Saturday, January 28, 2012

cerita malam jumaat

Sejak online semua di hujung jari ni , means tak payah nak kangkang laptop bukak untuk online aku memang kalau hari tak kerja je malas nak on lappy. So bila weekend je, aku peram entry sampai idea datang baru nak tulis entry baru. Almaklumlah aku kan malas. Hari kerja pun malas apatah lagi hari tak kerja [music latar:Lazy Song by Brunok Mak- ni bukan typo ni aku memang eja macam tu, igt aku tak sekolah ke kerja typo je? Heh]

Tapi harini aku bangun buat kerja sebab nak email ke boss benda aku pending dah nak dekat 2 minggu. Kahkahkah...menatang2 takde dateline kalau boleh sehari nak pencen baru aku nak hantar kan???? Memandangkang semua boss masuk esok pas cuti lama so aku pun gedik la nak hantaq hari ni. Nak tunjuk la aku hari cuti pun bukak email ofis antar kerja. Hak tui! PADAHAL KERJA LAST MINUTE.. 

Dah alang2 on laptop ni aku pun nak merempan pasal cerita malam jumaat. Haippp..... cerita malam jumaat tu bagi aku cerita kat TV la...bukan cerita aku buat apa "malam jumaat". Tu exclusive! Kahkahkahhhhhh..

Malam jemat haritu [ini untuk MM: It's Thursday Nite, dia ni masalah bukan paham malam melayu, dia paham malam mat saleh je], aku memang tunggu2 la sebab astro dok la menayang iklan telemovie "satu malam perawan" tak silap aku judul dia. Wah judul...ayat....So, aku menanti la....masa iklan tak pulak dia tunjuk muka Shila Rusly pun ade, ada Diana Danielle. Mcam best je, dari iklan tu so aku nak la tengok.

Dah tengok tak sampai 5 minit kot, Shila Rusly pun kuar, pada yang tak tengok dalam cerita tu dia jadi Mak Ayam/Mak Hayam/Mak Hayam Geboo cuma dia tak la like typical malay drama punya mak hayam pakai bulu2 kat leher macam mak hayam tahun 50an tu.

Point aku di sini ialah : Shila Rusly berlakon jadi mak hayam, ok lakonn dia menjadi, dengan style terteleng2 slow macam pompuan sihir saiko , ok menjadi. Menjadi. Yang jadi masalah aku sekarang ni ;

MAK HAYAM KAU PAKAI TUDUNG

Ok I know ape dia cuba sampaikan [sebab dari awal cerita tu dah tulis awal2, "jangan pandang kejahatan pada luaran"-lebih kurang la...dia nak cakap pakai tudung tu tak semestinya baik... ikut pahaman aku lah...]

So what is she trying to say is [maybe lah aku rs]

1. Pakai tudung tak semestinya baik -ikutkan situ dikatanya true story, last pun ade la muka org betul kena tangkap aku tengok org tu pki tudung], yes maybe ade la betul , pakai tudung jadi mak hayam, realiti tu ade aku kena terima..

2. Or pura2 pakai tudung so org igt baik senang la dia nak perdaya org masuk perangkap dia. Ok i gedit.

Tapi... kot yer pun...tak payahlah sangt ko nak lakonkan semula org true story t yang maybe pakai tudung tu..... if betul pun memang dia jahat pakai tudung tak perlulah... Maybe dia boleh cari cara lain, kawan aku pernah je jumpa akak pakai tudung lepak depan Dorai [dululah...] minum wine ok. Penuh gaya siap hidu2 lagi. Hah..esok2 nak ke buat kisah pasal akak ni pulak? Pasal ada je pompuan pakai tudung masuk club hah ko tak nak buat pulak kisah dia.

Aku paham point Shila Rusly ni, kot yer nak tunjuk tak kejahatan tu tak boleh dinilai dari luaran pun...berpada- padalah .

Aku ingat dia jadi polis undercover nak banteras sindiket pelacuran. Ghupenya tidak ye.... memang dia totally mak hayam muslimah githew. Aku ok je terima dia berlakon sejak pakai tudung ni jdi mak tiri lah, bomoh lah, ahli sihir la ape lah selama ni, kira watak antagonis ni, yes i admit akak memang boleh bawka watak2 tu, isk tapi this time tak sesuai lah...

Malas aku nk review pasal cerita ni, ada yang cakap ilham dari movie TAKEN [ serius dowh sampai arini tkt gak aku mikir kan cerita tu, ni nak cuti ni lagi, coiii] tapi tukar sikitlah. 

Tu jelah citer malam jumaat aku. heh!

Buyui

Thursday, January 26, 2012

Hang nak p mana?

Nah amik bila idea datang sehari melebih2 pulak aku menulis. Muntah nanah la.. 

This time aku nak cerita pasal bahasa. Dialek. Semalam aku tweet. Tweet aku di malam hari berbunyi begini:

"Jap lagi ada Mann kat TV2, teriak la lagi...........". 

Lebih kurang la aku berkicau semalam.

Aku bukan nak cerita kat korang pasal cerita Mann sedih pilu tu, sebab aku bukan fanatik fan cerita Mann tu, pada aku , aku suka Kuch2 Hotak Hang dengan Kabhil Kushi Digam2 jugak, sebab pada aku cerita tu colorful and wonderfull. Mann tu heroin dia pada aku belengas. Ok pada sama tatau Mann tu apa, sila la carik, Mann tu citer hindustan heroin dia Manisha Koraila, memang la lawa la tapi dalam cerita tu belengas sangat muak dia.

Ok berbalik pada kicauan aku tu, aku cakap teriak tu, sebab dalam bahasa Kedah teriak tu menangis. Kalau menangis melolong tu orang panggei keriyau. Bukan MENJERIT. Dah pejadah aku tengok Mann nak menjerit kan...citer sedih harus menangis/ keriyau/teriak . Kalau kau tengok Mann malam semalam pastu kau MENJERIT tu maknanya kau histeria.

Aku asai Kedah. So patut aku cakap Kedah. Last week aku ditegur "apasal dengan adik tak bunyi Kedah pun,". 

Itu sebab depan orang bukan keluarga auto keluar bunyik cakap luar. [Bajet kau orang KL, haktui!]. Cuba kau dengar aku cakap telefon dengan abah aku... bunyik aku cakap dengan mamak kayu nasik kandaq penang tu lebih kurang je bunyi tak banyak beza. 

MM pun sama family dia asai Kedah, so among family dia suka cakap kedah, so dia suka kalau aku cakap kedah dengan dia "kan hang suka aku cakap kedah kan?". so i will try my best tak cakap luar dengan dia. Masalah eh payah tul la nak cakap kedah bila bukan dengan family ni. Haiya!

Tapi makcik sapu kat office aku ni cakap loghat orang "Texas" ni la senang nak terikut. Memula aku buat2 malas nak pikir, sekali betul la! Dah kalau aku cakap dengan local people dah bunyik2 loghat "Texas" dah. 

Yes, I am Talking Tom "mesin cakap tekan je loghat ape kau nak" sekarang ni.

Buyui

after so longgggggggggggggggggggggggg break

Bila kena naik kerja semalam after so longgggggggggg break it feels like ................

SUNDAY [my 1st day or working day is Sunday, mcm korang Monday blues kan, aku Sunday blues, lagi cibai rasa!] with perasaan senak perut lemau loya which equal to MALAS. Kau paham kan maksud malas?

See hasil orang malas, patut entry ni cerita semalam la kan..hari ni baru nak cerita pasal hal semalam.

Tapi bila semalam aku tengok entry2 bloggers "apesal wordless wednesday ni?".

Lah....semalam Rabu, bukan Ahad! *tepuk dahi

But still sampai ke balik aku rasa semalam macam Sunday with all perasa macam muntah nanah! Yucks!

Masa cuti tu aku bwk parents aku pergi membeli - belah di pasar yang tersohor di Texas ni. Yup they came here for a holiday [jilaka punya anak kan, patut aku la balik San Prancisco jenguk ibu bapa] yang paling syiok orang kedai di pasar tersohor tu cakap kat aku when i asked her what colour tht match for my skin 

"REMAJA macam adik ni, patut pakai kaler macam ni......" sambil she showed me the suitable kain match for me.Adik aku dengar dah juling- juling mata dah... dengki leww tewww.... 

Spontan aku cakap " Hah..kak? Saya bkn remaja dah..umo saya dah 31 tahun ni kak...."

Yang syiok akak tu cakap " Ye ke.... saya baru 27". Heh.

Sttment dengki lagi dari adik aku, "sebab dia tengok ko macam sewel je dia tak percaya ko 31,". Cis adik aku ni tak pernah tengok cerekaramarama ke sapa derhaka kena panah petir?

Sian korang beriya tengok "eh, buyui ada entry baru!" [kalau la kan, kasik chan MM spelled chance macam ni, aku ingt semalam she meant for cino nama Chan, haha!] sekali cerita lemau, dah la cerita banyak hari dah  kan?


p/s: kalau dah feeling remaja kena la lepas ni tukar ayat mcm hew, lew, apewww teww *lempang sedas

Buyui

Friday, January 20, 2012

stongan

Hari ni baru aku tahu orang panggei benda alah ni dipanggei .................................


:: sumber : google::

STONGAN?????

stands for STOKIN TANGAN??? Dah tu stokin kaki? STOKI?? Dah ade pulak stokin tangan kaki zaman ni? esok2 kepala? STOLA?? Ok tudung dah ada tak mau dah tuala STOLA

Buyui

Thursday, January 19, 2012

Kain pelikat lalalalalalalala..

Semalam aku cek email, then nampak satu notification dari twin aku FM . Tag dia berbunyi begini ;

"Tau tak sapa lagi share bday dengan kita? AA.. "

Tu je. Short and simple tapi mindaku meneroka siapalah gerangan yang dimaksudkan. Eh. 

Aku cari la notification dekat FB . Dah tak ada pulak apehal? Maybe FM dah delete. Motif ko delete?

So aku tak puas hati, aku message dia. Beriya! Hahah!

Messageku pula berbunyi begini ;

"Sapa AA tu? Azwan Ali? ".

Dah jadah apa pula Air Asia kan? [kalau sama DOB bagus jugak boleh aku tunjuk IC surat beranak semua untung2 Tony [wah Tony je aku panggei tau] bagi aku free ticket. Duduk kat luggage pun jadilah. Kan?

Sekali twin aku membalas 

"Aaron Aziz".

Waaa!! Bang aaron kain pelikat [panggilan manja aku and Mr I pada bang aaron] bday kita sama la Bang Aaron. Nanti celebrate tu jangan lupa panggei saya dengan FM ye... kain pelikat lalalalalalala..... 

Buyui

Tuesday, January 17, 2012

cerita baru dan lama

Semalam aku bukak berita. Pasal kisah pelajar USM dilepaskan [ye kan dilepaskan tak silap aku, ish kata tgk berita pun tak concentrate. haha!] atas pergi buat kerja bodoh ugut [ugut la tu] cakap nak bom helikopter PM [ape ke bangang, mampu ke ko nak siap sedia bom segala sengal, silap2 kau belajar kalkulus pun tak khatam lagi, ada hati nak bom segala] dekat status FB dia. Tak leh blah ajak kawan lagi tu, ade pulak kawan2 dia bingai pergi ikut like tu. Aku namakan kumpulan diaorang ni kumpulan bangang. Inilah dia salah guna media social [wah githew]. Dari kau ajak kawan2 bangang kau tu pergi like benda yang merepek baik kau create event buat 'acara qiamullail' kat surau asrama tempat kau belajar. 

Cakap pasal qiamullail aku ada kisah, masa tu aku final year, muka2 sisa-sisa geng 'jerung' belajar tak grad2 lagi ni kena la attend qiamullail sekali la dengan juniors semua masa tu. Oh bukan pergi setakat masjid dekat2 ye, ke PD okeh. Kalau zaman student kira habis hebat la PD, Genting , Melaka tu. Kahkahkah. Ade ke PD dia buat qiamullail tu? Pada geng jerung tak hensaf2 lagi ni memang liat la dah nampak word qiamullail tu [astagfirullahalazimmm] tapi department paksa/wajib kitaorang pergi siap ugut "sapa tak pergi tak boleh grad". Ape ke lahabau punya ugutan masa tu. Mcm tak logik pun ada. Takkan la kan pasal ko tak attend qiamullail kau tak grad? So aku sebagai feeling ketua 'jerung' aku cakap . "Ok , we go tapi kita anggap as HOLIDAY". Nasib baik aku tak kena panah petir masa tu. Hahaha! So we went there [now baru aku fikir mana hala la department aku dapat duit untuk semua tu siap duduk Sri Malaysia [hotel la jugak kan, masa tu Avillion baru tengah construct] tapi malam nak qiamullail tu aku siap cabut lagi telefon so AJK tak boleh call kejut. Ya rabbi jahat gila. Macam- macam geng2 aku buat malam tu which obviously la schedule 'jerung' kan? Hampunnn la....siap masa balik tu, muka semua orang hensaf kan dapat makanan jiwa rohani terisi tapi muka2 aku dan geng2 semua macam orang baru balik HOLIDAY. Haru.

Wah...aku teringat dulu masa aku belajar dulu rajin gila monteng usrah. Hahaha! Korang tau la kalau duduk asrama dekat U ni mesti ada akak2 tudung labuh [laki pun maybe ada abang2 ustaz] ajak kau pergi usrah. Nama je bilik aku tu depan surau [syok oo usha abang2 baik2 pergi surau sampai pecah la tingkap bilik aku tu punya la usha, hahaha] tapi bila akak [aku lupa la nama ape tah akak tu] datang ketuk pintu nak ajak p usrah, aku boleh amik selimut konon demam tak boleh bangun yang kawan aku sorang lg menyorok dalam almari. Ya rabbi, tengoklah hasilnya sebab monteng usrah nangis aku rasa kalau akak tu tengok aku sekarang ni. Hahaha!

Tudiah dari nak cerita pasal budak USM tu dah melalut ke cerita usrah la qamullail la. Hahaha! Cakap pasal budak tu ugut2 nak bom2 tu kan aku teringat lagi masa zaman aku belajar. Masa ni aku dah memang ahli kumpulan 'jerung' dah, masa monteng usrah tu aku still  group 'ikan bilis' [matiklah baru 'ikan bilis' dah berani monteng] so masa ni ada la kan sorang budak ni anak org kaya. Kira kalau zaman tu sapa ada kereta walaupun kancil karat pun kira hebat dah. Tapi budak ni memang anak orang kaya la, first car dia pun dah brand Kia [ko mampu zaman student gonjeng pakau kereta brand selain kancil?] so ahli group aku ni ada la macam main2 la bukan betul pun cakap "Aku nak letak bunga api [sila imejin bunga api macam New Year tu] bawah kereta dia biar meletop'. Bahaha. Motif bukan la dengki sebab kereta dia besau tapi ada lah kisah nya sebab kawan aku tu memain cakap camtu. Kahkahkah.

Nak jadi cerita, anak orang kaya ni dengarlah. Sentap mak nak dengar orang nak letup kereta dia kan...? Terus malam tu aku pergi la dia invite datang rumah dia for some sort like jamuan or open haus camtu lah. Dia boleh tak jemput budak yang ugut nak bunga apikan kereta dia tu. Hahahah! Pitam la... sampai tahap camtu sentap hah. Kot ye takkan la bebetul la nak letupkan kereta orang kan. Ape kau gila? Tapi kes budak USM tu memang la gila. Dik, ini bukan kes ugut kawan kau sendiri. Ini PM ko tau tak? Sebab pucuk pimpinan [wah aku dah feeling wanita UMNO sangat] dia orang la kau merasa belajar kat situ dik. Kalau tak, entah mana hala la kau tercampak sekarang ni. ppreciate la sikit. Belajar kasik abes, lepas tu kau nak menegakkan ape yang kau nak tegak silakanlah... sapa nak halang kalau kau betul nak membantu rakyat sangat kan....?

Aku dulu masa belajar piliharaya wakil pelahar pejadah tu malas aku nak amik port. Seingat aku sekali je kot aku berhiya tu pun sebab manusia yang aku gila2kan sangat tu masuk bertanding. Wahahahah! Lepas tu koser mak nak nak beratur bagai . Baik aku beratur bayar tiket wayang kat midbeli masa tu lagi bagus. Or beratur amik tiket wayang free amik dari keratan akhbar tu [punya panjang aku sanggup beratur] lagi baguih. Heh.

p/s: kepada sesiapa yang kenal watak dalam cerita aku ni diam- diam sudeh. Kalau kata watak tertentu yang diperkatakan baca cerita lama aku ni, ye cerita ini ada kaitan dengan hidup awak tapi taklah sampai kena dengan mati awak. cerita ini tiada kaitan dengan hidup dan mati

Buyui

Monday, January 16, 2012

Update sikit

Hari ni dah hari ke enambelas di tahun baru, for me it's still beginning of the year. Nak cerita pasal kerja ? Kalau aku tulis kat sini rasanya korang kena baca dalam satu nafas kot. Bertimbun- timbun tembun kalau korang nak tau. Haih. But aku suka even stress la kerja kan tapi deep inside aku suka kerja menimbun ni. Maybe sebab aku tak ade kena fikir ada anak or laki nak bagi makan dan "makan" kat rumah kot? Ops! Anak hekan pandai je jaga diri sendiri. Ops lagi.

Tapi dalam sibuk menyiapkan kerja aku, sempat la aku panic [aku la panic nyer] bila si RJ called cakap "org accident". Melompat aku. Dipendekkan cerita dia ok , kereta je la kena masuk workshop or warded and ikutkan abang polis [abang tau...pasni macam nak rajin je pergi balai polis, ramai gak abang polis hawt..buntang2 mata aku dgn RJ, haha!-ok melampau imagination] tu orang kereta satu lagi tu salah walaupun sampai sudah dia tak mengaku salah and cakap "saya orang luar tak biasa dengan roundbout sini". Tak biasa abah kau, nape rules roundbout kat tempat kau lain ke dengan sini. Bingai.

Itu aje hapdate daku. Tak sabau den nak coti. Ye aku akan coti dari segala ketimbunan kerja ini barang sebentar hujung bulan ni wif RJ. Insya allah.

Buyui

Thursday, January 12, 2012

Apesal aku nak marah pulak?

Seperti kita sedia maklum, PM telah mengumumkan bantuan sebanyak RM200 akan diberi kepada pelajar- pelajar IPT. Mengada ah feeling pembaca berita apehal?

Ala macam budak sekolah ting 1-5 dpt duit RM 100 tu, budak U pun dapat jugak. Aku fikir boleh la beli buku even masa aku dulu buku anatomy Applegate pun RM 180 tau. Mahai! Takdak duit mintak kat bapak aku. Eh..aku beli ok buku tu, macam la baca pun. Tu buku paling mahai aku beli dulu masa belajar. Lain tu yang aku hengat buku Pharmaco kaler merah (aku suka baca bila last minute nak exam, miahaha!] ngan buku Pathology tu dia juai reject 20 hengget yo maso tu. Tu je kot buku aku beli lain2 aku harap nota kuliah je. Bukan aku takda duit [read: duit FAMA] tapi aku rasa bawak tebal , berat bukan aku baca pun nama pun study last minute. Kan?

Tapi semalam aku borak ngan kawan aku, kawan aku ni baru je grad, [read: kawan aku semua muda] dia cakap " Duit 200 tu ramai beli NOVEL".

Tetiba aku menyirap. WTF? Beli novel?!!! Bukan beli buku nak belajar beli novel????? [Maybe duit tu dalam bentuk voucher so boleh beli buku je rasa].

Eh! Napa nak hangen lak sama la macam dulu duit PTPTN buat beli handphone kan?? Ops! Tu orang lain aku duit PTPTN aku buat shopping lain. Handphone aku sauk bapak aku punya. Lalalala

 Buyui

Wednesday, January 11, 2012

Kalau sudah bz apa pun tak boleh...

Kalau dah bz menggila memang on je laptop terus buat kerja. 

Kalau dah sangap (read: bkn sangap batang/lubang) takde kerja tu... paham2 je lah sampai ke balik aku berborak dengan kawan2 di alam maya. LALALALA.

So now back to work!

Happy working peeps!

Buyui

Friday, January 6, 2012

issue Amalina

Dalam minggu lepas aku nampak tweet pasal kisah Amalina Che Bakri, first student SPM dapat 17 A's dapat belajar ke luar negara scholared by Bank Negara. Sebelum ni pun entry aku dulu ada cerita kecoh pasal dia gagal belajar dekat sana di mana itu satu fitnah.

Ini keluar pulak kisah dia dah " bertukar" . "Prihatin" sungguh orang kita ni kan? Rajin nak bagitahu perkembangan hidup pelajar ini di sana. Dia keluar party , jumpa kawan- kawan dia, hanya sebab dulu gambar dia pakai tudung sekarang ni gambar dia dah tak sama macam dulu kecoh satu dunia pasal dia. Bagus jugak la pada penyebar ni, cuma aku nak tanya pelajar2 lain, yang "bertukar" macam dia ni kenapa tak tolong sebar jugak? Or pelajar yang dulu macam setan sekarang dah jadi baik [baik la kalau ikut org kita pakai tudung tu baik, tak pakai tudung tu jahat] kenapa tak sebar sama? Oh sebab diaorg tu kita tak kenal? Get a life la people korang ni dah tak de keje lain ke?

Masa aku tengok pic Amalina tu aku senyap. Yes. Aku senyap tak bagi apa komen pun dekat twitter or FB. Sebab I have my own reason. Aku tak mau menambahkan bilangan orang yang menambahkan tekanan pada diri Amalina. Aku pernah rasa dimalukan depan orang ramai. Pernah merasa "ditegur menjadi baik" depan orang ramai dengan rasa aib pada diri aku sendiri sampai ke hari ini. Maka aku rasa Amalina mesti terima tekanan lagi dahsyat dari aku. So aku diam saja bila gambar- gambar dia disebarkan merata2. Sikit komen pun tak bagi walhal sakit mata aku tengok kawan- kawan aku caci dia dekat FB or twitter [tak semua la segelintir je].

Soalan aku:

Apalah dosa dia sangat - ye dia tak tutup aurat . Tapi kerja kita ke nak selesaikan hukum agama dia dah langgar tu? Dosa ke tak dia tu , kerja kita ke nak bagi bukan kerja tuhan?

Pada aku kerja kita doakan yang terbaik untuk dia. Harap dia pulang ke jalan yang mengikut hukum syarak. Dahlah tu. Kalau kita ni sibuk nak hapuskan kisah Amalina ni, ramai lagi yang macam dia di luar sana kita kena selesaikan. Tak payahlah sampai nak pikir orang lain yang duduk jauh di seberang sana, yang dalam Malaysia ni pun dah cukup membuatkan ko tak cukup nafas nak handle.

Sekali lagi, sebab apa? Sebab Amalina tu orang kenal.. tu anak Mak Senah [bukan nama sebenar] yang org igt kerja kilang kat bandar Sunway tapi GRO kat Bukit Bintang tu kau tak nak pikir? Oh sapelah kenal ek anak Mak Senah tu... naik buletin utama mau turun pulak rating. Sick!

Buyui

Monday, January 2, 2012

ucapan

Happy new year semua, harap aku wish tak terlalu lambat.

Tu je nak tulis. Idea tak ada.

Buyui