Sunday, July 31, 2011

Akak

Korang ada tak pernah kena situasi macam ni :

1. Kena panggil akak/abang padahal orang tu tuo/ sebaya dengan kau -situasi tu aku boleh terima lagi maybe aku skip pakai olay sapa suruh kan . see? dah ada tanda-tanda penuaan.

2. Kena panggil makcik/pakcik - kalau budak less than 8yo or anak kawan sebaya dengan kau boleh lagi terima. ini kalau dekat kedai2. *ini memang keji!lumur cream olay lg banyak siap tambah as perasa dalam makanan. fyi selamat aku tak kena lagi kes macam ni

3. Ko sendiri panggil akak/abang/makcik/pakcik dekat org lain padahal org tu sebaya/lebih muda dari kau- hahahah!ini memang tak boleh blah sebab aku la tewwwww!!!ni kes perasan terlebih pakai cream olay.

Ok aku nak kupas pasal situasi ketiga tu.

Aku tak tau ok akak tu sebaya aku pun. Dah nama pun akak bukak kedai makan so auto correct la kan kau panggil dia akak. Dah sebati ramuan tu nak tarik balik macam mana redha je lah. Lagi haru kes tua umur bertahun2 tapi ko tetap panggil dia akak. Kan?

Aku nak panggil nama dekat akak tu pun rasa macam kurang ajar sangat panggil nama je. So teruskan jelah selagi dia tatau kan?

RJ keji ok nak pecahkan rahsia pura2 nak bertanya "Akak umor bape?Ohh sama la ngan kak N ni," . Ewah! Tetiba feeling nak berdrama apehal kan?

Buyui

Thursday, July 28, 2011

satu cerita untuk dikongsi

cerita ni aku dpt dr forwarded email, a bit panjang so sapa nak baca..bacalah...


sharing is caring!!!



***************************************************************************************************


Kasih ibubapa kepada anaknya tak ternilai tingginya… Al Fatihah buat Abang…


Hargai & sayangi org2 disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....

Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat disana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011-
Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.



26 Februari 2011-
Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.


7 Mac 2011-
Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.


13 Mac 2011-
Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!


27 Mac 2011-
Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011-
Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.


7 April 2011-
Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.



8 April 2011-
Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia



Abang pada tahun 2007.



9 April 2011-
Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.


Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa). Buyui

Sunday, July 24, 2011

cerita pasal beyond

ni rentetan dari last entry aku pasal stranger berhemah pulak. walaupun pada asalnya aku nak cerita pasal caller yang berhemah yang tau etika ketika bercakap di telefon dah jadi cerita pasal astro beyond pulak. komen-komen [lebih satu jd plural la kan, bagus andaikan komen aku berpuluh ribu walau hakikatnya hanya 3 org je komen] semua tuju pasal cerita astro, beyond. aku pun tatau aku ni kot tak reti sampaikan maklumat. lain nak cerita lain orang paham.

tapi tak ape, at least aku setuju dengan komen-komen korang tu. kesimpulannya : astro buat la beyond ke , bayang ke ape ke, bayar la berapa pun problem still sama. bila hujan tetiba no service kan? kadang-kadang tak hujan pun angin kuat sikit pun no service. kawan aku dulu ada cakap kat umah mak dia bila angin je astro buat hal, padahal orang belakang umah mak dia pulak terbalik bila hujan lebat lak baru buat hal astro dia. tu mesti sebab ambik pakej lain2 kot. sorang pakej angin , sorang lagi pakej hujan. ko ada?

abah dulu pernah tanya [sebenarnya sampai ke la ni dia tanya aku soalan sama] , "astro ni tak boleh fix ke masalah ni?". well, aku cakap "kalau ada technician dia naik betulkan saltelite kat angkasa lepas tu ok la kot?".mampu?

diaorang ni sebab takde pesaing. sebab tu la rilek je naik harga ke tukar channel ke sukati. cuba ada lagi satu gergasi tv macam dia yang buat tema "now everyone can watch tv",kompom ko gelabah kan?

aku selagi muka retis tak boleh tukar ikut sapa aku suka, [contoh RCW terus bertukar ke JLo] aku tak kisah pun tak pakai beyond tu.

Buyui

Thursday, July 21, 2011

when a stranger called part 2

Selepas daripada cerita "when a stranger called " tu, aku ada lg dpt call dr mcm2 service offer itu ini lah [aku syak mamat nama Aiman Ahmad astaghfirullah ya rabbi ya rabbana ni la bg number aku kt agent sebagai membalas dendam!] to Aiman: ada aku kisah?

Tapi bagus tau tak sakit hati, contohnya semalam Astro called pasal nak hofer beyond package.

Bagus dia ni, kenalkan diri cakap dari mana and terus cakap apa tujuan then tanya aku nak tak hofer tu.

Macam tu la bagus, tak kona2 , taklah cerita dari Perlis pergi Kelantan patah balik Kedah pastu sampai KL. Macam ni la tak kena maki dengan aku malah aku berdoa semoga kerjaya dia diberkati. Kan?

Tapi aku tetap jugak tak nak tawaran dia tu. Yelah TV macam orang buat akuarium tu ada hati ke nak pakai beyond?

Buyui

Tuesday, July 19, 2011

Gulp!

minggu ni aku ada course, hari2 ok.memang tak ada masa nak online.buat pulak "cikgu" dia orang Jepun, korang tau la punctualnya mereka.

Siap nak mintak masuk balik after lunch pukul 2.30 pun dia geleng confident, dengan soalan dia dekat tukang nak masuk lambat sikit tadi "your lunch time should be 1-2 rite?". So sah2 la kena masuk 2 sharp!balik pun ada pulak org bukan Japan la tapi Thai tanya "ur working hour fininsh at 5?". Tu maksd nak cakap "dah habis pukul 5 maka balik pukul 5 la,". padan muka.

So minggu ni kerja kena la kira sisik ikan la, ekor ikan la, hanyir dah aku rasa ni. Coll aku tu aku tengok dah macam Barbie doll dah dia buat ikan tu. Hahah. Ko mampu?

So one of my Japanese boss ni cakap lepas kitaorang cakap [aku sebenarnya yg mengadu penat, letih kat dia. dasar mengada kan?] "We salute u people can stand for hours everyday looking for all this small thing, Dr!". Dia cakap kat aku, "Now you know where we get the patience, huh?". Kan?Patutlah orang sana semangat dia tinggi aku rasa. Aku ni sikit dah merungut, siap pikir "takde mesin ke ko boleh letak sekor ikan ni, terus dia kira berapa tulang, sisik semua?". Hahah!

Borak punya borak dengan orang2 Jepun ni, sekali aku ditanya ," when are u planning to go to Japan for ur short course?". Gulp. Beriyalah pulak, aku apa pun tak pikir lagi ni, matik!

Buyui

Monday, July 18, 2011

when a stranger called

Di pagi sabtu yang hening dua hari lepas. Aku syiok tdo, [sila speku sendiri aku tdo lagi pukul berapa?heh!]

Si credit card service centre call, kalau org2 ni call korang tau la ape diaorang nak kan?mesti la nak offer macam2 la kan.

Aku yang mamai2 ni, angkat la even number tak kenal pun. sebab bila aku jauh dengan abah aku akan paranoid bila nombor tak kenal calling, especially number belah2 utara. mana lah nak tau anything bad happens. ada sekali telefon tgh drive nombor tak kenal belah2 utara, dan2 tu aku call balik, sekali wrong number.pfftt.. dan pernah jugak si montek call tengah2 malam kena marah dgn aku sebab aku terkejut. korang tau la kalau adik beradik call tgh2 malam ni , seriyes aku paranoid la. ish tak elok camni tau.

Ok berbalik pada citer tadi, so aku angkat, unfortunately kena pulak dengan nombor ni, so bla2 dia offer termasuk la pakej umrah la..cuti la..yang penting safety dari kena kacau dgn mana2 agent jualan di mana mengikut katanya selalu menganggu customer2 mcm aku ni. wah bunyi kau macam ko penyelamat dunia bernama action kamen sangat kan...?

Aku pun tadah je telinga dengar sebab tgh mamai kan?kalau aku sedar mmg kena tarbiyah dah dengan aku. Itu pun last2 kena gak tarbiyah dgn aku. hehe!

3 kali aku tanya "ni offer ni free kan?Tak de charge?free kan?Tak kena bayar kan?". Dan berkali tu jugaklah dia duk cakap "ye cik azliana, free of charge sebagai tanda penghargaan kami kepada anda," . Wah bunyi macam aku ni pemenang gores dan menang sangat.

Lepas tu 80% lagi aku berjaya masuk perangkap dia, sekali dia sebut.. "RM 599" . aku pun "apa?ulang balik apa yang RM599?". So dia cakap "Sbg service, kami bukan bussines ye cik azliana, ni sebagai penghargaan kepada cik, ni sebagai DUIT KEPADA SERVICE TADI,"

Celaka tak bunyinya?Tadi awal2 aku tanya 45 kali ko cakap tak ade charge, tetiba tang mana timbui pulak RM599 tu bangang?Sekali aku cakap la balik "Oh...mula2 tadi cakap tak ada kan...ni tetiba ada pulak, kalau kena bayar, SAYA TAK NAK LAH.." Amik kau. Mesti putus harapan dia. Sukalah kan aku nak ke tak nak. Tapi dalam hati ni aku bermunajat supaya tak cair dengan kata2 nista dia, ni jenis orang pandai cakap ni.

Sekali kotang tau dia cakap ape, "Astaghfirullah/Subhanallah/Ya rabbi/Ya Allah [aku tak pasti dia cakap yang mana satu sebab kerap sgt dia bercakap sejak 40 minit yang lalu sebagai kepala ayat, ee x gemo betol la aku org mcm ni!Tapi aku pasti ALHAMDULILLAH je dia tak sebut lagi], awaklah satu2nya orang yang tak nak , kenapa...???Awak nak ke agent selalu kacau awak?" Eceh. Kecewa sangatlah sebab aku tak nak kan?

So, aku pun cakap "Tak apa, biar la saya pelik dari orang, saya x kisah agent kacau saya,". LOL. Agent semua aku gurau je , jangan ambik seriyes apa aku cakap, aku nak tepis si sakai ni je.

Sampai ke sudah dia dok pujuk dan aku sampai ke sudah la cakap tak nak. Dia dah naik suara dengan aku dah masa ni , sekali aku cakap "Awak mana boleh marah saya , saya kan customer?". Tetiba kan?. Lepas tu dia cakap "Saya dah activate ni payment,". Lagilah bangang. Ko ingat aku ni bangang macam ko baru abes sekolah ke. Hergh.

Lepas tu dia dah putus asa [tak tahu ke hati aku kering?] terus letak telefon. Lah!Sentap kew??Ada aku kisah?

Elok je tadi istifar bagai bila dah marah salam , terima kasih pun dah tak reti kan.

Rupanya my boss pun pernah kena macam ni, boss aku lg best, sebab the caller tu dah bagi no phone semua kat my boss tu [tataulah nombor betol ke tak], so by boss text balik.

"Semoga berbahagia hidup anda dengan kerja menipu orang."

Mampu?

Buyui

kalau jadilah

well, i got one opportunity yesterday. To attend a short course in Japan. Terkinja lah aku kan sape x suka kan, free..

and now i have to think.. think.. think.. what is benda yang nak belajar dengan pihak sana. Ingat senang ke?Huish!Kalau pergi buta saja aku rasa sekarang ni aku dh dekat KLIA kot tinggal nak blah je. LOL.

My friend said "Oklah B, tak kan x nak pergi, b bukan ade komitmen lagi, masa nilah nak pergi,"

Yes. Sapa tak nak pergi, memang la aku nak pergi, rugi la lepas peluang kan. Even sekarang ni dari semalam aku dah pikir2 ape aku nk belajar kt sana. Eee.. bunyi mcm celaka je, mcm nak pergi buat Master padahal short course je pun. Kecoh!

Maybe la aku nak belajar bidang yang bangang aku pergi belajar main2 dulu sekarang dah terkial2 nak hegeh2 kena belajar balik iaitu Molecular Genetic. Oh shit!Tak sangka kena belajar , kerja sampai pencen nak hadap genetic balik. Kalau aku tau masa dulu baik aku apply tinggal sekali je dengan lecturer yang ajar genetic dulu. Tengok sekarang dah menyesal. Nangis.

Boss cakap "kalau jadi, pergilah January, snow festival,". Nangis lagi, sejuk winter Beijing dulu pun still trauma. Saya nak pergi time sakura, snow tak mau, Eh2!ngada pulak, orang suruh ko pergi bercuti ke bekerja.

edited:aku google dia ckp best je nak travel in january.heh!

Dan satu lagi aku lupa sebab terlebih terkinja semalam. Kan sana radiation tak abes lagi. Uwa.

Kena discuss balik dengan boss ni. Maybe nak pergi Japan pergi je duit sendiri. Tak payah gatai nak pergi atas tiket belajar tapi ko bukan belajar sangat pun, berjalan lebih.

Poyo.

p/s:ni semua tak confirm lagi eh. korang jangan ingat kompom aku boleh pergi dah . list2 fridge magnet pun belum boleh kirim lagi eh.

Buyui

Wednesday, July 13, 2011

what do you think?

Mungkin sudah menjadi hakikat hidup manusia. Perwatakkan seseorang mencerminkan keperibadian. Seperti yang kita tonton di tv, asal pelakon tu rupa macam sundel mesti nak berlakon watak jahat. Kalau kena berlakon muslimah sejati, abes klise watak sebagai wanita muslimah sejati. Peribadi klise wanita muslimah sejati korang nilai la sendiri.

Tapi kalau di alam realiti, betul ke perwatakkan mencerminkan peribadi seseorang itu? Orang yang pakai tudung, solat 5 waktu tak pernah bercakap walau perkataan "shit!" sekalipun bila tiba-tiba ada rempit mana hala cross di depan sampai dia kena break emergency?Betul ke kalau situasi macam ni dia akan beristifar sambil berkata "Astaghfirullah, ya allah selamatkanlah hidup rempit ni,". Betul ke?

Atau kalau perempuan itu bukan muslimah sejati sekalipun ada ke bila dia mengalami situasi yang sama dia akan cakap "Celakalah kau ni, dah lama hidup ke?!" . Betul ke dia tak pernah cakap macam muslimah sejati tu cakap? Ye ke?

Entah. Bagi aku , aku cakap je, asal aku nak maki aku hamunkan aje. Tindakan luar kawal. Dan aku mengaku, aku gelak kalau baca lawak "kotor" or aku sendiri yang akan buat lawak "kotor". Mungkin untuk mengisi masa lapang aku. Hahah!Bangang betul bunyinya. Macam aku ni gila tengok porn pulak di waktu senggang. LOL.

Lawak orang kahwin. Korang pernah dengar istilah tu?Orang kahwin selalu halau orang tak kahwin macam aku, konon aku tak boleh dengarlah lawak diaorang tu. Kadang-kadang aku curi dengar dan sambil buat muka bodoh konon2 tak paham dan dalam hati aku lalu berkata "Eleh akak ni, lawak ni aku dah dengar masa aku belajar lagi kot, korang gelak macam baru 1st time buat lawak. Lemau.". Konon tak nak bagi aku dengar, silap2 lawak tu aku cipta dulu lah wei.Haha!Eh. Entry ni bukan tujuan nak cakap aku jaguh lawak "kotor".

Tipulah kalau semua diri kita ni tak tergelak sikit pun, or tak cakap sikit pun,or tak carut sikitpun kan?Maybe la kalau kau alim sangat tak la kot korang gelak depan orang, maybe pergi tempat tersorok seperti tandas dan melepaskan gelak terbahak terkahak?Sapa tau. Tapi aku as normal human being aku gelak je. Sebab tu setiapkali aku jawab soalan PTD dulu or KPLI aku selalu gagal sebab dia tanya soalan "KADANGKALA anda ketawa mendengar lawak lucah". Aku jawab TIDAK. Sebab, aku SELALU tergelak bukan KADANGKALA dah. Jangan jadi macam aku. Buruk perangai.Tapi hati aku lapang. Tak sesak.

Tapi aku gurau "kotor" bila aku bersama orang yang aku selesa la. Apa ke gila aku nak bergurau macam tu dengan boss?Orang baru kenal or abah aku?Nak mati? Cuma aku maki hamun jugaklah kalau aku bengang tahap nak mati bila aku bercakap dengan abah. Cuma bukan maki hamun kat dia. Bagi dia dengar je ketidakpuasan hati aku ni.

Kalau aku dah biasa dengan kawan-kawan aku especially, lagilah kan. Memang main cakap lepas je. Aku pernah terkesima bila dapat ayat macam ni dari orang yang mungkin aku berasa terlalu selesa.

"Ko ni bercakap... kalah orang dah kahwin'"

Yes, kesilapan aku sendiri. Selalu cakap benda "kotor". Tengok kawan ko sendiri pun tak suka.

Maksudnya kepada sesapa yang benak di sini, kawan aku tu nak cakap aku ni melebih gurau kalah dia yang dah ada pengalaman la.

Aku ke tak elok, ke dia yang dah berubah?

Orang yang mulut berbau tak ketara sangat baunya kalau dia bukan bermulut "kotor".Tapi kalau mulut berbau wangi pun selalu cakap "kotor" terus kena cop dia ni peribadi tak elok.

Again, perwatakkan mencerminkan peribadi kan?

Korang rasa macam mana?

Buyui

sari berita pelik

Tadi aku saja je la google Ridiculous news around the world, saje je nak baca lepas tu nak geleng2 kepala dan gelak2 sendiri. Ye aku perasan ni bahawa aku manusia pelik kot?

Tapi , kalau aku tak google tak la korang tau kot cerita2 ni unless kalau korang sama2 pelik macam aku. Taklah korang tau cerita pasal Seorang farmer umur 53 tahun ni, lelaki tulen ye bukan hakak2 or hadek2 ada breast sama besar macam Pamela Anderson, ok kecik sikit kot dari Pamela, tapi pakcik ni taklah pergi makan ubat ke, termakan racun ke [ikut kata dialah] atau keturunan genetik memang dah sedia besar ke. Dia cakap sedar2 sejak dia umur 10 tahun benda alah tu tumbuh sendiri. Doktor pun dah cek bagai and cakap benda tu bukan cancer ke atau mendatangkan mudarat. Doktor cakap kat pakcik tu "terimalah anugerah ini dengan hati yang redha". Ok ni aku menambah. Pakcik ni komplen la sebab susah la dia kan petani dengan benda alah tu payah bagi dia nak buat kerja2 berat [ye ke?aku tgk petani perempuan rilek je?] dan tak sanggup lagi nak terima cacian dan godaan dari masayarakat keliling. Korang bacalah ni untuk keterangan lanjut ok?

Yang aku nak cerita kat korang ni hasil dari googling tadi aku pun nampak la list ni, mula2 macam tak menarik je aku tengok, tapi baca balik macam lawak lak..ada la a few of la macam pelik..pasal undang2 pelik kat negara2 lain , ok sila pilih mana korang suka ok?

1. It is illegal to die in the Houses of Parliament, London

-ni masalah la ni , mana kita nak tahu mati bila. Kalau jenis mati mengejut tu apa cerita?


2. Flushing the toilet after 10 pm where the person lives in an apartment is illegal in Switzerland

-ni pun masalah, kalau sakit perut pukul 3 pagi sebab salah makan kat kenduri kahwin siang tadi, tak ke bersembur kat katil?sapa nak jawab?


3. In United Kingdom, a pregnant woman can legally urinate anywhere she wants, including if she requests, in a policeman's hat

-ni syok sebab boleh cakap "KO KENCING AKU!!" , dan boleh la kita jawab "Ye, aku KENCING ko, so what?" :p


4. In Alabama, it is illegal for a driver to be blindfolded while driving a vehicle

-ini aku tatau la ape la relatenya. Anim cakap nak elak dari dirogol ke , dirompak kot.Entah.


5.Women in Vermont, USA must obtain written permission from their husbands to wear false teeth

-Bagus amalan ni ye, maksudnya nak buat apa2 kena mintak izin suami dulu kan. Tapi aku fikir kalau ada suami yang tak bagi sanggup ke tengok bini tak ada gigi?


6. A male doctor in Bahrain can only examine the genital of a woman in the reflection of a mirror

-kenapa la nak susah payah?Ni ada kena mengena dengan hukum agama ke?Tak paham.


7. It was illegal to get internet access in Burma

-aku ada kenal orang Burma ni, memang ada je aku email diaorg, maybe sebab dia kerja goverment sana, so apa2 hal kena ada internet acess kot, tapi ada one time tu memang internet connection diaorg tak ada terus. Sian kan?Susah nak berhubung dengan dunia luar macam tu.


8. Chewing gum is illegal in Singapore

-ini memang kita dah sedia maklum, bukan takat chewing gum ye, kat sana ingat ko jangan lepak lama dalam MRT melebihi sejam. Jangan nak feeling ko naik dari KJ-Gombak lepas tu patah balik KJ dengan senang hati ye.Satu lagi ko tak boleh lepak2 tepi jalan, i mean bersila suka hati ye, ingat tu.Haha!


9.In Scotland, if someone knocks on your door and requires the use of your toilet, you must let them enter

-Ini mesti kes gov dia tak nak buat banyak publis toilet. Suka hati ketuk pintu rumah orang "Nak tumpang toilet, makan , tidur boleh makcik?".


10. Single women can't parachute on Sundays in Florida

-Sunday adalah hari jangan parachuting untuk single women ye. So menyundal bolong boleh?

Sumber aku amik di sini

Buyui

Tuesday, July 12, 2011

sapa tak nak jadi CEO?

MM YM aku tadi. Dia bersedih. Merungut pasal bossnya yang sucks.Maka terpacullah topik ini.


MM : my boss sucks

Aku : Biasa la boss mana tak sucks . Semua sucks.
[Baik la macam mana pun org bawah ko ttp akan cakap boss ko sucks kan?Ada je tak puas hati]

MM : Unless i am the boss.

Aku : Nanti u jadi boss orang bawah u pulak cakap u sucks.

MM : "i will sucks all my employees ".Eh?

Aku : Kalau i jadi CEO i nak amik employees yang hot2 je. Yum2.

MM: i asked BPM yesterday kalau CEO gaji dia berapa? He said depends.Kalau kat German or Europe boleh la cecah 1 mill per year.

[minah ni tanya husband dia macam baru kenal dunia je. CEO mesti la gaji banyak.]

Aku : Kalau macam tu, kalau kita jual kain batik kat German consider kita ni CEO la kan?How about jual char keau tiau kat Europe?CEO la kan?

*perbualan ini telah diedit. Kalau tak pening korang nak baca.

Buyui

Monday, July 11, 2011

Membazir itu membawa kebaikkan :))

Tiket bas untuk raya dah keluar. Cepat sungguh bukan?Orang ganti puasa pun tak abes lagi tiket dah mula jual sama laju dengan orang hantar upah jahit baju raya.

Aku saja gatai tanya pakcik tiket masa otw nak balik ke "Texas" last week. Alang2 dah ada aku beli la tiket "Texas-San Pransisco " ni dulu . Nak beli pergi balik tak cukup duit la pulak. Ye aku jenis sanggup ulang ATM 10 kali dari ambik segumpal duit gaji yang nanti abes tanpa disedari. Not good for health la!

Disebabkan aku tak beli tiket lagi for baliknya, niat di hati arini nak la pergi ke bandar dan membelinya. Panas nak mampos pulak "Texas" harini. So dalam sejuk dingin air cond ni aku bukak je Air Asia. Heh.Dan aku purchase online tiket. Nice. Dari tak nak beli tiket panas2 sanggup je aku beli online yang duper trouble double harganya nak banding dengan tiket bas yang tak sampai RM 100 sehala. Sekali lagi, not good for your health. Pembaziran telah berlaku sebelum raya menjelang?Ini tidak bagus!

Tapi ok la kan dari aku kebas juboq bak kata Anim tadi kalau duduk dalam bas. -kata menyedapkan hati.

Abah as usual bising la sebab aku membazir. Dan aku memberi alasan "tak kuasa la nak drive semata2 nak pergi beli tiket sekeping tu je,".:P

Cet seribu alasan punya budak.

Pengajaran :Korang jangan malas macam aku, kepada pengusaha bas2 aku rasa sudah sampai masanya korang buat online ticket. Eh cop!Ke aku yang tatau?

KTM pun dah ada ticket online tau. Bagus kan?


Buyui

Sunday, July 10, 2011

masalah bahasa kembali lagi.

That day aku singgah la nak mentekedarah Mekdi. Iye bukan kalau Mekdi [yang aku ni tak fastfood seberapa mana] pun aku pasti jua mentekedarah maka sila buat imaginasi sendiri kalau aku makan nasi lemak ayam berempah. Horror rupenya kan?Maka sila jangan berharap aku nak cakap aku order ape kat Mekdi itu hari.

Tapi dalam tak nak cakap aku order apa, aku hanya akan bagitahu korang selain dari GCB yang sudah kembali ke pagkal jalan, satu lagi Mc shaker Fries dan dimulai dengan perasa BBQ, berkunjung ke Mekdi lagi. Maybe this week giliran perasa cheese yang membuatkan kita terasa seperti makan Super Ring , [sila alunkan lagu tema Super Ring iaitu "Super Ring riang Super Ring lazat.."] aku akan pergi lagi. Berlagak. Super Ring murah tu tak nak makan, Mc Shaker perasa cheese jugak yang menjadi pilihan. Dasar remaja zaman sekarang aku ni. Eh?Remajalah sangat.How i wish boleh jadi dewasa, bila agaknya. LOL.

***Iklan : Motif entry ini hanya korang boleh kecapi di perenggan ini iaitu perenggan ketiga. Sangatlah merepek dua perenggan baru sekarang nak cakap isu duduk perkara entry ni. Tak buang masa orang boleh tak?Heh.

Begini, aku masa nak order tu tak nak la mintak one set , aku nak ala carte je then nak add Mc Shaker fries tu. So aku cakap la kat budak tu. Then dia ada la explain dekat aku DALAM BAHASA MALAYSIA tapi penuh berascent tempatan ye, lepas tu aku membuat bunyi "Ha?!" sebanyak 3 kali dan dia pun gigih explain sebanyak 3 kali jua. Mungkin dalam hati dia cakap "Hoih pompuan ni tak paham ke aku cakap , ke pekak?".

Seperti manusia typical yang lain, yang tidak mahu menunjuk ko bengap sangat atau lembap sangat tak paham-paham orang bagi penerangan, aku hanya mengangguk aje dengan apa budak kaunter tu terangkan. Macam burung tekukur bukan tekuak.

Rupanya bila aku dah kena bayar dan dapat apa yang aku order ikut frasa dia nyatakan tadi, aku membuat kesimpulan dia cakap "Kalau nak order ala carte kena tambah seringgit untuk perasa mc shaker bbq ni,". Oh mudah je. Tapi kenapa aku tak paham-paham?

Nak cakap aku tak paham Bahasa Melayu, memang tak lah kan..?Oh. Kelemahan diri aku ini perlu diperbaiki supaya dapat order benda yang menjadi pilihan hati dengan jayanya di kemudian hari. Aku tak mahu kes lampu kelip-kelip terjadi lagi.

Baik aku tulis je kot lepas ni kalau masalah bahasa ini semakin meruncing.

Buyui

Hati tu kasi bersih barulah betul

Orang sibuk-sibuk la Tweet [berduyun la timeline aku ni] , FB pn ada gak pasal bersih ape aku tatau tgk akal sama je tak bersih mana pun semalam.

So apa aku buat semalam?

1. Marathon Kardashian sebab aku memang tak la nak join larian marathon.

2. Makan chipsmore montek tinggalkan aritu. Emm tak masuk angin pun sebab letak dalam peti ais.

3. Sambil cek timeline.

4. Cukup time pukul 8 pm bukak Buletin Utama .

Kan ke baru dipanggil rakyat yang bijak?Kenapa perlu nak kumpul ramai2 berlengas sana sini, bising semua. Kalau aku kalau boleh parking kereta pun betul2 nak depan kedai kalau boleh. Tak caya?Ok kita tunggu someone akan komen pasal hal parking2 ni.Heh!

Duduk rumah kan ke bagus weekend2 ni. Apa ke "bijak" sangat?

Buyui

kenapa aku suka main angry bird


Aku jenis tak boleh tengok orang buat something sampai jadi trend. Nak jugak ikut. Kalau tak mampu aku akan usaha celah bedah yang lain sampai aku pon boleh setrend dengan diaorg. Sang senang terpengaruh dengan rakan sebaya rupanya aku. Heh!

Aku bagi contoh la ye senang sikit korang nak paham.

Contoh : Angry bird game

Boleh main celah : org ada ipad , nokia [sebab aku tau dari RJ] and ipong [boleh ek?]

Tapi aku tak mampu nak ada gajet2 tersebut.

Maka, aku usahakan celah bedah yang lain.

Seperti : main pakai chrome [sila salahkan RJ kerana dia la berhiya text aku cakap "anda!angry bird dah boleh main pakai chrome!senang sikit nak tarik lastik dia"].

Ingat senang ke nak main angry bird ni. Begitu menguji kesabaran. Aku ni tak suka mancing sebab boring kena sabar menanti, last2 terpengaruh dengan angry bird ni lagilah haru macam nak hempuk je pc bila tak dapat lastik sang babi. babik punya babi.hergh!

Damn.

Tapi tengah2 dok melastik tu aku boleh pikir lagi hikmah2 di sebalik bermain angry bird ini:

1. uji kesabaran kau.of cos. ni paling penting.

2. dia memperkukuhkan skill maki hamun ko.

3. dia menambahkan sikap gigih berusaha.

4. menambahkan skill lastik ko , so lepas ni kot2 diperlukan di medan perang, team lastik, "i am coming to youu!!"

Jadi sapa dah cuba?betul kan ape aku cakap ni. kalau sapa belum cuba , boleh la cuba. Kalau tak mampu nak main pakai ipad segala macam aku ,boleh cuba kaedah macam aku.

Dah settle angry bird baru boleh lastik cicak kat rumah.

Buyui

Thursday, July 7, 2011

kisah zaman aku dulu

Aku nak cerita pasal kisah aku dulu masa zaman aku sekolah : [ye aku suka citer pasal zaman dulu maybe sebagai pedoman kot dan patutlah aku suka jugak tgk cerita ulang2 kalau cerita tu menyentuh sanubariku ini, eceh]

1.Cerita pasal banggali roti

Aku tatau dengan korang ada pernah rasa tak zaman banggali roti datang naik moto pet pet pet [itu bunyi hon moto dia] malam2 dalam pukul 8-10 pm jual roti la of cos takkan la jual benda lain pulak?Yang ada jual roti inti kelapa / kacang merah yang 30 sen satu, roti krim [kalau org tempat aku panggil] rega dalam 50 sen tu. Kalau yang duduk rumah flet tu malas nak turun bawak turun bakul/raga ikat dgn tali letak duit siap2 dalam tu nanti banggali tu datang ltk roti ape nak. Memori betol la!

Kat tempat aku dulu, petang2 Ghani roti tu datang petang2 pon ada. Aku selalu beli jajan yang ade tikam tu, nanti dpt sticker lekat. Gigih gila aku beli jajan tu hari2 semata2 nak menang Brick Game, tapi mesti last2 tak cukup one piece. Pfftt.

Aku heran kenapa panggil banggali roti. Yang jual tu pun bukan banggali.

Roti banggali cicah kari ikan adalah marbeles!


2.Kisah apek jual ikan

Ni pun ada zaman aku. Sekarang ak tak tahu still ada ke tak lagi. Tapi dekat kampung aku "San Prancisco" tu ada lagi, tapi pakai van. Kat "Texas" pun aku pernah nampak. KL maybe kalau tgh2 metropolitan tu takde dah semua nyer hala ke Tesco/Carrefour/Giant dah.

Arwah mak aku dulu bayar pakai bulan. So pakcik van tu memang datang hari2 ke rumah so cukup bulan baru bayar semua barang. Sekarang ni ada lagi ke. Aku rasa silap2 cukup bulan lari sebab tak nak bayar. Hmm.

3.Kisah aiskrim potong

Tempat aku panggil aiskrim potong. Tempat korang? Ada apek jual aiskrim naik basikal [sekarang ade dah naik lori kot?] so dia akan jual aisrim tu dengan biskut kon tu kan?Uisk!Dulu sekupang je. Sekarang ni berapa?Aku tatau sebab takkan la lori aiskrim tu datang jual aku nak berkejar sama budak2 lain kot?

4.Fastfood

Bukan aku nak cakap fastfood zaman aku dulu tak ada. Ada je zaman aku dulu, tapi parents aku nak bawak keluar makan cukup la punya payah. Nak kata mahal sangat aku pun tatau lah. Maybe la sebab yang nak makan tu bukan semulut , berapa ramai rakyat nak makan, kalau seorang makan pon dekat 14 hengget kalau yang pergi tu 5 mulut?tak ke dekat 100?Eh. Betul ke aku kira ni?Maybe la sebab tu kot parents aku tak bawak aku makan kehepsi ke , mc donald ke , pizza hut dsb.

Nak cerita dengan korang, aku belajar makan mcd tu masa umo aku darjah 6 tau. Maybe la masa tu mcd kat Tepen tu baru bukak, aku bukan membesar dekat KL, tp lg sedih Pizza Hut aku belaja makan masa aku dekat asasi!Lagilah sedih. Punyalah sampai macam tu sekali. Tapi hidup sihat tak la kemana sihat jugak. Nan ado.

Soalan aku :Kalau anak2 sekarang?Hmm.

Sumber : Idea dijanakan ketika sibuk YM dengan Mek Cher semalam.



Buyui

Wednesday, July 6, 2011

doa ibu dan ayah

Ada satu hari tu, ada la sorang hamba Allah ni bercerita,

"Arwah mak saya dulu dari kecik lagi setiap kali saya nak exam, setiap paper dia akan sembahyang hajat untuk saya, bagi permudah saya jawab. Patutlah bila saya rasa susah je soalan tu ,suddenly rasa tenang je nak jawab," lebih kurang la dia cakap camtu.Aku pun tak ingat ayat betul2 dia.

Lepas tu dia tambah lagi.

"Even masa saya kat U , SAYA POS SEMUA JADUAL EXAM SAYA, arwah mak akan tampal belakang pintu so bila lepas dia solat dia akan nampak dan dia akan sembahyang hajat,"

Dalam hati aku terpikir, "No wonder kau best student,"

Berkat doa ibu kan?

Then orang lain pulak menambah.Ini cerita lain la tak berkait dengan cerita di atas.

"Selalunya mulut ibu masin untuk benda-benda tak baik, mulut ayah pulak masin untuk benda-benda elok untuk anak2"

Aku pun ada dengar pasal tu.

So abah, silalah cakap hari2 macam zikir ye, "anak aku ni dapat ni kawin orang kaya,".Titik.

LOL

Buyui

Sunday, July 3, 2011

Masalah bahasa dan musim nak raya, apakah relevannya?

Wah tajuk nak hebat je bunyi mcm nak debat.kannn??

Ceritanya begini, kalau kita berada di bukan tanah air sendiri, in my case in "Texas" (from now on I have to put " " nanti org igt aku betul2 duduk Texas, US lepas tu mintak tlg belikan kasut cowboy original mampos mana nak carik?), of cos la bahasa dia, or can I say assent, lain kan.Macam org tu cakap bahasa burung, aku ckp bahasa babi bunyik annoyying bila level angry bird mencecah ke high level.geddit?*gedik.faham.sila lempang.

Senang ckp bunyik lain, ko ckp lain org tu ckp lain.susah sangat ke nak faham?

Dia mcm ni, aku nak tanya "dik, kalau lampu mcm ni (sambil gigih aku tunjuk lampu kt kedai atas kepala dia, pendarfluor tu lah) dia KELIP-KELIP maknanya lampu ke rosak ke starter dia rosak?"-kali ini sila buat tona nada TV Pendidikan, pendidikan moral tahun 6 nilai murni, berbudi bahasa.

Ko tau apa dia faham?

Lampu kelip2 nak raya tu!

Baiklah.Mungkin sejak dua menjak ramai kot datang beli lampu lip lap sempena nak raya LAGI DUA BULAN TU.

Kasihan aku.

Buyui
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SMS ON LOVE dan hantarkan ke 32***

Pagi ni aku baca satu status kawan aku. Actually kawanlah kot sebab dia approve request aku dalam FB. ngahahah!aku kenal pun sebab dia o.p. adik aku haritu. Entah dia ingat ke tak aku lantak la. Kadang2 status dia lawak2 jugak.

So status dia harini dia cerita kawan dia bertemu jodoh dari Sabah. Macam mana boleh bertemu jodoh?Ha...part ni aku gelak. Kenapa aku gelak?Aku gelak sebab kawan dia tu bertemu jodoh melalui "Taip ON LOVE dn hantarkan ke 32*** " Sounds familiar huh?

Kan..??

Ala iklan kalau kita tengok tv3 panggung sabtu tu selalu ada. Takpun kalau ko tengok ulangan cerita puteri/kisah kaisara pukul 4 petang. Eh!Macam mana aku tau ni?Ala tak pun selalu je ada iklan2 macam ni kalau ko bukak TV rasmi kat Malaysia ni.

Selama ni aku ingat benda tu tipu. Yelah main iklan je kan. Pastu kalau manusia bangang pergi call pun maybe budak2 sekolah baru dapat handphone or curi handphone mak dia pakai kan?Sekali ambik kau betul2 punya kejadian..ini bukan cobaan.Hahahah!

Lepas ni kawan kepada kawan aku kat FB ni bolehlah jadi duta untuk iklan tu kan. Dengan tema "Lihat kami..ada jodoh kan...?" *sila buat tona nada seperti iklan Tummy Trim. Heh!

Ha lupa nak cakap, modal kawan kepada kawan aku kat FB ni sebanyak RM250 je. Bukan la sekali tembak call menjadi ye.

Bunyi kompang.

Buyui

Saturday, July 2, 2011

Lazy

Kalau tiba weekend tak kiralah mana aku berada memang aku malas nak bukak lappy online. Tak macam zaman dulu. Faktor usia kot. Suka sangat duduk depan tv tengok berejam [sampai hantu Chandramukhi pun aku layan. Sapa kata takut nak mampuih?tipu sangat]. Mungkin sebab faktor usia?ohh no!!

Naseb ada bb, so boleh online google pasal project lynas bila S share status lepas tu aku komen tak paham. Takpun, tetiba nak tido or tak boleh nak lelap idea datang terus klik entry baru. Kalau berhari pun takde entry tu maksudnya aku tak ade idea la tu. Thanx to the technology. Hahah. Aku tau jelik bunyinya. Ada aku kisah?

Inipun sama la malas nak buat apa2. Nak tidur lepas tengok Chandramukhi tu dah lepas Asar, Nina tak bagi tidue lepas Asar nanti gila dia cakap. Maghrib lagilah tak boleh tidur. So nak tak nak online la. Main game. Sambil nyanyi2 lagu Bruno Mars.

"Today i don't feel like doing anything. I just wanna lay in my bed."

Indah.

Buyui