Wednesday, December 26, 2012
My December
Thursday, May 3, 2012
Rosak dan konsepnya
Tuesday, February 21, 2012
Nak ke tak nak? Ni bukan kempen anti merokok
Thursday, December 22, 2011
review : Tabu by Shaz Johar
Oh ya Tabu ni pun ada fanclub dia dekat Facebook. Search je TABU , KOUGAR pun ada fanclub dia dekat Facebook. Aku tak join pun, sebab aku tak nak baca dialog2 dia sebelum aku beli. Nanti tak feel nak baca. And aku tak add jugak lepas baca sebab semak akaun FB aku je aku rasa. Hahaha!
Saturday, November 5, 2011
Sebab hati atau nafsu?
Wednesday, October 26, 2011
menurun aku lewtew

Tuesday, October 25, 2011
siyes ni tak tipu
Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa. Siasatan polis mendapati, sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan
Pada 29 September lalu, muka depan Harian Metro mendedahkan penemuan koleksi surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki berkulit putih kacak dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
Rupanya warga Nigeria ini pakar dalam sindiket penipuan setelah berlatih di sekolah menipu di negara mereka sebelum dihantar ke negara tertentu untuk memperdayakan mangsa terutama wanita. Sudah ramai wanita terpedaya menjadi mangsa mereka dan terjebak dalam pengedaran dadah.
Petikan dari Harian metro
Siasatan polis di peringkat antarabangsa mendapati ada lebih 10 sekolah melatih penipu diwujudkan di negara itu sejak awal 1990-an bagi memastikan kebolehan menipu mereka mampu diwarisi mengikut peredaran zaman dan sukar ditumpaskan.
Kewujudan sekolah menipu itu didedahkan Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, SUPT Victor Sanjos berdasarkan siasatan pihaknya selepas mendapati ramai warga negara ini diperdaya warga Nigeria sejak beberapa tahun lalu. Beliau berkata, sekolah itu hanya menetapkan satu syarat iaitu pelatih hanya perlu tahu berkomunikasi dengan menggunakan komputer dan Internet.
“Semua bentuk latihan dibahagi mengikut jenis penipuan termasuk penipuan popular yang dikatakan mampu mengaut keuntungan tinggi seperti penipuan Internet, Black Money dan penyamaran pegawai polis,”
Victor berkata, ada sebahagian ‘pelatih’ sekolah menipu itu berjaya menguasai kemahiran disediakan akan dihantar ke negara yang dijadikan sasaran untuk mempraktikkan kemahiran yang diajar.
“Mereka inilah yang akan menjadikan wanita tempatan di negara kita sebagai kekasih sebelum diperangkap sebagai mangsa penipuan sama ada dalam aktiviti jenayah siber atau pengedaran dadah,” katanya.
Menurutnya, sekolah menipu itu juga dipercayai menyediakan latihan praktikal kepada pelajarnya mengenai kaedah penipuan Black Money.
“Kaedahnya mudah iaitu bahan kimia khas digunakan untuk mengembalikan keadaan asal wang kertas yang disaluti warna hitam dan Black Money diperkenalkan negara Barat bertujuan menghantar wang ke negara mundur tanpa disedari musuh.
“Malangnya, kaedah yang sama dimanipulasikan sindiket berkenaan untuk menjual bahan kimia khas berkenaan kepada mangsa pada harga yang tinggi,” katanya.
Beliau berkata, kewujudan sekolah menipu itu terbukti memberi impak besar dalam penularan kegiatan jenayah lelaki Nigeria apabila siasatan polis di beberapa negara mendapati suspek yang ditahan mengesahkan mereka adalah ‘lulusan’ sekolah itu.
p/s: hati hati para wanita di luar sana
Tuesday, October 11, 2011
My very first entry

Sunday, January 23, 2011
pesanan untuk diri sendiri supaya x jadi blog sampah
then zaman sekarang, x main dah tulis2 diari mcm tu, semua nak curah rasa dalam blog, siap sape ada buat vlog lg sekarang ni, semua nak pukul canang curah rasa happy bahagia kepada org yang kenal/x kenal kita kan?
then sape yang rajin mcm2 gampang korg sumbat dalam blog mcm rasa lalang belakang rumah sebulan x potong!silap2 ada ular kan?
tapi...bila ditegur "semaklah blog ko" "ape kaler mcm ni sakit mata aku dowh" "ko ni ape merepek ni?meroyan ke?" then mesti kita melenting including me, then cakap "blog aku , suka ati aku lah"kan????
but one of my friend remind me something, "sampai bila u nk blogging?umo 50, 60?then masa tu nak citer pasal ape?" ye x tak ye kan?nanti tua ganyut nak lagi ke blogging hah?nak lagi ke tua2 masa tu keje nak ngata org?nak lg ke masa tu nak tayang harta, rumah ade ape, tv baru beli?ye lah kot masa tu kaya dah kot sebab dah jd femes blogger la katakan...berpuluh thn blogging ni..x kan x femes lg kotttt???
then ai decide la sekali sekala nak jugak la memblog ni dalam cara isi yang berisi..bukan content kosong, yang paling haru content sampah ye...tak ape lah...x de income pon sebab x femes sebab x de org masuk baca pon , yang penting ai x la lapar duit sampai paksa org drop komen, jadik follower, paling best "TOLONG, TOLONGLAHHHH KLIK KT IKLAN NI..TOLONGLAHHH" ok korang sangkak kowt...suka korang la, tapi ai nak ingatkan diri ai sendiri try not to be blogger lapar duit and try make my contents not as rubbish for future, tapi x la mcm ilmiah spi dah boleh refer as bahan bacaan ilmiah pulak, haru tu!
sorry to sape terasa, pahit kan nak telan keji org ramai, tp kita mestilah nak jadi insan yang sempurna kan..kot ye tamak...jangan la spi org nampak..karang kena bayar cukai nak?hahahaha!
Buyui







