Showing posts with label liar. Show all posts
Showing posts with label liar. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

siyes ni tak tipu

ada orang bertanya "mana ko dpt kisah pasal kat Nigeria ada sekolah untuk penipu ni?". Aku dengar dari cerita kawan aku, dia baca dari sokabar..and now aku google and jumpa blog ni, so aku mmg amik sebijik dari ayat dia ni , [saya tak plagiat ok..saya ngaku saya tepek terus..sebab saya malas nak cerita banyak sebab sama je isinya pun..]

so nah bacalah...

kredit to : nurizspace.com


Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa. Siasatan polis mendapati, sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan

Pada 29 September lalu, muka depan Harian Metro mendedahkan penemuan koleksi surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki berkulit putih kacak dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Rupanya warga Nigeria ini pakar dalam sindiket penipuan setelah berlatih di sekolah menipu di negara mereka sebelum dihantar ke negara tertentu untuk memperdayakan mangsa terutama wanita. Sudah ramai wanita terpedaya menjadi mangsa mereka dan terjebak dalam pengedaran dadah.

Petikan dari Harian metro

Siasatan polis di peringkat antarabangsa mendapati ada lebih 10 sekolah melatih penipu diwujudkan di negara itu sejak awal 1990-an bagi memastikan kebolehan menipu mereka mampu diwarisi mengikut peredaran zaman dan sukar ditumpaskan.

Kewujudan sekolah menipu itu didedahkan Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, SUPT Victor Sanjos berdasarkan siasatan pihaknya selepas mendapati ramai warga negara ini diperdaya warga Nigeria sejak beberapa tahun lalu. Beliau berkata, sekolah itu hanya menetapkan satu syarat iaitu pelatih hanya perlu tahu berkomunikasi dengan menggunakan komputer dan Internet.

“Semua bentuk latihan dibahagi mengikut jenis penipuan termasuk penipuan popular yang dikatakan mampu mengaut keuntungan tinggi seperti penipuan Internet, Black Money dan penyamaran pegawai polis,”

Victor berkata, ada sebahagian ‘pelatih’ sekolah menipu itu berjaya menguasai kemahiran disediakan akan dihantar ke negara yang dijadikan sasaran untuk mempraktikkan kemahiran yang diajar.

“Mereka inilah yang akan menjadikan wanita tempatan di negara kita sebagai kekasih sebelum diperangkap sebagai mangsa penipuan sama ada dalam aktiviti jenayah siber atau pengedaran dadah,” katanya.

Menurutnya, sekolah menipu itu juga dipercayai menyediakan latihan praktikal kepada pelajarnya mengenai kaedah penipuan Black Money.

“Kaedahnya mudah iaitu bahan kimia khas digunakan untuk mengembalikan keadaan asal wang kertas yang disaluti warna hitam dan Black Money diperkenalkan negara Barat bertujuan menghantar wang ke negara mundur tanpa disedari musuh.

“Malangnya, kaedah yang sama dimanipulasikan sindiket berkenaan untuk menjual bahan kimia khas berkenaan kepada mangsa pada harga yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata, kewujudan sekolah menipu itu terbukti memberi impak besar dalam penularan kegiatan jenayah lelaki Nigeria apabila siasatan polis di beberapa negara mendapati suspek yang ditahan mengesahkan mereka adalah ‘lulusan’ sekolah itu.

p/s: hati hati para wanita di luar sana


Buyui

Wednesday, December 1, 2010

kempen khidmat masyarakat : chatroom

ai read Mrs MM's blog just now..pity her meroyan sebab i was not around , sebab kena pergi Kazashtan Baru katanyer...apsal u tak cakap ai pergi Kampung Baru..haha!

so uols boleh view here for the entry [promosiiiii] it's bout dia chat dengan stranger..gilalah lawak siap nak fly pergi paris sebab nak hilang gemuruh nak kawin..oi stranger ko buat lawak nak masuk raja lawak ke nanti?

as for me..manusia yang memang selalu je negative thinking dengan org lain [it was the real me la kan Mrs MM?haha!] nak2 lagi strangers ,straightly ai akan cakap stranger ni sah2 la nak mancing Mrs MM dgn bunyik paris dia tu konon2 nanti supaya minah ni boleh sampai terkeluar bijik matalah percaya cakap dia..then keje ape..architect?ko ni ade firm sendiri ke sampai nak kawen nanti nak cuti lagi..then ni fly lagi..so keje ko x de la sangat kan..?My twin fatin...hehe..sila jawab kejap architect ni betul ke rilex..ke firm dia ni nak tutup dah wei?hahahaha!kalau betul ko architect dah stabil ok gak boleh ai mintak tlg plan ai nak buat 3 shopping mall kat texas ni la ai rasa including ade panggung wayang sekali..boley?

alamak...aku pulak terlebey sudah pi kutuk ni strangers..sebenarnya tujuan entry ni ai nak cakap...chatting ni mmg mudah2 la orang nak tipu orang..susah nak cari orang yang betul jujur la kalau bab2 nak tackle2 awek on chatroom ni...sebab mana ada la orang yang nak carik pilihan hidup tu senang mcm hadap je chatroom 24jam then dapat bini..kan...?sah2 la mesti 99% semua tu main2 je lah...unless mmg kot kita kenal sedara mara kawan dia ke ape ke..kalau jodoh jugak tu nak buat macam mana...tapi elehh.bape ramai je kawen sebab kenal online ni..rasa2 statistik kena rogol masa blind date lagi ramai kot dari yang kawen kawan chatting ni..

and last week ai ada share kat twitter one campaign by government pasal benda ni...baca2 iklan ni mmg lawak la..tapi ada betulnya..check this out


p/s:jadilah pengguna internet yang bijak :p

Buyui