Wednesday, February 22, 2012

Bebelan sebelum ke angka baru

Aku sesiap wish screen to screen dengan FM sebelum aku or dia tertido. And for moment aku still online dengan dia cuba nak merasai rasa- rasa umur angka lama di hujung- hujung jam. Githew. 

Tapi masa aku wish dia , dia wish aku, seriyes aku rasa macam ada kembar. Terus aku teringat novel Hlovate- Tunas yang aku khatam kali ke 5,6,7,8 aku tak sure pulak. Cerita tu Addin wish kembar dia Kucai , kan best ada kembar. 

Then FM tanya aku celebrate mana. Then aku cakap "aku sendiri dah lupa when was last time aku celebrate birthday". Memang aku dah tak ingat. Yang aku ingat aku celebrate fake birthday dengan Mr I dekat red box sebab dia amik pakej birthday. So semua feeling tiup kek. Sengal berganda.

FM pun cakap "aku mula start celerate bila start duduk asrama,'. Yes now I remember, aku mula mengenali asrama masa tu la aku baru ingat aku baru reti nak celebrate2 birthday ni. Eleh FM tak boleh nak recall pulak, dia tak ingat masa aku form 2, gigih budak kelas dia kat atas kelas aku tu nyanyi lagu happy birthday dia yang aku kat bawah ni dengar la orang nyanyi kat dia, "Happy birthday to Fatin............". Sedih ok padahal orang tu ngan aku sama bithday ni. Tu cerita masa bebudak la baru nak akil baligh (sweet sangat masa tu anak dara sunti yaww, hahaha!), sekarang dah jadi bahan lawak (aku je la gelak, FM tak gelak pun sebab dia tak ingat sampai sudah, fine.)

Cakap pasal celebrate ni mesti kita teringat ada kaitan dengan surprise! (Sila buat nada Eric Leong, cantik tak?cantik kan..........?). Sejak aku kenal makna celebrate ni, aku mesti teringat sorang kawan bak aku masa asasi UM dulu, roomate aku si Anne ni. Dia ni memang kaki celebrate birthday member. Sampai la ke dah beranak dua ni kerja dia celebrate birthday anak- anak la pulak kan? Kalau dia tak celebrate pun dia akan ingat birthday kita dan dia wish dari aku kenal masa belia remaja dulu sampailah ke la ni (walaupun tahun ni tetiba dia letak bang aron tu sebagai prototype dia nak wish birthday aku) tapi she still remember even dah berbelas tahun kot aku kenal dia. She always be Anne macam dulu jugak. 

Sebab dia la aku celebrate birthday dulu, dan sebab dia jauh dengan aku la , dah tak ada dah tengah- tengah malam bukak hadiah lepas potong kek (walaupun pada tahun pertama penyelebratan birthday aku, sambil depa ni nyanyi lagu ramai2 kat aku, aku tengah sibuk bergayut telefon dengan si Zal laki Anne sekarang ni, and using Anne's phone sony ericson warna biru boleh flip tu, hahaha!Amponnn). Tapi dah tuo- tuo ni aku tak kisah pun potong2 kek bagai tu sebab aku bukan makan pun.

I still remember one of my bday celebration dulu pernah sampai 3 group celebrate bday ko! Gila x? So ada 3 cake, different group, different time and different ko tiup ngan potong cake tu. Masa tu aku feeling celebrity sangat tau. Hahahaha! Ada jugak aku celebrate sama dengan kawan- kawan aku surprise yang tak surprise tu, dah hampir- hmpir jadik dha surprise tu aku percaya dah mati- mati la kawan kak Shma ajak lepak minum , sekali ujung- ujung terkantoi jugak. Bahahahaha! End up aku kena bawak Stevie patung besau orang tu kelek sepanjang Bukit Bintang. Nice eh!

Ada jugak celebrate yang beriya si Anne ni gorganize bawak cake segala dah ni, sekali aku nak keluar lepak dengan kawan aku yang lain. End up aku potong la cake and blah kuar camtu je. I know depa mesti kecewa kan masa tu, aku pun insaf. Sorry korang masa tu darah tengah muda (eceh!) so berjimba itu lagi penting ok. :P

Tapi dalam banyak2 birthday celebration yang pernah aku lalui , birthay celebration kalangan roomate, housemates aku yang mostly si Anne ni gorganize la yang aku paling hargai sampai sekarang. Even it's just makan cake, pizza, or mee jajan camtu, tapi moment ko lepak gelak beramai- ramai tu la paling happy. 

Rindu.

Buyui

1 comment:

jejaka anggun said...

kan? kadang2 just a simple wish dr kawan n family pun dha rasa best dr spend juta2 utk party...