Thursday, May 3, 2012

Rosak dan konsepnya

Semalam galok aku berborak dengan Faryn . Kitaorang ni bagilah satu tajuk lepas tu mulalah sessi kak nam terhangat (aku rasa aku yang lebih kak nam dalam hal ni) sampai aku rasa aku ni mungkin seorang Private Investigator di alam lain. Hahahah. Dapat pulak client macam Faryn memang melingkup menjadi la kerjaya aku sebagai PI. 

The day before Faryn ada tweet pasal someone bagi komen  dekat blog dia. Aku pun tak la tengok sebab aku tak on pc so malas aku nak tekan- tekan telefon ni gigih nak baca , dah la line kat rumah tu lagi slow dari kura- kura or even arnab yang lawan race dengan kura- kura tu pun dah bangun tidur, dah tua, ada anak pinak mati pun line aku lagi slow dari tu. Melampau imaginasi aku....

Bila esoknya Faryn cakap aku pun mulalah pencarian aku sebagai PI. Baca balik komen reader dia tu, rasanya dia marah kat aku sebab aku cakap Agensi yang dinyatakan di dalam entry tersebut sebagai "rosak". Hahahaha. Maksud aku bukan la tahap rosak macam rosak akhlak tu. Orang ni kalau cakap rosak terus ingat hancur lebur berderai tak boleh nak handle dah. Terus melenting ting ting. 

Manalah aku tak sebut "rosak". Aku tengok kat pic tu, sepasang kaum lain selain melayu sedang mendaftar kahwin dan jurunikahnya seorang wanita memakai baju kebangsaan kita. Pada mulanya aku pikir "wow, unik, kaum lain kawen, jurunikahnya pakai baju kebangsaan kaum yang kain, 1 Malaysia sungguh, i loike!!". Dan aku ingatkan jurunikah tu even dia perempuan (Faryn pelik sebab perempuan, aku pulak cakap "biar la bukan tok kadi, jurunikah je kot, baca ikrar je) maybe dia bukan melayu. End up Faryn cakap "rasanya melayu", tu aku pikir "dah takda orang lain ke (bukan melayu) bagi nikah? "Rosak tol la". Faham maksud rosak aku di sini. Hahahaha. 

Kalau perempuan and she's non muslim yang tolong register kahwin tu, and she's one of goverment servant memang la dia kena pakai baju kebangsaan pergi kerja. Yes, kepada orang yang tak tahu, etika berpakaian bagi seorang penjawat awam di Malaysia ialah baju kebangsaan berbutang tiga chivet ye. Jangan kau buat gila- gila nak pakai seluar bagi perempuan dan jangan juga ko buat gila nak pakai kain or kain belah nampak kaki sebelah macam Angelina Jolie bagi lelaki. Awas!

Macam mana aku tahu? Ape ke gila aku tak tahu? Aku keje gomen ape? Even mak pak aku orang gomen sah- sah la aku tau dari kecik lg, kalau kaum lain pun pakai baju kurung pun aku tahu je kawan sekolah aku cina ramai je dulu pakai baju kurung ape. 

Tapi aku gomen "rosak" kot. Hahahahah

Buyui

2 comments:

VFN said...

hahaahahaa..kang ada org emo lagi..keh keh keh

Buyuiazliana said...

haha. kang dia betolkan kt aku, jabatan la bkn agensi. ops!