Showing posts with label MM. Show all posts
Showing posts with label MM. Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

Senjata bila stres

Aku suka kalau stres mengadu dekat MM.  Or even my closest friends yang macam family aku sendiri like Kak Shma (tapi kadang- kadang Kak Shma selalu bagi solution sengal, hahah) or others like J (kalau ada masalah kerohanian boleh cari dia, sesuai).

Tapi kalau ko rasa nak hilang stres kau by gelak masa- masa tu jugak ko cari la MM. Dia memang pakar rujuk yang terbaik. Hilang stres.

Tadi aku cerita dekat dia. Aku stres. Cerita punya cerita sekali dia macam seorang kaunselor dia cakap ;

"U tahu apa SENJATA nak selesaikan masalah?"

"Ape? DOA"

Pastu aku pun gelak dia pun gelak. Bukan aku nak gelak keajaiban berdoa tu. (kalau ko rasa kau ustazah and tak boleh nak terima apa aku cakap or dalam hati ko kata "eh dia ni, doa tu kan ikhtiar, senjata dalam menyelesaikan masalah, tak belajar pendidikan islam ke dia ni macam aku?". Aku mintak sila awal- awal jangan baca dah blog aku ni.. Blog aku ni nak lepas apa aku rasa bukan nak berdakwah kat orang pun).

Tapi aku gelak sebab tetiba aku rasa aku macam Ustazah sangat feeling alim and begitu jua MM .

Tapi MM cakap SENJATA itu ialah MENANGIS.

Aku pun terfikir. Ye tak ye kan, perempuan apa- apa pun menangis. Sikit- sikit menangis, lelaki pun kalau tengok perempuan menagis pun jadi lemah. Cepat kesian. Mission accomplish!

Aku teringat dulu masa sekolah. Kalau cikgu marah sangat- sangat, amukkan pun tak menjadi last- last dia menangis. In front of the students. Angkat beg , buku rekod , blah! Tapi make sure anak- anak murid nampak kita meleleh air mata. Belum abes waktu dah kuar kelas. Cikgu mengular ni. Hahahaha!

Nanti anak murid akan rasa bersalah. Susah hati cikgu merajuk . Cikgu umur 40 tahun pun merajuk dengan anak murid umur 16 tahun? Wth? Ok aku paham memang ada sampai masa cikgu pun pissed off dengan perangai students. Tapi lari keluar kelas like that? Itu we call it DRAMA ok cikgu.

Aku teringat masa aku jadik cikgu dulu, ada sorang cikgu ni. Dia sangat stres. Cikgu banyak keje wooo... jangan ingat cikgu seronok bila cuti sekolah tak payah pikir cuti lulus ke tak, bila cuti panjang boleh plan pergi Vietnam, Bandung dan Jakarta aje. Jangan ingat jadi cikgu ni seronok sebab tokei kedai kain ela boleh kenal kau so boleh dapat diskaun sikit. Eh terlebih pulak aku. 

Di samping kehebenan jadi cikgu itu ada juga tekanan- tekanan yang perlu dihempapkan ke atas kepala jemala mereka ini. Aku dulu paling stres nak tulis lesson plan tu. Hari- hari woo kena hapdate. Sangat dan amat bosan. Belum lagi kira kau nak kena tanda buku. Belum lagi kira kau nak kena update fail PEKA . Tu bukan fail peka kepada pembelajaran anak murid kau ye, tu fail amali sains kau tu, ada fail hujung tahun amik markah nanti boleh membantu markah kau dalam PMR, SPM nanti. Bukan juga fail pekak ye.

Tu belum lagi cerita kau nak kena buat minute mesyuarat, kau nak kena attend mesyuarat di kala kau seharian naik turun tangga kelas tingkat 3 dari pukul 8 sampai pukul satu tgh hari kalau waktu pack lagi macam nak tercabut kepala lutuit, dengan lagi nak jalan kaki pergi kantin lagi (lauk kantin cikgu sedap kalau sekolah dapat tender org masak sedap) lepas tu tgh hari terik kau nak kena attend meeting pulak dah, kepala jemala nak pikir lauk ape nak tapau bawak balik anak balik sekolah nak makan karang ni, karang nak amik anak sekolah nak antar pergi tusyen la kelas KAFA la ape la. Bebaban jadik cikgu memang membakar diri di panas mentari menerangi yang lain. 

Jadi bila bebanan - bebanan begini menghimpap diri, akak ni tadi dihimpap lagi dengan tugasan- tugasan seperti guru kelas, guru ini guru itu, dah sekolah nak buat hari sukan pulak ke sana ke sini berlari bekejaran maka dia adalah stres! Korang tau macam mana dia hilangkan stres tadik?

Iye......menggunakan SENJATA yang digunapakai macam MM cakap tadi. Menangis. Tetapi...............!!!! 

Bukan menangis hik hik hik (bunyik terisak - isak bukan bunyi ketawa kecil pura- pura ayu tu) dia MENANGIS MELOLONG....IYE ORG KEDAH CAKAP KERIYAU....!!End up, pengetua lepaskan bebanan kerja yang menghimpap kepalanya dan himpap kepala orang lain pula. 

Umo 40++ kau melolong depan ofis sekolah macam budak tak dapat aiskrim?

Mampu?

Hebat kan? 

Hebat!!

It works!

Buyui

Friday, February 17, 2012

Mind your own language

Harini aku nak share dengan korang bahasa kedah purba sikit. Uish mara org kampun aku cakap purba. Bukan la purba maybe ada lagi org kedah still sebut word ni. Tapi family aku yang sebut word ni arwah tok aku yang dah tak ade since aku darjah 5 lagi. So even abah aku pun tak sebut dah word2 camni, maybe sebab dah merantau and campur orang macam2 dah so application of this word tak berapa nak apply sangat dah di kalangan family aku.

The word like....







UNGKALA


Ko ada? Sapa terel bagitahu aku apa maksud dia. MM , u senyap.

Buyui

Wednesday, November 2, 2011

i want!!


Huwaaa...aku salahkan MM sebab ajar aku minum air ni, now aku nak sangat2 ok air ni, nak kunyah pearls dia tu..mana aku nak cekau kat "Texas" ni?????

Gila best wei, tapi kalau korang was-was halal ke tak jangan pergi minum. Okebai!

Buyui

Tuesday, July 12, 2011

sapa tak nak jadi CEO?

MM YM aku tadi. Dia bersedih. Merungut pasal bossnya yang sucks.Maka terpacullah topik ini.


MM : my boss sucks

Aku : Biasa la boss mana tak sucks . Semua sucks.
[Baik la macam mana pun org bawah ko ttp akan cakap boss ko sucks kan?Ada je tak puas hati]

MM : Unless i am the boss.

Aku : Nanti u jadi boss orang bawah u pulak cakap u sucks.

MM : "i will sucks all my employees ".Eh?

Aku : Kalau i jadi CEO i nak amik employees yang hot2 je. Yum2.

MM: i asked BPM yesterday kalau CEO gaji dia berapa? He said depends.Kalau kat German or Europe boleh la cecah 1 mill per year.

[minah ni tanya husband dia macam baru kenal dunia je. CEO mesti la gaji banyak.]

Aku : Kalau macam tu, kalau kita jual kain batik kat German consider kita ni CEO la kan?How about jual char keau tiau kat Europe?CEO la kan?

*perbualan ini telah diedit. Kalau tak pening korang nak baca.

Buyui

Tuesday, January 25, 2011

Sapa x nak amik sape ni?

Cerita hari ini bersama Mrs MM pasal mesin makan, sebab MIL dia keje paksa makan sdgkan dia husband and wife nak diet , to keep healthy life, so i syorkan bagi je ai as "mesin makan" on 24 jam, x kan overload, until matik sebab obese!haha!

But she can't write this because she's too busy and busy body today [busy body pasal pasah dah break up ngn jejai?] so ai pun cakap :

Me: Ye la i pon ada keje..so malas nak buat, nape la kita ni under research field?apesal KITA X AMIK MEDIC DULU?

MM:Err, sebab MEDIC X NAK AMIK KITA?

Kannnn?

Buyui

Wednesday, December 1, 2010

kempen khidmat masyarakat : chatroom

ai read Mrs MM's blog just now..pity her meroyan sebab i was not around , sebab kena pergi Kazashtan Baru katanyer...apsal u tak cakap ai pergi Kampung Baru..haha!

so uols boleh view here for the entry [promosiiiii] it's bout dia chat dengan stranger..gilalah lawak siap nak fly pergi paris sebab nak hilang gemuruh nak kawin..oi stranger ko buat lawak nak masuk raja lawak ke nanti?

as for me..manusia yang memang selalu je negative thinking dengan org lain [it was the real me la kan Mrs MM?haha!] nak2 lagi strangers ,straightly ai akan cakap stranger ni sah2 la nak mancing Mrs MM dgn bunyik paris dia tu konon2 nanti supaya minah ni boleh sampai terkeluar bijik matalah percaya cakap dia..then keje ape..architect?ko ni ade firm sendiri ke sampai nak kawen nanti nak cuti lagi..then ni fly lagi..so keje ko x de la sangat kan..?My twin fatin...hehe..sila jawab kejap architect ni betul ke rilex..ke firm dia ni nak tutup dah wei?hahahaha!kalau betul ko architect dah stabil ok gak boleh ai mintak tlg plan ai nak buat 3 shopping mall kat texas ni la ai rasa including ade panggung wayang sekali..boley?

alamak...aku pulak terlebey sudah pi kutuk ni strangers..sebenarnya tujuan entry ni ai nak cakap...chatting ni mmg mudah2 la orang nak tipu orang..susah nak cari orang yang betul jujur la kalau bab2 nak tackle2 awek on chatroom ni...sebab mana ada la orang yang nak carik pilihan hidup tu senang mcm hadap je chatroom 24jam then dapat bini..kan...?sah2 la mesti 99% semua tu main2 je lah...unless mmg kot kita kenal sedara mara kawan dia ke ape ke..kalau jodoh jugak tu nak buat macam mana...tapi elehh.bape ramai je kawen sebab kenal online ni..rasa2 statistik kena rogol masa blind date lagi ramai kot dari yang kawen kawan chatting ni..

and last week ai ada share kat twitter one campaign by government pasal benda ni...baca2 iklan ni mmg lawak la..tapi ada betulnya..check this out


p/s:jadilah pengguna internet yang bijak :p

Buyui