Monday, November 21, 2011

update #7-heavy snow

Arini merasa la snow shower..dari pg tadik sampai membawa ke balik ha showernya tak berenti. Sebijik la merasa macam aku dalam cerita home alone or 101 dalmations. Maybe tak tinggi lagi selejinya baru sampai takat betis aku terbenam dia. Mintak-mintak la sok2 ni ok. Rimas la aku, dah la kena berjalan kaki. Ok lah kalau jalan dalam snow yang terbenam, yang aku risau bila nak melintas jalan. Licin wei..merasa lagi aku tergolek pagi tadi. Pfttt.

Tapi risau gak aku dalam syok berjalan dalam snow yang membenamkan kaki tu tetiba ada lubang??!! tak ke aku menggelusur jatuh ke dalam. Nauzubillah. Rasanya tak ada kot.

Menyesal sungguh aku tak pilih guest house haritu yang hari2 kena naik bas. Tapi ni mesti ada hikmah ni. Pasti.

Tinggal lagi LAPAN BELAS HARI....LAPAN BELAS!

Buyui

2 comments:

jejaka anggun yg sentiasa kepanasan said...

bestnyer ari2 main salji...

buyuiazliana said...

payahlah nk jln wei, asek nk terkangkang je...