Wednesday, August 29, 2012

Antara HORMAT dan SEGAN

Kasta. Familiar tak dengan word ni? Selalu kalau dulu (I am not sure sekarang still apply ke tak) kaum India amat pentingkan kasta. Alah.. melayu pun sama. Kalau tak, tak adelah istilah pipit dengan pipt , enggang dengan enggang or tak adalah cerita Antara dua darjat or Jimi Asmara tu. Auuww.. I love the movie!

Itu kasta or darjat kalau nak kawen. Keturunan makan kerang tak boleh campur dengan keturunan makan pari. Hahah. Mandai je aku ni. Tapi tidakkah kita sadari di sekeliling kita pun wujud lagi permasalahan sosial ni? Eceh! Ko buruk kawan dengan orang buruk je. 

Disebabkan propaganda kasta inilah kita seringkali or dh terbiasa membuatkannya menerawang dalam kehidupan kita saban hari. Contoh paling senang la aku kasi;

Ko kerja sebagai tukang sapu. Ko rasa ko pencacai hina paling low class dekat pejabat tu nak banding dengan si A exec di situ. Sebab apa ko rasa ko pencacai hina sedangkan ko tu ade ijazah tapi susah nak dapat kerja , ko kerja la ape yang ada dulu sebab mak ayah ko susah adik2 ramai tak abes sekolah lagi. Sebab............ ko dah terbiasa set mind tu kerja sapu sampah je low class. Cuba ko pikir "kerja sapu sampah ni hebat gila tau tak... kalau aku tak sapu sape nak sapu lagi?". Kan?

Samalah juga. Contoh yang sama kerja sapu sampah. Then datang la pekerja baru. Exec. Lawa , cantik bergaya lemah tutur kata semua. So dia cari rumah sewa. Rumah ko ade bilik kosong untuk disewakan. Tapi................. disebabkan ko SEGAN dengan exec baru tu and fikir "takkan la dia pegawai tinggi nak duduk serumah dengan aku" ko sanggup tak ajak or pelawa dia duduk sekali even dia tanya ko "saya dengar ada orang cakap umah awak ada bilik untuk disewa, saya nak sewa boleh?". Apa salahnya? Dia kerja makan gaji, ko pun kerja makan gaji. Time kerja memang la kena HORMAT bila out of office lain la cerita. Kita semua manusia hamba Allah kan? Err.. tapi tengoklah  la juga ada je orang berpangkat tinggi menyombong tak kena gaya. Tu make it as an exception for this situation

Sebab tu la pada aku, HORMAT ye kita kena sentiasa hormat orang, kalau SEGAN tu tengoklah pada tempat dan masa. Kalau mind kita macam ni je asyik pikir kasta memang sampai bila- bilalah hal pangkat, darjat , keturunan segala ni tak akan habis.

Just my thought.

Buyui

Monday, August 27, 2012

di mana saya? malaysia? kuning ka hijau ka? (buat nada Bangla cakap)

Dulu kawan aku yang memang asal beraya je kat area KL pernah cakap pada aku "kalau hari raya je kat KLCC, Zoo Negara, Sogo ke mesti penuh dengan bangla indon semua. Orang kita memang tak nampak", Aku pun pernah terfikir macam mana la rupa zoo negara penuh dengan bangla segala. Harus gelap je rasa kan? (isk tak baik lak aku rasa ngata- ngata kat org, tp tipulah kalau kita semua tak fikir yang sama mcm aku fikir kan?)

Nak dijadikan cerita. Masa raya haritu. First day of raya.. Mek Cher telah "mengkabulkan " impian aku. hahahaha. Merasa aku jadi part of them. Bukan aku aje. Mek Cher, adik dia and anak2 dia pun sama je. Merasa la kitaorg sama ada be part of foreigner ni or feeling we are the only Malaysians kat situ. Pilih je kategori mana kitaorg nak. Tapi tak la lagi sampai tahap pergi zoo tu. (kalau yang tu memang sampai hari ni aku gelak tak abes lagi Cher oii). 

Bukan la aku ni tak pernah naik feri kat Penang tu. Memang la pernah. Tapi naik feri tu dengan kereta la. Itu pun berapa tahun nan silam. Sekarang ni semua pakai jambatan. Entahlah, pada aku jambatan tu (minus jem) laju la dari feri tu. Tapi according tu Mr A laki si mek Cher ni pakai feri lagi cepat. So berferilah kita. 

Niat di hati nak la naik feri then pusing Penang feeling like mat saleh holiday uols , lepas tu boleh lah aku ikut singgah beraya di umah parent Anim (mek cher and anim ni sekampung, konon nak seperais si anim la ni) sekali seperais ape ke mananya. Dengan apa yang dirancang tak jadi. Ingat nak jumpa di jeti before naik feri (we went separately and I'll park my car then cari kereta Mr A baru naik feri). End up dok cari Mr A tak jumpa siap sesat barat bagai (Butterworth seconit tu pun boleh sesat??? ahahah) boleh kitaorg naik feri tu pakai yang pejalan kaki tu. Hahhh... merasa la ko dok bergesel2 dengan bangla nepal segala (Mek cher cakap nasib pakai baju kurung! LOL) , bersesak2 dalam tu dengan dia kendong anak lagi, yng aku kendong KFC lagi ( HAHA...aku dan makanan tak boleh dipisahkan) seriyes macam mintak nyawa masa tu. Oh dengan panas melekit segala lagi. Mintak nyawa laaaaa!!!

It was the horror experience for us. Memang tobat la depa ni nak naik feri segala, BY USING PEJALAN KAKI tu. LOL. 

Tapi sempat la aku nampak mat saleh (boleh tahan muka dia tapi Mek Cher nampak dulu dari aku, simpan sorang2 dasar..............) pakai baju melayu sampin segala dok naik feri. Oh dia tak pelah naik kereta panas- masuk kereta on la air cond, cuba macam kitaorang ni, sah2 bukak abes segala baju sampin ape ke mana aku kerjakan. Eh!

So enjoy the pics! Dan lagi amik gambar bagai.Memang macam aBangLa dah. hahaha!





Selamat hari raya!

Buyui

Monday, August 13, 2012

seremmmmmmm

Temasya olimpik London 2012 baru melabuhkan tirainya pagi tadi. Wah... labuh tirai bagai tau ayat aku.. hahah. Aku as usual la kalau benda- benda pagi- pagi camtu memang malas aku nak bangun. ku tengok repeat aje nanti. Apa guna aku subscribe olimpik pakej ye dak. (Ayat sedap hati sendiri sebab tak tengok Spice Girl, demm!!)

Semalam kawan aku si KD tag aku picture ni kat FB. Hahaha. Memang lawak pada aku. Sebab beberapa hari sebelum tu aku cakap kat KD agak scary seremmm apesal tah kalau tengok synchronized swimming punya acara, mesti macam ala- ala citer scary. Start dari make - up dia (kot ya make-up water proof make up elok- elok tak boleh ke? Ni ada macam muka seram, mintak lempang malah ade muka macam clown! aku ni dah la takut.) sampailah ke performance dia. Maybe sebab beriya sangat kot nak menang sampai gitu sekali. Tapi aku rasa tak semua team macam tu, sebab aku tengok team yang menang ok la lagi tahap seram dia berbanding yang kalah. Tak caya korang tengok u tube. Maybe tv focus dekat sangat ke ape kot sampai aku rasa scary sangat synchronized swimming ni. Tapi awat dulu tak la macam tu sekali.

Ok ni la pic KD tag aku kat FB.


Lawak kan?

 Buyui

Sunday, August 5, 2012

Drama ramadhan

Memang satu perasaan yang semacam tak dapat digambarkan kalau kita tengah masak then gas abes!! Bulan puasa aku ni akan masak mostly sebab bukan nak tunjuk aku rajin tapi sebab makanan kat param sama ada tak boleh masuk dengan tekak or mahal melampau. Duduk seorang (kalau aku la, Mr I jangan kira dia duduk seorang pun masak kena ada at least 3 jenis lauk; tak ade kuah, berkuah dan sayur :) ) senang masak simple tak sedap hadap, sedap lagilah berhadap.

Memang seperti kujangkan gas ku akan abes jua. Tengah sedap aku nak goreng ayam pakai Pemanggang Ajaib  ni (bagus i tell u.......... semua tok nenek boleh buat, betul- betul ajaib! haha) sekali tup tup padam! Yes.... masa tu dah pukul 6.30. Nice kan? 


  • Dah gas abes

  • Call gas dilevery dia cakap out of stock (ni aku angin jugak, ada ke dia kasik anak dia yang reti cakap bahasa zuhal je angkat phone? nak ajar anak jadik receptionist ke ape esok besau?)

  • Call lagi satu off telefon


Maka....... terpaksa la aku tanya jiran 

"Akak ada gas spare tak?".

Naseb la jiran aku jenis masak/mak2 ada simpan gas lebih. Kalau tak ada jugak aku nak try masak pakai fire extinguisher (gas jugak kan?). Hahah. 

Haih. Memang drama kelang - kelibut bulan puasa betul!

Buyui