Tuesday, December 31, 2013

Mana nak cari lagi 5?

Tadi aku berborak dengan N.  Dia boleh bagi aku satu bahan lawak paling lawak sebagai penutup 2013 ni. Memang merah muka aku tahan gelak takut orang kat ofis cakap aku gila.  Si N yang memang tak berapa nak kenal pelakon Malaysia ni (bukan main- main tapi memang betul) dengan tak bersalahnya tanya aku siapa tu Wan Maimunah sebab dia pelik kenapa TV pada TENGAH HARI ahad yang lalu nak siarkan cerita perempuan tua kahwin.  LOLS. 

Bila aku cakap tu pelakon and asked her tak kenal ke? Dia cakap dia tak tahu lainlah kalau Wan M tu berlakon dalam LOTR.  Aiyo la Nina.  

Tu bukan lagi topik utama aku cuba nak sampaikan .  Selain dari lawak tu yang buat gelak aku masih bersisa ni, tetiba minah ni bagi aku satu statement yang pada mulanya dia minta aku teka nisbah lelaki Malaysia kepada perempuan di Malaysia ni.  Koser aku nak teka dia pun bagi tahulah;

106 : 1

Dan as researcher (yang apa saga topic mesti nak gali lebih kepada merepek sebenarnya kami pun menganalisa ;

Nina : Dari 106 yang islam maybe 60 orang.  Dari 60 orang tu maybe gay and nyah 20 .. so ada lagi 40 orang. Then drug addict 10, tinggal la 30

Aku : Dari 30 tu laki orang maybe 10, then tinggal la 10 orang.

Dari 10 tu pulak 5 orang maybe workaholic tak fikir nak kahwin kan. So tinggal 5 je available.

Soalan : Ingat senang nak cari 5 orang dalam Malaysia ni. Maunya dia ni cikgu keje dok kat Sabah pendalaman yang 6 bulan sekali je boleh keluar bandar, mana nak carik? Umpama mencari semut di pasir sahara nun. Githew.

Haha. I can just forget about it.

Happy new year!

Buyui



Sunday, December 29, 2013

Ayong's ferrari

Cuti Krismas ni aku berkesempatan balik kejap walaupun pada mulanya aku macam malas nak balik, but knowing me yang tak boleh ramai sangat tanya "tak balik ke?", "cuti buat apa". kitaorg balik ni, tak balik ke?", terus aku cek tiket online zas terus bayar.  

Dah semua balik so jumpalah si Kenit ni.  Lama juga tak jumpa dia.  Dah pandai dah cakap bahasa yang kita boleh paham.  And surprisingly he can sebut my name as Ayong , tanpa diajar.  Perasaan dia sukar digambarkan.  Even satu benda pun aku tak beli kat dia boleh tetiba dia cakap mainan hasil dia pow Tok Ibu  dia (yang dia panggil as Abu) dekat 7e tu dia cakap Ayong yang beli. Kahkahkah. Sentap tok ibu. 

And dia pun dah pandai kenal tuan punya kereta. When I point to my CLK he said "Ayong", dekat kereta bapak aku he said "Atuk" and to his mum's car "Ami".  Bagus.  Mesti sel otak dia merengsa-rengsa di segenap ruang.

Tadi mak dia melaporkan, bila lalu satu ferrari ni mak dia tanya la . 

"Kereta sapa tu?"

And he said " Ayong".

Yes!

Walaupun aku tahu asal sebut word car tu mencanak- canak sel otak dia ingat nama aku.  Waima lori tercabut tayar pun kalau tanya kereta sapa pun dia akan sebut Ayong.  Fedulik ah!

Buyui

Monday, December 23, 2013

Kami mahukan entry yang boom!

Tetiba aku ada idea nak membebel harini.  Hehehe.

Aku tau bukan ada orang baca pun.  Kalau ada terima kasih la ye kepada korang yang menjadikan blog ni macam kes terpencil korang. Err.. aku rasa macam tak related je word terpencil tu tapi aku suka pulak nak sebut. Hahah. Korang nak tahu ada orang yang aku kenal yang sebaya aku (nak kata aku masih muda sila la paham point ni) still lagi pakai ayat- ayat Melayu buku. Bukan bahasa pasar ye, ayat buku ikut skema BM SPM tu.  Bukan sahaja pertuturan seharian, malahan bahasa SMS jua.  Jadinya aku belajar kes terpencil ni dari dialah. LOL.  Bila diselidik dia adalah salah seorang pemidato. pendebat dan seangkatan dengannya waktu sekolah dulu, malah pernah wakil sekolah peringkat negeri rasanya dalam penulisan bahasa melayu. Hmm patutlah.  Tapi bagus juga ada orang macam ini lagi zaman sekarang ni walaupun aku rasa selalu pening- pening bila berbual (yes, dia gunakan perkataan berbual instead of berborak, ko mampu?) sebab banyak kosa kata aku kena hadam dan mampu merasakan aku ni patut ambil balik BM Paper Julai lagi.

Eh, dah tersasar. Aku nak cerita, lately ni seperti mana yang kita rasa blog ni dah semakin hambar.  Especially blog korang tengah baca ni, yang maybe korang jumpa semasa tengah google kata cari yang eh malaslah aku nak sebut sebab selalu keywords selalu tak kena gaya dengan entry aku.  Kalau korang rasa hambar aku pun begitu jua, bukan sahaja hambar dengan blog sendiri malahan blog yang selalu aku jamu mata dan sanubari (gituuu) di setiap hari. Serius aku dah bosan.  Tak ada entry yang boom pada aku.  Isi tetap sama. 

Dulu boleh dikatakan aku teruja jugalah bila blog pilihan aku ada cerita- cerita baru tapi walaupun dihidangi dengan gambar- gambar anak yang cute pada mata ibunya (bak kata mak aku dulu "semua baby cute sape punya baby tak cute?") , gambar bercuti ke sana sini sampai gambar beratus keping tapi different angle orang tetap sama memakai baju yang sama di waktu yang sama,  gambar makanan yang menggiurkan (ok ni still lagi aku ada nafsu untuk kutatap) , cerita pasal bf/tunang/laki tak habis-habis umpama di dunia ini hanya merekalah adam dan hawa bak aaron aziz si pilot dan nadiya nissa dan lain- lain cerita termasuklah pasal cerita gigi patah pun nak cerita disertai gambar gigi karat baru kena cabut pun letak. But sorry , I think it's my problem not yours sebab tu blog korang , korang pegang passwordnya so it's up to you la nak tulis apa pun kan hatta gambar pampers anak yang berisi pun kalau korang rasa indah yang berkilau-kilau letaklah, aku tak suka aku boleh tak baca. 

Maka, aku cuba jelajah lagi dengan keadaan di pejabat yang lemau sebab dha hujung tahun kan, so I tried tu find out new blog yang boleh isi hati aku yang lemau sebab mungkin faktor usia so aku tak boleh hadam dah blog yang sedia ada.  Boleh tak aku rasa kalau entry review pasal pergi bercuti for example is lame? Tengok sendiri la entry aku pasal Bali bukan ada cerita sangat pun sebab aku rasa hampir 1/4 rakyat Malaysia sudah sampai ke sana.  Jadinya informasi yang dulu bloger ni rasa boleh membantu readers kalau nak pergi ke sesuatu tempat sekarang ni pada aku boleh google sahaja dengan mudah (tu la aku rasa sebab faktor usia sebab aku tak rasa dah excitement tu).  Again, ni apa aku rasa lain orang lain rasa tu ye tak.  Teruskanlah pembacaan korang, bukan korang curi masa dan tenaga aku pun.

Aku ada la jumpa a few entry dari other blog yang aku tak pernah jumpa selama ni yang menarik minat aku.  Tapi kenapa mereka ini jarang update?  Apa yang aku perhatikan sekali mereka ini keluar dari 'sarang' mesti entry dia boom! Orang macam inilah kami peminat blog cari (orang yang macam aku).  Hahah.  Bukan lah hanya mengejar duit iklan semata- mata sampai update kena wajib setiap hari (pernah tahu tak situasi lagu sebagai contohnya kalau disiar di radio berkali-kali saban hari even dari One Direction yang jadi kegilaan hipsters sekarang ni pun boleh jemu?) jadinya silalah jangan gunakan ayat penat terpaksa stay up sampai suboh hari semata-mata nak update entry.  Kami tak suruh atau membayar mereka ini untuk update.  Yeah maybe I am not one of the readers yang memang bertenggek depan pc sambil tekan refresh button 5 minit sehari untuk tunggu entry kalian.  

Again, faktor usia dah kot.  Ok, aku masih lagi nak menjelajah blog berilmiah (pada aku punya tahap ilmiah) yang lain. Wish me luck.

p/s: Entry ni tiada kaitan dengan orang yang aku tahu malah orang yang dia tak kenal aku.  

Buyui

Thursday, December 19, 2013

Wrap up untuk 2013

Hi, 

Disebabkan aku dah tak ada idea nak merepek apa (ada je tapi masa dan keadaan tak mengizinkan, gitu) and dah nak hujung tahun dah ni (cepat je pulak aku rasa tahun ni) maka baik aku compile je lah apa yang aku dah buat dalam tahun ni (I am trying to remember tapi orang bosan macam aku ada ke ape aku dah buat tahun ni? hahah). 

Ok let's try.

1.  Kerja 

Nothing much on work achievement. Nak kata busy, agak jugak but not all the time.  But, hey sebab kena pergi India haritu, kena try to finish up the work. Lagi , oh masa October kena pergi Songkhla tu ada dapat one new study (nama pun researcher, kerjanya kajian kajian kajian la kan?).  Then tambah itu ini gedebuk gedebak hampir enam proposals kena buat and kalau semua tu lepas maksudnya on 2014 auk kena handle 6 projek. Ok mari pengsan berjemaah.


2. Study

Ni berkait dengan benda di atas.  Entah mana datang aku gatai p isi borang nak sambung belajar since haritu nak apply scholar tak dapat so mari kita cuba keluarkan duit sendiri.  Orang cakap apesal la susah diri sendiri g bayau kan? Tapi bila fikir umur dah meningkat and kalau fikir kerja sampai bila tak akan selesai (still aku doa jangan la lepas 6 proposal tu kalau tak tambah dengan projek sedia ada aku kena settlekan LAPAN projek, ok sekarang mari gali kubur sendiri) so mari la isi borang sambung belajar.  Bapak aku ni dah la dok tanya bila nak sambung bila nak sambung.  Dia risau aku tak sambung2 belajar dari bila aku nak kahwin uols, thats why I love my dad so much. Hahaha.  Ok ni tengok la macam mana rezeki aku.  Doa banyak- banyak.


3. Lain - lain hal (bunyi cam buat minit mesyuarat dah)

Tahun ni banyak aku pergi tempat tak pernah aku pergi:

1. Start dari February haritu pergi ke Cameron Highlands and Pangkor. Hahahaha. Ok nak gelak.  Baru nak pergi. And rasanya tak pergi dah kot kalau bukan atas dasar tiket kerja. 

2. Then aku kena India. Ni atas dasar tiket kerja.  Betul- betul buka mata dan kepala aku tentang life di sana.  Well , seronok juga even nak apply visa macam hmmph.

3. Kemudian kena ke Songkhla.  Atas tiker kerja juga.  Ni second time bagi aku.  Seronok bila part ambil kesempatan shopping di Hatyai.  Jumpa kawan baru. Dapat new network.  Maybe kalau diberi peluang aku akan pergi lagi.

4. Penutup tahun 2013 adalah Bali.  Ni pun seronok sebab plan dengan Faryn yang dah lama menjadi juga.  Nak juga repeat kalau boleh. 


Itulah cerita bagi 2013.  Moga 2014 dapat bagi peluang yang lagi baik bukan saja untuk aku, tapi untuk korang semua.  Harapnya semua happy. Amin.

Buyui

Saturday, November 16, 2013

Trend kerja

Sapa yang kenal aku memang dah sedia maklong (read: maklum) kerja aku ni ke sana ke mari tak kira masa. Kalau nak dikira dengan cuti diri sendiri, cuti balik kampung dan tugas rasmi boleh kira aku lekat di rumah sendiri berapa hari je sebulan.  Kalau tak percaya tengoklah sendiri bil letrik aku, setahun berapa kali je aku bayar yang lain tu dibiayai oleh Kerajaan Malaysia which is less than RM20. Kau ada bil letrik kau manjang je free? Bil air tu sebulan RM 4 je so selalu juga aku lupa nak bayau sebab sikit benar pakainya. Haha.

Tapi ada juga masa aku menyangap.  Pada yang rajin baca entry aku yang lepas (kalau ada la) ada juga aku cakap aku sangappppppppppppppppppp takde kerja nak buat and adakala kerja aku banyakkkkkkkkkkkkk gila sampai tak sempat nak tarik nafas aku rasa.

Sekarang ni since dari Oktober lagi kerja aku kembali tak lekat di rumah.  Hmm.. aku suka sebenarnya sebab masa aku diisi dengan jayanya tapi penat tu je lah kena hadap.  Tapi aku dah nampak trend dah sekarang ni, asal nak hujung tahun je mulalah rutin kerja aku yang selesai satu akan disusuli dengan kerja yang lain. Dah nak 3 tahun kerja baru sekatang la nak faham trend kerja sendiri kan? Hampeh. Haha.

Buyui

Thursday, November 7, 2013

Bila Buyui di Bali

Last week aku dan Faryn bercuti ke Bali.  Lama betul kitaorg plan dari survey tiket, tempat, supir dan segala macam belum lagi dikira kegigihan mencari duit , berkeringat berlengas segala lagi (cerita harus nampak macam beria2, kahkah).

Maka hasilnya sampai juga kami ke sana.  Ye hanya kami berdua walaupun semua tak percaya (jgn kata kawan aku, kawan Faryn pun sama) yang kami berdua saja ke sana.  Ingat tak boleh ke? Hahaha. Lepas tu sampai di sana makan hati tengok mat saleh badan sasa- sasa berketak- ketak ditambah dengan muka yang menawan (abam mat saleh pakai kerusi roda pun hemsem yang mampu buat aku teringat dekat hero filem Avatar, ahhh mengapa tuhan kurniakan semua pandangan yang menawan ini di depan aku? hahah) semua nak berjalan dengan awek hot. Damn.

Malas la aku nak cerita mana kitaorg pergi, korang (kalau la ada orang yg baca la entry ni) pun boleh agak kot mana je nak pergi, bersepah dah orang lain buat review tak berbayar, Bali bukan tempat asing yang dilawati dah di zaman ini kan?

Pada aku pergi Bali ni best pada orang yang suka night life (of cos la kan), suka tengok kuil2 dia yang unik and suka pada tenang duduk dalam tempat sunyi mcm hutan tu.  Depends pada kita nak stay kat mana. Kalau suka bising- bising duduklah kat Kuta, nak feeling2 hanimun and sunyi sepi je pergi la Ubud tu , resort lawa2 byk.. tapi kalau ko jenis budget yang semalam harga 100++ jgn pulak nanti komplen dpt bilik mcm rumah tumpangan yang kepam. Ahaks!  Ala, kat mana- mana pun kalau ko bayar lebih maka dapat lebih la kan? Setimpal la dengan apa kau bayar. 

Pada aku percutian kali ni kira ok la, setimpal dengan apa aku nak.  Tension tu pun released jugak la. Eh tak yah cakap banyak la, tengok je la a few gambar ni.



Malam terakhir sebelum pulang kami stay dulu di Ubud. Memang rasa macam duduk kat kampung nenek aku masa kecik dulu.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........ paling hazab toilet dia. Memang la best open sky gini, tapi kalau sesiang ok lah, buatnya kena memerut mcm aku pkl 3 pagi tak ke nak menangis rasa?????



Antara tempat yang akan pergi kalau first time ke Bali .  Kalau kali kedua malas dah aku nak pergi, baik aku lepak je.



Orang party dlm pool aku rilek je lepak kat balkoni sambil makan buah/jajan kitaorg borong dekat Bedugul. Serius macam kpg.com . Hahahah.

Tamat. 

p/s: kalau nak aku cerita lelebih cakap la nanti aku cerita. (gitu.. feeling sgt)

Buyui

Wednesday, September 4, 2013

Kejadahan sungguh

Aku pernah cerita sebelum ini yang I really hate hate hateeeeeeeeeeeeeee dapat call dari nombor yang tak kenal then promote itu ini kan? Sapa je suka. Semua orang tak suka.

Tapi apa yang aku salute is one thing la. KEGIGIHAN depa ni call selagi kita tak jawab.  Tapinya bila dah jawab payah betul nak lepas diri , haaaaa stage ni la yang aku benci sesangat.  Expresi dia macam ko nak hempas kuat2 telefon fix line tu. Sekuat hati. Tapi ni hp apakan dayakuu... takkan nak hempas pulakkk???

Gigih tak gigih depa ni la sampai aku kena dapat one call semalam.  Aku syak ini bukan dari Astro.  Aku totally syak ni mesti orang bank jadah mana ni call nak offer credit card, loan ataupun insurans.  Aku syak depa ni pun since aku kat India lagi hari- hari call time yang sama, waktu yang sama, dah macam ayat klise rancangan tv tu kau tahu.  Di India memang la aku tak angkat, lantak ko la kan.. nak2 nombor aku tak kenal.. sorry la aku nak layan.  

Then semalam boleh pulak dia call office aku yang kebetulan aku tak ada di office masa tu.  And yang aku hangen tu boleh pulak dia cakap kat receptionist aku ni hutang dengan Astro 53 hengget. KEJADAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH????!!  Macamkan aku hutang 53 hebu ni dah pehal.  Memang aku hangen gila la semalam.  Lantas aku call Astro tanya cek bill, yang aku dapati aku terlebih bayar lagi dengan Astro adalah.  Babik fundeks sungguh si pemanggil ni. Menjatuhkan reputasi aku sungguh. And sejak bila la lambat bayar bill sampai kena call ofis ni? 

Aku memang tunggu je dia ni call balik.  Siap lah.

Buyui

Wednesday, August 28, 2013

Kisah di India - Final day

Finally the training was over yesterday.  Fuh.  Macam sedih pun ada nak pisah dengan diaorg ni semua. Yelah hampir sepuluh har sama- sama dah boleh gelak- gelak dah, aku kata hang, hang kata aku.  

Training ni adalah training paling tak stres sekali.  Aku ada cakap last entry dengar khabarnya ada some sort like test. SEKALI MEMANG ADA BETUL KAUUUUUUUUUUUUUUUUUUU... HAHAHAHAHHA. Tapi sekor pun tak study beriya (except for Myanmar yang dah terima cerita tu secara seriusnya and dia dah study beriya sampaikan si Thailand cakap "You going to be a star today"  sebab test tu betul2 wujud sedangkan semua orang tak percaya and still cakap Thailand ni tipu cakap ada test). Tapi tak stres apa pun kitaorang, enjoy je menjawab. Nasib lulus. Kahhhhhhhhhhhhh....

Banyak la aku belajar kali ni selain daripada benda wajib tahu.  Paling terkesan di hati sekali ialah kemajuan negara ni, yang selama ni tak tahu pun betapa majunya dia.  Dengan sky scrappers dia penuh merata, technology development dia tu tak payah cakap. Ko cuba bayang Singapore tapi versioan lebih luas.. and ada extra small lives , ada lagi orang naik beskal, orang jual buah tepi jalan and segala. Moden and classic berkumpul satu tempat.  Tapi apa yang dunia luar tahu hanyalah kehidupan dia yang mundur or masih lagi mundur. Sikit pun kita tak tahu kemajuan dia dah naik seiring dengan "kemunduran" dia tu. Low profile sangat.  Kalau berkesempatan pergilah tengok sendiri.

Itulah saja series Kisah di India kali ini.  Dengarnya next meeting Malaysia kena jadi host. Damn. Hahahah.

Buyui

Tuesday, August 27, 2013

Kisah di India - Day 7

Setellah sekian lama tidak makan di luar dan makan tengah hari ditaja, semalam kami decide unuk cuba makanan di luar.  This restaurant was recommended by one of the secretarit. In case kalau kata sakit perut membuak dah nak balik kan ok la. Kahkah.

Makanya we had briyani yesterday.  Disebabkan aku tak makan kambing so I had chicken briyani.  Ayam dia naseb x banyak tapi dia punya nasik boleh makan 3 orang. Gila.


Aku still nak briyani gam la.....tak feel betol makan rencah gini. 


Amik kauuu. This only cost 180 rp (dalam 9-10 RM)


Ni paling tak tahan. Gila pekat grape juice dia... siap ko boleh rasa lagi biji2 dia.

Harini last dah. Yey.  Tak sabau nak balik nak makan asam pedasssssssssssssssssssssssssssss.....

p/s:  Khabarnya harini ada test. Kejadah apa tah ada test pulak. Pergilah mampos aku tak baca apa pun. Kalau fail apesal kena ulang balik ke training ni or tak yah buat kerja ni (which aku memang sukaaaaaaaaaaaaa laaaa).

Buyui

Monday, August 26, 2013

Kisah di India - Day 5 and 6

Day 5:

Disebabkan kami tak puas hati tak dapat surveniour yang dijanjikan makanya pihak urusetia bawa pula kami ke tempat yang lain. Kali ni kami ke Broadway (jangan ingat NY je ada broadway.. haha) untuk cari surveniour. p/s: Cherly, rehal tu memang boleh beli tapi berat nak bawak balik kau tahu? Broadway adalah tempat yang paling menjawab jawapan kami. Yes... inilah tempat yang kami cari di sini. Rupanya agak dekat juga dari hotel. 


Abam jual sireh pinang


Epal bersepah dijual di sini, and it's no wax at all!


Aku nak tunjuk betapa seliratnya wayar letrik dia. Gila la. LOL.

Day 6:

Disebabkan hari ini adalah hari cuti, makanya kami dibawa berjalan ke tempat ke luar daerah sikit. It's cruise time.................!!! Perjalanan agak jauh (memakan masa hampir sejam setengah) sempat la aku tertido2 sambil dengar lagu hindustan uncle bas pasang. Ada cerita lawak sebelum pergi.  Myanmar hampir nak kena tinggal seba dia ingat time berkumpul macam biasa yakni 9.30 baru gerak.  India kalau bab masa memang gagal la. Aku cek semalam rupanya working hours dia 10-5 rupanya and Sabtu pun bekerja macam biasa Fuh. Berbalik pada kisah Myanmar semalam, bila bas yang lewat seperti biasa tu sampai (kali ni lewat 15 minit walaupun kami diberitahu sehari sebelum berkumpul jam 8.15 am) si Thailand baru sedar yang Myanmar tertinggal. Kisahnya si Thailand ni dah inform Myanmar sehari awal semua kena berkumpul sejam awal tapi Myanmar ingat Thailand buat lawak (Thailand ni memang selalu wat lawak sarcastic dia). Tak ke naya tu.

Semalam lake (nama je lake tapi luas gila macam laut) dari pukl 11 sampai 4.30 petang baru habis. Siap ada lunch segala. Siap ada bilik untuk berehat pun!  Dengan angin berdebush2 memang la best tidur sambil layan LAGU TAMIL. Ko ada?


Ni antara ratusan (kot?) bot yang ada. Kami naik yang lagi besar




What a simple life je hidup depa ni. Tapi kalau aku duduk sini mesti mati.

Bye.

Buyui

Saturday, August 24, 2013

Kisah di India - Day 4

Acara nak berjalan kaki semalam tak dapat diadakan sebabnya after class dia nak bawak kitaorang pergi ke Lulu Mall. Memang itulah yang kami nak tuju pada mulanya . (Sebenarnya aku dah awal dah cadang terus saja ke Lulu Mall dari class naik auto so jalan kaki buat hari lain je. Ko nampak tak permainan aku nak elak dari jalan kaki tu? hahahah).

Yang sebab kami nak menggedik sangat nak ke Lulu Mall tu sebabnya setelah dapat info dari pihak hotel tempat untuk mendapatkan surveniours such as key chain (jenuh nak terang dekat Indonesia ape tu key chain sebab kami totally lupa apa maksud key chain dalam bahasa melayu sampaikan aku menjerit- jerit tengah bising hon dan wisel (sini kan suka nau bunyi2 macam tu) "rantai kunci,, rantai kunci .. RANTAI KUNCIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII". LOL) and fridge magnet (ko expect apa lagi kan Malaysian kannnnn?) dia boleh suggest Lulu Mall tu???  

Sampai di Lulu Mall tu punya la kecewa kitaorang because it was just a big mall yang bersize seperti midvalley dan berkonsepkan paviliion.  Surveniours dia ada ke dia suruh beli emas? Ko gila.  Tapi maybe harini kami akan cuba cari lagi di tempat lain kalau berkesempatan.  Kalau takde tak payah menyusahkan aku je. Kepada yang pesan- pesan tu korang datang je sendiri, cari tiket AA then fly to Kochi, 4 hours je. Hotel dia pun bersepah dan murah ikut kemampuan kau. 


cool hah? hahhaa.


siap ada security just standing check sebelum masuk. LOL.

Ok tu je. 

Buyui

Friday, August 23, 2013

Kisah di India - Day 3

Well, for day 3, luckily habis awal sejam setgh dari hari kedua. Fuh. Sebabnya benda alah practical semalam yang melibatkan PCR (sapa amik genetic, sounds familiar? ) kejap je siap sebab demostrator yang tuujuk. Tapi group aku (nak eksen tu) main buat je sendiri sebab nak cepat habis, and demostrator pun suka la sebab dia tak payah buat. Lepas tu semua orang la berebut nak ajar group aku sebab end up kitaorg je buat sendiri. LOL.

Since dah habis awal, adalah masanya untuk sight seeing. Tak pergi mana pun, just pusing area fishing port dia and boleh nampak dia jual ikan tepi- tepi jalan je, dengan jalan berdebu segala (India, kannnnnnnnnnnnnn??). And you can see the trademark of Cochin, Chinese Fishing Net. Dia macam cara nak tangkap ikan selain daripada pakai jala segala tu.  

The Chinese fishing nets (Cheena vala) are fishing nets that are fixed land installations for an unusual form of fishing — shore operated lift nets. They are mostly found in the Indianstate of KeralaIt was earlier thought that the nets might have been introduced by the Chinese explorer Zheng He. Recent research shows that these were introduced by Portuguese Casado settlers from Macau. The Chinese fishing nets have become a very popular tourist attraction, their size and elegant construction is photogenic and the slow rhythm of their operation is quite hypnotic. In addition, catches can be purchased individually and need be taken only a short distance to a street entrepreneur who will cook it. (Wikipedia, 2013)

On the way tu nampak this mural all way long, macam penjara rupanya port kat dalam tu.


Amboi abang MGR kemain posing

Ni la dia the Chinese Fishing Net

Ok sekian day 3. Harini nak coba jalan kaki (45 minit kauuuu). Wish me luck!

Buyui

Thursday, August 22, 2013

Kisah di India - Day 2

Day 2,

Training diteruskan seperti biasa.  But the different is , it is hands on practical.  Well boleh dikatakan kacanglah sebab benda alah tu aku punya kerja saban hari (kalau kerja di lab la) tapi trainer ni (actually bebudak phd student je demostratornya) still ajar macam aku tatau apa2 pun.  Bagus tu satu hal la, tapi isk payah betul bebudak ni.  Dengan "British" ascent dia lagi. Hazabun.

Then dah settle benda alah seharian tu, now it's time for cuci2 mata. Heheh. Luckily area hotel ni ada lah cam ala2 jalan tar punya bazar. Bukan bazar ramadhan tu. LOL.

Tengok je la pic nya.


Ni la kan trademark orang asyik do sebut2 kalau pergi India? Takde benda lain.. sari.. sari .. sari.. memang la cantik and the price from RM 50 to RM 150. Tapi tak elok sebenarnya kain sari ni tak elok buat baju kurung kita ye kawan- kawan, tak sesuai untuk dijahit. Nama pun dia jenis belit- belit, kalau ko jahit tak ke merekah kain dia ni? Jadi sila jangan verangan ye nak feeling Madhuri Dixit ke, Aishwarya ke ye.


Dalam pada tu lalu depan kedai jual cam vadae (goreng pisang pun adooo) berjuntai2 cili ni . Gila bau cili dah la kuat, entah apa motif dia letak cili bergantung ni, sekadar hiasan atau kalau nak petik dan kunyah macam kunyah carrot?


Rehal ni kecik comel je.. just around RM7! Gila murahs!

Ok tu je cerita untuk day 2. Bye.


Buyui

Wednesday, August 21, 2013

Kisah di India- Day 1

Jam kat sini baru pukul 6.57 am. kalau kat Mesia dah 9.27 am dah ni. Tak pernah aku merasa tidur semlm boring sbb tak pagi2. Pukul 5am aku dah jaga!  Abeslah balik nanti.. abeslah....

Actually harini dah masuk second day ni, tapi entry ni day 1 sebab cerita basi semalam. Ni antara pic aku amik la. 

Sampau- sampai je dia kasik terus semua orang bunga. Selamat bukan bunga kalung tu. Hehe. So marilah kita letak di bilik ayaq.

Ini plak dia pack sesiap masa tea time. Yang aku gigiit dah separuh tu (and abes aku bedal) setappppppppppp gila bak hang! Yang lain tu manis gila, memang aku x makan la..

So far makanan dia ok. Aku memang elak la makan yang tepi2 jalan tu kan. Tu pun dia hidang teh dia (Bau dia perghhh sedappp gilaaaa) aku takut2 nak rasa. So aku just try seteguk. Memang sedapp!!

Eh ni cerita makan je ke? Hehe.  Ok sambung nantilah. Bye.

Buyui

Sunday, August 18, 2013

Aku mana ada cerita raya

Aku bukan ada cerita raya macam korang. Sebab aku bukan pergi beraya pun, ada la masak sikit- sikit sebab perut kena la di isi kan? Tahun ni as usual adik aku la ketua chef nya. Hangen chef sebab orang kat dalam rumah tu semua jenis ini tak boleh makan itu tak boleh makan , end up dia masak je suka hati dia sapa nak makan.. makan.. tak nak sudah. Hahah.

Baru 3-4 orang kat dapur tu dah berkelentung kelantang segala, belum lagi benda pecah, si kenit datang kacau lagi. Mulalah masa ni semua nak feeling jadi Celina la, Che Ta la.. Kencha Dewi la, Michael Ang la. Riuh rendah. Yang pasti aku amik peranan Azwan Ali sebab mata aku semak tengok dapur berkecah, so asal benda orang humban or biar terdedah je aku amik kutip basuh lap. Tak reti aku tengok orang masak dapur periuk kuali belanga semua berkecah ni. Sebab tu kalau aku masak, lepas habis tak perlu nak basuh periuk, pinggan segala, aku buat semua masa yang sama. Terel kan?? Hahah.

Aku pun feeling Che Ta jugak sebab aku tukang potong itu ini. Tapi dalam pada tu si chef yakni adik aku tu dah kalut sangat end up aku jugak kena prepare main dish. Jadinya aku namakan semua resepi aku semua ada akhir nama Mak Jah (nama arwah mak aku) macam AA namakan resepi dia semua nya Mak Tom kan? Hahh amik kau. Hahaha.

Belum lagi kenduri kendara dah kecoh bagai, ini kalau kenduri betul? Memang tak silap la aku order catering je selama ni.

Aku baru je naik kerja lepas cuti raya 2 minggu. Ko mampu cuti panjang camtu? Inipun esok aku dah nak berangkat ke India pulak. Bag hapa tak kemas lagi ni, dah la semalam luggage aku boleh pulak tak sampai2? Ini semua sebab delay dari Penang la ni. Nasib lagi stuck je kt KLIA tu buatnya dia terlepas macam kisah kawan aku sampai ke Bangkok terbangnya tak ke sehelai sepinggang je? Ada jugak tido pki selimut je. :P

Sekian cerita raya aku yang tak seberapa ini.

Buyui

Monday, July 29, 2013

Paranoid

Being sooooooooooooooooooooooooo paranoid is not really good. Betul aku cakap ni, sebab bila kita fikir bukan- bukan sampai boleh tahap merepek.  Kalau ko fikir paranoid yang sikit tu ok la lagi, for example; takut accident, so that ko drive kereta dengan hati - hati tapi there's a limit dear.. there must be a limit. Just imagine if paranoid ko tu sudah over the limit apa akan jadi? You can be too berhati - hati sampai tahap merepek end up dalam hati- hati drive tu ko akan berlanggar jugak. Pernah dengar orang nasihat "bawak kereta ni tak boleh nak jaga- jaga sangat, dalam berjaga- jaga nanti accident jugak, kalau ko tak langgar orang, orang langgar kau".

Tapi tu example la. As for me, the situation tu pernah juga kena, hehe. Tapi bukan situation macam tu je aku paranoid nye.. banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk situation yang lain pun aku paranoid jugak, which make it worst. Ke aku ni dh jatuh saiko? Ha see fikir merepek lg kan? Hahaha.

Disebabkan aku paranoid ni jugak la, one day aku ke klinik. Itulah, aku pesan if you feel like badan tak sihat ke apa ka, terus je lah jumpa doktor, jangan utamakan Mr Google dulu.  Bila ko dah jumpa Mr Google dulu after that Tuan Doktor memang jadi macam aku la ni. Boleh aku ingat aku ada thyroid? Muehehe. (Actually aku ada fikir jugak aku ada penyakit lain, hehehe). So bila jumpa Tuan Doktor dia suggest la aku buat blood test which sudah sekian lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aku delay. (Read: aku kan paranoid).

End up , benda yang aku expect (pasal thyroid tu) tak ada pun. Tapi................. blood sugar aku tinggi. Dah tak payah buat muka terkejut pun, sebab aku pun muka toya je masa dapat tahu. Aku kan ada keturunan diabetes yang maha kuat so ditambah dengan life style aku ni (makan tidur je kejenya) sah- sah la senang kena. Dari dulu dah tahu, tapi berubah nya idak, so nah rasakan.

Luckily Tuan Doktor tak nak kasik aku on medication lagi. Dia suruh aku ubah lifestyle aku. Yes, Tuan Doktor, you memang jumpa the right person sangat. Introducing you Ms Paranoid. So, kerja aku sekarang, to make sure that my blood sugar back to the normal level. Insya Allah, doakan aku consistent. Ngeri aku bila fikir the word of Diabetes. So now, gula adalah haram... haram sama sekali. Insya Allah, I have to. Semalam aku check, alhamdulillah, it back to normal, cuma tak stabil lagilah. Ye, aku siap beli benda glucometer tu cek hari- hari. Muahahaha. Paranoid bukan?

In this case I can see the paranoid thing ni bagi sikit kesan positif to myself. Heheh.

So, raya ni takde dah la pesta makanan. 

Buyui

Friday, July 12, 2013

Menceceh

Hi,

How's your puasa? Kalau puasa sila angkat tangan .!! 

Puasa aku biasa je mcm tahun- tahun lepas. Bukan budak- budak pun nak melepek bagai.  Bukan aku kerja mencangkul (ni arwah nenek aku la ni punya ayat asal cakap letih je dia mesti tanya "Awat pi mencangkul ke hari ni?") nak letih sangat. Cuma letih sangap seharian duduk je kat ofis ye la kot.

Tahun ni aku cuba nak sahur macam manusia lain.  Sebelum ni asal terjaga telan air je. Tapi sebab tahun ni gastrik aku dah lain macam so nak tak nak aku kena la paksa diri bangun minum susu, kurma, oat segala. But not nasi, tekak aku tak boleh masuk der.

Kalau berbuka lagilah sonangnya.  Janji kenyang sudahlah.  Disebabkan aku masih sentap dengan harga Bazar Ramadan kat "Texas" ni yang melampau mahal bagi aku, so aku terpaksa la masak. Bunyik macam masterchef sangat tapi tak pun. Main campak- campak, walla. Heh.  Hoih tak sabau nak balik "San Prancisco" nak terjah Bazar dia. Dah la murah la sikit, then kena selera pulak tu. Nyums!

Tadi lepas suboh aku mimpi . (Sapa suruh tido pas Suboh kan?). Aku boleh mimpi video aku yang separuh b***** masuk utube dan telah mencecah 8k hits?!! Siap ada orang buat parody lagi . (ni mesti semalam aku tengok video so Bobo buat parody budak Putri tu). Hahahahaha.. apakah cilakabanat punya mimpi ni.  Siap gaduh ngan adik aku sebab aku syak dia yang upload, rupanya budak baiki komputer aku yang upload. Kahahhahahahahahahah. Bodoh la. Aku mana ada buat apa2 video woi!

Akhir kata selamat menyambut puasa , uols!

Buyui

Thursday, June 27, 2013

It's not my time, yet.

Hi,

Aku nak membebel bercerita. As I expected, my application for applying scholarship is tak berjaya.  Well, at least this is good new jugak for me because I can use this as my reason in case Big Boss tanya esok2 kan? Aku dah apply tapi tak berjaya (I think because of requirement jugak ni, tapi semua suruh aku apply, so yeah) nak buat macam mana kan?

Cumanya, yang tak best tu tak lagi la merasa aku cuti bersenang lenang bergaji. Kena la bersabar ikut tempoh yang bebetul aku boleh apply.

Keji kan? Nak sambung belajar sebab nak cuti panjang, susah payah nak belajar tu tak nak pkir ke oi?!! Hehe.

Takpe, aku akan cuba lagi sampai muntah orang belah sana tu tengok nama aku. Muahaha.

So, bertahan la lagi stranded (stranded tu!) kat 'Texas" ni.

Buyui

Sunday, June 2, 2013

hi there!

Hai hai hai... (kalau ada lagi la orang)

Bermulanya bulan Mei lepas dah mula la kehidupan 'jetsetter' aku balik. Bunyi harus la nak macam bagus je. So bila kehidupan 'jetsetter' dah bermula baru la ada benda nak cerita sama kot. Kalau tak aku nak cerita apa je kehidupan lemau aku kat Texas ni. There's nothing to write about. 

Weekend ni agak rilex sikit la pada aku. Baru la boleh kemas rumah apa patut. More to buang sawang actually. Dapat juga habiskan satu novel and now kena siapkan kerja . Kerja aku ni kalau takde memang tahap nak arwah lemau dia. Tapi kalau dah ada tu tak reti non stop until I have to bring back home! Tapi semua ni aku suka la. At least ada something I can do sebab aku ni bukan la jenis suka menjahit ke, melukis ke, memasak ke di waktu lapang. Bior keje all the time takpe. Habis keje , ape lagi.. tido.. Hahah!

Last 2 weekaku dah terkandas di area KL-Selangor-Putrajaya. Dari sehari je diminta aku attend this meeting disantaknya sampai dua minggu terus. Ko mampu? So stay di sana, kena beli baju tambahan (which i like the most la kann??) and jumpa kawan- kawan. Dah macam sesi YB bertemu rakyat jelata sangat.  So bila lagi nak kena kandas camni? Aku suka sangat ni. LOL.

So after this still ada lagi series of meeting (including this week, tunggu surat je lagi) an more more more upcoming meeting and training to be attended. Super love.

Bye.

p/s: memula cam rasa nak letak pic tapi bila fikir nanti ada pulak orang google benda bukan- bukan tak nak la aku. Takuit!

Oh.. tapi ada satu je nak tunjuk. Sunset kat Kuala Selangor. Cantik kan?!



Buyui

Monday, April 22, 2013

Mari memancing ke Burma

Salah satu kerja aku di sini ialah memsupervise budak- budak University yang buat job industri. Jadi adalah beberapa application yang perlu aku tapis sebelum budak tu layak menjalani On Job Training di sini. 

Rasanya aku pernah cerita tahun lepas salah seorang budak yang apply dari University aku belajar sendiri (kasik malu aku jelahhhh) meletakkan bahasa negeri dia as one bahasa dia boleh kuasai di dalam resume. Dik.. tu dialek.. bukan bahasa.

Kali ni, actually baru kejap tadi, RJ passed to me another new application. So dari University yang sama (haihhh korang ni kalau tak bagi aku malu bertahun- tahun tak boleh keeee??) . And guess what??? Seorang pelajar tahun 3 (should be final year, dah senior, cerdik, matang dan dah jadi jerung nak banding zaman ikan bilis di tahun 1) apply OJT kat sini and kelebihan dia boleh berbahasa BURMA??? WTH?

Bagus tu boleh kuasai bahasa negara lain (even I am still thinking banyak- banyak negara why Burma?) tapii tidakkah kau dik tengok dulu apa nama penuh tempat akak ni??? Yeah I know ko apply sebab ada nama Southeast Asia kat depan tu.. tapi... nampak tak besar- besar terbuntang perkataan FISHERIES belakang tuuu?? Fisheries.. kata nama akar dia FISH or IKAN. 

Jadi korang cuba fikir apekah jadahnya related boleh berbahasa Burma dengan Fisheries di konteks ini? Dia ingat aku boleh suruh dia memancing ikan di Burma ke ape lepas ni??? Jawab sikit.

Pening aku budak2 U zaman sekanrang ni. Nak apply semua sebab dekat dengan kampung je kerjanya. Masa belajar biar lah jauh sikit dari family.. masa ni la ko nak mancing ikan besar sikit. Dah kerja bebetul cam aku ni baru la fikir nak kerja dekat dengan family. Ahaks!

Buyui

Tuesday, April 16, 2013

Aku nak tumbdrive. Tolong vote.

Hai hai hai.....

Kembali bersiaran sebab nak mintak tolong korang. Hahha. Keji betul bunyinya.

Camni, kalau korang ada perasan iklan kat tv ada pasal canon buat satu contest tu pasal celebration of colour pejadah tah. So, aku pun saja la masuk try test cuba test tube segala. Grand prize dia not bad, ko akan dapat join satu workshop ni dekat US nun di samping menang camera canon 60D yang baru. Aku lagi suka dengar hadiah camera tu bley? Hahah. Tapi both prizes memang aku tak rasa la aku dapat. Tapi saguhati dia pun cam best je beg camera ada mulut jaws.. and tumbdrive. Dapat tumbdrive pun jadilah uols. 

Rupanya contest ni ada weekly theme . So this week theme dia red. So aku pon korek la pic ada merah2 .. ala2 merah ke.. tup2 pic ni dia accept. merasa la aku masuk galeri canon tu. Hahah. Dapat terima masuk galeri pun meloncat suka dah uols. Hahaha. Dasar jakuins ginilah gayanya. Padahal kat situ berlambak pic lawa2. So kalau rajin korang gilahh link ni.. tolong klik like dia.. kira vote la. Bagilah aku dapat vote.. aku nak tumbdrive tu je. Hahaha.

So, here is the link: KLIK SINI

Jadi inilah gambonya.. 


Gitu....... So next theme is green. Faryn suruh aku amik bendera PAS je. Kahkahkahkah!

Buyui

Thursday, April 4, 2013

Keek freak

The  latest feeling of urbanista after durian creep season is Keek. Sapa yang tak tahu ape itu keek, or tahu tapi tak paham cara guna dia or fungsi dia meh dekat dekat , rapat rapat, hempap- hempap (eh?) dekat ahkak. Benda alah ni adalah one of social network. Dia adik beradik dengan instagram (pengguna bb syuh syuh pergi jauh2 korang instagram pun takde kan.. hahah) tapi beza dia korang kena upload video for 36 secs sahaja. So ur followers will like, comment dekat ur video. Benda alah ni selalu celebrities la dok selalu buat upload kat utube or vlog kan? Adik aku sendiri pernah nampak one artis ni dok cakap sorang- sorang dalam flight. Dia tu artis. Tapi adik aku still cakap macam orang tak betul je feeling-feeling gitu. Hahah.

In denial to tell you that aku pun nk feeling urbanista (hahahahaha) jugak,  aku pun register dah la my keek account.  Ye aku dah register, TAPI......... (ada tapi tu nampak tak in denial sangat aku ni, hahah) so far I dont upload any video of myself, even video apa- apa pun apatah lagi video aku cakap sorang- sorang and say "Hi, Keekers, I am Buyui. Saya sekarang tengah tunggu makanan tak sampai lagi". And after that dah sampai makanan tak sebelum Bismillah upload lagi video "Hi, it's me again, I tengah makan nasi goreng ikan masin ni, " sambil hala camera ke pinggan nasik goreng aku. NOOOOOOOOOOOOO.... setakat ini aku belum tergerak hati or sampai hati nak feeling aku macam Lisa Surihani or Kim Kardash. Follower pun takde tak ke aku rasa macam aku gila cakap sorang- sorang feeling aku ni VJ MTV? Orang lain boleh buat and aku boleh je layan tengok, but kalau aku sendiri? Tak lagilah kot. Nak ambik gambar sendiri pun aku malu , apatah lagi ko nak suruh aku cakap sorang- sorang? Gulp!

To be honest aku ada la follow a few people dalam keek ni. And frankly speaking, I really enjoy with ur video guys. Seriously, korang jangan terasa aku cakap kat korang pulak wei. Aku memang ghalit tengok video korang.  Ada la jugak benda aku boleh isi masa lapang aku yang terlalu lapang sangat ni. Haha. So keep it up wei. Aku suka tengok. Tapi so far aku tak reti or malu (sila la percaya aku pemalu) nak cakap sorang- sorang gitu. I'll think the coolest way nak upload vid ape nanti. Nanti tu tatau la bila kan?

Weekend lepas aku ada la tengok Lawak Ke Der 2 tu. Ada la funny and ada la part bosan jugak. For me aku rasa bosan lawak Jozan. Dah biasa dah. Harith Iskander is damn funny. Tengok ulang kali pun aku still gelak terbahak. Ada one story was about a fact (kot la) which woman sehari kalau bercakap lebih dari 20,000 patah  perkataan. And guess what apa yang aku dapat bila aku search users dekat keek ni. Dari list aku tengok tu, SEMUANYA PEREMPUAN or feeling dia perempun!!! Hahahahahaha. Yelah pompuan banyak cakap la kan? Hehehe.

p/s: aku just find out pokok tu nama siang dia Remy, nama malam dia Vivien. Ahaks!

Buyui

Sunday, March 31, 2013

Belaan baru, Vivien

Say hi everbody to Vivien. Kahkahkah.. nama nak mat saleh aje. Actually, Vivien ni hasil warisan saka dari my ex- boss (haihh... sedih aku tk abes lg ni. ko mampu ko sedih boss ko kena tukar sampai tahap ko nak ikut dia sama? hahaha).

Hasil dari series of drama (tak la tahap kena pegang kaki tak lepas pulak) finally this saka tree diperturunkan pada aku.

Ucapan aku pada Vivien ni,

Hi Viv (nama pendek dia), welcome to my room. Please grow up well and don't die/sawan/kejung/kena anorexia/bulemic or what so ever so that bila tuan lama ko datang jenguk (mana la nak tahu kan?) dia tak kejung/sawan/terkejut ot even aku yang dikejungkan nanti bila tengok pokok dia tak macam dia bagi dulu. Please I am begging u Viv! 

Your sincerely,
Ur new tuan, Buyui.

Selama hayat aku ni tak pernah kerja aku nak membela- bela pokok ni. Tapi pada pandangan aku si Viv ni senang sikit nak membelanya, ko tabur2 air 2-3 hari, baja sekali sekala (sesuailah bagi orang macam aku ni kan?). Hiduplah ia. Hopefully.

Tu je nak citer. Bye.

Buyui

Sunday, March 24, 2013

Keep on dreaming


 Semalam J tagged aku kat FB. Tak buat aku terjaga terus dari pagi hari Sabtu nan indah? Hahaha.

Terus mengundang 2 likes dan berbelas komen bertubi2. (selama ni FB aku senyap sunyi je cukuplah sekadar report aku menang candy crush level yang menyemakkan wall orang yang aku tengah cari jalan macam mana tak nak bagi semak wall orang pasal aku main game. Dan juga mengundang wassap seperti "Buyui, ko main candy crush kan? Tolong aku bagi lifes , aku nak tiket ni. LOL)

Malangnya dia tak dapat recall pulak aku kawen dengan sapa. Damn! Hahahaha. (Nasib tak ingat buatnya dia ingat and the person not in my list tak ke aku pulak mimpi ngeri lepas tu?)

Err... mimpi macam ni pun cuak gak aku dengar. Muehehehe. 

Aku dapat cerita orang mimpi aku kawen ni dah banyak tau. Dari zaman aku belajar lagi, ucapan aku terima kasih la kerana susah2 mimpi aku kawen. Haha. Keep on dreaming, ya!

Buyui

Tuesday, March 19, 2013

Cium pipi dan puas hati

Dah jadi adat dan kebiasaan masyarakat melayu (rasanyalah) asal berjumpa orang mesti akan menghulurkan tangan especially lelaki (dari apa yang aku perhatikan sepanjang penglibatan aku menceburi alam pekerjaan yang formal ini).  Aku belajar akan hal ini bila aku disuruh pertama kali menghadiri satu mesyuarat formal dulu. Mujurlah pada masa itu kerja aku hanya membontoti senior maka aku sudah sedia maklum akan tradisi yang dicipta ini. So, aku tanamkan tradisi yang "masuk meeting salam orang, basa basi, senyum2". Tapi kadang- kadang je lah aku buat, kalau dalam meeting tu meja dia seluas 20 orang nak pulak aku orang paling akhir tak ke satu keje aku nak round satu meja menyalam dengan orang pulak. *in this case sesama muhrim la, kang batal pulak wuduk ai acaner? haha.

Lain pula kiranya kalau kita diperkenalkan oleh sahabat kita di situasi yang kurang formal. Kalau situasi begini terjadi pada aku , memadailah sekadar angkat tangan and say hi. Tak perlu nak beramah mesra kerana kemesraan itu akan datang dengan sendirinya. Githew ayat aku.

Peristiwa yang baru aku saksikan sebentar tadi berkisarkan suasana formal. Aku sebagai senior 3 tahun (ehem, 3 tahun je baru.. eksen dah.. senior 6 bulan pun rasa dah hebat, apatah lagi bertahun- tahun ye dak? haha) diperkenalkan kepada seorang ahli baru or stranger to me. Bila dah diperkenalkan dia hanya tersenyum mesra dan aku pun membalas dengan senyuman yang one thousand million smiles lagi. Hahah. Cukuplah sekadar senyum kan? Walaupun ada la sikit aku terfikir "eh x salam ek? tak yah hulur tangan salam ke?" tapi bila fikir balik, ala.. tak salam pun takpe.. dia senyum dah tu bukan jeling aku pun. 

Tapi ada pula makhluk mempertikaikan tindakan gadis tadi. "Macam biadap tak salam pun". Hmm.. salahkah ke? Berdosa ke? Perlu ke? 

Maka aku yang memang sedia malah terlalu amat bersedia membidas kata- kata makhluk ini (yes, i am bad, but what to do, aku memang tak suka makhluk ini kerana sifatnya yang malas pada aku dalam membuat kerja pada hemat aku yang tak seberapa ni) . 

"Kitaorang pompuan memang macam ni, bukan macam lelaki asal masuk meeting je semua orang nak salam sana sini" (sambil tangan aku menerawang membuat aksi salam merata hala). 

"Kenapa pula?" Makhluk ini tak puas hati dengan jawapan aku.

"Sebab dah memang fashion dah pompuan macam ni nak buat macam mana".

Dan kata- kata aku disusuli dengan kenyataan dari boss aku.

"Pompuan kalau dah jumpa first time tak salam, tapi kalau dah salam siap cium- cium pipi" (sambil buat aksi macam cium2 pipi kiri kanan. Hahah. Makhluk itu pun diam.

Dan aku pula lantas ketawa terbahak- bahak. 30% ketawa pada statement boss aku  walaupun aku cuba nak tambah fakta yang tok arab laki pun cium pipi juga (LOL), dan baki 70% aku ketawa sebab aku puas hati jawapan aku disokong oleh orang lain. 

Jahat aku, tapi kalau dah tak suka kan, cakap la ape pun tetap aku nak bidas. Hehe.

Buyui

Sunday, March 17, 2013

What this old little town can give to you?

It was fun sometime if we try to visit a place that is not in the list like  "Most famous place to visit" or "100 places that you wish to go before die". Pernah tak kita dengar nama tempat seperti Gurun, Kodiang, Jeniang, Kota Marudu, Lahad datu (eh!) or even a small nice and peaceful place like Taiping?Kalau bukan kita sendiri yang explore siapa lagi ye tak?

Jadi, di kesempatan ini, aku cuba explore one of the not in the list place, Sungai Lembing. Ye, kita pernah dengar di bahan bacaan sebelum ini, tapi pernah kah kita menjejakkan kaki ke sana? Pada aku sendiri ini adalah merupakan kali kedua aku ke sini . Pertama kali aku ke sini adalah pada tahun 1998. Masa tu masih bangang tak tahu apakah sumbangan Sungai Lembing ni pada kemajuan ekonomi negara. Bila korek wikipedia barulah tahu "oh ni bekas orang melombong tin (timah la kan?) since 1880s. Wow! Selama ni kita tahu serba sedikit je bukan? (you can see the sisa2 tin lagi dekat situ!)


Jikalau dulu tujuan utama aku menjejakkan kaki ke sini adalah disebabkan terpaksa kenajoin camping (that was my first time and the last camping i ever attend, jgn lupa aku adalah gadis bandar, haha) maka aku tak berkesempatan tengok apa yang ada di sini. Hanyalah sempat aku masuk utan (hutan la kot setakat sentuh sikit- sikit je kawasan tu but sempat main di lumpur yang dah berupa macam teh ais Yucks! sambil tersipu2 malu depan boy scouts LOL) dan mandi di sungai dia yang femes itu.

Bila aku kembali setelah hampir 14tahun (harap aku kira betul) apa yang aku nampak, the river it still look same (tak la tercemar teruk sangat), ada pembangunan dah di sini sana termasuk pembangunan semula tapak orang dulu melombong and you can see bekas- bekas mesin segala (this was really make me excited), the old building is still look same, ada yang dah macam building yang depress, orang- orang still sama (aku membayangkan orang2 orang kat sini mesti dah selesa duduk kat pekan kecik ni kalau aku tercampak kat sini confirm meraung nak duduk kat bandar besar), ada juga bangunan yang uzur or dah usang disebabkan ada bangunan baru ganti like satu masjid ni. The rest this old little town  is still like pekan Cowboy without  the Cowboys. Haha!

FYI, there was a museum that can tell you everything about this little town. Masuk percuma uols. And now you can also visit the tunnel that they used during the mining process with fees dia RM 38 for adult and RM 15 for children. Aku tak masuk pun tunnel tu sebab bukan dalam plan aku pun nak ke sini, so bajet out for this and museum tu pun aku tak masuk. So, maybe u guys nak try so dipersilakan.

Let me know if korang pergi sana nanti ya! Sini banyak homestay aku tengok, and you can rent a bicycle kalau nak ke hulu ke hilir tapi sila jangan pikir bukit ko nak kena daki tu. 

Tapak enjin lama by company Pahang Consolidated Company Limited, (PCCL), which was under British control, had a 77-year lease to mine the area. PCCL managed the mine from 1906 until its liquidation in 1986 when world tin prices collapsed (ayat copy terus dari wikipedia, haha!). Masa aku pergi sedang giat berjalan kerja- kerja bersihkan tapak- tapak ni. Maybe nak jadikan tempat tumpuan pelancong kot?


One of the titi gantung (aku jumpa ada dua). Siap motor rileks je naik. Ada berani? And please masa nak naik sila jangan berayun di atas jambatan (ayat aku ambil terus dari signage kat situ)

Nampak macam masjid tinggal kan? Betul la kot masjid tinggal. Heh!


Salah satu bangunan yang nampak macam depress nak selesaikan saki baki hidup. Tapi........ apa yang menarik minat aku pada bangunan/rumah/kedai ni ialah................. 


Tengok balcony dia.. ada lampu pedai ayam berderets!! 

Sekian, terima kasih!

Buyui

Sunday, March 10, 2013

ikhlas bekerja

I still don't get it or in other word I cannot brain this (sapa la boleh buat ayat ni mula- mula? haha) when you kerja, but still tak puas hati dengan orang lain. Why.. why???

Yes I know that mauusia memang tak pernah puas dengan apa yang dia ada. Ada dah kereta jenama X , dia rasa tak best dia nak Y pulak. Ada rumah setingkat dia nak pulak rumah 3 tingkat ditemani dengan 50 pintu bilik ditambah pula dengan closet room 4-5 bijik. Tapi as long as tak kacau hidup orang aku tak kisah lantak ko la kan. Tapi kalau dah sampai tahap mempertikaikan kerja kau lebih dari kerja orang padahal gaji sama je, itu not nice la kan? Ok, I get it, kerja penat la kot and ko rasa ko dibuli sebab melakukan kerja lebih berat walaupun tak la seberat buruh kontrak kerja angkat simen besi batu tu so u think the keadilan is not at your side ok la, pergilah mengadu dekat pihak tertentu so that nasib ko dibela.

But when it comes to u told all people that this fella (but u said generally la not pointed to one fella) masuk kerja lambat tapi suruh orang tolong punch cardkan tu buat aku tak boleh terima. You have a point cakap that people (which we dont know who) buat kerja tipu macam tu. Tapi for me if terkantoi ye la, ini tatau sapa then motif ko nak bagitahu kat orang apesal? Itu urusan org tu la kan menipu. I totally cannot brain this. If kerja kita ni tip top datang kerja 3 jam awal hari2 without fail tanpa sebarang rungutan dengan muka ceria redha dengan kerja yang diberi ok la lagi. Ini ko pun sama lambat. Ke tak puas hati sebab takde orang tolong punch cardkan dekat ko? I cannot understand perangai- perangai manusia ni.

That is only one example when we come into working world. Actually it is the attitude of ourself . Aku sendiri pun ada je buat salah. Like what I am doing right now.  Patut masa kerja tapi aku buat entry macam ni, dah la tu mengutuk orang pulak. LOL. Tapi sebab aku sangap takde kerja. Kerja aku kalau sibuk memang sampai nak angkat muka pun tak sempat. Hehe. But I love my job, I love with what I am doing right now ( mengular je sape tak suka ye dak? haha) but only terdampar di bumi 'Texas' je buat point tu jatuh la sikit. Hehe.

But what I believe is, kalau apa yang kita buat dengan ikhlas, happy and kerana Allah, insya Allah apa yang kita buat akan berkat. Ko akan rasa hidup ko tenang je, Takde la ko rasa nak dengki orang ni datang lambat, tapi boss tatau end up markah ko lebih dapat la pingat cemerlang bagai. Ala, setakat RM 1k kalau cemerlang tu ( ye banyak tu boleh buat macam2) tak perlulah nak ganggu fikiran hari2 kita dengan benda tu je. Ada bagus kita buat hal kita jangan kisah hal orang boleh tak? Dok fikir orang ni lebih apesal aku tak macam ni padahal aku kerja teruk nak buat apa? Kan Allah tu Maha Melihat? 

Satu lagi rezeki. Haih berapa kali nak tulis pasal ni aku pun tatau. This is also a self reminder to me.Ini pun aku percaya apa yang kita rasa hari ini adalah semuanya kurniaan dari Allah. Kan? So, kalau ko punya gaji RM 500 sebulan, if kita kerja dengan ikhlas maka kita akan rasa nikmat dia sebanyak RM5000. Aku cakap nikmat ye, bukan nanti ko akan dapat RM 5k pulak. Ye la kalau bulan tu ko tak sakit (bulan ni aku pergi 2 klinik pun dah 100 lebih terbang) , kereta tak buat hal, ko tak rasa nak beli itu ini selamat la sikit duit ko. Save la duit kan? RM 500 gaji memang cukup. Hahahahahahahaha. Ok aku tipu. Andaian aku je lah.

Maka dengan ini tuan puan marilah kita mengikhlaskan diri dalam bekerja. Undilah saya, Ustazah Dona Doni Makaroni Cheese Bakar. Allahuakbar!

*betulkan jambul di depan.

Buyui