Wednesday, November 16, 2011

update #4 - lincin

licin sobonar eh..org negeri aku panggil lincin... or in english slippery or tergolek dok kata org batu dok gua kat New Zealand.

Kan aku dah cakap semalam, kena careful jalan kan. Pagi ni pukul 6 aku bangun. Ehem..kat sini kan kol 6 dah cerah benderang? Merasa la ko bangun awal, kalau balik ni nanti sah2 mata aku kol 5 dah terjegil ni. Bagus gak suruh aku rajin sikit bangun subuh awal. haha!

So aku bangun je pagi2 ni, aku nampak ni. Hmm...


So siap2 aku mulakan langkah dengan bismillah, jalan la pelan. Nah..tak sampai lagi 50 m tetiba kaki aku dah buat silat mentari. Kalau kat Malaysia ni mau muka merah tahan malu dan kawan ako muka merah gak tahan gelak kan? Sini..ko tergolek..terkangkang..ke it's normal la tu. Jalan licin. Maybe gak ini kasut aku sama kurang sesuai. Aku tengok bebudak kecik rilek je ade lari2? Isk! Kalau terlentang tu mau tak lumpuh ko?


Tapi pagi je lah, balik tadi alhamdulillah takde dah snow so aku boleh jalan moonwalk macam biasa balik. So depan kampus tu memang ada small supermarket, so aku try la buang masa tengok ape je dia jual. So aku grab pisang [tu je aku rasa nak makan] and roti. Cukuplah. Ha satu lagi yang aku tengok Japanese ni even dia macam tau aku ni tak boleh cakap bahasa dia gigih betul la nak bersembang. Isk isk!


Tengah hari tadi sansei ni and all labmates buat tempura party katanya.. risau sungguh dia ngan makanan aku kat sini. Dalam seminar pun dia still mention aku ni vegetarian ngan makan seafood je. Hahahah! Risau aku ni pas balik Malaysia ,dia lak kena pergi attend seminar dekat "Texas" tu, tak ke pelik nanti rentua tu kalau nampak aku mentekedarah ayam dengan lazatnya?


korg wt tak nampak je wayar putih mencanak tu...sapa la ckp kt aku jepun ni neat tidy segala? yg tua tu sansei aku, tgh2 tu Japanese yang tepi tu China. Ramai gak student China kat sini. Ada sorg tu td ckp Malaysia ni kuat betul main badminton, haha...kuat main dan kuat gak kalah.hehe!
Hopefully esok or hari2 mendtg takdelah snow lagi, kalau ada pun biar hari yang aku tak kena keluar. Isk payahlah!

Buyui


2 comments:

jejaka anggun sokmo said...

kim salam kat takuya kimura!

buyuiazliana said...

JA: dah dia dh jawab salam ko..dia pesan lenkali x yh la nk kirim2 salam mcm tu..dia x suka..hahah