Showing posts with label funny for me. Show all posts
Showing posts with label funny for me. Show all posts

Sunday, February 3, 2013

Kak ni ori.

Aku suka beli handbag. Nama pun perempuan kan? Kalau aku beli no 1 aku tengok adalah size dia. Kalau boleh seluruh isi pendapatan rumah aku nak isi dalam beg tu.

Disebabkan satu peristiwa kejadian tragis telah menimpa aku satu hari dahulu di mana air oren freezy telah tertumpah di dalam beg aku ( don't ask me how and why a set of prosperity burger boleh ada dalam handbeg aku) menyebabkan segala isi pendapatan rumahku di dalam beg itu berenang umpama selautan air oren freezy sampai kembang habis prosperity burgerku di kala itu sob sob sob maka aku membuat alasan.. "Ok kena beli beg baru" (macam la beg tu tak boleh basuh pakai balik).

Maka pencarian beg baru kini bermula. Beserta dengan keinsafan dalam diri telah menerpa untuk tidak membeli lagi fake branded beg dan nak beli original designer beg tu kumampu kalau ku simpan duit dalam tabung ayam tetapi tiada gunanya sebab kalau ku beli original pun siapa je tahu menilai keaslianya dan silap2 depa cakap cek pakai cap ayam yang melambak jual tu (dan buat aku sentap) maka marilah kita cari beg yang tiada apa2 cap janji besar, tahan lama dan tidak senang terputus (iye tragedi beg aku selain banjir di dalam lautan oren ada juga putus di tengah jalan).

So antara sifat2 beg yang aku cari sekarang selain size ialah mesti tiada tulis cap Gusi, Lori Van, Paridah or even Hamis. Sila sedar diri maka berangan aje kau dengan beg2 berjenama ni di laman Pinterest saja ye.

First question bila nak cari beg yang akan aku utarakan ialah : "ni jenama apa?". Untuk memastikan jawapannya "takde jenama kak.. ". Aha! Itu yang kita nak.

Ok sampai pada intermission ala2 cerita hindustan...

Harini aku keluar makan dengan RJ lepas pulang dari kerja. Minah tu terhengen nak makan nan cis bedebah sangat. Maka lepas makan nak balik aku pun berkata nak cari beg nak ganti beg banjir aku tu padahal last week baru beli beg online tapi tak muat nak isi seluruh ahli keluarga.

Belek punya belek, (payah nak carik ikut taste aku even murah 20 hengget pun.. Dah la banyak fake branded bags serata alam kan) maka aku nampak la one fake bags ni (orang jual selalu buat terms imitate/AAA) yang macam aku nampak kat FB dulu. Sebelah bag tu pulak jenis material kureng tapi sama la jenama kunamakan jenama Kuaci la dari aku pegang ni.

Aku pun nak cakap pada RJ "eh! Ini macam dekat FB sy nampak last week"

Lantas salesgirl tu menyampuk

"KAK, YANG NI ORI" (beliau merujuk yang aku pegang tu ORI sebab tu mahal sikit).

RJ tak tahan kat situ jugak dia hentam gelak.

Dik.. Kalau la ko jual tu ori habis kat pavi bagai tu ape pulak?

RJ bila dah boleh berfikir secara sempurna cakap kat aku tadi,

"Mungkin dia nak cakap kak ni ORIENTED."

Ye la mungkin jugak ORIENTAL.

Tapi kesian jugak aku tengok muka budak tu penuh kenaifan dan bersemangat cakap bag tu ORI. Kompiden sangat ko dik. Pekerja contoh.

Ok nak gelak lagi.

Buyui



Sent from me :)

Tuesday, October 9, 2012

Cerita aku yang loser dan bodo rasanyalah

Now aku tengah buat kerja yang perlukan banyak contact dengan someone dari Canada. Sebelum aku cerita, nak tahu tak nama mat saleh ni senang nak ingat. Ko ingat nama candy memang tu la nama dia. Heheh. 

Aku pernah la jumpa mat saleh ni. He's nice. Kerja aku ni memerlukan aku banyak berjumpa dengan orang bukan Malaysian. Macam- macam orang mostly from ASEAN. Korang kalau baru kenal nama wilayah Rakhine , Myanmar tu aku lama dah tau nama tu and pernah jugak jumpa orang Myanmar yang beragama islam. Tu satu cerita. Orang Myanmar yang aku kenala agama islam ni, sedih gila tengok muka dia. Then aku tau la sikit pasal kisah keluarga dia.. lagilah aku macam sedih gila tengok muka dia. Tak.. tak takde kena mengena dengan pergolakkan kat Myanmar sekarang ni. Kebetulan aku kenal orang ni and bukan la orang ni jugak pelarian tu. Tapi aku tatau la hamba Allah ni jadi ape sekang kat sana. Ok- ok je kot. Tapi.. haritu boss aku tanya dia salary dia berapa ( gila tak Kak Nam style?) , dia tu keje as head director pe jadah tah kira orang besar la kat department dia.. gaji dia convert to RM just 450 je.. dengan dia tu kena bela mak dia sakit, umor dah 60 tak kawen la lagi, then akak dia pun sakit.. tak ke sedih lagi aku tengok muka pakcik Myanmar ni? Haha.

See, aku dah melalut. Aku nak cakap, disebabkan kerja ni and banyak aku bergaul dengan orang bukan Malaysia buat tetiba aku teringat kisah masa aku kecik. Masa aku dah sekolah la dulu. Kita kan kalau kecik dulu pn (nak pulak aku ni duduk kat Tepen, bukan la tengah2 KL kan) mestilah abes kaum lain dari melayu aku kenal Cina dengan India je lah (masa ni aku tak kenal Mek Cher lagi so kaum Iban tak de, hahaha) then ade kawan sekolah aku Elaine kaun serani . Tu jelah. Nak- nak lak masa tu Malaysia baru nak kecoh pasal Tahun Melawat Malaysia bagai, maka nak jumpa mat saleh tu ada la sekali- sekala itu pun kat bandar- bandar besar cam KL la kot. Kat pekan Tepen ni, ane jual botol je la kulit lain pada aku. 

Nak dijadikan cerita, one day ada la sedara aku ni baru datang dari kampung. Umah aku ni dulu jalan kaki je nak ke Muzium Perak tu. So, sape je datang aku akan ditugaskan bawak diaorg ni pergi Muzium. Hahahahaha. Gila tak ilmiah hidup aku dulu? Nanti aku akan jadi ala- ala macam tourist guide cakap "ni kepala gajah (rangka, ko gila gajah idup letak dalam muzium?) dia laki & pompuan pastu gajah laki ni sayang kat gajah pompuan ni, pastu dia tolak yang pompuan ni takut kena langgar dek keretapi. , then dia kena langgar.. " tah mana la aku dapat cerita gajah ni.. tah betul ke dak aku pun tak sure. 100 kali pergi, 100 kali la aku cerita pasal gajah ni. Nak tahu tengok sendiri kat muzium Perak tu. LOL. Jangan korang pasni cakap "ni la gajah Buyui," awas ! 

So back to the story, bila sedara aku ni sampai, aku pun bawak la dia ni ke muzium tu . Berheya ni lepas lunch siap (siap ape je pun aku pergi pakai suar pendek je masa tu nama pun dekat sepelaung) then sedara aku ni beza setahun je dengan aku, sexcited ni nak pergi Muzium umpama kita sexcited nak pergi muzium kat Rome tu, so berjalan kakilah kami berdua. Then dah sampai (free ke masuk now aku tatau sebab dengarnya dah buat lawa, nanti la aku buat lawatan then tak lupa bagi korang tengok sendiri kepala gajah tu) tak sampai sepuluh minit, aku nampak ade couple mat saleh ni. Bodoh tak bodoh aku cakap ape kat sedara aku ni "Ayu, jom balik, ade omputih.. nanti dia mai sini tanya kita ape nak jawab, aku tak reti cakap omputih!" Berpeluh-peluh aku masa tu sambil mata jeling- jeling kat mat saleh tu takut jap lagi dia datang tanya aku camne??!! Hahahahahahahahahahahahahahahahaha. Loser gila!

Sian dak Ayu ni korang, cam kecewa je baru sampai aku ajak balik (tapi cerita gajah tu aku rasa aku sempat cerita kat dia, LOL). Tapi aku dah saikokan dia , and dia pun turut takut sama kot2 mat saleh ni datang tanya . Sebab ape tau.. kan dalam tv masa tu kalau iklan ke drama ke (kempen tahun melawat Malaysia) mesti ada sikit babak mat saleh datang tanya sebab sesat jalan. Bodo tol lahhhhhhhhhhhhhhhhh!!! Bahahahahahahahahahah.

Tapi sekang jadah ape mat saleh nak tanya2 aku kan? Datang lah tanya jalan meh ai bawak u balik umah je. Eh!

Bodohlah aku ni.

Buyui

Monday, August 13, 2012

seremmmmmmm

Temasya olimpik London 2012 baru melabuhkan tirainya pagi tadi. Wah... labuh tirai bagai tau ayat aku.. hahah. Aku as usual la kalau benda- benda pagi- pagi camtu memang malas aku nak bangun. ku tengok repeat aje nanti. Apa guna aku subscribe olimpik pakej ye dak. (Ayat sedap hati sendiri sebab tak tengok Spice Girl, demm!!)

Semalam kawan aku si KD tag aku picture ni kat FB. Hahaha. Memang lawak pada aku. Sebab beberapa hari sebelum tu aku cakap kat KD agak scary seremmm apesal tah kalau tengok synchronized swimming punya acara, mesti macam ala- ala citer scary. Start dari make - up dia (kot ya make-up water proof make up elok- elok tak boleh ke? Ni ada macam muka seram, mintak lempang malah ade muka macam clown! aku ni dah la takut.) sampailah ke performance dia. Maybe sebab beriya sangat kot nak menang sampai gitu sekali. Tapi aku rasa tak semua team macam tu, sebab aku tengok team yang menang ok la lagi tahap seram dia berbanding yang kalah. Tak caya korang tengok u tube. Maybe tv focus dekat sangat ke ape kot sampai aku rasa scary sangat synchronized swimming ni. Tapi awat dulu tak la macam tu sekali.

Ok ni la pic KD tag aku kat FB.


Lawak kan?

 Buyui

Thursday, May 3, 2012

Rosak dan konsepnya

Semalam galok aku berborak dengan Faryn . Kitaorang ni bagilah satu tajuk lepas tu mulalah sessi kak nam terhangat (aku rasa aku yang lebih kak nam dalam hal ni) sampai aku rasa aku ni mungkin seorang Private Investigator di alam lain. Hahahah. Dapat pulak client macam Faryn memang melingkup menjadi la kerjaya aku sebagai PI. 

The day before Faryn ada tweet pasal someone bagi komen  dekat blog dia. Aku pun tak la tengok sebab aku tak on pc so malas aku nak tekan- tekan telefon ni gigih nak baca , dah la line kat rumah tu lagi slow dari kura- kura or even arnab yang lawan race dengan kura- kura tu pun dah bangun tidur, dah tua, ada anak pinak mati pun line aku lagi slow dari tu. Melampau imaginasi aku....

Bila esoknya Faryn cakap aku pun mulalah pencarian aku sebagai PI. Baca balik komen reader dia tu, rasanya dia marah kat aku sebab aku cakap Agensi yang dinyatakan di dalam entry tersebut sebagai "rosak". Hahahaha. Maksud aku bukan la tahap rosak macam rosak akhlak tu. Orang ni kalau cakap rosak terus ingat hancur lebur berderai tak boleh nak handle dah. Terus melenting ting ting. 

Manalah aku tak sebut "rosak". Aku tengok kat pic tu, sepasang kaum lain selain melayu sedang mendaftar kahwin dan jurunikahnya seorang wanita memakai baju kebangsaan kita. Pada mulanya aku pikir "wow, unik, kaum lain kawen, jurunikahnya pakai baju kebangsaan kaum yang kain, 1 Malaysia sungguh, i loike!!". Dan aku ingatkan jurunikah tu even dia perempuan (Faryn pelik sebab perempuan, aku pulak cakap "biar la bukan tok kadi, jurunikah je kot, baca ikrar je) maybe dia bukan melayu. End up Faryn cakap "rasanya melayu", tu aku pikir "dah takda orang lain ke (bukan melayu) bagi nikah? "Rosak tol la". Faham maksud rosak aku di sini. Hahahaha. 

Kalau perempuan and she's non muslim yang tolong register kahwin tu, and she's one of goverment servant memang la dia kena pakai baju kebangsaan pergi kerja. Yes, kepada orang yang tak tahu, etika berpakaian bagi seorang penjawat awam di Malaysia ialah baju kebangsaan berbutang tiga chivet ye. Jangan kau buat gila- gila nak pakai seluar bagi perempuan dan jangan juga ko buat gila nak pakai kain or kain belah nampak kaki sebelah macam Angelina Jolie bagi lelaki. Awas!

Macam mana aku tahu? Ape ke gila aku tak tahu? Aku keje gomen ape? Even mak pak aku orang gomen sah- sah la aku tau dari kecik lg, kalau kaum lain pun pakai baju kurung pun aku tahu je kawan sekolah aku cina ramai je dulu pakai baju kurung ape. 

Tapi aku gomen "rosak" kot. Hahahahah

Buyui

Tuesday, February 21, 2012

Prank- Jamie Oliver with Ushi. Cook = C what???!!!!

Aku nak share dengan korang satu video ni. Lawak sial si ushi ni. Mula- mula RJ tunjuk aku interview ushi ni dgn adele aku dah terkekeh2 gelak dah, then aku share dengan MM, sekali MM share lak interview dia ni dengan Jamie Oliver lagi tak boleh blah.

So aku share yang Jamie Oliver tu je lah, Adele aku tau ramai dah tengok kot. Dia kan femes dah sekarang ni.

.

Sengal la Ushi ni

Buyui

Thursday, January 26, 2012

after so longgggggggggggggggggggggggg break

Bila kena naik kerja semalam after so longgggggggggg break it feels like ................

SUNDAY [my 1st day or working day is Sunday, mcm korang Monday blues kan, aku Sunday blues, lagi cibai rasa!] with perasaan senak perut lemau loya which equal to MALAS. Kau paham kan maksud malas?

See hasil orang malas, patut entry ni cerita semalam la kan..hari ni baru nak cerita pasal hal semalam.

Tapi bila semalam aku tengok entry2 bloggers "apesal wordless wednesday ni?".

Lah....semalam Rabu, bukan Ahad! *tepuk dahi

But still sampai ke balik aku rasa semalam macam Sunday with all perasa macam muntah nanah! Yucks!

Masa cuti tu aku bwk parents aku pergi membeli - belah di pasar yang tersohor di Texas ni. Yup they came here for a holiday [jilaka punya anak kan, patut aku la balik San Prancisco jenguk ibu bapa] yang paling syiok orang kedai di pasar tersohor tu cakap kat aku when i asked her what colour tht match for my skin 

"REMAJA macam adik ni, patut pakai kaler macam ni......" sambil she showed me the suitable kain match for me.Adik aku dengar dah juling- juling mata dah... dengki leww tewww.... 

Spontan aku cakap " Hah..kak? Saya bkn remaja dah..umo saya dah 31 tahun ni kak...."

Yang syiok akak tu cakap " Ye ke.... saya baru 27". Heh.

Sttment dengki lagi dari adik aku, "sebab dia tengok ko macam sewel je dia tak percaya ko 31,". Cis adik aku ni tak pernah tengok cerekaramarama ke sapa derhaka kena panah petir?

Sian korang beriya tengok "eh, buyui ada entry baru!" [kalau la kan, kasik chan MM spelled chance macam ni, aku ingt semalam she meant for cino nama Chan, haha!] sekali cerita lemau, dah la cerita banyak hari dah  kan?


p/s: kalau dah feeling remaja kena la lepas ni tukar ayat mcm hew, lew, apewww teww *lempang sedas

Buyui

Wednesday, November 23, 2011

doraemon

korang pernah tgk doraemon dan kawan2 dia version real? that day sensei aku ade bercerita toyota wt commercial ads guna doraemon, suka2 diaorg bila tau rupanya kat Malaysia, China sume kenal doraemon. Ala, bukan doraemon je..ape je watak yg kita tak kenal...hahahha!

so tgk la iklan ni, aku kiciwa doraemon je x real, yg lain tu ok la baju still sama, especially rambut si suniyo tu. Hahah! Giant je takde, bayar mahal kot sebab tu takde, tapi aku nampak giant kat ads lain la..lenkali la share.


p/s: rimas aku tgk tv depa ni, bertulis2 banyak sangat, dah la besau2 tulisannya.

Buyui

Thursday, November 3, 2011

Hahaha! Sian.

Ini aku amik dari FB td. Adui la..sian.


Buyui


Sunday, July 3, 2011

SMS ON LOVE dan hantarkan ke 32***

Pagi ni aku baca satu status kawan aku. Actually kawanlah kot sebab dia approve request aku dalam FB. ngahahah!aku kenal pun sebab dia o.p. adik aku haritu. Entah dia ingat ke tak aku lantak la. Kadang2 status dia lawak2 jugak.

So status dia harini dia cerita kawan dia bertemu jodoh dari Sabah. Macam mana boleh bertemu jodoh?Ha...part ni aku gelak. Kenapa aku gelak?Aku gelak sebab kawan dia tu bertemu jodoh melalui "Taip ON LOVE dn hantarkan ke 32*** " Sounds familiar huh?

Kan..??

Ala iklan kalau kita tengok tv3 panggung sabtu tu selalu ada. Takpun kalau ko tengok ulangan cerita puteri/kisah kaisara pukul 4 petang. Eh!Macam mana aku tau ni?Ala tak pun selalu je ada iklan2 macam ni kalau ko bukak TV rasmi kat Malaysia ni.

Selama ni aku ingat benda tu tipu. Yelah main iklan je kan. Pastu kalau manusia bangang pergi call pun maybe budak2 sekolah baru dapat handphone or curi handphone mak dia pakai kan?Sekali ambik kau betul2 punya kejadian..ini bukan cobaan.Hahahah!

Lepas ni kawan kepada kawan aku kat FB ni bolehlah jadi duta untuk iklan tu kan. Dengan tema "Lihat kami..ada jodoh kan...?" *sila buat tona nada seperti iklan Tummy Trim. Heh!

Ha lupa nak cakap, modal kawan kepada kawan aku kat FB ni sebanyak RM250 je. Bukan la sekali tembak call menjadi ye.

Bunyi kompang.

Buyui

Tuesday, March 1, 2011

like a virgin, for the very first time...ahaks!

ninggal la baca tajuk........LOL!

seronok ai borak2 ngn MM ni..hari2 boleh kasik aku idea nk hapdet belog, semlm citer pedal ayam, harini nak cerita pasal FIRST TIME...wah!!!tarik kepala makin dekat nampak depan screen nape?haha!

so MM setiap kali aku x de idea nk hapdet ape..merasa la ko baca dua kali citer ni..haha!tapi..maybe ai akan garap lebih2 lagi so masa i ce citer ce citer ce citer kat u tadi and u x paham so u boleh la baca balik kasik paham..ok?haha!

ok arini kita nak cerita pasal FIRST TIME erk?First time ni subjektif ye, jgn pikir bukan...tajuk tu saje je nak tarik minat pelanggan je.. :P

ni citer FIRST TIME tgk wayang la!ape korg fikir ni?!kan....?

kalau nak ikut2 la hitungan ai fisrt time tgk wayang masa tu mama n abah aku bawak g tgk citer hantu siang lakonan ar badul tu, gilo thn ape tu ha?masa tu rasa aku tadika pon belom lg..masa tu tgk kt panggung lido tepen..sekang ni rasa mcm dh jd jedai perabot je..ade org tepen sini boleh betolkan x?jadik ape dah panggung lido tu?

pastu aku dh gedikk nak tgk lg kan..syiok la kan dok gelap2..haha!masa tu g jb tgk abah aku keje sana nak aku gedik nk tgk citer dewi cinta [tadika masa ni, haiyohh gatai nak tgk citer chenta lak dah......] jalan kaki ko pergi komtar jb tu..eh ade ke komtar jb?x pasti la

pastu lamaaaaaaaaaa dah x tgk wayang [mak aku sume mmg bukan kaki wayang ke malas nak bawak anak2 tgk kot leceh la kan hangkut budak2] so aku tgk2 sendr masa tu form 5 tunggu SPM tu pergi tgk kt megamall kontan tu lak ngn kawan baik aku,Dr Sab [mana la ko sekang ni Sab oii] tgk masa tu kecoh la kuar star wars..tp aku tgk senario..hahaha!ala first movie senario tuuuuuuuuuuuuuuu....#melayukampung

pastu x tgk2 dah sampaiiiiiiiiiiiii lahhhhhhhhhhh masuk asasi masa ni dok hostel lg, weekend roomate ai Pn A n J Lo masa tu local so depa mmg balik umh tinggal la org2 yg x balik ni..mula la friday night tu menggeletis nak fikir nak buat ape..bulan puasa lg masa tu ai igt lg...then decide la dalam kol 8 tu nak p OU tgk Anna and the king masa tu....ha.......... tu la FIRST TIME aku tgk midnight citer mat sal, kuar ngn kawan2 mak pak ape sume tatau [ko jgn mak aku kol 8 pm pon x leh kuar umah dahhhhh] siap pinjam van [korg bayang van ford org niaga tuuuuuuuuuuu..kazen kawan aku pinjamkan] ngn tukang bawak masa tu x pernah2 hayat naik van mmg tawakkal habessss........gilo kalau la malam tu eksiden ke ape ke..mmg la abes.......siap pesan kat si Kajol [dia sorg kt floor tu ade handphone, so ape2 parents sume akan call dia la] kalau mama ai call cakap Kajol ni balik Perlis so mama x leh la call ai kan...?keji!

tu la first time ai uols kuar malam , n tgk wayang la...cuba kalau sekang?ai la bidadadari kupu-kupu malam..hahahaha!

Buyui