Sunday, November 13, 2011

Quick updates #1

Quick update:

Local time : 12.15 pm (Tokyo Haneda, Airport)

1. Ini domestic airport. Aku touch down tadi dekat Narita yang mana aku tgk KLIA lagilah bagak besarnya. Sampai situ ko kena ambik shuttle bus (3000 yen dalam duit kita 120 hengget] untuk sejam lebih kurang ke Haneda. Mahal bukan?

2. Yang lain2 pun mahal. Sebotol air mineral 110 Yen - dalam 4 hengget lebih [rega dia sama ada ko beli Avian tu or botol mineral tempatan sama je]

3. So far aku tak makan lg sebab dalam flight tadi aku dah mentekedarah kol 4 pagi! hahah! dah macam sahur siol. sambil layan movie aku makan. Tidur pun tidur2 ayam je.

4. Kagum aku dgn rakyat Jepun ni. Begitulah respect orang. Terkedip2 aku tgk td. Masa aku nunggu bas tadi, pekerja dia [ala korg bayangkan shuttle bas LCCT yang terpekik2 tu la lebih kurang] boleh tunduk bila dia nampak bas yang patut tu datang dlm jarak 10 m camtu. Lepas bas tu blah dia akan tunduk lagi. Gila lahh.... ko nak tunduk camtu dekat orang bas metro depan puduraya tu? Mampu? And bus driver pun sama, bila sampai dia akan berhentikan enjin bas [gila environemental friendly ni] then dia akan tunduk dekat semua penumpang yang turun. Isk isk isk....

5. Satu lagi dalam tadi aku dok perhati orang dalam airport lak... pekerja2 sapu dia which is local poeple bukan bangla ke nepal ke indon je..dah tua2 dalam 50 thn camtu tu still lagi kerja menyapu. And tetiba tu dia leh kutip satu sampah yang memang halus gila lah! Seriyes sampah tu tisu lagi besar kot. Tudiah..tu lom lagi dok mop je keja..langsung la dia x buat muka hangen orang dok lalu lalang. Kalau celah2 sudut tiang dia tonyoh punyalah berhiya! Gilo! Tapi memang bersih ko nak guling pergi balik pun boleh...

6. Punctual! yes! memang punctual gila. Dia cakap bas tu datang kol 8.50, memang 8.50 la dia sampai.

Setakat tu dulu quick update aku. Chiw!

Buyui

5 comments:

jejaka anggun said...

bestnyer.... bile lah turn aku nak gi eh...

buyuiazliana said...

JA: ko nk g nnt ko g takat Tokyo je, Hokkaido ni old fashion sikit town dia..kol 6 dh sunyi

azataq said...

old fashion nok...at leaset leh tenet bagai...

Fatin Mraz said...

respect.bersih.punctual

semuanya positif!

selamat berada di negara orang. will be missing u, dear!

=}

MakNgah said...

aku kagum betul ngan org jepun ni dengan disiplin diorang. nak masuk tengok konsert pun beratur dgn tertib takde pun tolak menolak berebut-rebut macam org malaysia.