Showing posts with label kuching. Show all posts
Showing posts with label kuching. Show all posts

Sunday, September 30, 2012

Nak cerita balik pasal Kuching

Conversation between me and N last week;

Aku: Semlm i tengok Mad Market, Hanis Zalikha pergi Kuching. Aaaaaaaaa i nak pergi lagilah.....

N : I rasa kita je obses dengan Kuching, B.

Kan......??? Aku pun rasa aku dengan N je obses dengan Sarawak. Kak Shma pernah tanya aku , "B, Shima tak pernah pergi Kuching, best ke?". Hello.. tanya aku... sah2 aku cakap "Best la!! Gila tak best??". Tapi bila tanya ape yang best, aku terdiam. Tapi aku tau best. I know rasa seronok tu subjective. Ada orang rasa A (contoh aku letak huruf A, karang aku bagi contoh tempat2 tertentu karang tetiba ada orang sentap, buat fan page hates me lepas tu aku kena resign 24 jam pulak. eh!) pada aku A tu tak best. So, nak rasa betul ke Kuching tu best, pergi sendiri, try la tengok sama tak feel best tu dengan aku. Amacam? 

Bila cerita pasal Kuching, aku pn korek la gambar- gambar lama. Aku pergi first tahun 2009, then this year 2012 pergi lagi. First time dulu pergi, sebab tak pernah pergi.. so pergi la banyak tempat macam Serikin (gila kau barang- barang dia memang best, tapi depa ni dah pandai tau orang luar pergi sana so ramai dah letak harga, but still ok la pada aku, tu cerita 2009, 2012 aku tatau lah), Satok cari kain la, terubuk etc, lepas tu pusing bazar dia, beli kek lapis and so on. 

But 2012, aku pergi semata- mata nak makan. Ko mampu? Hahahaha. So, as usual kawan aku J yang memang duduk sana bawak pergi makan seafood la, aiyooo... terbaiklah... then ayam panggang (just imagine aku dengan N boleh hadap sekor ayam dua orang je? lepas tu boleh pulak sambung pergi dinner? Surrender hantu raya malam tu, hahaha) , terubuk panggang la ( ini aku boleh hadap sekor terubuk dengan J) korang nampak tak penankulan mantik di situ? Aku kaki makan. Semua binatang aku telan. Eh silap tak semua. Hehe. 

So aku share la (maybe ada dah sebelum ni, tapi lantak) gambar- gambar aku amik tahun 2009 tu and 2012. Lain betul la aku 2009. 

2009

Ko tak rasa damai ke masa ni? Time ni hujan baru berenti. Ya rabbi.. sejuk damai masa ni korang tau tak? Ini dalam Sarawak Culture Village tu. Kalau sapa tak pernah pergi, better pergilah sekali, lepas tu tak payah dah sebab tiket dia dalam 60 hengget sekali masuk.
Dan lagi.. nyaman... (nyaman orang sarawak maksudnya sedap..aah sedap la jugak masa ni). Cop. Apa yang sedap? Heh!

Rasa ni pokok lada hitam, tapi yang tengah nak masak la kot sebab kaler merah.

Dalam rumah budaya tu setiap rumah ada la ID dia, ni tak silap rumah kaum melayu. Makcik ni buat kuih ni, mkn panas2.. ya rabbi.. dah la masa tu hujan kan... terngiang2 kruk krak rapuh dia tu! Tapi aku tak capture satu kuih, cucur/jemput2 dari ubi keledek kat umah kaum penan kot tak silap. Satu seposen, umah tu tinggi nak kena naik tangga, sekali dah beli tak cukup nak lagi sebab sedap kan, kitaorg suruh anak J si Aqil ni pergi beli lagi 2 hengget. Hahaha. 



Alamak, ni dia tengah buat kain ape tah. Cher tolong aku jawab Aku rasa ni kaum ko ni.

Tak silap aku ni la umah Penan tu. sorry kalau silap

Harus la selit gambar makanan kan? Ini nasik goreng je. Tapi ada side2 tu yang buat dia sedap ya rabbi.... 

Ini buah tarap. Masa memula pergi tu Mr I paksa aku suruh cari buah ni and try. Bukan musim dia so tak berapa nak ada. Bau dia macam cempedak and kuat gila boleh membawa sampai mimpi bau dia. Mcm ko makan durian tu. Tapi ko imagine bau cm cempedak.

Dua kali aku pergi Kuching, dua kali aku tak naik sampan ni even sekang tak silap aku sekali naik dia 4 kupang je. Sebab, 1. Aku tak reti berenang buatnya tergolek tengah- tengah tu tak ke arwah aku ? 2. Ni sungai kan? Sarawak dia ada BUJANG SENANG kan? Maka........ hehe! (Penakut tu cakap je lah)

Ni pun sebab UTAMA aku nak pergi Kuching. Sebab nak makan mee kolok. Jugak  jangan tanya "rasa ape? sedap?". Aku suka je. Rasalah sendiri. Ni pun aku  snap mee kolok yang lagi sedap. Ini masa first time kat restoren mana tah punya lah nak makan mahal pun aku hadap je. Second time J bawak kedai sedap punya aku tak snap dah sebab tak sabau wei nak makan.. Haha. Bahan dia payah nak ada kat Semenanjung ni, tu pun N dapat tahu ada satu kedai kat Kajang, tengoklah nanti kitaorg g hunting (kan cakap dah aku dengan N je obses dengan Kuching)

Tak naik sampan, kita amik je gambarnya ye.
2012

2012 tak banyak picture sngat sebab kan dah cakap tujuan utama dia nak makan and lepak dengan J je? So gambar makanan tu aku dah dalam entry ni, so ini antara pic yang belum aku post. Punya malas pakai camera phone pun jadik. Malas punya pasal kan?

See? Betapa Kak Namnya aku. Pergi Kuching selain makan nak gossip sebenarnya. Ko mampu?

Ni pun sama! Hahaha. Ni kumpul bahan berapa tahun ni luah balik. Tengok expression J (kiri) tu pun dah tahu!

Ha... second time aku pergi baru berani nak rasa umai. Aku sorang je lalu makan. Sebab masa 2009 aku balik dari Kuching, kawan aku dah buat umai tenggiri bagi rasa (dh balik Kuching baru nak try umai, gatai sungguh!), then masa kat Jepun aku dah cuba sashimi and sushi setelah prektis makan umai kawan aku tu. Bila 2012, ala umai? Celah gigi je lah.. but seriyesly tak de rasa hanyir segala. Dun worry. Sebab dia dah pakai asam limau (asid) yang gila banyak so dah memasakkan isi yang mentah tu. 



Ni pulak midin. Nampak macam tak semenggah kan? Dont judge a book by its cover babe, midin ni adik beradik pucuk paku la, tapi spesis ni da kat Sarawak dengan Sabah je kot. Aku belajar makan midin ni masa aku pergi Sabah dulu.

Aaa... nak pergi lagi. Tapi rasa lepas ni kalau pergi ahli ni dah bertambah bilangan kot? ;)

Love ya!
Buyui

Thursday, April 5, 2012

Kuching aka food fest


Saje bagi korang drooling tgk makanan ni. Kahkahkah...aku memang keji. 

So inilah hasil aku pergi Kuching hari, 3 days and 2 nights masa aku hanyalah dipenuhi dengan makan, gosip dan tidur. Ini makanan just for day 1 ok. Yang lain tu aku tak amik pun sebab sibuk makan, malas aku nak berjejer air liur tengok orang lain dah makan aku sebuk nak amik gamba or kacau orang dengan cakap "nanti..nanti... jangan makan lagi aku nak amik gambar'. Kan?

So yang lain tu biarlah next time aku pergi lagi untuk makan aku ambiklah.Itupun kalau aku tahan sabar.

Ok aku tengok ni dah aku lapar balik. Mana aku nak cekau especially umai dengan sayur midin tu.

Kepada sapa yang tatau midin tu rupe eh lebih kurang macam pucuk paku, tapi crunchy. Sedap I tell u. And umai...do i need to say more? Jangan risau, dia sikit pun tak hanyir, sebab dia dah letak beribu2 asam limau (kot?) so asid telah memasakkan isi ikan tu. 

Tips untuk sapa yang takut tapi nak try umai ni, sila jangan tengok lama2 ikan kau nak makan tu masa stage mentah tu, cepat- cepat ckp ikan ape nak then ko tunggu je dia siap. Dijamin ko akan rasa kenikmatan umai tu.

Eleh, sushi jepun tu leh hadap, takkan umai tak boleh kot?

Buyui

Friday, December 4, 2009

miow..miow...here i come...


dalam masa bbrp jam lagi i dh nk berangkat ke kuching...nape kuching..saje je la duit aku mana aku nk pi kan....so kira2nya secara simboliknye dh satu mesia ni la i dh pusing walaupon x sume daerah kira main touch2 ibu setiap negeri kira oklah tu...



tp dr semlm ni perut ni dh mula x best ni...igtkan semlm kena food poisoning ke...ke sbb mkn kepah pagi2 ke [aiyo heran la aku nape org kedah mkn nasik berlauk bagai pepagi..tobat tamau dah...] rupe2nya gastrik ni menyerang rupanya....dan kali ni even worst spi kuar segala....uisk gila dasat serangan ngalahkan serangan USA...gilor....


so hopefully jap lg everything will be fine..aku nk jalan2 ni.....uish!


p/s:uols mesti x dpt bayangkan ape yg Mrs J mintak i bwk as buah tgn....mmg unexpectable!cuba teka....haha![jgn diorg igt aku ni nk pi Gua Niah sudehh]


Nurul Azliana aka Buyui