Thursday, November 3, 2011

putus, putus, dan putus lagi!aku dah penat!

Putus cinta?Cinta dan putus lagi?Nehiiiii....Entry kali ini bukan cerita pasal aku putus cinta ke, bertaut kasih ke ape yang sewaktu denganya ye, koser aku nak bercakap pasal cinta, aku bukan novelis cinta trilogi tak logik cinta ~boleh tak tetiba aku nak nyanyi lagi Liyana Jasmay tu? C.I.N.T.A!! hahaha! *sewel

Aku nak cerita ni pasal , masalah kaki aku dan kasuit.Aku ni tak suka pakai kasut bertutup. Tu dah satu masalah. Sebabnya aku tak suka kaki aku terkepuk je sampai kulit kaki aku ni tak nampak dunia macam kaki di dalam kasut [istilah baru ganti katak di dalam tempurung] , teori aku bila tak biasa akan selalu la jadi keadaan kulit aku tersiat bila kena pakai kasuit. Cherly pernah ajar aku "nok, ko beli kasut mahal, memang tak makan kaki ko lah," selain aku mengamalkan petua GIGIT KASUT. Tension aku kadang-kadang aku kena pakai kasut tutup. Bila aku dah jumpa kasut yang sherasi bershama kaki mulalah satu tu je aku lenjan sampai tahap dah berlubang kena gigit tikus [ni gara-gara aku tertinggal dalam bilik ofis tikus tu agaknya lapar nau dimakannya kasut aku tu??pffttt] , so aku mengamalkan konsep "selagi orang tak renung kaki aku selagi tu la orang tatau kasut aku berlubang,". Jadinya the only one kasut tu je la aku pakai bila ada time aku kena pakai kasut tutup.

Hari-hari lain aku akan pakai sandal. Tu pun jenuh dah aku kena tengok ye kalau beli yang dekat ****** aku tak boleh pakai, keras nau, tercarik lagi kaki aku... . Selalu aku akan beli brand yang harga dia RM ***** [sila jgn kira berapa * tu, takkanlah kasut aku rega kalah kasut retis kot, agak-agaklah korang ni] so aku akan rasa selesa dan kaki aku tak tercarik lagi.

Malangnya, masalah lain pula melanda, dah selalu sangat pakai selalu lak putus! Bahabi la wei.....pakai yang ni elok je jalan puk!Putus! Oh tak pe aku ada sandal lain, pakai yang lain..kali ni lak tengah duduk pun putus lagi! Bahabi laaaaa....... apa masalahnya ni, asek putus je. Masa pergi Bangkok tu DUA sandal aku putus! Lahabau tak lahabau? Ye, orang lain suka la kasut putus boleh beli baru..aku sampai tahap tak larat beli baru ok!!

Sapa la cipta kasut ni? Cuba cakap kat aku. Eh aku lagi nak tau sapa la trensetter dalam pemakaian kasut ni? Kan ke senang kaki ayam je?Aku suka gila pakai selipar tapi masalah eh aku ni kerja opis kalau aku ni kerja tukang buat air kat kedai kak limah janda kampung pinang sebatang ok la jugak!

Buyui

9 comments:

F A R Y N said...

betul beb..kadang2 kena beli kasut mahal sket baru sedap pakai...

buyuiazliana said...

faryn: semlm spi tahap aku berkaki ayam ke kereta sbb kasut aku putus x de spare!celaka!

sharifah rosidah said...

Hi Azliana, aunty pun kalau suka satu2 kasut tu aunty lenjan sampai jahanam kasut tu lepas tu cari fesyen yang sama juga dengan kasut yang dah jahanam tu sampai uncle dah komen suruh cari fesyen yang lain pulak.

buyuiazliana said...

aunty : isk kalau sy x leh la aunty yg satu tu gak sy carik, ade sekali tu sy beli balik pattern sama brand sama...sama la kita

shaz johar anggun said...

lenkali kalo kaki saiz 12 jgn pakai kasut saiz 5. ko ingat ko sinderela?

ps: ko cube pakai sipar tat sing. konfem ibu jari ko yg putus...

azataq said...

sebab tu lah mak demand beli kasut..walaopon surirumah..mak x beli kasut murahan nok...satu bkn sb berlagak...sb sedap dipakai..ala vinci pon morahs jer...[tp bila aku pakai vinci kenapa org kata aku pakai benda hebat...] lol....

buyuiazliana said...

JA: ko gile nk pki tat sing bwk g opis? Ko igt aku cleaner?

Cher: mak pn x pki vinci ok. Keras!

azataq said...

vinci design cantek...kui kui kui....

MakNgah said...

teori gigit kasut tu aku ingat adik aku yang sengal tu je yg guna. ko pun sama gak. asal beli kasut baru je dia suruh gigit kengkonon tak nak bagi sakit kaki/melecet.

sape yg cipta teori ni? hangin aku!