Sunday, February 26, 2012

Apakah kepentingan saka pada manusia di zaman lampau dan kepentingan internet di zaman kini. Bincangkan.

Semalam aku borak dengan kawan aku tro YM.Itulah naseb weekend sorang sangap menyangap yang sorang lg kena kerja over the weekend. So hala tuju kami semalam mengumpat la.. tak kira la orang tu kitaorg kenal ke tak. Keji bukan. Hahahahah.

So kawan aku ni keluar la satu cerita (sebelum ni dia ada dah cerita pasal benda2 mistik ni). Benda - benda mistik ni ,kita paham la macam ilmu hitam ke, sihir ke, hantu botol kicap la, saka la bla bla bla.. Aku tahu kita kena percaya benda- benda ghaib ni. Jadi aku percaya benda itu ada, tapi entah lah kadang- kadang benda mistik ni ada sampai tak tercapai dek akal kita nak fikir kalau ko ikut relate logik dengan zaman sekarang ni. Senang cakap wallahua'lam la...

Bila bercerita punya cerita dengan kawan aku ni, dia pun bukak la topik pasal saka menyaka ni. Aku kenal pasal saka ni pun (sebelum ni tau camtu2 je) dari filem Waris Jari Hantu. So aku tau la kena cari orang untuk turunkan saka tu, and so on. And sebab sekarang ni serba moden  ada je tatau rupanya keturunan dia ada saka tu and nak kena bagi kat dia pulak. Pun ada! Wallahua'lam sekali lagi. 

Dari cerita tu jugak aku dapat tau pasal saka ni bukan niat jahat je nak simpan. Orang dulu- dulu la mostly semua ada simpan saka ni. Ini kawan aku cakap hasil dari dia baca blog seorang pengamal ilmu perubatan Islam yang agak dikenali. Kebanyakkan orang zaman dulu ada simpan saka ni. 

Lalu aku pun bertanya pada kawan aku;

Aku: Apesal orang dulu suka nau simpan saka- saka ni ha? 

Korang tau ape kawan aku cakap?

Kawan aku : Dari I baca blog ustaz tu, saka ni org dulu simpan macam keperluan la. Contohnya sekarang handphone kan, kalau tak ada hp boleh hidup tak? Tak boleh kan?

Aku : U mean like Iphone, BB semua? Sekarang ni semua orang pakai.I see, means zaman dulu tak ada benda hp ni so diaorang simpan saka? Ko biar betik???

Kawan aku : Hahaha! Aku lah cakap zaman sekarang kan internet kena ada, so org sama la macam zaman dulu. Saka tu penting macam kita rasa internet tu penting.

FYI : Ni pandangan kawan aku pasal kepentingan saka bukan pendapat ustaz tu ek. 

Tapi point aku di sini, biar betol kawan aku ni samakan saka dulu mcm kepentingan internet sekarang? 

Sengal.

Buyui

8 comments:

nqr said...

hahahhahaa..kalau zaman skang bb ipong semua penting utk twit fb email bagai.. saka dia layan mcm mana?buat main gurau ke apa?

Buyuiazliana said...

uit terkejuit den tetb ko komen..haha!

ko nk aku jawab ke diaorg buat apa ngn saka tu...aku tkt kalau aku jwb karang... ko igt aku 1. aku ni dtg dr zaman dolu2 2. aku bela saka..itu coii sgt....

maka jawapan aku.." tak tahu" (play safe) hahaha!

nqr said...

bijak jawapan ko. hahahahahah..

F A R Y N said...

nama saka aku ialah unifi...
hahahahaa

Buyuiazliana said...

kann? hahaha!

Buyuiazliana said...

saka ko tu duduk dlm modem bukan dlm botol kicap kan? wahahahaha!

jejaka anggun said...

budusla... org dulu2 simpan saka sebab konon boleh protect dorang di kala kesusahan, umah masuk pencurik ker, sesat dlm hutan ker, kene kejar ngan rimau ker.. lebih kurang mcm tuh lah.

Buyuiazliana said...

itu la yang ustaz tu cuba perkatakan...org dulu2 simpan saka utk protect diaorg means itu keperluan yg penting pd mereka. tp yg aku kelakar tu kawan aku samakan mcm kita rs hp tu penting di zaman kini tu tak leh blah.