Wednesday, December 26, 2012

My December

Janji Ditepati kini masa balas budi . Macam aku cakap kat entry nak hujung bulan baru aku nk up entry kan?? hahah.

Ini pun uols aku naik2 kerja dari cuti ni bertimpa- timpa benda aku nak kena siapkan ni . Hoih kalah la PM aku punya sibuk ni. Tapi sebab pening aku nak reka ayat buat surat rasmi (dah la surat rasmi dalm BI plak tu... sedangkan dalam BM pn berpeluh aku nak kena buat) so aku stop kejap karang blog lagi bagus. Hahah. 

Makanya aku hidangkan korang ape aje aku buat sepanjang Dec 2012 ni. 

Aku tak tipu memang aku bz gila start dari lepas Aidilfitri lagi, dengan outstation segala lagi report lagi, biasa la kerja kan... even stres sampai tahap rasa nak buanuh orang (ko mampu??) tapi ku gagahkan juga. Maybe penyakit gila kerja boss aku dah berjangkit and maybe jugak dari balik umah aku keje tak hadap dinding aku hadap tv so baik aku buat kerja kan??!!

Sampai satu tahap aku rasa tak boleh blah wei kerja ni, aku perlukan rehat.... memang dalam otak aku ni... dah pikir2 dah bila kala aku nak cuti, even kejap kena jugak amik cuti, release tension and release mental otak aku ni yang semakin mental kena hadap orang- orang mental . IKLAN: belilah mental si Jejaka Anggun tu memang mental abes. (dan lagi tu iklan, hahaha!)

I NEED A VACATION !!! githeww la hati aku menjerit. kan???


Sebelum aku berjaya meloloskan diri dari kerja last week (orang sibuk cuti krismas aku pun sama gedik... mcm aku sambut pun), kebetulan adik aku call ajak ke Kuantan on weekend. Aku apa lagi memang lama nk relax kan.. semalam pun jadilah... makanya ke Kuantan la kita...



Even just a short and simple holiday pun bagi aku dah cukup dah . Then back to my routine bz segala dengan outstation la,nak buat paper la, nak buat report la (sampai ke la ni tak siap2 lagi weiii) , mana lagi nak kena pergi seminar tok nenek jadah lagi, tapi aku harung la sebab memang abes tu aku nak cuti balik San Prancisco, lama kot aku tak balik jumpa mak pak wei.. fedulik ah!

So, balik kampung la kita ye...

Dah balik boleh pulak lagi ad hoc short weekend gateway lagi bapak aku pun.... hehe... aku memang suka ad hoc2 ni... soo... ke Tepen la kita ye.. Tanah kelahiranku. I love u so much Tepen!! Sampai aku cakap kat bapak aku "bila pencen yong nak duduk Tepen, mahal tak rumah sini"?" Githew... cakap macam baru jumpa emas dalam gua lagaknya. 

Maybe kalau korang tengok pada pic ni there's nothing much about Tepen, tapi.. for me it's everyhing! Boleh aku tengok apek pakai suar pendek naik beskal cm kita dulu g ngaji quran punya beskal kayuh kat area tasik tu then dia lambai2 kawan2 apek tua cam dia gak then dah penat dia duduk kat kerusi hadap tasik tu kejap aku boleh senyum sendiri. Ko mampu?

Ok, no 1 tujuan dia aku ke Tepen sebab makan (as usual la ad hoc bapak aku ajak tempat aku la cadang, lepas tu aku buat la aciter sedeh, sejak aku kuar Tepen dari tahun 97 dulu aku x penah rasa mee udang kola sepetang tu, hahahahha!). p/s: end up aku x makan mee pun sebab lapar benar so mee tak mampu menampung kelaparan perutku , haha.




Selingan : masa otw nak balik aritu boleh pulak secara unplanned  aku jumpa dengan si Faryn setelah beberapa kali plan nak jumpa tak pernah nya jadik. Faryn ni kira seumur hayat aku yang 18 tahun ni la kan tak pernah la buat blind date gini. Hahaha. Maunya betul dia ni manager social escort memang tak balik Penang dah aku rasanya silap2 dia jual aku p Nepal. LOL.

Yang syoknya dua orang manusia rabun melampau yang tak penah jumpa and tak pulak janji "u pakai la bunga selit kat poket kiri baju merah taww , i pulak selit bunga kaler kuning kat telinga baju pink" kompiden macam kenal. Aku hanya bagi panduan kat Faryn dengan ayat gini je "aku duduk bersila kat celah femes emes tengah buat wordseacrh". Hahahha . Lepas tu baru jumpa macam dah kenal 10 tahun ni, sekali Faryn tegur "ko tak nak salam aku ke?" . Hahaha . Dasar ko ni Buyui. dasar.

Dah nak balik aku pulak gedik.. "ko x nak amik gambar aku ke buat msk blog?". Offer diri sendiri . Hhaha. Naseb la Faryn, kalau blind date tu nak buat carik jodoh kompem kena reject. 

Maka inilah hasilnya.



Makanya Dec 2012 cum end of 2012 is the best for me . Stres released. Yey!

Buyui

1 comment:

FARYN said...

lenkali kena bentang carpet merah..ekekeke