Thursday, December 22, 2011

review : Tabu by Shaz Johar


*ini bukan propa ni betul aku baca novel ni 

Masa utk review second book from Shaz Johar aka Jejaka Anggun kita tittled TABU. (Bila diterbalikkan jadi UBAT, aku ingat ade kena mengena dengan tragedy kes mati makan pil diet berlebihan ) .Before this penulis ada tulis buku tajuk Kougar , aku dah review dah pun and semalam tepat pukul 12.45pm selesai aku baca TABU his second novel. 

"Kipas susah mati," Mr I cakap kat aku semalam. Aku tersenyum.

"Ha la, bagi support sebab aku 'kenal' [bukan la kenal tu dah jumpa depan2 aje, subjektif makna kenal tu] , kalau u pun tulis i beli ur book and support,".Aku jawab.  Kan?

Back to our core bussiness; since aku mula baca blog JA ni, membawa ke cerkon [cerita kontot] dia sampailah ke Kougar aku memang suka his way of writing. Ada lucu, macam nak sedih, sinis [aku suka bab tu :)] and many more. Penuh rencah macam hidup kita jugak kan?

Ok aku bagi sikit sinopsis sebelum aku bagi review aku untuk buku ni yang aku ambik dari laman sesawang Buku Fixi

**********

Bibi tahu dia cantik. Dia bukan BBL (Big Beautiful Lady) biasa. Hidupnya selesa dengan rakan baik yang sentiasa di sisi, dan juga kekasih gelap warga asing yang sangat setia.
Malangnya, keselesaan itu berakhir apabila dia berhadapan dengan dua misteri. Misteri ketika dia cuba mengenalpasti identiti pemilik telefon bimbit yang dia temui, dan misteri tentang kematian mengejutkan rakan baiknya.
Bibi cuba membongkar. Cuba menyelami rahsia yang disimpan oleh si mati dan cuba menyelinap zon TABU yang mungkin akan mengancam kebahagiaan dan keselamatan dirinya sendiri.
Ya, Bibi bukan BBL biasa. Di sebalik pakaian yang besar itu, tubuhnya sarat menyimpan 1001 cerita!
#oktuje.
I hope korang teruja bila baca sinopsis tu macam aku. Masa aku baca sinopsis ni penuh tanda tanya and tak sabar aku nak tunggu buku ni keluar. Bukan sebab aku "kenal" Shaz Johar ni, tapi sebab kan aku dah cakap aku suka gaya penulisan dia. And because I love reading!Nak-nak lagi aku suka macam ada unsur-unsur spy ni jugak. Kebetulan!But beware ni bukan buku penyiasatan macam Enid Blyton or Nancy Drew tu ye adik2...
Bila aku baca semalam macam aku baca Kougar dulu tak boleh nak berenti ok. Dari sehelai ke sehelai lembaran aku selak sampai habis aku khatam. Ending? Being like other typical reviewer of cos la aku akan cakap "untuk mengetahui akhiran cerita ini sila dapatkan novel ini di pasaran".
Tapi ada jugak certain part yang still longgar dari plot jalan cerita dia (aku tataulah penulis ni ada buat kajian dulu or he took it from people's experience). Aku tataulah maybe pendapat aku sama atau tidak dengan pendapat orang lain bila baca nanti, tapi harapnya penulis dapat improve lagi untuk novel-novel dia yang akan datang. Ada lagi kan JA novel-novel akan datang? 
 Contohnya :
1. Nadim yang kerja as guru sandaran di Sabah yang aku rasa Nadim ni asal KL la kot sebab penulis tak nyatakan pulak asal mana or aku terlepas? Hey aku ni bekas Guru Sandaran ok so usually Guru Sandaran ni dia akan mintak or dapat post untuk sekolah yang dia nakwhich setahu aku Jabatan Pelajaran Negeri yang handle. So aku rasa if Nadim ni orang KL takkan lah dia nak mintak post Guru Sandaran jauh dari tempat asal dia or maybe dia ada alasan kenapa dia kerja temporary di Sabah [which penulis tak nyatakan di dalam buku ni] 
2. Watak Kim kawan baik Bibi tu, pada aku sampai ke sudah kenapa aku rasa actually dia laki yang dah transform bukan wanita tulen :P? Aku ada la patah balik tengok kot aku terlepas pandang pengenalan pasal Kim ni, yang aku nampak nama betul/tak betul dia Kimberly Sideq.  
3. Sebab musabab Kim mati bunuh diri sebab nak terjun bangunan then si Mosi tak sempat nak tahan? For real? (Time ni aku terbayang2 adegan Tom kejar Jerry). Aku rasa plot cerita agak longgar di situ. Maybe boleh letak diaorang bergelut and tertolak then jatuh lalu mati. Tolong bagi alasan kukuh lagi. Ok la motif Kim bunuh diri tu dah disebutkan [sila baca sendiri novel ni kalau nak tahu kenapa] tapi tak terlalu detail la bagi aku. Aku nak lagi detail. Maybe penulis cuba nak sambungkan lagi kisah Kim ni or Shaz Johar pikir "orang dah mati, kita nak sebut buat apa lagi'.
4. Betul ke ada kes orang tersumbat dalam lubang toilet? Kalau Bibi rasa dia besar macam beberapa nama yang kita kenal, so si Anne tu besar mana lagi? For real ada ke kes tersumbat tu or imaginasi penulis semata? Too much la, tapi different la cara tragedi tu dari cerita2 klise kita dengar like bergaduh tengah panas tepi jalan macam Sembilu Kasih tu punya scene then tertolak sekali bas lalu pang terlanggar kojol..
5. Tetiba nama Rakisha keluar aku teruja, And I imagine that was Kisha dari Kougar! Oh se-neighbourhood dengan Bibi rupanya. Tu motor kapcai yg amik dia tu Yusry ke? Heh!
6. Macam Kougar jugak, beberapa perkara or situation yang we never expect happened!
7. I think satu je, novel ni tak berapa sesuai untuk bahan bacaan budak bawah umur. Bukan apa, takut terikut. Maybe nanti di book store kena letak bawah shelf subjek macam travel or keagamaan. 
And a few petikan aku ambik dari novel ni yang aku suka, [sambil baca aku tanda ok mana part aku suka dgn sticky note, aku buat macam aku baca journal untuk research aku! Kagum tak? ] Hahah!"
1. "Kami duduk bertentangan dengan sekeluarga Arab yang riuh- rendah melayan kerenah sepasang Arab yang riuh- rendah melayan kerenah sepasang anak- anaknya yang kecil. Yang lelakinya sedang menangis kuat manakala adik perempuannya leka bermain dengan anak patung yang baru dibeli. Aku tergeleng-geleng memerhatikan gelagat si ibu yang selang seminit terpaksa menyelak kain hitam yang menutupi separuh mukanya ketika meyuapkan roti. Nampak bersusah payah sekali keadaanya sewaktu itu yang cuba menjadi wanita Islam yang sempurna. Yang peliknya si Ayah yang hanya berseluar pendek, tanpa segan silu meneguk sebotol arak yang dibeli dari tempat lain.
2. Ada satu SMS dari Mosi. "Jangan lambat. Saya dah gerak ke KL Sentral. Tangkapi ku jika mampu," katanya. Tangkapi ku jika mampu? Catch me if u can?? Soalku pada diri sendiri. Aku ketawa. 
3. "Orang mana?"
Aku menarik nafas dalam-dalam. "Kenya," jawabku dengan dada yang berdebar- debar.
"Mana? Kenya? Kat mana tu?"
"Sabah." 
4. "Nama dia Firdaus? Convert ke mamak?"
"Convert."
"Convert sebab kahwin dengan Melayu ke apa?"
"Tak. Sebab bercerai dengan orang India."
So far aku boleh bagi out of 5 aku bagi 4 star for Tabu. Sesuai la jadi bahan bacaan ringan compare to Kougar pada aku masalah dia lagi berat sikit nak pikir. Syabas la sekali lagi pada penulis sebab dia try to tackel other group of readers. So lepas-lepas ni kot dia nak buat cerita skop lain pulak mana kita tahu ye dak. Kalau sambung Tabu macam kot dia terasa nak sambung Kougar lepas ni aku rasa ramai reader dia luar sana setuju kot?
FYI novel ni akan launch on 24 Dec 2011. So dia ade BOCO dekat Shah Alam. Nak tau ape tu BOCO ? Pergi sendiri cekidaut dekat blog penulis ni sendiri. Baru la korang tau BOCO tu BOCOR macam "selesa tak keringggggg" ke ke BOCO macam POCO-POCO ke. 
Tapi kalau tak sabar and jauh macam aku dekat "Texas" ni yang MPH pun nan ado apatah lagi kinokuniya or borders boleh lah beli online sajork di Buku Fixi. Dijamin sampai. Kalau korang beli harini, insya allah buku tu sampai sebelum penulis sendiri dapat merasa keharuman buku tulisan dia. Bahahaha.


Oh ya Tabu ni pun ada fanclub dia dekat Facebook. Search je TABU , KOUGAR pun ada fanclub dia dekat Facebook. Aku tak join pun, sebab aku tak nak baca dialog2 dia sebelum aku beli. Nanti tak feel nak baca. And aku tak add jugak lepas baca sebab semak akaun FB aku je aku rasa. Hahaha!
So enjoy reading. 
p/s:  This time bau buku fixi dah macam buku Harry Potter and dalam setahun dua lagi mesti bau dia macam buku teks Sejarah Peradaban Dunia Tingkatan 4 masa aku dulu , yang kertas kaler kuning tu. Tapi tak pe lah aku tau Buku Fixi ni eco-friendly ni. So pasal environment aku tak apa. 
Buyui

5 comments:

azataq said...

review nok...giler pjg...ya robi...minta ampun kat penulis kougar sebab sampai sekarang aku x khatam lagi kougar..lol.....

azataq said...

eh lg satu..aku suka jer bau kertas lama2 nok...xtau psl apa....

buyuiazliana said...

Cher : mak review pn mcm mak review journal research mak..nama pn researcher nok..harus la detail kekdahnya....

kertas lama kuning tu busuk la nok..

jejaka anggun said...

ko kan... perlu aku ungkaikan permasalahan yg ko x faham tuh?

1. nadim berasal dari mana? biarlah rahsia. ada jer kawan aku org KL tp jadik guru kat pendalaman pahang. kalo semua nak explain secara detail mau buku aku setebal 1000 mukasurat nnt.

2. nama dia terlalu urban sbg sorang wanita ker nok? ada kawan aku nama Adele, Hani Ravella n Elle Mo tapi pompuan melayu. caner tuh?

3. aku menulis bg pihak Bibi n dah Bibi tiada di tempat kejadian so dia sendiri x sure caner benda tuh berlaku kan?

4. betul. staff maxis. so ko fikir sendiri dia besar mana.

5. buku travel dan keagamaan??? hahahah!!!

buyuiazliana said...

Ok penulis dh tlg jwabkan persoalan aku yg mcm aku tgk drama melayu mcm ni la aku byk tanya.
Tp nok aku still takleh terima Kim tu wanita. Hahaha. Sukati aku je kan mcm buku aku, matiklah.