Friday, April 30, 2010

nowadays dah jadi phenomena dah FB ni..twitter pun ada dah sorang dua mula menjebakkan diri tapi rasa kalangan artis lagi ramai menggunakan khidmat twitter ni maybe dekat situ diaorang nak improve language diaorang kot...[ai tengok semua nyer nak twit mesti nak skipping london...] tapi ai nak cerita pasal FB ni..semua la orang nak ada FB...macam peel-peel FB ians ni usah la cakap rasanya ai dah pernah cakap dah....and silalah baca belog kawan ai di sebelah ni pun pasal peel-peel FB ians ni...


dah jadi macam satu kewajipan pun ada FB ni..semua la nak ada FB..tengok orang sebelah ada FB ...dia pun nak ada FB...kalau tak ada tak sosial katanya...tapi ingat FB ni ada buruk ada baiknya..sendiri mau ingatlah...



tapi kalau dah status kerja nak menunjuk ko ada?... je manjang orang pun boleh muntah darah baca...style baru agaknya kot meriak online katanya....macam-macam betul peel Homo sapiens ni...



ai sajikan uols dengan cartoon south park ni..enjoys!!



p/s: rela lagi ai denga riak si Cherly...walaupun...



Buyui

Thursday, April 29, 2010

boling baling


yes..i am so much fun to the max!!ditambah pula dgn kesudian fasha [really that fasha] bersama peminat-peminat githew....haha!

sebab JA suka dengan tips ai..so ai selit satu tips..

sebelum pergi main boling baling [bukan bola baling..tu standard budak sekolah macam Mr I] sila

1.potong kuku dulu kasi chantek..TAPI...

2. jangan buat manicure or pedicure lagi sebab...



KUKU ANDA AKAN PATAH HOKEH??!!

p/s:jari-jariku sakit semuanya...

Buyui

Wednesday, April 28, 2010

ai still naik bas ape?


selalu ai cerita pasal diri orang lain dalam belog..perasan tak?kali ni ai nak cerita tentang diri sendiri la pulak sebab rasanya sudah sampai masanya ai keluar dari kepompong takut pada paparazi..ai kan celebs kena la sekali-sekala cerita pasal diri sendiri...cerita pasal berapa botol kicap ai ada kat rumah,serbuk penaik banyak tak kat rumah [kalau banyak bukti ai banyak buat kek] contoh la kan..memang ai ni celebs uols..tapi tak la sefopular Tok Ti..sapa la ai kan...tapi tadi Mrs J cakap ai artis so ai sedar la ai ni artis tak githew?*pitam


memang merepek..ok ada hari tu my bro cakap ai ni standard orangnya..bukannnya ukuran standard ada sistem SI macam belajar sains dulu-dulu tu..standard dalam konteks ni macam feeling ala-ala orang kaya...jejak Paris sebulan sekali [Pavi tak pergi sebab ramai rempit bak kata kak Shima]..so kampung kerinchi pun tatau kat mana...ha standard la tu erk?ohh tu hanyalah explaination standard takut-takut uols tak paham..


tapi kalau konsert search/amy pun tak nak pergi sebab tempat terbuka nanti peluh-peluh..kalau kat IB ok la lagi ..lepas tu nak makan tempat sejuk je...panas tak nak...duduk rumah nak kondo bagai...setinggan tak nak...standard ke...?


ala...akak propa je tu...tu konsert ella dengan faizal tahir tu nak je aku tengok...tengah hari makan je kat tempat panas-panas tak de hal la...kondo?aiyoo sini bayang flet pun payah nak tengok...standard kah lagi daku?


ai adalah orang standard yang low profile hokeh...mana ada ai pergi KL kerja naik flight je...manjang seriyes naik bas...ai ni orang standard suka naik bas low profile sebab suka tengok kerenah rakyat jelata ..contohnya seperti rakyat yang suka cakap telefon sampai bergema satu alam..kalau boleh satu bas dia nak kasik dengar..dah la bukan seminit dua...sejam dua hokeh..omg!!!


tu baru satu..belum lagi anak nanges lalak-lalak...omg!!pening-pening...tapi demi jimba-jimba ai naik jua bas...

tabah hokeh?



itu sahaja kisah daku...


p/s:warming up untuk 'tournament' boling baling mlm ni..:p


Buyui

Tuesday, April 27, 2010

tips lagi

kita kembali ke ruangan tips..tipsi...kali ni ai mahu kasi satu tips mudah..cara-cara nak menjawab satu soalan dalam peperiksaan PTD or jawatan 14 apa tah tu..ala yang uols kena pergi exam sampai sehari tu yang kena tempat exam sampai ke ceruk banat mana tah...yang kena naik rakit nak ke pusat exam tu [ok aku tipu saja nak bagi cerita ni menarik sajork] .. ada satu soalan dalam soalan sahsiah tu konon-konon nak kenal uols dari segi sahsiah kan [logik ke kenal dari jawapan OMR je?] ada satu soalan memang keluar [experience dari orang 3 kali ambik soklan PTD, 2 kali KPLI] sama je...

soalan:sekali sekala anda ketawa mendengar lawak lucah

jawapan pilihan:ya/tidak

analysis dan tip tipsi:sila jawab tidak sebab kalau tengok betul-betul anda bukan sekali sekala tergelak kan bila dengar lawak lucah...anda seringkali atau selalu ketawa kan bila mendengar lawak lucah....

p/s:bukan pada situasi soalan tu uols kena jawab..tengok pada grammar dia...ye ke..n sorry exam dah lepas sekarang baru nak bagi tahu..[ye la kalau korang kantoi karang salahkan aku pulak]

Buyui

Friday, April 23, 2010

mo beli heels??

mari..mari..mari..belikasut....murah..murah..murah...mari..mari..mari..perempuan boleh pakai ....laki pon nak pakai tak ada masalah...kalau boleh dan reti pakai lah....mari..mari....[ada gaya macam akak jual kat pasar malam jalan TAR tak....jangan keji...ai cari rezeki halal hokeh...jual kasut je...bukan jual body...;p]

so senang nak beli ai buat katalog dekat uols...nak beli sila la beli kat google...to lady gaga if u intested u can take the design it's not my design anyway..so who cares if people said u ciplak rite?[gaga tau ke ciplak tu ape...keke!]



ini kasut dipanggil ai love my tarantula....so payah nak tinggal kat rumah takut dia merayap melata..so bawak lah ke mana-mana...


ini pulak sesuwai bagi wanita-wanita yang berbelah bahagi kaler mana kasut yang chantek..so pakai je dua-dua sekali..settle!!



ini untuk orang suka berayun-ayun ye...jadi dia akan hayun-hayun bila uols jalan....



ini lagi sesuwai untuk orang yang selalu balik tengah malam tak mo ganggu jiran-jiran sekeliling...and pada masa yang sama kalau ada orang coba buat onar..nampak tajam runcing kat tumit tu???sendiri mo ingat...ini ai tak tipu..ini memang kasut..tak x tipoo....

p/s:yang mana satu idaman qolbu?


Buyui












Tuesday, April 20, 2010

kawan ai tak hot dah.....

ai ada kawan...kerja dia berlakon...memang semua kenal dia...nak-nak lelaki yang tak kira umur kenal dia..bukan sebab dia pandai berlakon sangat pun..tapi sebab dia hot..memang dia hot..ai sebagai kawan dia paling RAPAT pun mengakuinya..really my friend is really damn hot [mak aii statement]..dulu-dulu pun ai kenal dia sebab dia berlakon dalam sitcom biasa-biasa je..tapi heran pulak macam mana dia boleh menambahkan kehangatannya itu sampai dia boleh jadi heroin dalam satu filem yang kalau ai sebut memang uols tau lah..ala...filem yang boleh tukar-tukar jadi robot tu...ye itulah kawan ai...hot kan kawan ai...sampai merembes kan air liur lelaki-lelaki di luar sana...?bukan aja lelaki ai rasa kaum yang suka kaum sama dengan kawan ai ni pun sama merembes kan...betul tak..?ai?ohh tidak ai tidak merembes ye tengok kawan ai ni walaupun memang dia damn hot!!mata kawan ai ni memang chantek...setiap kali ai hang out dengan dia minum-minum dekat mamak kan macam rasa nak korek-korek bijik mata dia..ngeh!

tak percaya dia hot?last year kawan ai ni dapat vote paling tinggi untuk America's Best Looking Woman...see uols??America tau...bukan nye sekadar ratu kebaya kampung raja je....satu America mengakui kawan ai ni best looking fompuan...memang dia cantek kan...ai sebagai kawan tumpang happy untuk dia..




Inilah kawan ai....ai panggil dia Meg...dia ni anak uncle Fox....duduk kat US nun...mencari sesuap roti dengan berlakon....[p/s:Berpeluh ai nak cari gambar tutup aurat dia tadi...ada gambar ilmiah pun masih terbukak sana sini...]

Tapi tadi dia call [lama dah tak lepak dengan u Meg!] dia cakap tahun ni dia kalah kepada Christina Hendricks..ai ada jugak belek-belek muka si Cristhina ni..tak la hot macam kawan ai ni...tapi macam klasik sikit...sabarlah Meg...mungkin America dah tak vote u..maybe kampung raja ada lagi untuk peluang u menang ratu kebaya tahun ni...contest dia minggu depan je..borang dia ai dah ambik siap-siap untuk u dah...jangan bunuh diri pulak...u just focus dekat shooting u jadi mekanik erk dalam transformer 3 nanti?ha bukan ke....bukan mekanik..habis tu nak jadi apa kali ni Meg...?Ala u jadi apa-apa pun dalam Transformer tu pun semua orang suke je...mana nak tahu kali ni pengarah nak u jadi lori transform jadi robot yang hot ke...ok hape...?



Inilah dia Christina Hendricks tu...macam tau je kenapa dia boleh dapat high vote...woot..woot!!


p/s:ok now back to work..

Buyui

Monday, April 19, 2010

gotcha!!


pernah tak uols kena gotcha..tak kisah lah gotcha kat hitz.fm ke..kena macam wakenabeb ke...macam bang bang boom kat tv3 tu ke...sama ada kena tengok uols digotchakan or u watch it by yourself someone kena gotcha ke..pernah?yang kena gotcha tu apa perasaan anda...malu?macam nak telan hidup-hidup orang yang kenakan uols tu ke macam mana?

apa pulak perasaan uols kalau uols berada di pihak penonton?kalau tengok tv kat rumah boleh la gelak guling-guling..kalau dengar radio boleh la dekah-dekah gelak..kalau jadi depan mata?nak-nak pulak uols bukan pihak terlibat dalam adegan itu..uols hanyalah orang luar..hanya mampu melihat orang itu dikenakan oleh kawan dia..nak gelak [aku bukan kenal orang tu pun..tapi nak gelak ni] kesian pun ada [sempat fikir kalau la aku yang kena mau aku ambik kunci kereta blah terus!!]

itulah yang ai rasakan tadi uols...situasi kedua..ai sebagai penonton yang mempunyai perasaan yang bercampur baur..nak gelak..nak marah [sebab macam melampau pulak aku tengok kawan dia kunci kawan dia tu dalam toilet punyalah lama siap macam nak pecah pintu toilet tu] ..boleh ni kawan dia yang kenakan dia ni gelak sampai keluar air mata ni...macam hape je...takkan pulak tiba-tiba ai nak pi nasihat dia keluarkan ayat dialog macam sembilu pulak...feeling cakap tengah panas terik kan...?harus ke...

p/s:tapi bro u are too much la!!
Buyui

Sunday, April 18, 2010

boleh tak boleh..boleh tak boleh..??

semalam ai teman la Miss R pergi one of the butik kat San Prancisco tu cari baju untuk dia tunang bulan 6 ni..memang la cantik dan padan dengan dia...baju kat situ pon memang la banyak pilihan..harga berpatutan and cantik-cantik belaka...
sila ye pegang kain ai...kalau rasa-rasa lepas makan nak lap molot pon tara hal.....

oppss!!silap terfeeling pengantin pulak....;p

tetiba...ting!!ting!!ting!!ai dapat satu idea!!!

ai nak sewa la baju kelip-kelap baju pengantin ni masa wed my bro nanti...[tak nak kalah dengan pengantin kan] nak tunggu diri sendiri ntah bila zaman nyer...dah tu takkan nak sewa buat pakai pergi hopis pulak kan?lepas tu kain dia harus ai tambah bagi leret panjang 5km minimum..melatopsz uols!!
Kalau yang ni aku risau karang semua tak mo balik rumah masing-masing pulak lepas habis makan....

Habis head to toe dia totop...sesuai sangat..totop aurat hokeh..?

p/s: confuse apasal muka owner butik tu sebijik macam bill keith si designer tu...adakah dia??
Buyui

Friday, April 16, 2010

opocot!!

terkejut ai tadi masa jimba-jimba makan siakap setimm sedap kat hometown ai San Pransisco tadi dengan Miss A and R and the kids *bukan anak-anak kami ye.. bila tanganku tertampar sebuah motor sekali ada alarm mengalahkan bunyi alarm Mercedes CLK kena curi!Melampau...motor pun nak ada alarm bagai?masalahnya bunyi mengalahkan bunyi orang sakit nak bersalin satu donia dengar tapi adalah kot dalam 3 minit jeh??!!propa je...sentuh sikit dah bunyi kalau kau puya motor tu HD ke...tak pe lagi mahal..ini adalah kot senarai atas kapcai je kedudukan kau tu..ada hati nak alarm bagai..pasal bunyi ko kuat gema serata alam tulah membuatkan aku kena berlakon macam aku tak terkejut dan bukan salah aku tau wahai tuan motor?ces!

p/s:siakap setim memang sedap...merembes air liur saja dibuatnya..

Buyui

Wednesday, April 14, 2010

berita terkini

berita terkini dari kak shima...still remember kes achik aka kakak kepada kak shima ni yang kena curi kad kredit tu??pencuri tu dah kena tangkap [tahniah PDRM!!woot..woot!!] .walaupun masa soal siasat dia punyalah cool si winona ryder wannabe ni yang si achik pulak ketar lutut tengok abang polis menyoal ..nampak sangat winona ni dah biasa buat kerja haram ni ...

apa yang kak shima khabarkan pagi tadi pada ai...disebabkan winona ni anak orang kaya 'budi bahasa' kan so achik dinasihatkan oleh para sahabatnya supaya extra careful sebab taku-takut la jadi perkara yang tak elok sebab tindakan dia report kat polis pasal peel winona ni..takut ayah dia uncle ryder [pandai-pandai je aku] ambil tindakan dengan menggunakan pengaruh rakan sebaya dia..ngeri kan..apa la uncle ryder ni nak kelentong dengan kawan dia..takkan nak mengaku anak dia kaki mencuri kot?

to achik if you reading this...be becareful..kalau rasa terancam gunakan khidmat polis je..seperti mintak tumpang duduk rumah ketua polis ke [statement macam ni tak kena saman kan?saya baru kerja tak ada duit] ..yang penting jangan jalan sorang-sorang ok..kalau nak shopping ajak je ai teman...ai ada..[saya!saya!sambil angkat kaki tangan semua anggota yang ada]

semalam siapa tengok desperate housewives?aiyo..itu Kath gila psiko...sampai ke la ni ai still shock dia boleh tarik panjang-panjang kereta si Bree dengan konci????terhiris tersiat ai rasa dada ni!cerita ni sesuai la dengan tajuk desperate dia tu sebab ai sampai sanggup buat apa saja supaya tak terlepas tengok cerita ni..ada aku kisah apa jadi dengan keliling janji pukul 10.30 malam selasa harus bukak 8tv!ai dun care!



p/s: soalan sekali lagi Mr I:ko kenal aku tak?haha!

Buyui



Tuesday, April 13, 2010

baby hatch bukan catch


latest news semalam ada lagi kes buang baby kan...apa la kepala otak mak or bapak baby tak berdosa ni fikir ye..nak elak malu ke..baby tu menyusahkan diaorang ke..takut parents dia orang marah ke..tak reti nak jaga ke..apa-apapun alasan memang la dia orang ni patut hukuman sama setimpal macam bunuh orang je ok tak uols?makin lama makin menjadi-jadi ni...heran la ai..orang lain beriya nak anak...diaorang senang-senang je buang..ingat sikit di akhirat nanti dia tuntut hak dia ko jawablah..



and tadi ai read satu article pasal isu ni and di negara-negara luar sana ada dah mulakan cara nak atasi masalah ni...macam di germany dah start since 2000,pakistan pun ada..itali pun ada..negara macam china pun berlambak je kes-kes camni tapi kerajaan dia tak berapa nak ambik pot..tapi tiba-tiba i loike satu fakta ni..di kenya dikatakan 10 minit seorang bayi dibuang di tepi jalan sebab faktor miskin la,lapar la,aids la..kata kak shma "subur orang kenya ni" so sapa nak kawin ngan orang kenya?;p



back to our topic [macam apa kata wanita bersama zam zarina pulak aish] di negara-negara ni dah buat satu macam box nama baby hatch or klappe ..so kalau pintu dia tutup so means ada orang letak baby kat situ sebab ada bunyi siren ni no ni no [ok aku tipu tak la bunyi camtu] so akan ada pihak hospital macam tu datang wat apa patut..siap ada la selimut ,suhu yang terkawal siap mainan..sapa pun nak letak id dia sapa pun tak tahu..ok ke ha buat macam tu kat mesia ni?



p/s:anak kucing mati dah pun aku tak sanggup campak macam tu..



Buyui


Monday, April 12, 2010

mari bersama mama gossip

kita kembali semula ke ruangan gosip-gosip malaya...tapi kali ini saya sajikan anda dengan dua cerita bukan gosip kerana sudah keluar suratkhabar hiburan di malaya ini...saya bagi tahu sekali lagi pada anda yang terlepas membacanya..atau memang tak baca suratkhabar melayu ya...

cerita pertama:aku ada cincin berdarah..kau ade?

nia ramadani [pelakon jadi bawang merah] dah berkahwin dengan suaminya la...nama apa ntah..salah seorang anak orang berada dan perkahwinan mereka pun dah jadi wedding of the year..sapa-sapa yang pergi ke kenduri diaorang ni..meriah tak uols...??tak mo explain banyak pasal perkahwinan dia sebab ai tak la berapa menat nia ni [tapi minah ni cun la] apa yang bestnya and memang tak terjangka...chencen dia orang tu bertatahkan darah nia dan suami dia...kau berani?perghh.....dah macam ala-ala cerita klasik purba pulak ai rasa..apa-apa pun tahniah ya!!


cerita kedua:heidi klum suka bugil!





ni membuatkan aku tergelak dok tadi sorang-sorang..nasib masa tu takde orang..heidi klum ni selalu berbogel depan ibu bapa dia...dan dia kata ini dah biasa bagi dia selama 36 tahun..dan paling tak boleh blah..dia cakap patutlah dia suka bogel melata sebab mak bapak dia pun suka bogel melata..tapi sesi bogel-membogel ni dilakukan di bilik privasi di rumah mereka..dah tu takkan tengah pasar malam jalan TAR kot...ada berani??nak naik Black Maria lepas tu...silalah...

ok..itu saja kisah gossip nusantara kita kali ini..tata..


p/s:J [not u JA] harus teruja dengan cerita kedua itew..;p


Buyui





lagu rakyat


ohh sungguh comey malam tadi Puff Daddy aka Mr I nyanyi [padahal taip tro YM] lagu-lagu tradisional [bukan cindai ye kalau tak mau aku tak tidur malam] to me macam ala-ala bapak dodoikan anak nak tidur je...ok Mr I you can be a daddy dah...teringat arwah mama dulu selalu nyanyi-nyanyi masa ai nak tidur masa kocik-kocik...sebab tu anak dia sekarang bersuara emas bak Sharifah Aini githew...


semua lagu la keluar [Mr I lagu 'spiderman' aku tu J pun tau la wei..ko je tatau] sampai la last sekali ai balas lagu "bapak ku pulang dari kota...bapakku belikan kereta...kereta kecil warna merah..boleh ku bawa ke sekolah .." ingat tak uols lagu ni??


so from that song timbul la idea..apa kata ai nyanyi lagu ni kat abah 24/7?sampai ke ring tone..caller ring tone semua ai pakai lagu ni...siap nari-nari lagi dengan harapan abah belikan ai ferrari ke...bila ai cerita kat Mrs J pagi ni nak tau apa respond dia...[siap mengarang macam headline paper tu tak tahan]


seorang kakitangan kerajaan yang berkelulusan tinggi, semalam telah dibuang keluarganya gara2 lagu kereta merah. dia yang merupakan peminat setia ziana zain, penyanyi yang popular dengan lagu bertajuk MERAh bersama awie, telah memainkan lagu tersebut setiap hari dan setiap masa kepada bapanya, dengan harapan bapa nya membelikannya kereta ferari berwarna merah.Oleh kerana terlalu tertekan denga desakan anaknya itu, bapanya telah membelikan kereta ferari mainan yang hanya berharga RM1 sebanyak 10 buah, membuatkan anaknya mengamuk..anaknya yang mempuyai banyak masa terluang semasa bekerja ini, menggunakan hampir sepenuh masanya dan pelbagai cara mendesak bapanya dengan memainkan lagu kereta merah di segenap tempat


dia yang meminati warna merah telah ditampar oleh bapanya sehingga merah pipinya


soalan untuk uols:agak-agak boleh masuk metro tak?boleh glamer macam ni...


haha!pitam aku baca J!dengan ini ucapan untuk my lovely abah..silalah baca belog saya ini...tapi jangan ikut apa yang Mrs J tulis..dia adalah sengal!


p/s:sangat suka kak ziana..


Buyui

Sunday, April 11, 2010

sharing is sexy

ini ai dapat dari blog puan nani rostam ibunya hanis zalikha...pinjam sekejap ye..aunty ehh kakak...ehh aunty..apa-apalah...


Seorang lelaki yang disuruh mengisi butir-butir peribadi dalam sebuah borang.

Name: Suparman Bin Marto

Passport No : AK 654321

Race : Tak pernah.Tak mau jadi mat rempit.Tak mau mati katak.

Sex : Normal. Tiga kali seminggu kecuali time isteri cuti.


p/s:pitam!

Buyui

terlebih pandai

ni la kalau dah terlebih pandai ni...seorang budak cemerlang SPM ditangkap polis [berhenti!!!kami polis..der...] sebab menyamar sebagai kerabat diraja pahang [dia cakap dia anak angkat tengku mahkota...ada hati..] lepas tu sebab dia pandai kan....boleh dia tulis surat siap ada letterhead pihak istana pahang la kot ..gunakan surat tu untuk melawat semua kem PLKN kat pahang tu..habis semua pakcik exco pahang kena auta macam tu je..ni kes ni nak cakap cerdik ke bingai ke ape ha...satu lagi...hey budak..cita-cita kau ke nak lawat PLKN segala ni..apa la punya impian..cuba macam akak ni cita-cita nak melawat kedai butik LV kat Paris ke...nak pergi Disneyland ke..[sebab kau budak kan..] ke paling-paling pun kau nak merasa naik tongkang ke Guangzhou, China ke boleh lagi except...heran tak habis lagi ni...apa motif dia ni?paling kurang mintak la jadi askar kalau dah suka hutan bagai..[tak habis lagi ni] kalau uols tak caya cuba pergi ke link ni hokeh..




kepada budak ni lagi..akak nak tanya ni..kau suka kot kena pergi tempat macam akak pergi last week..yang line telefon pun nan hado??toilet dah la tersumbat bercampur pulak tu [walaupun tu bab campur tu i loike...boleh feeling-feeling mandi air panas macam kat Jepun tu..tapi dah toilet sumbat bagai?memang rela aku bangun pukul 5 pagi redah jalan hutan bagai...membuatkan CLK feeling macam x trail untuk mandi dekat masjid..seriyes Mr I...i did it!!!kau jangan ingat kau mimpi ke aku propa..memang aku mengalami benda yang never cross your mind aku akan buat..memang hazab...tapi demi negara yang terchenta...'terpaksa' tapi awas Mr I:jangan ingat lepas ni kau masih boleh parking jauh-jauh aku masih seperti dahulu hokeh?ngeh!

tengok...telefon hanya hiasan semata-mata...tengok pukul berapa baru???pukul 9 baru???yo yo or je tulis 3G tu...3 Gagal ada la..sigh..

at least dapat la menengok penyu bertelur tapi dah habis bertelur mengibas-ngibas pasir ala -ala mandi pasir malam tu...walaupun gelap..kelibat penyu je ai nampak...ok la lagi...my point is..tiba-tiba jadi kagum dengan orang tukang tunggu penyu-penyu kat situ...nak tunggu penyu naik umpama menunggu buah durian gugur...dah la line telefon takde...kalau ada boleh jugak berFB bagai ..boleh tulis status kat FB "sedang tunggu penyu telur" ke...gayut dengan awek ke..tu belum kira tv boleh ke tengok tu..melainkan pakai astro...tu la ai dah cakap perlu tak kabel telefon kalau-kalau la kita kena duduk kat satu-satu pulau?penting kan....??

sorry gambar penyu telur tak ada...camera tak canggih kalau tak ada flash..kalau nak uols kena pergi sendiri..but don't ask me how..google sendiri..

p/s: nasib la tak kena PLKN...bukan sebab terlepas..sebab masa ai memang PLKN tak wujud lagi...


Buyui

Thursday, April 8, 2010

tips makan sedap

erk..alhamdulillah..kenyang gila ai hentam sepinggan laksa penang tadi...dah la kuah dia pekat likat..penuh dan kaya dengan ikan yang segar..wow!!p/s:hantu laksa yang nama tidak mo diketahui itew sila jeles.

speaking of laksa ni...that day masa ai melepak-lepak rumah mak ngah ada la dia and husband makan laksa and u know what...she campur nya laksa tu makan sekali dengan kuah kacang sate tu...ai try memang sedap..and menyelerakan...tak caya cubalah buat..tapi jangan letak banyak-banyak..letak dalam sesudu dua je kalau letak banyak baik u all makan laksa tu dengan kuah kacang je lagi senang!ada dah orang pernah cuba ke?



satu lagi...ni arwah mama suka makan and buat ni..cuba u all try [dah cuba try lagi..manglish!] letakkan kuah laksa bersama bihun goreng ... pun sedap...tapi ai tak berapa gemar ai lagi suka makan mihung goreng sajork...ini ada dah beberapa orang tau dah n..maybe ada yang belum try ..boleh try...but make sure la jangan beli laksa tepi jalan yang tak superb or mihun goreng yang hidup segan mati tak mahu..macam tu layak buang je..



p/s:teringat entry hari tu apple pie makan dengan cili sos..sapa dah cuba?



Buyui

Wednesday, April 7, 2010

apa nak bawa?


mari fikir-fikir na na na..kejap..kalau-kalau lah kita kena duduk kat satu pulau [bukan untuk bercuti la] macam cerita lost tu..apa barang yang uols nak bawa?ai ni baik ai tak la terhadkan cakap kasi 3 benda la..5 benda la...kalau uols rasa nak angkut satu rumah pun takpe...kalau ai la kan...


1. mesti ada lappy,berokband dengan charger [kalau agak-agak cable telefon boleh angkut ok jugak boleh pakai streamyx laju sikit]

2. tv siap ada piring astro [bil boleh bayar sebab ada maybank 2 u pakai tenet je]

3. handphone dengan charger telefon [sekali lagi kalau ada cable telefon lagi senang pakai fix line je]

4. nak bawak tukang masak la sorang senang nak masak kat ai [tapi dia kena pandai masak ikut la apa yang ada kat pulau tu kalau tak barang mentah mana nak cekau bawang segala] -job ni ai offer kat cherly ko nak nok?aku kasi ko online sejam sehari..nak?


itu je la..complete tak ai punye explaination?anim mintak nama dia interprem ok nok..interpremmm..animmm....;p

p/s: ai know u anonymous

Buyui

Tuesday, April 6, 2010

tips..tips..tips..

rite mula-mula kita kisahkan pasal tips la dulu..[best pulak nak kasi tips ni dah terasa macam ada kolum sendiri dalam paper pulak] verangan la kau miss B!!


ok tipsnya adalah..kalau-kalau la uols nak drive dalam erti kata lain gigih la jugak nak drive di kala hujan menggila lebat...maybe sebab ada alasan macam sakit perut sikit lagi ku tahan jebat...or memang orang yang menunggu tu menunggu uols sampai berjambang bagai so nak tak nak uols kena redah hujan lebat tu sampai jalan pun tak nampak so why don't u take ur sunglass jenama dari PS Boutique tu [oppsss u punya ori ke Mr I?] and pakai..insya allah segala penglihatan anda akan clear and better walaupun gelap sikit...biarlah orang nak gelak pun...at least uols boleh cakap "at least aku ada sunglass mata lalat..ko ade?" ;p tapi janganlah bingai sangat sampai malam hari pun nak pakai..kang ke longkang pulak kereta uols...[tapi ai tak la lagi try pakai malam2..kalau mujarab let me know]





tu tips..ni pulak satu kisah...kak shima cerita tadi...her sis kena tipu dengan kawan sendiri...kawan dia pegi songlap kredit kad her sis and beli beg prada la..jam tag la [kemain lagi taste dia ni] sampai lesap 13k la [gila kan?] yang syoknya siap tayang kat tuan punya kad lagi barang dia beli...lepas tu dia boleh pulak letak balik dalam beg slow-slow je...
modus operandi [wahh ai feeling macam abby abadi dalam gerak khas sangat] dia ambik masa shima's sister pergi ambik makanan masa diaorang kat red box pavi and dia tak ikut alasan diet...[speechless ai dengar]..p/s to Mr I: silalah jaga ur wallet bila next kara erk...ko banyak duit kan?ahaks!

to achik hope everything will be settle soon ok...ha mengikut kata kak shima lagi tadi [now ai rasa dah macam nor azlina redzuan dalam buletin utama pulak ngeh!] pencuri ni bukan orang susah anak orang senang la jugak...dah macam winona ryder la pulak...
so as a tips from this story silalah gantung kad kredit anda di leher...or buat macam orang dulu-dulu...selit celah tutttt......;p
p/s:kak shima...b amik kad kak shima nanti ye nak beli LV!ahaks!
Buyui




Saturday, April 3, 2010

al fatihah

semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman..amin...


actually ai memang layan pagi di era sebab lawak slumber arwah yang boleh membuatkan ai spontan tergelak..after this entahlah...kena pusing balik ke hitz.fm kot..[ai lari ke era pon sebab hitz.fm dah takde gandingan jay jay n rudy] ..nak layan radio no 1 tu?terus terang ai memang langsung tak masuk senarai pendengar dia yang berjota tu..[baik layan sinar fm lagi bagus!]


kebetulan dah ada entry ni ai nak tujukan soalan ni kat JA..apesal tahun ni takde review pasal american idol...tv u dah oke balik dah kan?

p/s:al fatihah


Buyui