Friday, November 25, 2011

marilah bergoyang..................

Semalam aku balik agak lambat dari biasa. Selalu dalam pukul 7 lebih waktu tempatan [waktu Malaysia : 6 lebih] aku dah mula kemas2 nak balik. Tapi semalam ada birthday party pulak dah [diaorg ni manjang la party], so aku stay la. Menu party semalam : main course sup babi [telan air liur aku tengok ada kentang la, tabur daung bawang segala la..sedapnyalah makan sup daging tgh2 sejuk ni...hahahahha] . Tapi semlm sebab aku ada sama kot so diaorg buat udang balut dgn wantan, dalam tu ade sayur pastu ade cam suun pastu balut lg ngn salad..pastu makan ngn sos thai.Pergh..tu best!! As usual tak nak nampak batak aku tak ambik gambar, mueheheh!


Ok cerita pasal party tu kejap lagi, ni aku nak cerita sebelum party tu.

Tengah nak menunggu org panggil makan aku ngan labmate aku Alan ni, kira dia ni tok guru aku la lepas San-sei, dok la discuss pasal result [ni masalah betul ape aku nak kelentong sok lusa masa presentation ni], handphone budak sebelah tu bunyik macam siren nak cakap kat bomba ada kebakaran tu [ala yang bomba turun ke bawah gelungsur pakai tiang
tu, :P] , punyalah kuat alam. Ingatkan ringtone. Lepas bunyi tu, tetiba aku rasa bergoyang ke kiri ke kanan. Lah..... lite2 gempa rupanya... siren hp tu tu WARNING.wah!! tapi ikut pahaman bahasa jepun aku [jgn memain aku dah reti tangkap apa diaorg cakap, naseb sebulan je, kalau 3 bln kompom senang hati aku nak pergi 7e beli makanan] budak tu cakap hp dia memang ade warning untuk gempa, tapi tsunami takde lagi. Hahah. Biasalakan sini nak g
oyang2, Alan cakap kat aku enjoy je..ini pun aku dok rasa gegar2 sikit2. So marilah bergoyang......

Cerita pasal party lak...masa aku dok minum ngan si Alan dok togak beer tu, dia pun cerita la pasal2 islam ni. Aku tanya je dia , mana dia tau pasal Muslim ni tak boleh
ambik alcohol? Google ke ape ke kan..? Dia cakap sebab dulu dia pernah duduk kat Sapporo situ ada orang Morocco so ada dapur separate untuk masak bukan pork, mula2 dia pelik, lama2 dia pun paham. Then dia pun tanya aku, kat Malaysia, orang islam boleh tak beli beer semua? Jual open ke macam mana. So aku cakap la.. jual je mana [taklah aku cerita kat Terengganu and Kelantan tak ada jual open ]. Then dia tanya lagi, so boleh la Muslims beli? Even KALAU PAKAI TUDUNG BELI MCM MANA? Aku cakap la boleh je............. then dia sendiri sambung, "TAPI, ORANG AKAN PANDANG PELIK LA KAN..?". Pastu dia pun buat conclusion sendiri "Di Malaysia agama larang , tapi undang2 tak larang?". dan aku angguk je. Emm...

Banyak lagi yang dia tanya aku, malas aku nak cerita kat sini, dah macam aku feeling ustazah bahyah lak...

Cakap pasal ni, aku teringat entry salah seorang bloger yang nampak wanita pakai tudung bawal masuk club [ok lagi], tapi togak air tersebut...apakah?????
Alan, aku n sen-sei

Buyui

2 comments:

jejaka anggun said...

so ko pun minum beer skali ker barbican jer?

buyuiazliana said...

JA: ape brg nak barbican2 ni...alang2.. eh!