Friday, January 6, 2012

issue Amalina

Dalam minggu lepas aku nampak tweet pasal kisah Amalina Che Bakri, first student SPM dapat 17 A's dapat belajar ke luar negara scholared by Bank Negara. Sebelum ni pun entry aku dulu ada cerita kecoh pasal dia gagal belajar dekat sana di mana itu satu fitnah.

Ini keluar pulak kisah dia dah " bertukar" . "Prihatin" sungguh orang kita ni kan? Rajin nak bagitahu perkembangan hidup pelajar ini di sana. Dia keluar party , jumpa kawan- kawan dia, hanya sebab dulu gambar dia pakai tudung sekarang ni gambar dia dah tak sama macam dulu kecoh satu dunia pasal dia. Bagus jugak la pada penyebar ni, cuma aku nak tanya pelajar2 lain, yang "bertukar" macam dia ni kenapa tak tolong sebar jugak? Or pelajar yang dulu macam setan sekarang dah jadi baik [baik la kalau ikut org kita pakai tudung tu baik, tak pakai tudung tu jahat] kenapa tak sebar sama? Oh sebab diaorg tu kita tak kenal? Get a life la people korang ni dah tak de keje lain ke?

Masa aku tengok pic Amalina tu aku senyap. Yes. Aku senyap tak bagi apa komen pun dekat twitter or FB. Sebab I have my own reason. Aku tak mau menambahkan bilangan orang yang menambahkan tekanan pada diri Amalina. Aku pernah rasa dimalukan depan orang ramai. Pernah merasa "ditegur menjadi baik" depan orang ramai dengan rasa aib pada diri aku sendiri sampai ke hari ini. Maka aku rasa Amalina mesti terima tekanan lagi dahsyat dari aku. So aku diam saja bila gambar- gambar dia disebarkan merata2. Sikit komen pun tak bagi walhal sakit mata aku tengok kawan- kawan aku caci dia dekat FB or twitter [tak semua la segelintir je].

Soalan aku:

Apalah dosa dia sangat - ye dia tak tutup aurat . Tapi kerja kita ke nak selesaikan hukum agama dia dah langgar tu? Dosa ke tak dia tu , kerja kita ke nak bagi bukan kerja tuhan?

Pada aku kerja kita doakan yang terbaik untuk dia. Harap dia pulang ke jalan yang mengikut hukum syarak. Dahlah tu. Kalau kita ni sibuk nak hapuskan kisah Amalina ni, ramai lagi yang macam dia di luar sana kita kena selesaikan. Tak payahlah sampai nak pikir orang lain yang duduk jauh di seberang sana, yang dalam Malaysia ni pun dah cukup membuatkan ko tak cukup nafas nak handle.

Sekali lagi, sebab apa? Sebab Amalina tu orang kenal.. tu anak Mak Senah [bukan nama sebenar] yang org igt kerja kilang kat bandar Sunway tapi GRO kat Bukit Bintang tu kau tak nak pikir? Oh sapelah kenal ek anak Mak Senah tu... naik buletin utama mau turun pulak rating. Sick!

Buyui

3 comments:

jejaka anggun said...

sambil baca nih aku sambil bayangkan ko duduk kat sofa three seater ngan slang kelantan+arab siap jubah hitam lagi ala2 ustazah fatimah al zahrah. hahah. syabas!

azataq said...

nok..mak knl amalina ni sebab gosip dia nok...dan kalau xda gosip ni aku x kenal dia...mcm tu lah jugak ngan sufiyah ke sapa tah...sebab gosip jer aku kenal dia...giler aku x amik pusing kan..ala nok...bdk dlm kelas aku dulu pon ada jer dah bertukar jadi jahat nok...(jahat : x pakai tudung..)

buyuiazliana said...

JA: hhahahahahhahha! aku ckp kelantan pon fail, jubah pn x de nok...hahahahha!

Cher: ye lah ko tau tu bc je lah dr blog gosip berlambak tu yg rajin nk ambil tau kisah diaorg ni...persoalan mak perlu ke msk buletin utama?