Tuesday, July 24, 2012

ramadhan ke empat

Cepat aku rasa dah hari ke empat kita puasa. Ye , aku bercakap kepada orang yang puasa. Haha. So far still full lagi lah puasa aku ni. Aku belum ABC (read: Allah Bagi Cuti- sttment kawan aku si KD, aku belajar ni). 

Alhamdulillah aku sempat buka awal ramadhan tu bersama family and today is my first day at work. First day kena masak untuk buka sebab aku malas nak redah PARAM. Knowing me, aku ni malas nak berheya2 masak kalau duduk sorang2 janji kenyang dah. Kagum aku dengan Mr I yang pandai and rajin masak. Ayam puyuh salai bersalai bagai la, kerutub pun dia pernah buat and segala mak nenek dia boleh masak. Hoih, aku nak jadi jiran ko boleh? Pagi2 aku ltk mangkuk tngkat depan pintu ko pastu cukup time aku amik. Hahaha.

Sahur pun aku jenis telan air je. Tekak aku jenis tak leh terima makanan tengah pagi bebuta. Kalau tengah2 malam takpe. Hahahha. Dasar.

So how is your puasa?

Buyui

Friday, July 13, 2012

Sehidup semati

Aku teringat satu adegan cerita p ramlee. Keluarga 69 kot, yg psl p ramlee ckp kat bapak dia yg kawan2 clubbing dia (hahaha. Zaman dl punya club gila beradab) adalah kawan sehidup semati dia. Sekali dia kena halau dgn bapak dia habis semua kawan2 dia lari, tinggal lah yg kutip dia tukang beca penyewa rumah bapak dia yg dia tlg escape dr kena bayau duit sewa rumah.

Adat manusia kan kawan ketawa senang nk cari kawan menangis mmg susah. Harini sambil menunggu CLK aku tengah servis, aku chat la dengan Anne. Anne ni one of my bestfriend. Ini memang kalau kata one day aku jatuh tersungkur carilah dia insya allah dia akan angkat aku balik no matter what. Payah nk cari org mcm ni. Bukan ckp dia je dari one whole family dia, spi ke suami anak semua insya allah akan tolong bila aku susah. Dan dengan dia aku jenis senang nak bercerita apa2 pun seriyes dia tak akan judge aku apa2 pn. Aku memang bersyukur setakat ini aku ada a few kawan macam ni. Anne salah seorang daripadanya.

Tadi Anne bercerita dengan aku pasal kawan2 sehidup semati. Aku kenal Anne dari zaman aku mula masuk U. Masa aku mula jauh dengan family, sebab aku bukan dari golongan budak pernah duduk asrama, maka pestime masuk U menjadikan aku agak homesick. Naseb kejap je sebab aku dapat jumpa 7-8 org geng including Anne yang memang makan boleh sepinggan tidur boleh sebantal. Makan megi boleh kongsi (just imagine 5/5 megi stok Anne semua boleh abeskan spi kawan tu balik2 satu habuk tak tinggal. Hahahah, but knowing her dia, dia tak marah?!!). Bukan megi je banyak lagi harta dia jadi harta kitaorg semua. Keji.

Aku agak sedih tadi bila dia tetiba cakap "mana pergi kawan konon sehidup semati dulu? ". Dalam ramai2 tu (mestilah dulu ade gaduh kejap tak berckp satu sem ) ada sorg je yang pernah call dia, invite pergi kenduri kawen dia (purposely call bukan jenis tag nama ko dalam FB tanya alamat or lagi keji scan je kad kawen). Sedih aku dengar. Aku pun akui I am not being a good friend to her selama ni. Pernah jugak aku buat macam2 tapi aku dah cakap knowing her dia adalah jenis orang yang akan angkat ko jatuh even ko jatuh dalam lubang taik sekalipun.

Manusia kan? Cepat berubah. Dulu janji lain lepas tu janji lain. So pengajaran la pada aku jugak dalam memilih kawan. Kadang2 usia perkenalan tu panjang (fyi aku kenal Anne since first day aku masuk U, 16 aug 1999- aku igt sbb tu bday Anne :) Edit: haha. tu date org aku minat dulu. bukan bday si Anne. bday anne 16 JUNE , tp betul la aku jumpa dia 16 JUNE. puii laaaa, tapi Anne jenis dr dulu aku selalu korbankan dia, demi orang lain yes i am bad bad bad friend) tak boleh nak ukur rapat nyer friendship tu. silap2 kawan yg kau kenal baru dua bulan boleh jadi baik dengan kau. I mean kawan menangis. Kawan ketawa kacang putih je nak cari.

So think.

Buyui

Thursday, July 12, 2012

Hati dan jantung

Tadi aku lunch dengan my coll. then keluar la satu topik. Benda yg berkaitan memori and jantung. Coll aku ni byk membaca orgnya so dia byk la baca buku2 agama and sewaktu dengannya. Dia selalu la selit bila masa borak tu dgn apa2 ilmu yg dia dpt.

Dia ada la cakap tadi psl kisah rasulullah saw. Kalau sape still igt or sape baru nak tahu. Malaikat pnh bedah hati baginda (2x) utk kuarkan part itam (means perangai2 x elok) so baginda ni memang langsung tak ade benda2 yang tak elok kan? Then disebut hati. Tapi dr apa kawan aku td bgtahu hati tu actually is jantung.

And kebetulan kawan aku ni ckp ade jugak sekarang ni org buat research betul ke jantung ni ade main peranan effect kelakuan kita, sifat kita, or even memori. Benda ni kawan aku discuss la dgn wife dia (org yg relate dgn bidang2 research ni) thats why kadang2 kita tengok tv penerima organ jantung la kalau ikut kawan aku ckp tu (jgn plak korg tanya dah tu org yg terima kidney la, mata tgk hantu la) dia sedikit sebyk dia akan ikut behaviour penderma jantung dia. Mungkin la ade relations dia.

Kebetulan plak ( kwn aku ni byk nau kebetulan dia, haha) baru lps dia discuss pasal hal ni tetiba ade plak citer deejavu kt tv nun. Hmm.. Sll org ckp benda kt tv tu penulis dia amik dr experience org ye dak? Mungkin la.

Selalu plak kalau kaitan dgn sayang menyanyang saling percaya puncak kasih berpanjangannnnnnnnnnnn..... Mesti nk ckp "i heart you". Hahahaha! Padahal sah2 tau heart tu jantung. Apesal org sll relate hati tu heart? Walaupn kita tau sah2 hati tu liver. Related la tu jugak. Hati-jantung-hati. Kot?

Jantung pisang memang sedap. Tetiba.

Buyui

Membebel

Wah dari sunyi sepi tetiba up entry membebel kan?? Gasaklah. Sebab ada la org tu dok suruh2 aku update padahal hari2 aku borak dengan dia , suruh jugak aku update. Peminat uols layankan aje. Githew...

Well sebulan ni (korang boleh kira dari tarikh entry aku yg dah lemau2 yg lepas) spi ke hari ini, aku boleh la menarik bafas lega sikit. At least KPI alu dah tercapai la for kerja2 yang penting. Ada la lagi kerja sampai ke tahun dpn nun menanti tp at least boleh tarik nafas selagu.

Lagi semingu nak puasa eh? Memang nampak nk puasa bila iklan yusof taiyob dah mula membisik2 kat tv. Hahahha. Lepas tu muncul pulak iklan karpet. Confirm dah sah nak puasa. Org kita ni bukan teruja sebab nak puasa dia teruja sbb kalau dah puasa maknanya nak raya. Kan?

Next week aku outstation. Bagus jugak KL je sebab leh la aku drag cuti sambut puasa dengan adik2 plus aku suruh la abah turun sekali. Keji. Bukan aku ajak adik aku balik kpg beramai2. Haha. Takpe bapak aku redooo je sebab dia suka je nak tgk cucu.korang sedau tak aku dah ade anak sedara? Hahaha. Tak sedar pun takpe aku buka sesape pun. Lagi satu ade jugak org bosan kalau entry aku keje citer pasal budak2 kecik la kan? So org tak suka jangan buat. Bila org ni tak suka tu, org tu tak suka ini last2 entry aku pon lesu. Takpe bukan ade org kisah jugak kot? Hehe.

Hah. Kan betul aku cakap aku membebel? Sapa suruh korang baca sampai abes kan? Sian.

Ok chiow!

Buyui