Wednesday, September 28, 2011

ape beza Ms and Miss?

Aku tak sure sama ada korang tau pasal benda ni atau aku yang ketinggalan, kalau tatau lg kira entri ni bagi ilmu la sikit dekat korang, kalau tak pun anggap je aku yang ketinggalan zaman.

Last week aku ada meeting dekat KL. Dia melibatkan wakil la dari orang negara2 ASEAN ni including Jepun. Memandangkan pembiaya projek ni pihak Jepun so kebykkan meeting kalau melibatkan projek dari ASEAN ni mestilah dia ada sama nak tengok la duit dia bagi tu kitaorang hala ke mana , pergi menyundal ke , buat beli mesin ke, chemical ke, barang lab ke or buat kumpul duit beli cincin . eh?!

So kalau dah melibatkan bukan orang Malaysia kan haruslah semua mesti communicate dalam manglish english ye tak? Surat semua pun haruslah dalam bahasa penjajah kan? Walaupun english sorang-sorang macam redha dalam paksa je grammar dia. Janji paham.

So dah dalam english selalu kalau kita panggil orang tu either Mr, Mrs (kalau dah kawen and surname laki dia lah kan?) and Ms or Miss.

Ha ni la masalah dah sampai. Taklah masalah mana pun....tapi bila nama semua orang ditulisnya Ms X, Ms Y , tetiba tang aku, MISS .... ? Maybe kalau orang yang tatau maksud akan cakap " Oklah tu orang lain tulis shortform ko tulis penuh2, baguslah tu,"

Aku pun memang tak kisah pun quote ape Miss ke Ms ke...jangan tetiba panggil PUAN jatuhlah saham aku wei...hahaha!Walaupun ikut protokol memang kena panggil aku puan kan.....[dah macam rancangan kuali kat tv yang pengacara dia Christine Ling tu..ye ke?aku hentam je, "ye puan-puan kita masukkan garam 5 sudu besar ye puan-puan"]

Big boss pun tegur, "U know what, kalau ikut UK system Miss tu tittle for status ibu tunggal....Ms tu utk orang tak kawen lagi,".

Sori aku tak la niat nak ngata kat ibu tunggal tapi betul ke Miss tu for mak J?kalau betul....memang la sah2 la jatuh saham aku. cis!

Dah tu patut ke tulis nama aku camni? : Single and abelebel Ms Buyui

Buyui


Tuesday, September 27, 2011

Loser ke independent?

aku terpanggil nak tulis satu entry ni lepas tgk tweet and baca entri si Faryn ni. Pasal makan sorang-sorang. Tapi aku rasa aku macam pernah je buat pasal ni, ke perasaan je kot or maybe De Ja Vu. Eh! Deja Moss Vu ke ape ke kalau suka bacalah , tak suka berenti sila tukar ke cerita yang korang suka baca :)

Ni pasal kisah makan sorang-sorang, or buat benda sorang-sorang. Korang better gi baca dulu kisah lawak si Faryn ni pergi bahasakan dua ekor mamat yang kutuk dia makan sorang-sorang dekat KL Sentral bebaru ni. Siap panggil loser. Apakah? Apsal kalau duduk sorang-sorang, makan sorang-sorang, tengok hp pastu tersengih-sengih, tengok wayang sorang-sorang, shopping sorang-sorang dan sewaktu dengannya tu loser ke? Apa pahaman la orang macam ni pakai ni. Ke dia tak kenal ape tu Twitter, BBM, FB or even whatsapp?

Sori la kepada sesapa yang terasa. Selalu kan aku tengoklah, mamat-mamat la selalunya ni nak ngorat awek-awek kat bus stop la, bus stand la, sekolah ke or mana-mana la tempat dia suka [selalu kaki phewit2 orang ni akai mana ade main taram je nak ayat awek ni] akan kecoh kalau dia bersama dengan kawan-kawan dia. Ada kawan bisinglah la dia cakap macam-macam nak ngorat awek tersebut. Betul tak? Cuba dia sorang-sorang..ada ke dia berani nak ayat awek tersebut. Kalau ada yang berani sila tampil ke depan jumpa aku. Eceh! [Yang aku pun bunyi macam nak cari jodoh sendiri dah ni kenapa?]

Aku teringat pada seorang kawan aku masa belajar dulu. Aku pun tataulah dia ni ada masalah lack of self confident ke apa, tapi sampai tahap dia nak beli burger kat pasar malam la contohnya kan dia akan suruh kawan dia tolong cakapkan kat orang kedai tu. Sampai macam tu la sekali. Dasyat tak? Tu baru dengan tukang kedai belum lagi tahap every weekend ayah/abang dia akan jemput dia dari rumah sewa bawak balik ke hometown. And for info, LRT pun dia takut nak naik. Ye la betul kena la jangan berani sangat kan, tapi macam setakat kena belajar naik public transport or nak beli barang pun takkan nak takut kot?

Aku dulu pun tak berapa nak independent. Aku rasalah. Aku dulu tak reti nak berjalan sorang-sorang, apatah lagi makan sorang-sorang sebab ye la aku rasa macam one whole world ni akan pandang pada aku, and aku admit aku pun rasa ada sedikit rasa loser. Pahaman sempit betul. Sampailah aku kenal Kak Shma dia pernah cakap kat aku, "makan je sorang-sorang, kalau tak makan kita lapar,". Sama jugak aku kenal Bib yang berani ke sana sini sorang-sorang [tapi dia ni terlebih berani pulak] , so aku dah boleh berjalan shopping sorang-sorang yang aku rasa lagi best sebab jalan je ikut mana yang kita nak , berapa lama yang kita nak, and dah takde dah rasa loser and whole entire world are looking at you. Sebab tu aku berani sampai ke " Texas" ni di mana really strange to me dulu dengan sendiri dan yang penting sorang-sorang. Sampai tahap Kak Shma cakap "Shma yakin B selamat," bila aku tanya dia bebaru ni apesal dia tak tanya keadaan aku padahal husband dia lak risau-risau tanya aku selamat sampai ke tak lagi. LOL.

Sekarang ni aku tengah tanamkan hati aku belajar yakin dengan ayat "mana-mana pun bumi Allah,". Ayat ni aku dapat dari kakak kawan aku yang rilek je jalan sorang-sorang dekat Ireland dulu. Maklumlah nanti aku nak ke Hokkaido kan sorang-sorang. Luckily aku dah get use to be sorang-sorang. Cuba bayang kalau selalu bergantung harap pada orang, tu lagilah LOSER!

Buyui

Forum Kak Nam

Aku ada satu cerita [wah feeling macam story teller sangat aku tau]

Arwah mak aku ni ada la cousin. Aku adik beradik pun still lagi baik dengan cousin arwah mak aku tu tapi paling rapat tu dengan yang sulung je lah. Adik beradik dia yang lain tu kureng la meaning kalau tak ada sakit pening ke memang tak jumpa lah. Silap-silap kalau jumpa tengah jalan pun tak kenal kot?

*************

Ok penulisan aku stuck kejap melayan orang perasan bagus sangat ni. Kalau cakap elok-elok pun orang tau la kau tu orang bagus semua orang la nak sembah kau kalau nak satu2 benda kan..?

Ok abaikan selingan tadi.

************

Sambung balik;

Then one day, adik cousin mak aku ni call, tetiba je call, yang selama ni no phone aku pun dia tak pernah nak simpan, then aku pun sama tak simpan nombor dia, just nombor akak dia je aku ada, called la aku..then dia cakap nak no phone adik aku. Then aku syak ni mesti kes ada kaitan la dengan drama bersiri kepolisan kan? Tapi dah gaya macam nak mesra la kunun aku pun mengkaknamkan diri. Silap aku jugak la p Kak Nam sapa suruh. Dah kata sedarah sedaging kan?Aku pun mesra la kunun...

Sekali dia macam berat la nak cerita. Ok fine. Tapi yang syoknya tetiba speaking ni dengan aku. Pulak..?Dah macam aku ni gaya operator telefon ke ape dengan dia ni?

"I need some advice from him,". Wah gitu...

Aku pun layan la balik feeling-feeling aku ni kerja Customer Service layan customer call dari Vietnam.

Ok lah dah ko tak nak cerita kan dengan aku, macam la sok2 aku tak bukak sesi bual Kak Nam dengan adik aku kan...?

Sekali adik aku cakap, "Dia kena tipu duit, so bukan kes gerak khas aku minggu ni, so aku pass kat Montek,". Montek tu bini dia lah merangkap SIL aku.

So dah kata Kak Nam pret-pret sangat, aku tujulah ke Montek lak tanya [aku host forum ni].

Montek cakap "Dia chatting dengan foreigner [aku syak ni mesti whats up my Nigga la ni, aku kan host mesti la buat banyak research ] , lepas tu orang tu datang Malaysia , stuck dekat KLIA, orang yang terlibat tu called, dia cakap bank in RM**** , so dia bank in la, lepas tu orang tu lesap,"

La......awat bijak sangat ni....?????Punyalah kasih sayang sangat kan....???Mintak simpang la aku buta chenta sampai macam tu sekali. Kot ye buta chenta akal janganlah buta sekali boleh tak kak?Tak pernah jumpa simply nak bagi duit macam tu. Aku ni dasar kemut, satu sen pun aku tak bagi. Insya Allah .

Sudahnya memang duit dia lesap camtu je lah. Nak trace pun macam mana kan?

Aku nak je nasihat dekat dia ni, "Banyak-banyak la tengok gerak khas ye kak bukan CSI, at least gerak khas tu ade la kes-kes yang jadi kat Malaysia ni, kurang-kurang nak kena tipu boleh tepis siap-siap," Aku rasalah kan?

Buyui

Monday, September 26, 2011

ini hanya pendirian aku saja

ok, aku rasa cerita aku ni dah ketinggalan tapi aku nak cerita gak and kebetulan ni idea aku nak merempan dah datang.

KORANG TAHU FILM NASI LEMAK 2.0? and tak salah aku, JEJAKA ANGGUN kita dah pergi tengok ek? ko tolong bitau aku citer dia macam mana boleh tak JA?

Aku memula ade jugaklah niat nak tengok or dapatkan dvd dia, aku kan sekarang payah nak tengok wayang dah...so apa citer pun aku layan sekarang ni pakai DVD je.

Tapi aku ternampak poster nasi lemak 2.0 tu..masa aku jalan-jalan dengan Kak Shma last week, lepas tu aku nampak A FILM BY ******** [seriyes aku tak suka nak sebut nama lahabau ni macam semua orang tak boleh sebut Voldermot tu] terus meluap-luap aku marah.

Kepada who may concern la, diaorang ni nak untung sangat ke sampai pergi bagi masuk panggung cerita dia ni. Yes aku judge tanpa tengok dulu cerita dia, sebab tu aku nak mintak tolong sangat kat sape dah tengok ni macam mana cerita dia. Ade ke cerita dia kisah pasal orang Malaysia or dia saja nak perli2 orang kita or bangsa kita sendiri macam dia buat satu masa tu. [kepada yg tatau sila google Negarakuku]. Masa dia buat dulu tu memang pun ade a few things yang dia cakap tu betul, tapi kau sampai nak ubah lagu negara sendiri tu ape ke hal?Ok tak boleh cakap lebih2 sebab ni kang orang cakap aku ni racist, cari pasal lak...kang tak pasal lak entri aku ni jadi bahan...coi..coi..coi..tamau2..

Tapi as pendirian aku la, aku memang tak akan support la apa ***** ni dah buat, lepas tu pergi tengok pulak cerita dia tu. Ish nak tengok trailer dia pun loya tekak ah aku.

p/s: ni aku rasa aku nak baca buku sejarah balik ni. tetiba

Buyui

update dari aku kepada sapa nak tahu (kalau ada)

Hola!

uish kali ni memang betul2 aku tak berupdate sangat ni. tengok tadi entry untuk bulan ni baru dua je baru? tapi kan better kot dari entry memanjang tapi merepek..kalau merepek meraban orang suka nak baca tak ape lah, ini....?baik aku ambik tindakan senyap je baca entri orang kan?

sibuk sama pun iye. sapa yang memang berada dalam circle of my life [eceh..!!] memang tau la betapa bznya tahap hidung tu aku bz. sampaikan tahap konon last day of meeting in KL tu nak la bersama teman terchenta makan ketam kegemaran , sekali tak jadilah la pulak..pffttt...terpaksa cancel last minute. sorry again Mr I, i owe u one! p/s: tapi aku pergi gak ngan Kak Shma saturday nite tu wei lepas gak ngidam ni :)

ha satu lagi aku nak update kat korang, aku dah apply dah visa nak ke Jepun tu, as a result muka aku dihantujepunkan oleh mereka. cuba bayang obituary dalam paper tu..ha camtu la sebijik muka aku diaorang buat...sheesshh...sampaikan si MM [masa aku jumpa kejap dgn dia aritu] dengan RJ gelak besar la. MM tanya aritu, "apesal u tak senyum". macam mana nak senyum , aku dah senyum lawa siap eye smile ni budak aik gambar tu cakap "mulut , buat betul2". cis, babylah! macam hantu ju on tp dah dewasa. cis! I hate gambar sendiri kalau dalam pasport and visa, IC better sikit.

sekian saja update aku.

Buyui

Sunday, September 11, 2011

kenapa aku tak berupdate?

Lately ini....

1. Dah tak sempat pagi2 nak on blog sana sini, bukak FB , semua..but twitter still la bukak tengok timeline.

2. Dulu first thing bukak bila on pc is blogspot, now email..bukan personal email...tapi email official check kerja.

3. Kalau nak ikut kerja boleh buat dekat rumah tapi kalau dah buat dekat rumah lagilah tak ada dah masa untuk diri sendiri.

4. Tapi nak stay up lama2 dekat ofis aku adalah pentakut. Lagipun gaji aku bukan berdasarkan berapa lama aku duduk ngadap kerja sama je banyak tu jugak, kena potong lg adalah.

5. Idea nak update pun tak seberapa dah. Menipis je rasa otak ni.

6. Sebab tu la aku macam lemau je nak update, sila maafkan saya.

7. Bz + tak ada idea = blog tak update

8. Harapan : esok adelah idea nak update ok?

p/s: Korang ingat tak cerita zaman dulu yg ada Fantaghiro, Tarabas tu? Ok dia ulang balik kat TV9 every Sunday kol 10pm. Kalau tak tahu sama ada korang ni lahir zaman sebelum merdeka tak pun korang laahir zaman millenium. Gila semua orang tau kot cerita tu?!!

Buyui

Wednesday, September 7, 2011

still lagi raya ke?

hi! miss me?eceh!

so syawal still ada , harini dah second day aku masuk kerja and there are still a lot of works kena kasik habis. Tapi aku rasa macam tak kan abis je ni.

sana sini semua bau2 raya still ada. kat fb orang semua letak gambar raya..profile pic raya..upload pic raya .. blog pun sama citer pasal raya. citer pasal dia balik kampung bakar lemang, main bunga api lah, korek lubang la nak tanam mercun la, lawat adik kawan kena mercun la.. haha! ni aku mandai tapi dalam ramai2 entry aku paling suka entry Fatin beraya dengan family, cam beest bunyi, klasik!siap gantung bendera sebab kebetulan merdeka kan?aku tak la gantung bendera mana tengok bendera pakcik depan umah cukuplah

pic raya pun satu hape takdek. dah nama pun aku bukan raya mana pun kan..so aku x kisah lah gambar ke ape pun..dah tu aku tengok kawan aku amik gambar kt studio masa raya dah macam best. bila aku usul kat abah dia dah buat muka pelik..hahaah!

so selamat hari raya la korang , masa2 ni la baru nak rasa best menelan saki baki kuih raya duduk depan tv malam hari. tak percaya? cuba buat..

p/s:aku still rasa janggal nak makan/minum depan orang secara terbuka. macam rasa still puasa

Buyui