Friday, November 4, 2011

aku orang melayu

Aku rasa selagi kita ni ada sedikit darah melayu, even ko jaja dekat orang "saya ni keturunan China, siam, parsi, jawa dan pakistan serta orang puak maui " sekalipun mesti kita akan ada sedikit genetik ala-ala "concern" ayat berlapik aku menggantikan perkataan "sibuk jaga tepi kain sutera orang". Jangan cepat marah dengan ayat aku sebab tu pun normal as human being cepat melenting bila dituduh orang bukan?. Cuba aku cakap

"Baik lah kau ni, baik hati sangat.........."

"Hebatlah dia , kalah Supermak"

"Cantiklah kau pakai baju koyak pun cantik,kalah Kim K"

ko suka kannn? suka kannn? :)

Maka berbalik pada word "concern" tu tadi. Betul tak ada antara korang yang tak selalu pun sikit la [maybe once pernah terkena] dengan soalan-soalan seperti:

"ko bila nak kahwin?"

"ko dah kawen ni , bila nak ada anak?"

"anak ko sorang je, bila nak tambah?"

dan macam soalan yang menunjukkan saudara kita ni begitu prihatin dengan nasib diri kita. Aku ucapkan ribuan terima kasih dan maaf kerana membuatkan golongan ni sesak dada melihat nasib diri golongan-golongan seperti dah abes sekolah tak kawen lagi, dah umo 20 tak kawen-kawen lagi, dah kawen tak beranak-anak lagi dan sewaktu dengannya. Kesian kan mereka2 ini letih la bertanya soalan-soalan demikian. Orang macam ni lah kita patut ambik sebagai volunter tukang tanya soal selidik bagi kementerian pembangunan dan kemajuan keluarga. Eh. aku hentam nama kementerian tu. Tapi lebih kurang la macam nama tu.

Aku pun diasak soalan yang sama. Tapi aku buat pekak. Lama-lama letih la mulut tu tanya. Kalau tak letih-letih aku akan buat sedikit "fire" bagi dia sentap sikit , so senyaplah. [Plis dont try this at home]. Adik aku yang umur setahun jagung pun dah ditanya soalan-soalan begitu baru-baru ini. Agaknya dia tanya aku macam orang pekak dia tala [tuju] ke adik aku pulak. Macam saudara aku ni, anak-anak dia semua tak sempat umur 25 lagi, tak sempat nak merasa gaji lagi dah dibaginya kahwin. Maybe anak dia menggeletis nak kawen sangat or nak elak maksiat tu aku tak tahulah pulak sebab aku malas nak ambik tahu tapi, dah anak ko settle nak bagi kahwin dah ko hala tanya adik aku pulak tu kenapa?

Korang pun mesti menghadapi nasib yang sama kan? Percayalah, perkara sebegini menang akan berpanjangan dan akan berterusan, jangan ingat "oh, aku dah kahwin tak la kena dah soalan cepu emas lagi,". Tidak ye, soalan tema lain pulak ko kena soal nanti. So beware.

Indah kan kaum melayu ni? Aku bukan nak hina kaum aku sendiri, kaum lain pun ada baik buruknya, tak terkecuali kaum aku sendiri depends on individu sebenarnya. Ini bukan cerita pasal racist ok. Sila baca dengan hati yang terbuka. Oketujebai.


Buyui

3 comments:

azataq said...

la...aku ni lagi lah...."kenapa nak ikat..muda lagi...alang2 duduk rmh..tambah je lah lagi..." hurm.....igt aku kilang anak ke apa???

jejaka yg x leh peknen said...

ko bkn kilang ker?

azataq said...

ja: bukan....