Showing posts with label YM. Show all posts
Showing posts with label YM. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

Apa ada pada nama

Kerja aku ni banyak melibatkan dengan orang luar. Tapi so far sekitar Asia je la. Bila dah cakap pasal Asian ni macam- macam la nama keluar.

Kejap tadi aku baru dapat email from seseorang. Pasal kerja. Orang Asia la, belah mana aku tak sure. Kalau nanti aku dapat kenal dengan beliau aku inform la beliau asal dari mana. Tapi yang aku rasa nak tergelak tapi rasa tak baik gelak tapi rasa tak tahan ku gelak jua bila tengok nama dia spelled camni. TongOn. 

Bila aku ni dah lemau mula la kan aku mikir merepek- repek sambil YM si Faryn.

Aku : ade org ni nama TongOn
          ltk 'g' jd lain 
          hahaha

Faryn, lagi la.. dia ade ke cakap "macam bongoks je"

Keji wei. Eleh padahal aku mula dulu kan. Double keji.

Tapi betul wei, aku tengok la kan orang- orang belah Asia ni kadang- kadang nama tak bernahu pun ade. Sampai aku tak reti nak sebut. Tak baik kan gelak kat nama orang, silap- silap orang tu pun tengok nama aku pun tah hapa2 dia cakap. 


Buyui

Tuesday, March 6, 2012

Kisah hati- eceh!

Amboi berani aku nak reveal pasal ni. Hahaha!Don't judge me anything, please. Aku rasa aku nak tulis apa aku rasa saja and lain orang lain pendapat, tu penting kena ingat. Ini hanya pandangan aku saja maybe korang pulak lain cara berfikir kan. Apa- apa aku nak mintak maaf kalau2 apa aku tulis ni bakal menyunging (MM ni mesti tak paham , so let me explain dulu ," MM it's like tersinggung or hurt ur feeling") perasaan dan sanubari korang.

Intro pun dah berbunyi macam intro misteri nusantara ta ta raaa apehal?

Aku borak dengan kawan aku tadi. Dia cerita pasal one of people yang aku pun kenal. This people aku panggil dia S. Aku dengan kawan aku namakan dia ni S.

S ni sebaya dengan aku. Umur tak la sampai cecah 4 series lagi. (Eceh nak jugak cakap aku ni muda lagi, hak tui). S ni single lagi. Dia pun berpelajaran la banding dengan aku ni BM SPM pun failed. Hahaha! S ni pun lawa la kulit putih geboo... (org la ckp ko kalau putih ko lawa). Kira tak ada la cacat cela pada dia melainkan kepala otak dia pada aku mcm orang tak betul kadang- kadang. Hahahaha!

Jadi, being #typical mentality ko asal umur dah cecah 30-an nak- nak ko perempuan tak kawen- kawen ko akan bakal digelar ............................. ok paham sendiri la kan? Tapi S ni kuat ilmu agama, eh aku rasa kuat amalan agama juga maka dia 'susah hati' sebab still lagi jodoh tak sampai- sampai hingga ke hari ini. Fine. Aku pun naseb sama dengan dia (cantik, elok budi pekerti, anggun , bergaya, tiada tolok bandingnya bak Puteri Gunung Ledang) tapi bezanya aku ni kurang la amalan agama berbanding dia maka sebab tu otak aku pikir nak enjoy je dulu. Kann? Matiklah statement. Mungkin S fikir dia still tak berumahtangga lagi maka perlu disegerakan sunnah nabi itu bukan la sebab dia fikir mak dia kat kpg dok bising tak kawen2 lagi. Aku la rasa.

Maka disebabkan oleh dia susah hati tu dia telah mengambil keputusan nak jumpa ustaz yang well known jugaklah. Nak bagi cepat jodoh or ringan jodoh.Yang aku tak leh blah statement kawan aku bila aku tanya kenapa sampai tahap tu dia nak pergi jumpa ustaz berubat ni? Kawan aku cakap "entah, maybe sebab TAK TAHAN KOT". ok kawan aku tu pikir baik2 maksud TAK TAHAN tu tapi kenapa la otak aku sampai sekarang pikir kuning sekuning kaler pensel luna.

Kawan aku cakap ," ko janganlah kondem ape dia buat tu. Tu kan sunnah?". Yes i know tu sunnah so one of the way ko kena la usaha untuk mempercepatkan sunnah tu, ape aku pikir sekang ni ialah tindakan dia sampai nak jumpa ustaz tu macam sekarang umur dia dah 50 tahun kena duduk dengan kucing2. Maybelah kot korang cakap "ko ni Buyui, dah tu takkan dia umur 50 thn baru nak jumpa ustaz mandi bunga bagai dengan jalan pun tak larat, masa muda ni la (muda ke ?) nak pergi usaha semua ni".

Itulah lain orang lain pendapat la kan. Pada aku it's too early lagi nak cuba usaha dengan cara- cara tu. Maybe sembahyang hajat dulu atau dalam erti kata lain SABAR maybe still ok pada aku buat masa ini. Entahlah korang, ini apa aku fikir. Kot esok- esok tuhan nak tunjuk aku ni banyak sangat komplen macam la  aku ni tolong usung kawan aku tu pergi  jumpa ustaz padahal aku dengar cerita org je pun , aku yang subuh- subuh hari beratur nak mandi bunga ke, mandi bawah jambatan ke , telan telur mentah ke (eh tu cerita lain ek..hahaha) sebab gatai sangat nak kawen mana lah tahu kan........

Tapi kredit jugaklah pada kawan aku tu, sebab ada la usaha nak cepatkan jodoh dia. Naseb tak jadi macam aku ni, keje nak jimba je . Isk tak baik.. tak baik....

Tapi so far tak nak la lagi aku pergi beratur panjang- panjang camtu. Mungkin ada cara lain sama kot.

Hanya tuhan yang tahu, kan?

p/s: masa naip entry ni aku memang teringat- ingat sangat entry ni .

Buyui

Sunday, February 26, 2012

Apakah kepentingan saka pada manusia di zaman lampau dan kepentingan internet di zaman kini. Bincangkan.

Semalam aku borak dengan kawan aku tro YM.Itulah naseb weekend sorang sangap menyangap yang sorang lg kena kerja over the weekend. So hala tuju kami semalam mengumpat la.. tak kira la orang tu kitaorg kenal ke tak. Keji bukan. Hahahahah.

So kawan aku ni keluar la satu cerita (sebelum ni dia ada dah cerita pasal benda2 mistik ni). Benda - benda mistik ni ,kita paham la macam ilmu hitam ke, sihir ke, hantu botol kicap la, saka la bla bla bla.. Aku tahu kita kena percaya benda- benda ghaib ni. Jadi aku percaya benda itu ada, tapi entah lah kadang- kadang benda mistik ni ada sampai tak tercapai dek akal kita nak fikir kalau ko ikut relate logik dengan zaman sekarang ni. Senang cakap wallahua'lam la...

Bila bercerita punya cerita dengan kawan aku ni, dia pun bukak la topik pasal saka menyaka ni. Aku kenal pasal saka ni pun (sebelum ni tau camtu2 je) dari filem Waris Jari Hantu. So aku tau la kena cari orang untuk turunkan saka tu, and so on. And sebab sekarang ni serba moden  ada je tatau rupanya keturunan dia ada saka tu and nak kena bagi kat dia pulak. Pun ada! Wallahua'lam sekali lagi. 

Dari cerita tu jugak aku dapat tau pasal saka ni bukan niat jahat je nak simpan. Orang dulu- dulu la mostly semua ada simpan saka ni. Ini kawan aku cakap hasil dari dia baca blog seorang pengamal ilmu perubatan Islam yang agak dikenali. Kebanyakkan orang zaman dulu ada simpan saka ni. 

Lalu aku pun bertanya pada kawan aku;

Aku: Apesal orang dulu suka nau simpan saka- saka ni ha? 

Korang tau ape kawan aku cakap?

Kawan aku : Dari I baca blog ustaz tu, saka ni org dulu simpan macam keperluan la. Contohnya sekarang handphone kan, kalau tak ada hp boleh hidup tak? Tak boleh kan?

Aku : U mean like Iphone, BB semua? Sekarang ni semua orang pakai.I see, means zaman dulu tak ada benda hp ni so diaorang simpan saka? Ko biar betik???

Kawan aku : Hahaha! Aku lah cakap zaman sekarang kan internet kena ada, so org sama la macam zaman dulu. Saka tu penting macam kita rasa internet tu penting.

FYI : Ni pandangan kawan aku pasal kepentingan saka bukan pendapat ustaz tu ek. 

Tapi point aku di sini, biar betol kawan aku ni samakan saka dulu mcm kepentingan internet sekarang? 

Sengal.

Buyui

Wednesday, February 22, 2012

Bebelan sebelum ke angka baru

Aku sesiap wish screen to screen dengan FM sebelum aku or dia tertido. And for moment aku still online dengan dia cuba nak merasai rasa- rasa umur angka lama di hujung- hujung jam. Githew. 

Tapi masa aku wish dia , dia wish aku, seriyes aku rasa macam ada kembar. Terus aku teringat novel Hlovate- Tunas yang aku khatam kali ke 5,6,7,8 aku tak sure pulak. Cerita tu Addin wish kembar dia Kucai , kan best ada kembar. 

Then FM tanya aku celebrate mana. Then aku cakap "aku sendiri dah lupa when was last time aku celebrate birthday". Memang aku dah tak ingat. Yang aku ingat aku celebrate fake birthday dengan Mr I dekat red box sebab dia amik pakej birthday. So semua feeling tiup kek. Sengal berganda.

FM pun cakap "aku mula start celerate bila start duduk asrama,'. Yes now I remember, aku mula mengenali asrama masa tu la aku baru ingat aku baru reti nak celebrate2 birthday ni. Eleh FM tak boleh nak recall pulak, dia tak ingat masa aku form 2, gigih budak kelas dia kat atas kelas aku tu nyanyi lagu happy birthday dia yang aku kat bawah ni dengar la orang nyanyi kat dia, "Happy birthday to Fatin............". Sedih ok padahal orang tu ngan aku sama bithday ni. Tu cerita masa bebudak la baru nak akil baligh (sweet sangat masa tu anak dara sunti yaww, hahaha!), sekarang dah jadi bahan lawak (aku je la gelak, FM tak gelak pun sebab dia tak ingat sampai sudah, fine.)

Cakap pasal celebrate ni mesti kita teringat ada kaitan dengan surprise! (Sila buat nada Eric Leong, cantik tak?cantik kan..........?). Sejak aku kenal makna celebrate ni, aku mesti teringat sorang kawan bak aku masa asasi UM dulu, roomate aku si Anne ni. Dia ni memang kaki celebrate birthday member. Sampai la ke dah beranak dua ni kerja dia celebrate birthday anak- anak la pulak kan? Kalau dia tak celebrate pun dia akan ingat birthday kita dan dia wish dari aku kenal masa belia remaja dulu sampailah ke la ni (walaupun tahun ni tetiba dia letak bang aron tu sebagai prototype dia nak wish birthday aku) tapi she still remember even dah berbelas tahun kot aku kenal dia. She always be Anne macam dulu jugak. 

Sebab dia la aku celebrate birthday dulu, dan sebab dia jauh dengan aku la , dah tak ada dah tengah- tengah malam bukak hadiah lepas potong kek (walaupun pada tahun pertama penyelebratan birthday aku, sambil depa ni nyanyi lagu ramai2 kat aku, aku tengah sibuk bergayut telefon dengan si Zal laki Anne sekarang ni, and using Anne's phone sony ericson warna biru boleh flip tu, hahaha!Amponnn). Tapi dah tuo- tuo ni aku tak kisah pun potong2 kek bagai tu sebab aku bukan makan pun.

I still remember one of my bday celebration dulu pernah sampai 3 group celebrate bday ko! Gila x? So ada 3 cake, different group, different time and different ko tiup ngan potong cake tu. Masa tu aku feeling celebrity sangat tau. Hahahaha! Ada jugak aku celebrate sama dengan kawan- kawan aku surprise yang tak surprise tu, dah hampir- hmpir jadik dha surprise tu aku percaya dah mati- mati la kawan kak Shma ajak lepak minum , sekali ujung- ujung terkantoi jugak. Bahahahaha! End up aku kena bawak Stevie patung besau orang tu kelek sepanjang Bukit Bintang. Nice eh!

Ada jugak celebrate yang beriya si Anne ni gorganize bawak cake segala dah ni, sekali aku nak keluar lepak dengan kawan aku yang lain. End up aku potong la cake and blah kuar camtu je. I know depa mesti kecewa kan masa tu, aku pun insaf. Sorry korang masa tu darah tengah muda (eceh!) so berjimba itu lagi penting ok. :P

Tapi dalam banyak2 birthday celebration yang pernah aku lalui , birthay celebration kalangan roomate, housemates aku yang mostly si Anne ni gorganize la yang aku paling hargai sampai sekarang. Even it's just makan cake, pizza, or mee jajan camtu, tapi moment ko lepak gelak beramai- ramai tu la paling happy. 

Rindu.

Buyui

Monday, February 20, 2012

Hidung belang

Ade ke underestimate aku tatau hidung belang tu ape? Aku amik BM kot dulu bukan aku sekolah kan wilayah Senchuan tanah besar cina nunnn....

Err...tapi betul ke maksud hidung belang aku tu?
pakai kanta kalau tak nampak
Buyui