Monday, February 20, 2012

Awas! Entri berbau mak2 aku dah muncul!

Amaran : Ini entri berbau mak2 tak suka sila klik pangkah d hujung atas kanan. 

Korang tau kucai tu ape? Kucai tu sayur - sayuran kalau ltk dalam keautiau / cucuq udang ka/ maggi goreng ka/ mihun goreng pun best!! Aku tak la gila sangat kucai ni, tapi tekak aku dah rasa makanan camni kalau letak kucai letak lak taugeh gems2 tu memang sedap la.Kucai dengan taugeh masak kicap letak tauhu pun sedap you know. Memang entri berbau mak- mak sangat.

Gila aku tak histeria tengok sekawanan kucai macam ni?

Dulu masa aku duduk KL or San Pranciso or even aku duduk Kuantan nak ke Tepen masa sekolah dulu kucai ni bersepah je. Nak- nak lak arwah mama aku rajin lak nanam kucai (sampai dah menurun kat adik aku, hantu taugeh kucai) so bersepahlah kekdahnya kucai di pandangan mata aku. So for me, ada tak ape, tak ada pun tak de hal.


Tapi tulah orang cakap, bila tak ada depan mata baru nak hargai kan?(gila tak romantik aku samakan kucai dengan ayat- ayat jiwang ni, haha!). Dekat 'Texas' ni payah sikit nak jumpa kucainya. Punyalah payah nak jumpa sampai aku pergi kedai tanya kucai pun budak tu blur- blur bagi aku daun bawang sebab aku cakap 
" Dia sayur, macam rumput tu tapi besar mcm daun bawang". Salah ke aku? Aku tak salah dan budak tu pun tak salah sebab aku tak reti explain dan dia pun memang tak biasa dengan kucai ni. Bukan masalah bahasa dia panggil kucai tu perkataan lain tapi memang kucai jarang jumpa di sini! *Emosi aku dengan kucai.


Tapi setelah aku buat kaji selidik ternyata kucai di sini memang jarang dijumpai di sini. Nak ditakdirkan aku ada jodoh dengan kucai, kebetulan aku kuar ke pasar (ehem!) untuk membeli barang simpanan seminggu simpan dalam peti ais so adik aku boleh bagi aku mentekedarah bila lapar dan kalau tak memang tumbuh hidupan baru dalam peti ais tu, terjumpalah aku si kucai ni. Ada a bunch je. Gemuk2 lak tu. Tanpa kira apa2 aku amik, bukan sebab aku nak masak sebab adik aku sekarang tengah berholiday (oh nak inform adik aku yang rajin masak tu dah stay dengan aku sekarang for a moment) so sah2 la kucai tu hidup berkelana dengan hidupan- hidupan lain dalam peti ais tu, tapi aku beli jugak. Sebab...........payah nau nak dapat kucai ni kat sini! So ikutkan hati aku beli and now aku tatau nak buat apa dengan sayur ni. Boleh tak aku buat garu- garu belakang kalau gatal sambil tengok tv?

Sila berikan pandangan.

Buyui

6 comments:

F A R Y N said...

aku suka makan kuewtiow taruk byk2 kucai.. ahahaa

Buyuiazliana said...

kan? br la terangkat!!

azataq said...

Tetiba berbau kesihatan yer...kucai x hadam lah makcik...jd jgn mkn byk2 ye wahai makcik nak jd doktor x jadi.....

MarriageForIdiots said...

Buyui:"u amik kucai u beli tu, kerat bg pendek je, then tanam, mmg tumbuh"
thanks for the gardening tip. haha ! Siapa sangka, ko sangat farmer material.
i nak try tanam gak!

Buyuiazliana said...

spoiled!

Buyuiazliana said...

celaka..perangkap aku. haha!