Monday, March 19, 2012

Hokkaido, again??!!!

Kejap tadi boss aku yang Japanese tu cakap San-sei aku haritu kat Jepun tu e-mail dia, mintak/offer aku datang balik ke sana sambung balik research study aku tu.

Aku macam...ha....what??!! Orang lain teruja kan dapat pergi balik sana, aku macam rasa nak bunuh diri je. Tak bersyukur betul. Tapi, nak suruh pergi balik tu cuba la suruh aku pergi macam Tokyo ke... Fukuoka ke, Nagoya (ade ke nama camtu?haha) ke , takkan Hokkaido balik? Alahh.... takkan nak hadap balik benda- benda camtu? Bosan ah!

Aku tanya berapa lama lak ni? Boss Jepun aku cakap macam hari tu, tapi aku boleh la pilih bila aku nak pergi. Cepat- cepat aku cakap "Not during winter, please!". Ko jangan memain salji Hokkaido memang melampau tebal dia.

Tapi kena tanya top boss dulu pasal ni. Dah dalam meeting tadi aku tak concentrate dah pikir pasal ni. Potong stim betul aku nak mengelamun dalam meeting. Eh!

So, kita tunggu je ape top boss aku nak cakap. Itupun kalau Japanese tu mention kat dia, aku nak buat- buat lupa.Tapi aku doa biar la dia cakap tak boleh pergi ke ape ke. And masa aku pikir tadi dalam meeting aku dah cari macam alasan tamau pergi. Serik dowh. Ala macam teruk sangat kan? Tapi tulah, kalau kena paksa/ suruh aku kena la hadap kan, kalau diberi choice tamau aku der. Koser. Ingat tu kampung halaman terchenta sampai nak kena pergi setiap tahun?

Buyui

Tuesday, March 13, 2012

Mengapa ramai nau orang sengal di dunia ini

Semalam adik, aku bukak lagi sessi persidangan. Dia ni kadang- kadang aku kompius jugak , asal dia pergi ke mana- mana je mesti ada cerita bagi aku gelak guling- guling. Macam dia ni pergi tengok royal london circus ke , pergi interview kerja ke aku pun tak sure. Ke dia ni pergi audition benda lawak- lawak macam mental mentor tu ke. Kalau la adik aku tu pergi audition mental mentor tu nak jugaklah aku pesan awal2, "kalau dapat, call aku pasang loudspeaker so boleh lah aku feeling marah macam mak tak bagi ko join ujibakat tu", Boleh la aku prepare skrip ape patut sama kan?

Ikut cakap dia masa dia pergi ujibakat interview hari tu, sebelah dia ni ada la sorang perempuan. Graduate dari one of college (collage ke college ha?) tulis kolej je kan senang? Susah payah ko ni Buyui. 

Ok budak ni isi la borang sebelum kena interview tu pastu dia bagilah dekat orang berkenaan. Sekali adik aku ni cakap orang tu gelak kat budak ni. So budak ni pelik la. Aku namakan budak ni A, orang kat tempat tu B.

A: kenapa gelak tengok borang saya tu? (adik aku cakap budak ni dengan aksi blur2 konon feeling comel macam minah k-pop), ok k-pop tu aku tambah. Haha!

B: Awak sure jenis bahasa yang awak tulis ni?

A. Ye la, saya pasti (sambil mata mengerdip- ngerdip ) -- ok tu pun aku tambah sendiri. haha!

B : Bahasa yang awak tahu ni, melayu, inggeris dan INDON???? Awak orang dari sana ke? (sana tu merujuk Indonesia la, aku pun pikir kot dia ni keturunan ibu sari ratu sehari tu ke ape ke kan?)

A : Eh tak la, saya orang melayu la. (mesti masa ni dia terfikir nampak macam asal dari Indonesia ke dia ni?)

B : Dah awak tulis tu awak tahu bahasa Indonesia?

A : Oh, sebab saya banyak tengok sinetron kot? So saya tahu la bahasa Indon. 

Ko mampu tulis dalam borang kerja ko tau bahasa Indonesia just hanya ko ligat tengok sinetron kat tv? Macam tu je? Kalau camtu aku pon boleh letak macam- macam bahasa. hahahahaha!

Lepas tu dia tulis lagi kat resume dia , dia ada talent dalam bidang kaunseling. So orang tu tanya lagi, apa je awak tau pasal kaunseling (ikut diploma dia bukan bidang kaunseling pun).

Sekali dia jawab ape?

"Saya selalu kaunseling kawan- kawan saya yang ada masalah".

Oh, ni Cik Sri Siantan rupanya.

Dah la dia boleh pulak tanya kat orang tu "Encik, ni gaji ni berapa saya nak letak ni?"

Eh! Kau nak kerja ko pulak tanya orang tu berapa nak letak? Aiyo! Sebelum tu dia cerita kat adik aku dah 3 interview gomen dia pergi tapi satu pun tak dapat! Well, masuk gomen memang susah aku pun tau, tapi kalau aku orang gomen yang interview dapat orang macam ni...????? Camne ha?

Patutlah dulu aku pernah baca artikel mana tah, pelajar graduasi (haha! aku banyak tengok sinetron jugakkk, ingat dia je reti tengok sinetron) tempatan ramai yang tidak mempunyai daya pemikiran kritis.

Camnilah kot maksudnya. Aku pun bukan reti sangat sebab aku pun pelajar graduasi tempatan. Lol!

Buyui

Thursday, March 8, 2012

Luahan hati

Bila aku duduk sorang- sorang aku selalu berfikir mengelamun . Macam- macam aku fikir / berangan . Kadang- kadang apa aku nak buat, macam mana nak kaya (hahaha!) , macam mana nak settlekan masalah orang, family aku, pasal gosip segala macam benda aku fikir.

Kadang- kadang aku fikir, pasal baik buruk diri aku sendiri. Aku ni baik ke dengan orang di sekeliling aku. Aku ni penah ke sakitkan hati kawan- kawan aku. Or apa kawan- kawan aku dah buat kat aku hari ni. Apa diaorg ada gembirakan aku ke hari ni, gelakkan aku , or bagi aku ketawa. Apa aku ni hari ni ada bagi kawan- kawan aku or org sekeliling aku marah/tak suka/benci/ sentap dsb.

Banyak kan aku fikir pasal orang lain? Aku ada banyakkk perangai. Salah satunya aku terlalu takut orang marah/sentap/sakit hati pada aku. Even kadang- kadang aku merempan dalam boog ni, tapi tu apa dalam hati aku menjerit saja. Depan - depan orang tu tak de nyer berani aku nak cakap apa- apa. Hahaha! Sebabnya satu je, AKU TAK MAHU ORANG TU MARAH PADA AKU, DAN TINGGALKAN AKU DALAM HIDUP DIA. Bukan orang bercinta je takut kena tinggal, aku pun takut kalau orang- orang yang aku kenal tinggalkan aku. Aku cukup kagum pada orang yang cakap "Lantak la dia nak marah dengan aku tak suka boleh blah, ada aku kisah". Ye, aku cukup kagum sebab aku hanya berani cakap dalam hati saja ayat macam tu, kalau cakap dengan mulut pun aku langsung tak mahu benda macam tu berlaku pada aku. Seriyes ni masalah dalaman aku.

Melainkan........................ aku memang pissed off pada orang tu, which memang sepanjang hidup aku , rasanya ada satu dua nama saja kot yang memang aku delete dia dari hidup aku. Itupun orang tu yang buat dulu. Maka....itu bila betul- betul aku MALAS NAK LAYAN KAU.

Makanya................. bila aku sangat- sangat - sangatlah marah dengan seseorang aku akan diam. Diam sediam-diamnya. Aku pernah tanya pada kawan aku Anne baru- baru ni, sama ada dia sedar dulu masa aku sebantal sepinggan dengan dia ada tak dia perasan kalau aku benar- benar marah? Dari jawapan yang dia bagi tu aku tersenyum sebab Anne tak perasaan yang aku benar- benar sentap masa tu. Misi aku berjaya, bila aku marah orang tak sedar yang aku marah maka orang tu takkan sentap dengan aku dan tinggalkan aku dari hidup dia.

Sikap aku still sama sampai ke hari ini. Aku kalau bengang macam mana sekalipun aku akan diam. Aku tak akan keluarkan peluru berbaris- baris tembak orang tu. Sebab aku nak jaga hati orang yang aku marah tersebut.

Tapi bila aku senyap tak keluarkan peluru tembak kau jangan la ambik kesempatan pulak. Bila aku tak tunjukkan kemarahan aku bukan bermakna aku anggap apa yang kau buat tu satu gurauan. Silap aku juga sebab tak tunjukkan kemarahan aku. Sebab aku takut sekali keluar peluru ru tembak kau memang hancur berkecai sebutir tulang pun dah tak boleh nampak.

Ye, aku tengah sakit hati. Sila abaikan rempanan aku ini. Ini bukan rempanan kepada masalah kerja yang melanda , ini masalah lain.

p/s: nabi pesan kalau tengah berdiri ketika marah, duduk, kalau marah tengah duduk , baring. Tidur jom!

Buyui

Wednesday, March 7, 2012

motif modus operandi?

Ni aku dapat e-mail dari kawan aku, maybe korang pon dapat juga.


Boleh tak korang bagi tahu aku, ape motif dia ni...??? tolong lahhhhhhhhhhhh...bagitahu lah akuuuuuuuuuuuuuu ( tetiba ni aku rasa sesuai jadi #wordless wednesday, kebetulan ! hahahaha)

Aku ada la senarai bersangka baik aku:

1. Dia bukan melayu, pelancong mungkin so suka jalan- jalan nampak tudung tu menarik and sauk je pakai, rasa macam ala- ala topi panas kan?

2. Dia cuba- cuba, then kelam kelibut sangat terlupa nak bukak.

3. Dia lupa haritu dia pakai baju tu, dia ingat dia pakai baju kurung or seluar panjang. 

4. Dia jalan- jalan sekali ah long mengamuk simbah2 cat kena la rambut dia, kedai terdekat pun yang ada jual tudung, nak tak nak sauk jelah kan. 

So korang ada assumption lain mau share?

Buyui

Tuesday, March 6, 2012

Kisah hati- eceh!

Amboi berani aku nak reveal pasal ni. Hahaha!Don't judge me anything, please. Aku rasa aku nak tulis apa aku rasa saja and lain orang lain pendapat, tu penting kena ingat. Ini hanya pandangan aku saja maybe korang pulak lain cara berfikir kan. Apa- apa aku nak mintak maaf kalau2 apa aku tulis ni bakal menyunging (MM ni mesti tak paham , so let me explain dulu ," MM it's like tersinggung or hurt ur feeling") perasaan dan sanubari korang.

Intro pun dah berbunyi macam intro misteri nusantara ta ta raaa apehal?

Aku borak dengan kawan aku tadi. Dia cerita pasal one of people yang aku pun kenal. This people aku panggil dia S. Aku dengan kawan aku namakan dia ni S.

S ni sebaya dengan aku. Umur tak la sampai cecah 4 series lagi. (Eceh nak jugak cakap aku ni muda lagi, hak tui). S ni single lagi. Dia pun berpelajaran la banding dengan aku ni BM SPM pun failed. Hahaha! S ni pun lawa la kulit putih geboo... (org la ckp ko kalau putih ko lawa). Kira tak ada la cacat cela pada dia melainkan kepala otak dia pada aku mcm orang tak betul kadang- kadang. Hahahaha!

Jadi, being #typical mentality ko asal umur dah cecah 30-an nak- nak ko perempuan tak kawen- kawen ko akan bakal digelar ............................. ok paham sendiri la kan? Tapi S ni kuat ilmu agama, eh aku rasa kuat amalan agama juga maka dia 'susah hati' sebab still lagi jodoh tak sampai- sampai hingga ke hari ini. Fine. Aku pun naseb sama dengan dia (cantik, elok budi pekerti, anggun , bergaya, tiada tolok bandingnya bak Puteri Gunung Ledang) tapi bezanya aku ni kurang la amalan agama berbanding dia maka sebab tu otak aku pikir nak enjoy je dulu. Kann? Matiklah statement. Mungkin S fikir dia still tak berumahtangga lagi maka perlu disegerakan sunnah nabi itu bukan la sebab dia fikir mak dia kat kpg dok bising tak kawen2 lagi. Aku la rasa.

Maka disebabkan oleh dia susah hati tu dia telah mengambil keputusan nak jumpa ustaz yang well known jugaklah. Nak bagi cepat jodoh or ringan jodoh.Yang aku tak leh blah statement kawan aku bila aku tanya kenapa sampai tahap tu dia nak pergi jumpa ustaz berubat ni? Kawan aku cakap "entah, maybe sebab TAK TAHAN KOT". ok kawan aku tu pikir baik2 maksud TAK TAHAN tu tapi kenapa la otak aku sampai sekarang pikir kuning sekuning kaler pensel luna.

Kawan aku cakap ," ko janganlah kondem ape dia buat tu. Tu kan sunnah?". Yes i know tu sunnah so one of the way ko kena la usaha untuk mempercepatkan sunnah tu, ape aku pikir sekang ni ialah tindakan dia sampai nak jumpa ustaz tu macam sekarang umur dia dah 50 tahun kena duduk dengan kucing2. Maybelah kot korang cakap "ko ni Buyui, dah tu takkan dia umur 50 thn baru nak jumpa ustaz mandi bunga bagai dengan jalan pun tak larat, masa muda ni la (muda ke ?) nak pergi usaha semua ni".

Itulah lain orang lain pendapat la kan. Pada aku it's too early lagi nak cuba usaha dengan cara- cara tu. Maybe sembahyang hajat dulu atau dalam erti kata lain SABAR maybe still ok pada aku buat masa ini. Entahlah korang, ini apa aku fikir. Kot esok- esok tuhan nak tunjuk aku ni banyak sangat komplen macam la  aku ni tolong usung kawan aku tu pergi  jumpa ustaz padahal aku dengar cerita org je pun , aku yang subuh- subuh hari beratur nak mandi bunga ke, mandi bawah jambatan ke , telan telur mentah ke (eh tu cerita lain ek..hahaha) sebab gatai sangat nak kawen mana lah tahu kan........

Tapi kredit jugaklah pada kawan aku tu, sebab ada la usaha nak cepatkan jodoh dia. Naseb tak jadi macam aku ni, keje nak jimba je . Isk tak baik.. tak baik....

Tapi so far tak nak la lagi aku pergi beratur panjang- panjang camtu. Mungkin ada cara lain sama kot.

Hanya tuhan yang tahu, kan?

p/s: masa naip entry ni aku memang teringat- ingat sangat entry ni .

Buyui

Monday, March 5, 2012

Tanjat boboi..!!

Last week aku balik San Prancisco dengan adik. On the way tu adik aku ada tanya "Ape kek SR yang sedap". Aku kan mana gemo kek sangat. So, aku cakap je la "banana cokelat" dengan macam tak ada perasaan . Eh, ada perasaan suspicious la sikit sbb aku pikir minah ni nak detims ngan sape lak kt SR ni..haha!!

Sekali....balik SP sabtu tu, tetiba kazens aku bwk askar2 dia sekali dtg, aku tanya,

"aik camne tau kitaorg balik?".

kazen aku jawab "entah, saje je datang,try an error la kalau ada org adelah..kalau x ade kitaorg balik..". wah alasan....

yang abah aku tetiba nak order satay bagai, adik aku beriya mana bersama dengan mak  aku (kepada sapa yang pelik, mak betul aku dah tak ada kan..ni mak baru, kira mak aku la tu). Ni pakatan apakah? Ah lantak la korang aku layan hindustan lagi bagus.

Sekali adik aku keluar kek ni.. Hambik!

Sila abaikan nama skema aku. LOL
Korang kan.... patutlah la..yes tu memang surprise la pada aku yang dah lupa bila last aku celebrate birthday. Thank so mucho lah! Naseb la kek aku boleh telan..kalau ciskek? Aku tukang potong jelah korang makan aku tengok. Dan ucapan aku aritu "terima kasih la sebab surprisekan aku, tapi sila jangan tanya ni birthday yang keberapa". Miahaha!

Tu pn naseb adik aku ade hati nak main palit2 krim kat muka? Paleotak ko la sengal!

Askar dan anak2 askar, pandai sungguh no berlakon. Tgk gigih aku potong kek. Tak reti aku ptg kek sejak zaman berzaman lagi. 
Ni projek terbaru aku. Projek la sangat... aku print balik gambar2 dari zaman aku mula pakai camera digital since 2009 sampai la ke la ni. Baru nak print. Some i'll paste naik dinding white board kat opis even tho' ada yang cakap "white board u ni buat lekat Fridge magnet je ek". Ada aku kisah white board aku bukan whote board ko kan..?. Some of the pics aku ltk dalam frame or album. So ni adalah some of the pic. Yang lain macam muka Mr I tu sorry lah malas aku nak naik white board sebab muka dia too commercial for white board, dia billboard nak la. Kan??????????????????????

Wajah kesayangans hamba :P
Tu jelah . Bye

Buyui

Wednesday, February 29, 2012

Senjata bila stres

Aku suka kalau stres mengadu dekat MM.  Or even my closest friends yang macam family aku sendiri like Kak Shma (tapi kadang- kadang Kak Shma selalu bagi solution sengal, hahah) or others like J (kalau ada masalah kerohanian boleh cari dia, sesuai).

Tapi kalau ko rasa nak hilang stres kau by gelak masa- masa tu jugak ko cari la MM. Dia memang pakar rujuk yang terbaik. Hilang stres.

Tadi aku cerita dekat dia. Aku stres. Cerita punya cerita sekali dia macam seorang kaunselor dia cakap ;

"U tahu apa SENJATA nak selesaikan masalah?"

"Ape? DOA"

Pastu aku pun gelak dia pun gelak. Bukan aku nak gelak keajaiban berdoa tu. (kalau ko rasa kau ustazah and tak boleh nak terima apa aku cakap or dalam hati ko kata "eh dia ni, doa tu kan ikhtiar, senjata dalam menyelesaikan masalah, tak belajar pendidikan islam ke dia ni macam aku?". Aku mintak sila awal- awal jangan baca dah blog aku ni.. Blog aku ni nak lepas apa aku rasa bukan nak berdakwah kat orang pun).

Tapi aku gelak sebab tetiba aku rasa aku macam Ustazah sangat feeling alim and begitu jua MM .

Tapi MM cakap SENJATA itu ialah MENANGIS.

Aku pun terfikir. Ye tak ye kan, perempuan apa- apa pun menangis. Sikit- sikit menangis, lelaki pun kalau tengok perempuan menagis pun jadi lemah. Cepat kesian. Mission accomplish!

Aku teringat dulu masa sekolah. Kalau cikgu marah sangat- sangat, amukkan pun tak menjadi last- last dia menangis. In front of the students. Angkat beg , buku rekod , blah! Tapi make sure anak- anak murid nampak kita meleleh air mata. Belum abes waktu dah kuar kelas. Cikgu mengular ni. Hahahaha!

Nanti anak murid akan rasa bersalah. Susah hati cikgu merajuk . Cikgu umur 40 tahun pun merajuk dengan anak murid umur 16 tahun? Wth? Ok aku paham memang ada sampai masa cikgu pun pissed off dengan perangai students. Tapi lari keluar kelas like that? Itu we call it DRAMA ok cikgu.

Aku teringat masa aku jadik cikgu dulu, ada sorang cikgu ni. Dia sangat stres. Cikgu banyak keje wooo... jangan ingat cikgu seronok bila cuti sekolah tak payah pikir cuti lulus ke tak, bila cuti panjang boleh plan pergi Vietnam, Bandung dan Jakarta aje. Jangan ingat jadi cikgu ni seronok sebab tokei kedai kain ela boleh kenal kau so boleh dapat diskaun sikit. Eh terlebih pulak aku. 

Di samping kehebenan jadi cikgu itu ada juga tekanan- tekanan yang perlu dihempapkan ke atas kepala jemala mereka ini. Aku dulu paling stres nak tulis lesson plan tu. Hari- hari woo kena hapdate. Sangat dan amat bosan. Belum lagi kira kau nak kena tanda buku. Belum lagi kira kau nak kena update fail PEKA . Tu bukan fail peka kepada pembelajaran anak murid kau ye, tu fail amali sains kau tu, ada fail hujung tahun amik markah nanti boleh membantu markah kau dalam PMR, SPM nanti. Bukan juga fail pekak ye.

Tu belum lagi cerita kau nak kena buat minute mesyuarat, kau nak kena attend mesyuarat di kala kau seharian naik turun tangga kelas tingkat 3 dari pukul 8 sampai pukul satu tgh hari kalau waktu pack lagi macam nak tercabut kepala lutuit, dengan lagi nak jalan kaki pergi kantin lagi (lauk kantin cikgu sedap kalau sekolah dapat tender org masak sedap) lepas tu tgh hari terik kau nak kena attend meeting pulak dah, kepala jemala nak pikir lauk ape nak tapau bawak balik anak balik sekolah nak makan karang ni, karang nak amik anak sekolah nak antar pergi tusyen la kelas KAFA la ape la. Bebaban jadik cikgu memang membakar diri di panas mentari menerangi yang lain. 

Jadi bila bebanan - bebanan begini menghimpap diri, akak ni tadi dihimpap lagi dengan tugasan- tugasan seperti guru kelas, guru ini guru itu, dah sekolah nak buat hari sukan pulak ke sana ke sini berlari bekejaran maka dia adalah stres! Korang tau macam mana dia hilangkan stres tadik?

Iye......menggunakan SENJATA yang digunapakai macam MM cakap tadi. Menangis. Tetapi...............!!!! 

Bukan menangis hik hik hik (bunyik terisak - isak bukan bunyi ketawa kecil pura- pura ayu tu) dia MENANGIS MELOLONG....IYE ORG KEDAH CAKAP KERIYAU....!!End up, pengetua lepaskan bebanan kerja yang menghimpap kepalanya dan himpap kepala orang lain pula. 

Umo 40++ kau melolong depan ofis sekolah macam budak tak dapat aiskrim?

Mampu?

Hebat kan? 

Hebat!!

It works!

Buyui