Showing posts with label language. Show all posts
Showing posts with label language. Show all posts

Thursday, January 26, 2012

Hang nak p mana?

Nah amik bila idea datang sehari melebih2 pulak aku menulis. Muntah nanah la.. 

This time aku nak cerita pasal bahasa. Dialek. Semalam aku tweet. Tweet aku di malam hari berbunyi begini:

"Jap lagi ada Mann kat TV2, teriak la lagi...........". 

Lebih kurang la aku berkicau semalam.

Aku bukan nak cerita kat korang pasal cerita Mann sedih pilu tu, sebab aku bukan fanatik fan cerita Mann tu, pada aku , aku suka Kuch2 Hotak Hang dengan Kabhil Kushi Digam2 jugak, sebab pada aku cerita tu colorful and wonderfull. Mann tu heroin dia pada aku belengas. Ok pada sama tatau Mann tu apa, sila la carik, Mann tu citer hindustan heroin dia Manisha Koraila, memang la lawa la tapi dalam cerita tu belengas sangat muak dia.

Ok berbalik pada kicauan aku tu, aku cakap teriak tu, sebab dalam bahasa Kedah teriak tu menangis. Kalau menangis melolong tu orang panggei keriyau. Bukan MENJERIT. Dah pejadah aku tengok Mann nak menjerit kan...citer sedih harus menangis/ keriyau/teriak . Kalau kau tengok Mann malam semalam pastu kau MENJERIT tu maknanya kau histeria.

Aku asai Kedah. So patut aku cakap Kedah. Last week aku ditegur "apasal dengan adik tak bunyi Kedah pun,". 

Itu sebab depan orang bukan keluarga auto keluar bunyik cakap luar. [Bajet kau orang KL, haktui!]. Cuba kau dengar aku cakap telefon dengan abah aku... bunyik aku cakap dengan mamak kayu nasik kandaq penang tu lebih kurang je bunyi tak banyak beza. 

MM pun sama family dia asai Kedah, so among family dia suka cakap kedah, so dia suka kalau aku cakap kedah dengan dia "kan hang suka aku cakap kedah kan?". so i will try my best tak cakap luar dengan dia. Masalah eh payah tul la nak cakap kedah bila bukan dengan family ni. Haiya!

Tapi makcik sapu kat office aku ni cakap loghat orang "Texas" ni la senang nak terikut. Memula aku buat2 malas nak pikir, sekali betul la! Dah kalau aku cakap dengan local people dah bunyik2 loghat "Texas" dah. 

Yes, I am Talking Tom "mesin cakap tekan je loghat ape kau nak" sekarang ni.

Buyui

Sunday, July 10, 2011

masalah bahasa kembali lagi.

That day aku singgah la nak mentekedarah Mekdi. Iye bukan kalau Mekdi [yang aku ni tak fastfood seberapa mana] pun aku pasti jua mentekedarah maka sila buat imaginasi sendiri kalau aku makan nasi lemak ayam berempah. Horror rupenya kan?Maka sila jangan berharap aku nak cakap aku order ape kat Mekdi itu hari.

Tapi dalam tak nak cakap aku order apa, aku hanya akan bagitahu korang selain dari GCB yang sudah kembali ke pagkal jalan, satu lagi Mc shaker Fries dan dimulai dengan perasa BBQ, berkunjung ke Mekdi lagi. Maybe this week giliran perasa cheese yang membuatkan kita terasa seperti makan Super Ring , [sila alunkan lagu tema Super Ring iaitu "Super Ring riang Super Ring lazat.."] aku akan pergi lagi. Berlagak. Super Ring murah tu tak nak makan, Mc Shaker perasa cheese jugak yang menjadi pilihan. Dasar remaja zaman sekarang aku ni. Eh?Remajalah sangat.How i wish boleh jadi dewasa, bila agaknya. LOL.

***Iklan : Motif entry ini hanya korang boleh kecapi di perenggan ini iaitu perenggan ketiga. Sangatlah merepek dua perenggan baru sekarang nak cakap isu duduk perkara entry ni. Tak buang masa orang boleh tak?Heh.

Begini, aku masa nak order tu tak nak la mintak one set , aku nak ala carte je then nak add Mc Shaker fries tu. So aku cakap la kat budak tu. Then dia ada la explain dekat aku DALAM BAHASA MALAYSIA tapi penuh berascent tempatan ye, lepas tu aku membuat bunyi "Ha?!" sebanyak 3 kali dan dia pun gigih explain sebanyak 3 kali jua. Mungkin dalam hati dia cakap "Hoih pompuan ni tak paham ke aku cakap , ke pekak?".

Seperti manusia typical yang lain, yang tidak mahu menunjuk ko bengap sangat atau lembap sangat tak paham-paham orang bagi penerangan, aku hanya mengangguk aje dengan apa budak kaunter tu terangkan. Macam burung tekukur bukan tekuak.

Rupanya bila aku dah kena bayar dan dapat apa yang aku order ikut frasa dia nyatakan tadi, aku membuat kesimpulan dia cakap "Kalau nak order ala carte kena tambah seringgit untuk perasa mc shaker bbq ni,". Oh mudah je. Tapi kenapa aku tak paham-paham?

Nak cakap aku tak paham Bahasa Melayu, memang tak lah kan..?Oh. Kelemahan diri aku ini perlu diperbaiki supaya dapat order benda yang menjadi pilihan hati dengan jayanya di kemudian hari. Aku tak mahu kes lampu kelip-kelip terjadi lagi.

Baik aku tulis je kot lepas ni kalau masalah bahasa ini semakin meruncing.

Buyui