Sunday, May 27, 2012

Colombo

Kalau ikutkan plan malam ni berangkat lah aku ke Colombo.

Iye. Comlombo, ceruk mana mula2 aku tak tahu and google cakap kat Sri Lanka rupe eh!! Pitam. Mak baru verangan kat Miami ke (tu Colombia vangang! hahaha), London. Paris, New York! Kan...

So aku pergi ni bukan nak berjimba. Pernah dulu aku cakap dalam hati lepas tengok Amazing Race Asia dia buat kat Colombo ni la rasanya . Taxi driver dia hazab sampai peserta tu curse dia , memang hazab tu aku cakap "Sri Lanka la tempat yang paling aku rasa tak nak pergi, never!". Sekali amik ko kena gak pergi. Tapi disebabkan atas urusan rasmi kita hadap je lah ye sebab kalau saje2 nak pergi memang tak la aku nak pergi unless kot lepas ni aku dah sampai tempatnya indah ya rabbi maybe aku pertimbangkan.

Tips : Ok, untuk sesapa yang merasa nak pergi ke Sri Lanka perlu diingatkan ye, dia kena apply visa and visa dia berharga 20 USD. Visa dia boleh apply online and dalam 24 jam dah approve. Hahaha. Senang gila dah tu apehal ko payah nak buat visa aku pun tak tahu. Maybe nak duit kot. 

Ini aku baru la bersenang - lenang dari last week nak prepare ape yang patut untuk meeting kat sana. Lahai meeting dua hari je pun itupun hazab nak prepare. Nama pun keje kan bukan pergi bercuti.

Ok tu update pendek dari aku. Bye.

Buyui

Monday, May 21, 2012

Ibu bapa masa kini dan cabarannya

Salam sejahtera,

Bila dah menginjak usia semakin remaja ni, maka memang ramai la kawan- kawan sebaya dengan aku yang dah beranak - pinak. Ada yang anak dah masuk tadika or even sekolah rendah. Maka selaras dengan teknologi canggih masa kini yakni bertebaran media sosial di sana sini  (amaran: korang memang baca blog aku dan aku bukan tengah buat iklan or masuk contest mari mengarang) maka berlambak- lambak la muka anak masing- masing bersiaran di wall serata maya. Ewah!!

Aku bukan nak cerita pasal keseronokkan parents zaman kini tepek muka anak masing- masing. Aku nak cakap pasla kekaguman aku pada parents nowadays. Seriyes ni bukan sarcatism. Ni betul- betul aku kagum. *nampak sangat selama ni ko sarcastic.

Kalau korang tak perasan maybe korang bz dengan hal anak- anak, meh aku ni orang yang banyakkk masa sebab tak perlu nak layan kerenah anak- anak di perhatikan korang parents zaman kini. Bukan aku nak cakap parents dulu- dulu yakni parents di zaman aku kecik- kecik dulu tak bagus, ada bagusnya .Kalau tak , tak ada la kita boleh berada di tahap kita berada sekarang bukan? Tapi dari segi membimbing anak- anak ni, yang paling aku nampak paling ketara sekali dalam kegigihan ibu bapa masa kini dalam memastikan keselamatan anak- anak mereka. Ibu bapa (mana satu lah ye) sanggup pukul 1 tgh hari meredah jem banat pergi amik anak dari sekolah, bagi makan (ini aku betul nampak semalam, ibu bawak anak dia still in the school uniform pergi makan , don't ask masa tu pukul berapa and don't ask what am I doing there) and lepas tu bawak pulak anak dia pergi kelas KAFA semua. And it happens everyday kan? Mungkin pada sang ibu tadi hari tu je , sebab bapak dia sepatutnya amik anak dia kena kursus pulak so tugas dia la ganti bapak dia amik anak dia tu. Tapi still.... mak/bapak dia hari- hari amik antar anak dia balik sekolah. Wow! Kalau aku dulu, mula aku darjah 1 lagi aku dah kenal ape tu BAS SEKOLAH, KENA TINGGAL BAS AND BAS ROSAK. Ada jugak kawan- kawan aku dulu mak dia suruh pergi sekolah jalan kaki or naik basikal. Sampai 5km pun ada. Yes , zaman dulu tak ada pervert, phedo or even penculik gila. Mungkin sebab parents sekarang risau dengan keselamatan anak- anak. 

Kawan aku pernah berkata  "Bagusnya parents sekarang, TAPI anak- anak tak belajar berdikari".

Yes, itu pun satu hal. Setiap benda ada buruk baiknya. Aku pernah teringat masa dulu kena attend perkhemahan di sekolah. Masa zaman aku jadi cikgu dulu. Khemah kat sekolah je pun..... toilet nah terbuntang depan mata, masak pun orang kantin masak cukup time pergi je nganga... namun begitu...... dalam menjelang baru berapa jam anak tak ada depan mana..mai dah mak dia....kat pagar sekolah tu..... tolong pas BEKAL MAKAN ANAK DIA TAKUT LAPAR TENGAH MALAM, ADE YANG PASS TOPI TAKUT ANAK PANAS... alalalalala.... sweet la haii mak sape ni????? Cuba aku dulu, masuk ke pintu pagar sekolah pandai ko la nak idup camne. 

Satu lagi bab kebajikan anak di sekolah. Ni pun aku kagum. Aku tak pasti la mak bapak korang dulu, tapi mak bapak aku dari aku mula sekolah sampai la aku abes belajar mana sekali pun diaorg attend mesyuarat PIBG ke... sukan ke (ni aku maafkan la sebab aku bukan minat sukan pun,..haha),  mak aku sekali je attend hari penyampaian hadiah.. tu pun sebab aku tetiba jadi syok sendiri bolot byk kategori kot.. tapi aku nak cakap... baguslah parents sekarang ni, just in one phone call, dia akan datang berdesup seperti superman walaupun anak ko call "mummy buku teks PJ tertinggal la harini, kawan cakap (rumors je pun) harini cikgu nak ajar tak turun padang". Kagum... aku betul kagum. Kalau aku. buku tertinggal dulu, hadap je la bebel cikgu tu. Tak pasal mak aku nak datang hantar aih.

Itu la antara effort yang parents nowadays kalau nak banding zaman dulu. Parents dulu pun banyak effort dia cuma kita tak nampak. Pendekatan dulu dan sekarang lain , tak sama. Samalah macam keperluan handphone kalau zaman thn 2000 dulu, rasa tak ada tak apa lagi, kalau sekarang tu nyawa tu. Cuma kita ni makin lama kena makin pandai macam mana nak kawal hidup yang semakin pesat membangun. 

Sekian saya sudahi pidato ini dengan wabillahitaufikwakhidayah, wassalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh.

*again, ini bukan entry aku nak masuk pertandingan mari mengarang

 Buyui

Tuesday, May 15, 2012

Apa ada pada nama

Kerja aku ni banyak melibatkan dengan orang luar. Tapi so far sekitar Asia je la. Bila dah cakap pasal Asian ni macam- macam la nama keluar.

Kejap tadi aku baru dapat email from seseorang. Pasal kerja. Orang Asia la, belah mana aku tak sure. Kalau nanti aku dapat kenal dengan beliau aku inform la beliau asal dari mana. Tapi yang aku rasa nak tergelak tapi rasa tak baik gelak tapi rasa tak tahan ku gelak jua bila tengok nama dia spelled camni. TongOn. 

Bila aku ni dah lemau mula la kan aku mikir merepek- repek sambil YM si Faryn.

Aku : ade org ni nama TongOn
          ltk 'g' jd lain 
          hahaha

Faryn, lagi la.. dia ade ke cakap "macam bongoks je"

Keji wei. Eleh padahal aku mula dulu kan. Double keji.

Tapi betul wei, aku tengok la kan orang- orang belah Asia ni kadang- kadang nama tak bernahu pun ade. Sampai aku tak reti nak sebut. Tak baik kan gelak kat nama orang, silap- silap orang tu pun tengok nama aku pun tah hapa2 dia cakap. 


Buyui

Sunday, May 13, 2012

What's on my mind

Ape dalam otak aku sekarang?

1. Lama tak update blog, semalam MM SMS (SMS ye bukan wassap ke tweet or ape yg tak pakai duit), "B, update lah blog". Aku agak dia macam dalam delusi sebab tetiba malam2 dia tanya macam tu.

2. Hari ni hari ibu. Aku sedekah fatihah je la untuk arwah mama as hadiah hari ibu.

3. Aku ok je sambut ke tak hari ibu ni sebab dari dulu tak sambut and sekarang pun nak sambut macam mana subjek utama tak ada, tapi aku emo betul lah pasal orang nak haram sambutan hari ni. Dah kenapa semuanya nak haram ni. Hergh..

4. Tapi aku tergelak baca konsep hari ibu yang haram si JA buat. Aku baca siang semalam.

5. Tapi buat berkoyan- koyan air mata aku keluar bila baca ni pada malamnya. Haih.

6. Harini 13 May. Ingat hari ibu je, sape kat sini ingat hari jugak peristiwa berdarah 13 May tu? Harap- harapa tak jadi macam tu ye. Takut ok. Ni bukan lawak.

7. Tu je la ape dalam fikiran aku selain mikir hal kerja pada saat ini.

Selamat hari ibu pada semua ibu2 di dunia ini especially to mommy Rayyan (montek), Mama to Umar and Amani (Kak Shma), Mama to Aqil, Man and Arianna (Mek Cher) and Umie to Gedel (Anim). 

Chiow. So, what's on ur mind?

Buyui

Thursday, May 3, 2012

Senah mana ko?

Bila semua dah di hujung jari. All contacts dalam phone kita semua boleh dicari dan PERCUMA. You just name it!

1. BBM

2. Wassap

3. FB

4. Twiiter

Contohnya kita tweet SenahRonggeng lambat nau nak pergi clubbing. (Contoh aku bagi pun...hahahah)

@SenahRongeng mana mu?Me tunggu ni depan Zouk ni, lambat sangat me masuk dengan nigger tengah usha2 me ni kat luar ni ye (nak me, mu ingat ko retis?)

Or, kat status FB

Senah mana ko, aku tunggu sampai dah berkeladak dah ni.

BBM lak Senah, tiada jawapan.

Wassap kat aipong Senah, pun tiada jawaban.

Hmm...

Hmm...

Hmm...

Terlupa dah Senah tu boleh je dial her number (takyah dial,bukan pakai public phone. Amik je nama dia kat contact list tu) and call , SMS pun boleh. Mana nak tahu line Senah tu gila slow tunggu arnab beranak pinak baru nak sampai msg. Gila dia punya slow. 

Mesti korang cakap, dah td tweet bagai ape pun Senah tak reply mesti la dia tak angkat phone jugak. Maybe. Tu salah satu sebab. She's not a phone addict macam aku, telefon tu kalau boleh nak tepek kat dahi bawak ke mana- mana.

Tapi aku nak cakap, ape salah ko call Senah ni dari awal- awal lagi sebelum tweet bagai kalau memang menggelegak sabar ko tunggu dia lama nak mampuih dari ko tweet/BBM/Wassap dia dari awal?Kan amik masa tu? Tau la free. Tapi lupa ke function phone tu yang hakiki untuk menjawab dan membuat panggilan dan menghantar message pendek?

Oh, kredit habis kot. On tweet pun pakai wifi.

Aku tak cakap kat sape- sape eh. Senah tu pun tak wujud pun. Hahaha.

Buyui

Rosak dan konsepnya

Semalam galok aku berborak dengan Faryn . Kitaorang ni bagilah satu tajuk lepas tu mulalah sessi kak nam terhangat (aku rasa aku yang lebih kak nam dalam hal ni) sampai aku rasa aku ni mungkin seorang Private Investigator di alam lain. Hahahah. Dapat pulak client macam Faryn memang melingkup menjadi la kerjaya aku sebagai PI. 

The day before Faryn ada tweet pasal someone bagi komen  dekat blog dia. Aku pun tak la tengok sebab aku tak on pc so malas aku nak tekan- tekan telefon ni gigih nak baca , dah la line kat rumah tu lagi slow dari kura- kura or even arnab yang lawan race dengan kura- kura tu pun dah bangun tidur, dah tua, ada anak pinak mati pun line aku lagi slow dari tu. Melampau imaginasi aku....

Bila esoknya Faryn cakap aku pun mulalah pencarian aku sebagai PI. Baca balik komen reader dia tu, rasanya dia marah kat aku sebab aku cakap Agensi yang dinyatakan di dalam entry tersebut sebagai "rosak". Hahahaha. Maksud aku bukan la tahap rosak macam rosak akhlak tu. Orang ni kalau cakap rosak terus ingat hancur lebur berderai tak boleh nak handle dah. Terus melenting ting ting. 

Manalah aku tak sebut "rosak". Aku tengok kat pic tu, sepasang kaum lain selain melayu sedang mendaftar kahwin dan jurunikahnya seorang wanita memakai baju kebangsaan kita. Pada mulanya aku pikir "wow, unik, kaum lain kawen, jurunikahnya pakai baju kebangsaan kaum yang kain, 1 Malaysia sungguh, i loike!!". Dan aku ingatkan jurunikah tu even dia perempuan (Faryn pelik sebab perempuan, aku pulak cakap "biar la bukan tok kadi, jurunikah je kot, baca ikrar je) maybe dia bukan melayu. End up Faryn cakap "rasanya melayu", tu aku pikir "dah takda orang lain ke (bukan melayu) bagi nikah? "Rosak tol la". Faham maksud rosak aku di sini. Hahahaha. 

Kalau perempuan and she's non muslim yang tolong register kahwin tu, and she's one of goverment servant memang la dia kena pakai baju kebangsaan pergi kerja. Yes, kepada orang yang tak tahu, etika berpakaian bagi seorang penjawat awam di Malaysia ialah baju kebangsaan berbutang tiga chivet ye. Jangan kau buat gila- gila nak pakai seluar bagi perempuan dan jangan juga ko buat gila nak pakai kain or kain belah nampak kaki sebelah macam Angelina Jolie bagi lelaki. Awas!

Macam mana aku tahu? Ape ke gila aku tak tahu? Aku keje gomen ape? Even mak pak aku orang gomen sah- sah la aku tau dari kecik lg, kalau kaum lain pun pakai baju kurung pun aku tahu je kawan sekolah aku cina ramai je dulu pakai baju kurung ape. 

Tapi aku gomen "rosak" kot. Hahahahah

Buyui

Wednesday, May 2, 2012

Persoalan : Nak gelak ke, nak marah?

Ini ada satu kisah pasal one of our univ students la. Dulu aku ada terbaca artikel mana tah (masa time aku tak dapat- dapat kerja lagi) , pasal ada yang cakap pelajar U kita ni susah nak dapat kerja sebab skills of communication, style, personality, aura segala bagai amatlah kurang especially bila nak interview. Senang cakap creative thinking terutamanya amatlah kurang. Being typical penganggur salahkan rezeki tak sampai- sampai, lepas tu tension awatlah gomen tak panggil2 aku interview selain kena attend exam PTD yang membunuhh tu je, aku pun macam tak boleh terima la kan orang cakap kita ni lack of creative thinking tah ape jadah tu kan?Tapi lama- lama pikiaq (of cos la lepas aku dah kerja ni) adalah betul kot.. ? Teruk punya orang dah ada tempat selesa baru nak pikir balik, bila dulu salah orang ni, salahkan orang tu. Heh!

Ada juga cakap student ni (bukan la semua) selain dari creative skill ada jugak la kurang- kurang yg lain. Contohnya seperti aku dulu. Study hanya harapkan botes yang aku salin dari lecturer's presentation je. No extra book or reference aku ltk. A kata lecturer A la jawapan aku. Tak lebih tak kurang. Memang aku hapal gila babi. End up, result aku tak seberapa, kerja pun payah nak dapat sebab result tak elok (and lack or creative thinking, personality, aura, comm skills dan segala bagai). Oh tak lupa juga rezeki aku lambat la sikit dari orang lain. So kalau sekarang ko tanya aku ape beza Hepatitis A, B and C, aku akan google dan bagi jawapan tu kat korang. Meaning tht ape aku belaja dulu memang aku tak boleh nak cerita balik. *tapi aku kisah hape bukan kerja aku melibatkan medical diagnostic dah pun. Ngeh!

Situation macam ni aku nak relate sebenarnya dengan benda aku kena hadap sekarang ni. It's about internship. Tahun ni aku kena supervise one internship from one of our well known and prestige university. Sounds good huh? Ye la good..university tu memang la good.. tapi..tapi..tapi....

Maybe for you it's just a small matter. Small the pieces bak kata Adnan Sempit. Tapi pada aku benda kecik macam ni, maybe akan jadi besar bak api yang membakar sekam, bilamana;

1. Bila ko letak dalam resume dialek negeri ko as one of the LANGUAGE SPOKEN. Hmm... aku pun boleh la letak camtu, aku tau banyakkkkkkkkkkkkkkkkk dialek. Seperti ; Kedah, Perak, Noghori, Sarawak (belajar sikit2 dari J) and Iban (baca dari FB Mek Cher). Hehehe!

2. Ko nak mintak email aku, ask for my email add tapi ko kompiden cakap website address tu as my email? Website link dengan email pun ko tak reti nak beza? Last2 aku pulak sexplain "tu website, awak tak nak email saya??". Kalau aku malu siol kalau orang nak supervise ko tanya ko macam tu. Hahaha.
Ok aku maafkan sebab maybe dia nebes cakap dengan aku umpama aku ni Dato Siti Nurhaliza. Auuwww...

So doakan aku nanti this intern tak lagi buat perangai yang mintak aku tengking dia. Aku berdebar ni . And aku rasa debar aku ni kalah debar dia nak buat internship program dekat sini. Amin.

My thought:  Kalau benda small the pieces macam ni pun masalah, macam mana la orang macam ni nak menghadapi ancaman masalah di dunia luar bila dah habis belajar nanti?

Buyui