah tak puas hati esp bab2 duit ni. Ade la parents yang bising sebab pada diaorg banyak la 1500 tu. Tapi masa J cerita tu aku fikir, samsung galaxy note tu dalam 2k lebih boleh pulak beli. Ini, bagi yuran anak 1500 untuk belajar tahfiz tak boleh pulak. Hmm... manusia kan?Kan antar anak ke tahfiz tu pun salah satu pelaburan jugak kan?

Ada sorang budak ni, sampai parents tu punya cakap mahal kan so dia x bagi anak dia masuk seklah tahfiz tu antar ke taska biasa. End up budak tu tak suka sampai tak nak pergi sekolah. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Cerita ini just sekadar perkongsian aku.

*Betul- betulkan lilit tudung

Buyui