Showing posts with label merempan x tahu hala. Show all posts
Showing posts with label merempan x tahu hala. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

Guna Pun Sesat (GPS). Tapi aku tak pakai GPS

Pagi ni aku disuruh attend one seminar/workshop/ entah ape la benda dia sebut dekat one of education institute. Sakit jiwa aku bila harini sesat hampir setengah jam mencari tempat yang dituju. Merempan aku dah ha. 

Orang kata sesat jalan jangan malu bertanya. Uiks... aku memang tanya orang. Tapi.................... apesal bila aku tanya semua tatau tempat aku nak pergi tu? Of course la kan kalau kita pergi mana hala tempat orang belajar yang bersepah students la nak pergi kelas ke nak ke mana- mana kan? Tapi apesal aku tanya sekor pun tak tahu? Harini hari first day orientasi ke? So bebudak ni tak tahu mana tempat aku tanya tu?

Ok, kita berbaik sangka lagi, let's ask sorang lagi abang (aku tuju laki je, hahahahaha) gaya macam staff. Pun tak tahu?????!!!!! Kau pun baru kerja hari ni ke?

Last- last setelah aku jumpa hampir 4-5 orang sampai aku dah putus asa tanya ni, ada la sorang ni ok muka kompiden la cakap dekat mana.

"Oh, tu dekat bangunan baru, ada construction tu..kat situlah" ---- tau tak situ ade 4-5 bangunan baru?

Ok aku tanya lagi .

"Ada landmark ke signborad ke?"

Dia jawab,

"Sebab tu tengah dalam construction so maybe dia dah cabut semua signboard semua,"

WTH?? 

And, betul ada satu bangunan yang macam bangunan tak de org sebab CF tak approve lagi tu la tempat nya. WITHOUT ANY SIGNBOARD OR LABEL. And the best part is we can see the seminar or wth punya benda tu "banner" ditampal depan lif dalam size SEBESAR KERTAS A4. Great!

No wonder budak sorang yang aku tanya tu sebelum tu tak tahu tempat tu even bangunan baru tu justttttttttttttttttttttttt in front of her bijik mata.

Hish!

Buyui

Thursday, March 8, 2012

Luahan hati

Bila aku duduk sorang- sorang aku selalu berfikir mengelamun . Macam- macam aku fikir / berangan . Kadang- kadang apa aku nak buat, macam mana nak kaya (hahaha!) , macam mana nak settlekan masalah orang, family aku, pasal gosip segala macam benda aku fikir.

Kadang- kadang aku fikir, pasal baik buruk diri aku sendiri. Aku ni baik ke dengan orang di sekeliling aku. Aku ni penah ke sakitkan hati kawan- kawan aku. Or apa kawan- kawan aku dah buat kat aku hari ni. Apa diaorg ada gembirakan aku ke hari ni, gelakkan aku , or bagi aku ketawa. Apa aku ni hari ni ada bagi kawan- kawan aku or org sekeliling aku marah/tak suka/benci/ sentap dsb.

Banyak kan aku fikir pasal orang lain? Aku ada banyakkk perangai. Salah satunya aku terlalu takut orang marah/sentap/sakit hati pada aku. Even kadang- kadang aku merempan dalam boog ni, tapi tu apa dalam hati aku menjerit saja. Depan - depan orang tu tak de nyer berani aku nak cakap apa- apa. Hahaha! Sebabnya satu je, AKU TAK MAHU ORANG TU MARAH PADA AKU, DAN TINGGALKAN AKU DALAM HIDUP DIA. Bukan orang bercinta je takut kena tinggal, aku pun takut kalau orang- orang yang aku kenal tinggalkan aku. Aku cukup kagum pada orang yang cakap "Lantak la dia nak marah dengan aku tak suka boleh blah, ada aku kisah". Ye, aku cukup kagum sebab aku hanya berani cakap dalam hati saja ayat macam tu, kalau cakap dengan mulut pun aku langsung tak mahu benda macam tu berlaku pada aku. Seriyes ni masalah dalaman aku.

Melainkan........................ aku memang pissed off pada orang tu, which memang sepanjang hidup aku , rasanya ada satu dua nama saja kot yang memang aku delete dia dari hidup aku. Itupun orang tu yang buat dulu. Maka....itu bila betul- betul aku MALAS NAK LAYAN KAU.

Makanya................. bila aku sangat- sangat - sangatlah marah dengan seseorang aku akan diam. Diam sediam-diamnya. Aku pernah tanya pada kawan aku Anne baru- baru ni, sama ada dia sedar dulu masa aku sebantal sepinggan dengan dia ada tak dia perasan kalau aku benar- benar marah? Dari jawapan yang dia bagi tu aku tersenyum sebab Anne tak perasaan yang aku benar- benar sentap masa tu. Misi aku berjaya, bila aku marah orang tak sedar yang aku marah maka orang tu takkan sentap dengan aku dan tinggalkan aku dari hidup dia.

Sikap aku still sama sampai ke hari ini. Aku kalau bengang macam mana sekalipun aku akan diam. Aku tak akan keluarkan peluru berbaris- baris tembak orang tu. Sebab aku nak jaga hati orang yang aku marah tersebut.

Tapi bila aku senyap tak keluarkan peluru tembak kau jangan la ambik kesempatan pulak. Bila aku tak tunjukkan kemarahan aku bukan bermakna aku anggap apa yang kau buat tu satu gurauan. Silap aku juga sebab tak tunjukkan kemarahan aku. Sebab aku takut sekali keluar peluru ru tembak kau memang hancur berkecai sebutir tulang pun dah tak boleh nampak.

Ye, aku tengah sakit hati. Sila abaikan rempanan aku ini. Ini bukan rempanan kepada masalah kerja yang melanda , ini masalah lain.

p/s: nabi pesan kalau tengah berdiri ketika marah, duduk, kalau marah tengah duduk , baring. Tidur jom!

Buyui

Tuesday, February 21, 2012

Nak ke tak nak? Ni bukan kempen anti merokok

Lately ni aku blog hop sana- sini, yeah zaman super duper bz aku dah berlalu. Now aku kembali menyangap. Adalah kerja sepicis dua (ya Allah betul ke sepicis dua tu?haha!) tapi tak perlu tekun sangat by dateline baru aku pulun (dasarrrrrrrrr last minute) #sajanakbagitahufaktatakpentingni

Jadi aku banyak bloghop blog- blog orang yang duduk di luar Malaysia sekarang ni. Ada yang students and ada yang kerja kat sana atas arahan negara. Gitu kan? Bila aku lama- lama membaca blog depa ni, mostly orang yang bekerja lah aku relate dengan situasi aku sekarang, kerja duduk jauh dari keluarga semua. 

Terlintas di fikiran aku;

"Bestnya duduk kat oversea, boleh lari dari masalah kat Malaysia ni (mcm aku ni hutang Ah Long pulak)"

"Bestnya main salji"

"Bestnya bila weekend jalan sana - sini tengok tempat orang"

"Bestnya ada kawan- kawan macam adik beradik sendiri"

Sampai aku boleh utarakan dekat RJ ;

"Saya nak duduk oversea la"

Sekli RJ cakap "Anda, aritu duduk Jepun baru sebulan pun dah hari- hari mengadu dekat saya nak makan itu ini, google resipi lah ape lah, nak lagi duduk sana?"

Kan??

Aku teringat balik kesengsaraan aku duduk Jepun walaupun sebulan je tu.

Tapi.......... tu Hokkaido bumi yang melayu pun ko susah nak jumpa bagai. Kalau Tokyo ok what??(Nak gigih lagi tu nak jugak duduk oversea)

Tapi sejak adik aku takde rumah ni (hai lah adik aku ni pun holiday sampai tak ingat pangkal jalan) bila balik kerja je aku termenung dengan apa yang RJ cakap, apa yag aku dah rasa and timbal balik dengan keinginan aku yang tetiba ni. Cepat terpengaruh sungguh la.

Bukan aku tak pernah merasa;

"Salji tu nampak je best, tapi bila nak jalan kaki, kasut ko salah pakai ko tergolek puluh kali tu tak ke payah?"

"Malaysia ni panas, nah amik ko sejuk dengan angin yang sejuk tu sampai ke tulang pipi ko, tak kehazab?"

"Makanan.....???". Tak payah explain banyak- banyak buat bergenang air mata je. Drama la kau ni B!

"Bahasa.........". Ok tu k lagi jangan duduk Jepun. Kita duduk tempat orang tau english. Tetiba kan?

"Budaya"- alah duduk Malaysia pun bukan ko berzapin all the time kan?So far aku tak ada masalah dengan yang ini.

"Agama"- Insya Allah semua ini bumi Allah. Dia sentiasa ada. :)

And lepas habis aku khatam blog- blog orang- orang ni, memang la aku jumpa entry- entry semua nak balik negara sendiri tak nak duduk sana.

Macam yang aku pernah pikir masa duduk kat Hokkaido dulu "Kalau setakat ko melancong abes kuat 10 hari tak sama seronoknya dengan ko kena duduk sampai 4-5 tahun di bumi asing,"

Yes, nampak je seronok. Hakikatnya tuan punya badan aje yang rasa macam mana kan?

So, berbalik pada soalan aku tadi, aku nak ke duduk luar dari Malaysia?

Emm, kalau dipaksa kena lah kot. Volunteer?? Tunggu sampai aku kena paksa baru aku buat.

Buyui

Wednesday, December 21, 2011

trending?

Aku terpanggil nak komen pasal benda ni lepas aku baca entri Kak Di pasal ini. So Kak Di saya mintak nak buat review pasal ni ok. 

Kak Shma, selalu la cakap dekat aku macam ni "Shma suka si polan si polan sebab dia ni stylo..." tak kisah la retis ke...tak retis ke... asal stylo pada mata dia suka je. Fine,  aku tak nafikan orang yg dia suka memang la stylo abes..fashion updated... so in kata orang sekarang. Pada aku konsep kalau ko lawa ko pakai ape pun lawa... macam kes Hana Tajima.. letak la sebemban towel pun pusing-pusing lilit- lilit lawa je.... tak pun Hanis Zalikha , minah tu memang lawa, kurus ramping tinggi pakai la ape pun lawa je..sape lagi.. ahh.. Nasha Aziz lawa je kan? Even dia pakai kain batik duduk kat tepi sawah pun lawa je... 

Cuba muka ko macam nenek kebayan yang bertapa 30 tahun dalam gua muka macam nak pecah rumah pakai macam Hana Tajima tu, dengan selendang satin bagai tak ke orang pandang ko 40 kali? Bukan sebab ko lawa ye, maybe sebab combination kaler ko dengan tudung ko baju ko segala ko sumbat sampai 10 jenis color! Ok aku ada la baca pasal fashion trlend sekarang ni, korang pernah dengar kan pasal COLOR BLOCK? Sapa yang tatau tu meh aku cakap color block tu ialah mix color yang dulu tak masuk dek akal. Yang kalau ko pakai zaman awal 2000 dulu orang akan cakap "gila ke baju merah tudung hijau?". or.. "Ya rabbi, tudung merah, baju kuning seluar hijau??". Tu dulu sekarang kalau ko macam tu ko in sangat. 


ni la cthnya color block- google saje

Aku? I am not that so berani to that extend lagi. Aku still tak berani nak block mind aku nak color block sampai nanti orang tgk aku sampai speechless. Ye, aku tak in, pergi kerja pun aku sempoi je..  nak2 musim tengkujuh ni selipar jepun je aku rembat pergi opis! Lantak! Janji aku selesa dan confident. Wah gitu... agaknyer golongan macam ni confident tu ada sampai boleh ye dia ikut trend. Jutaan tahniah saya ucapkan. Maafkan aku sebab mata aku sakit tengok banyak nau kaler ni ha. 

Soalan aku pada mereka-mereka ini, adakah ini fashion trend or fashion victim? #soalanserius

Soalan aku lagi, korang kenal tak maksud less is more?[eh betul ke?]

(gambar sekadar hiasan-google)

Assumption aku maybe korang ada costume party kot? Dengan bulu mata terjojol panjang gitu kaler pink takkan nak pergi kedai pak ali mak suruh beli ubat nyamuk nak bulu mata berpink2 bagai?

Sorry sangat2 pada yang terasa, cantik tu indah tapi jangan la sampai jd mangsa fashion.Ni kalau Joan Rivers tengok ni risau aku ape dia nak cakap.

Itu belum masuk bab tudung berkepit dengan riben la bunga la setepek besar. Teringt aku few years back ex-tunang si retis fopular sekarang dah suam-suam kuku pakai bunga sekembang besar tepi tudung aku cakap kat kawan aku "eh dia pki blueetooth ke?". #feelingbeautifulnara

Buyui-si tatau fashion

Thursday, November 10, 2011

kepala hotak ko mana?

Last raya haji aku lepak bersama beradiks. We doing nothing, just lying on the bed, tengok tv, gelak-gelak makan tu je. Indah gila.

Then one day aku nak keluar makan aku rasa, si montek suruh la aku bawak cinoni dia tu, alasan sakit gigi yang tak boleh terima dek akal aku. Drive pakai tangan tekan minyak pakai kaki bukan pakai gigi! Pakkal jalan dia tak la seadventerous jalan area KL kalau tak mau ketar dah kaki kepala lutut aku semua dah. Cis!

Then still at the same area aku tak lagi keluar ke jalan besar lagi, depan aku ni dua ekor Mat Sikal tengah konon2 verangan ko bawak motor padahal ko bawak basikal BMX je, macam cibai dok la mengayuh [bukan menunggang motor HD ye budak tak abis sekolah lagi] ke kiri ke kanan kalah orang mabuk, the other side ade kereta so aku bagi laluan memandangkan jalan agak sempit dengan kereta orang parking kiri kanan lagi. Masa berselisih aku nampak rupa si driver memang hangen dengan budak tak abes sekolah lagi ni. Kalau dilanggar mau mati memang puas hati, tapi still salah kita kan?So tak verdict langgar dia sampai mati.

Dah tak nak langgar sampai mati dah jadi macam aku la orang bangang ikut je, ko dah la kayuh [sekali lagi aku cakap kayuh ye bukan tunggang bak menunggang HD ye] punyalah pelan, umpama ko feeling amik angin kat taman tasik memang kalau aku tak langgar mati sumpah aku nak hon kuat-kuat bagi telinga ko pekak! Taman bukan tak ada untuk ko kayuh beskal roda dua nipis ko tu, jalan raya hanya untuk orang yang ada kereta boleh langgar ko sampai lenyek je bangang! Suruh pergi sekolah ko main-main .

Aku dah dapat potong dia ape lagi.....

Honnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!

Amik ko puas aku...... Memang tangan aku dah standby nak tekan hon dari tadi dah!

Sekali aku dengar dia cakap ape? "Huk aloh!!"[wah seriyes ko feeling ko bawak motor besar pastu aku si driver gila main suka hati hon ko kan? blah!]

Huk aloh mak hang! Pale otak letak kat tapak kaki?? Ke ko nak aku pijak pale otak ko bagi bersepai?

Memandangkan aku disabarkan so aku teruskan sambil dalam hati aku maki. Ko tengoklah aku sumpah UPSR ko fail nanti kerja ko bawak la kuih pakai basikal ko tu je . Amik.

Buyui

Thursday, November 3, 2011

putus, putus, dan putus lagi!aku dah penat!

Putus cinta?Cinta dan putus lagi?Nehiiiii....Entry kali ini bukan cerita pasal aku putus cinta ke, bertaut kasih ke ape yang sewaktu denganya ye, koser aku nak bercakap pasal cinta, aku bukan novelis cinta trilogi tak logik cinta ~boleh tak tetiba aku nak nyanyi lagi Liyana Jasmay tu? C.I.N.T.A!! hahaha! *sewel

Aku nak cerita ni pasal , masalah kaki aku dan kasuit.Aku ni tak suka pakai kasut bertutup. Tu dah satu masalah. Sebabnya aku tak suka kaki aku terkepuk je sampai kulit kaki aku ni tak nampak dunia macam kaki di dalam kasut [istilah baru ganti katak di dalam tempurung] , teori aku bila tak biasa akan selalu la jadi keadaan kulit aku tersiat bila kena pakai kasuit. Cherly pernah ajar aku "nok, ko beli kasut mahal, memang tak makan kaki ko lah," selain aku mengamalkan petua GIGIT KASUT. Tension aku kadang-kadang aku kena pakai kasut tutup. Bila aku dah jumpa kasut yang sherasi bershama kaki mulalah satu tu je aku lenjan sampai tahap dah berlubang kena gigit tikus [ni gara-gara aku tertinggal dalam bilik ofis tikus tu agaknya lapar nau dimakannya kasut aku tu??pffttt] , so aku mengamalkan konsep "selagi orang tak renung kaki aku selagi tu la orang tatau kasut aku berlubang,". Jadinya the only one kasut tu je la aku pakai bila ada time aku kena pakai kasut tutup.

Hari-hari lain aku akan pakai sandal. Tu pun jenuh dah aku kena tengok ye kalau beli yang dekat ****** aku tak boleh pakai, keras nau, tercarik lagi kaki aku... . Selalu aku akan beli brand yang harga dia RM ***** [sila jgn kira berapa * tu, takkanlah kasut aku rega kalah kasut retis kot, agak-agaklah korang ni] so aku akan rasa selesa dan kaki aku tak tercarik lagi.

Malangnya, masalah lain pula melanda, dah selalu sangat pakai selalu lak putus! Bahabi la wei.....pakai yang ni elok je jalan puk!Putus! Oh tak pe aku ada sandal lain, pakai yang lain..kali ni lak tengah duduk pun putus lagi! Bahabi laaaaa....... apa masalahnya ni, asek putus je. Masa pergi Bangkok tu DUA sandal aku putus! Lahabau tak lahabau? Ye, orang lain suka la kasut putus boleh beli baru..aku sampai tahap tak larat beli baru ok!!

Sapa la cipta kasut ni? Cuba cakap kat aku. Eh aku lagi nak tau sapa la trensetter dalam pemakaian kasut ni? Kan ke senang kaki ayam je?Aku suka gila pakai selipar tapi masalah eh aku ni kerja opis kalau aku ni kerja tukang buat air kat kedai kak limah janda kampung pinang sebatang ok la jugak!

Buyui

Saturday, July 2, 2011

Lazy

Kalau tiba weekend tak kiralah mana aku berada memang aku malas nak bukak lappy online. Tak macam zaman dulu. Faktor usia kot. Suka sangat duduk depan tv tengok berejam [sampai hantu Chandramukhi pun aku layan. Sapa kata takut nak mampuih?tipu sangat]. Mungkin sebab faktor usia?ohh no!!

Naseb ada bb, so boleh online google pasal project lynas bila S share status lepas tu aku komen tak paham. Takpun, tetiba nak tido or tak boleh nak lelap idea datang terus klik entry baru. Kalau berhari pun takde entry tu maksudnya aku tak ade idea la tu. Thanx to the technology. Hahah. Aku tau jelik bunyinya. Ada aku kisah?

Inipun sama la malas nak buat apa2. Nak tidur lepas tengok Chandramukhi tu dah lepas Asar, Nina tak bagi tidue lepas Asar nanti gila dia cakap. Maghrib lagilah tak boleh tidur. So nak tak nak online la. Main game. Sambil nyanyi2 lagu Bruno Mars.

"Today i don't feel like doing anything. I just wanna lay in my bed."

Indah.

Buyui

Sunday, February 27, 2011

kalau la kalau..kalau kubilang kalau...eh kalau boleh bilang ek?

kalau la kalau.....

nulis blog tu boleh consider as scientific paper tu [sila gugel pada sapa tatau jgn gigil or bugil..lain citer..tetb kelincahan ko pehal??!!] kompem aku

PEKERJA CEMERLANG kan...?ko mampu?

ok fokus!

Buyui