Showing posts with label jepun. Show all posts
Showing posts with label jepun. Show all posts

Monday, March 19, 2012

Hokkaido, again??!!!

Kejap tadi boss aku yang Japanese tu cakap San-sei aku haritu kat Jepun tu e-mail dia, mintak/offer aku datang balik ke sana sambung balik research study aku tu.

Aku macam...ha....what??!! Orang lain teruja kan dapat pergi balik sana, aku macam rasa nak bunuh diri je. Tak bersyukur betul. Tapi, nak suruh pergi balik tu cuba la suruh aku pergi macam Tokyo ke... Fukuoka ke, Nagoya (ade ke nama camtu?haha) ke , takkan Hokkaido balik? Alahh.... takkan nak hadap balik benda- benda camtu? Bosan ah!

Aku tanya berapa lama lak ni? Boss Jepun aku cakap macam hari tu, tapi aku boleh la pilih bila aku nak pergi. Cepat- cepat aku cakap "Not during winter, please!". Ko jangan memain salji Hokkaido memang melampau tebal dia.

Tapi kena tanya top boss dulu pasal ni. Dah dalam meeting tadi aku tak concentrate dah pikir pasal ni. Potong stim betul aku nak mengelamun dalam meeting. Eh!

So, kita tunggu je ape top boss aku nak cakap. Itupun kalau Japanese tu mention kat dia, aku nak buat- buat lupa.Tapi aku doa biar la dia cakap tak boleh pergi ke ape ke. And masa aku pikir tadi dalam meeting aku dah cari macam alasan tamau pergi. Serik dowh. Ala macam teruk sangat kan? Tapi tulah, kalau kena paksa/ suruh aku kena la hadap kan, kalau diberi choice tamau aku der. Koser. Ingat tu kampung halaman terchenta sampai nak kena pergi setiap tahun?

Buyui

Monday, December 5, 2011

sudah masuk hari ke 23

One of the colleague aku pernah dihantar berkursus di salah satu tempat yang budayanya lain pada budaya kita dan agama Islam adalah agama minoriti selama 5 minggu. Lebih masa dari aku yang berada di bumi Nippon ini. Bila balik aku tanya " so macam mana duduk di sana?". Dia jawab " Saya belajar erti kehidupan". Ringkas. Tapi pada aku dalam maksudnya.

Bila aku berhempas pulas di sini, kata2 colleague aku tu bagai terngiang-ngiang di telinga. Ye, aku belajar erti kehidupan. Susah payah, yang paling penting masuk kandang lembu bunyi lembu [aku tatau bunyi lembu orang panggil ape]. So ikut ajelah. Apalah sangat susah payah aku hadap selama 25 hari ni, berbanding orang yang jauh di perantauan [maksud aku benua antara benua, kalau kau duduk kat Johor kampung kau kat Penang, takyah rasa feeling nak masuk team] lagi lama berbanding aku. Itu salah satu pengajaran yang aku dapat.

Banding dengan kawan aku yang dapat belajar erti kehidupan itu, pada aku selama aku duduk sini, aku dapat dua pengajaran. Satu, "l am proud to be Malaysian " and "learn to love your own language".

Bila kita berada di kalangan rakyat asing, haruslah topik banyak berkisar kepada negara sendiri. Bila yang bertanya aku akan jawab apa yang ada pada negara aku sendiri, contohnya "what is your country's traditional food". Ok, tak ke kau terpikir panjang ape je la makanan tradisi negara aku? Sah payah nak jawab kan, nak cakap nasik lemak refer to melayu je, nak cakap yong tau foo, boleh ke..eh capati lak camne? Tu baru 3 jenis baii..belum lagi makanan2 lain yang tak sanggup aku nak sebut dekat sini sebab boleh buat air liur aku menitik!So ko akan amik masa just for 15 minutes nak cerita pasal makanan lak. Lepas tu teruja tak kau nak cerita pasal benda2 lain yang buat Malaysia ni so special? Bila pikir2 3 hari 3 malam tak abes cerita kan? So senang cerita kau dah promote negara kau sendiri dan bunyi kau bercerita jadi bangga dengan negara sendiri. Seriyes. Itu yang aku rasa yang selama ni tak pulak aku rasa nak bercerita di kalangan rakyat negara aku sendiri ayat yang bunyi macam ni "wei, kau suka tak wau bulan? aku suka la, tempat lain mana ade wei,". =)

Secondly pasal bahasa. Ok this time aku bukan nak cakap pasal Jepun yang kita sedia maklum memang utamakan bahasa dia sendiri. Itu aku nak cerita nanti. Aku nak cerita pasal Alan, lab instructor aku merangkap lab partner aku tu. Bahasa asal dia spanish. One day masa dia mintak aku tulis a few point for me to understand maybe one day I might need that. Dia cakap "u can write this down own your own language to make u understand better, because I'm doing the same thing". Pada kepala dia, aku akan tulis segala point2 tu dalam bahasa melayu, bahasa ibunda aku sendiri so senang aku nak paham. Dia tatau selama ni kalau hal2 berkaitan kerja aku senang tulis dalam english sebab bukan aku cakap aku terel english tapi sebab aku dah terbiasa. Kalau aku lah. Samalah macam language yang dah disetkan to english on phone kita. Kalau yang pakai bahasa melayu kena gelak. Kenapa kita gelak? Kenapa kita gelak pada bahasa kita sendiri. Kebetulan aku baca blog entri kahuna dia pun mention benda yang sama.

So dalam lama2 aku duduk sini , itulah pengajaran yang aku dapat. Semoga kita dapat berfikir sebab aku pun tengah fikir. tapi taklah banyak fikir sikit je 20% camtu. Hahah! Hampeh.
Harini dah hari ke 23. Sila jangan cakap "cepat je kan.." tau tak seksa aku menunggu sampai hari ke 25?

Buyui

Thursday, November 17, 2011

update #5- Muroran

Hari ni aku dibawa visit sebuah tempat 3 hours dari tempat aku ni, Muroran. Jauh rasa perjalanan dia sebab jalan dia kena lalu semua countryside, ko kena lalu gunung banang, volcano active la tak active la, tasik bagai...sampai2 je Muroran tu tepi laut betul2. Memang sejuk laut la...

Nak sampai dekat macam exit dia kena lalu jambatan. Dari jauh macam San Francisco bridge tu aku tak tipu ni. Hahaha. Gambar pun aku tak ambik banyak, sebab 1. tak nak la nampak aku jakun 2. san-sei drive sian lak dia asal dengar bunyik camera on dia slow down.

Apa jadah aku pergi city yang takda orang yang ada pun aku tengok org tua. maybe masa aku sampai tu orang semua kerja dan sekolah. sebab masa aku balik tu aku nampak bebudak [ko byg je mcm Nobita jalan ngan kawan2 dia, sambil doraemon duduk umah] dengan beberapa orang gaya macam baru balik dari lunch.




sebahagian la yg aku amik.

ni la jadahnhya aku ke Muroran arini. Pandai2 la korang baca menatang ape tu. Eceh mcm bagus je pegang sweater padahal sejuk tak tahan dah ni...heh!

Buyui

Monday, November 14, 2011

update #2- sesat

hah hari ni ambik aku sesat sikit.....sikit je lah....

actually jalan tu straight , yg penting bila ko sorg2 mcm ni ko kena igt landmark2 yang ada.. ikut kata coll aku igt je gambar ke bentuk ke ape ke lah...

so aku amalkan petua tu, pagi tadi dh first day nak ke kampus so ada la mentor aku amik td. Oh sila jangan ingat dia amik pakai Hybrid Car dia macam dia amik aku kat epot yang aku rasa pelik bunyik enjin takde tu ye... dia park kete dia kat kampus..dia jalan datang amik aku! LOL. Ape salah ko amik kete tu ko tunjuk je jalan kan? Emm.. tatau la aku..adat orang ikut jelah. Hahhh dan lagi pada dia dekat ok..dekat.... ada la kot dalam 1.5 km. Pfftt.. dengan diaorg yg jalan aku, aku nk kejar macam nak patah kaki!

so pagi tadi landmark pun aku ala2 igt lupa lah...sebab ngn jalan laju ngan nk bersembang lg... dan disebabkan aku balik dari lab pun dah gelap so landamark tu cam ngan tak cam la. Patutlah mentor aku Kimura-sansei [sila jgn igt dia adik beradik ngn takuya kimura or kimora lee ye] cakap bila aku confident ckp aku igt dia cakap "lain nanti sebab u akan balik malam". Aku dah translate la jadah ape sansei ni nak cakap melayu ngan aku, english pun tersengguk2.

Kan betul bila malam dah gelap nak mampuih aku cam tak cam dah sesat..amik ko.. Tau la org jepun ni kalau ko jumpa yg reti ckp english tu kira dah bagus la even sepatah dua.. kebetulan labmate aku ade printkan peta aku nampak sorang budak ni aku cakap je "sumimasen [mintak maaf], eigoga dekismaska?[do u speak english?]. dah dia lak eigoga eigoga..confirm tak reti la tu..terus aku tunjuk peta tu...

dah dia ngong ngang bahasa dia yang aku paham dia sebut nama hotel dan ikut hati aku dia pun dok hotel yang sama. hahahah! memang betul setakat ni aku leh predict maksud org jepun ckp ape. baru dua hari wei..LOL.

Yang kesian nya gigih la dia nak sembang ngan aku. Dik, akak ni takat tau ohaiyo, arogato, sumimasen ngan wakarimasen je dik, adoii la....yang syok lg dia igt aku dr AMERICA???!!! ok aku tau tak logic la aku american tapi maybe tu je negara budak ni tau. sian.

Tapi for orang yang kena macam aku ni kena pergi tempat asin ALONE , ingat mana2 pun bumi Allah, doa je. Macam aku sesat tadi seriyes aku sukoorrrr gila jumpa orang yang kebetulan duduk tempat aku nak pergi tu.

Sekian di untuk kali ni. Gambar nanti2 aku letak sebab pg tak ambik sebab tak nak la nampak jakun sangat kannn depan orang? hahahah

Buyui