Saturday, December 3, 2011

movie review: breaking dawn part 1 bukan ombak rindu ye :)


Aku dah tengok Breaking Dawn part 1, online. Aku memang suka….sukaaaaaaaa… memang romantic part dia kali ni pada aku tidak mengecewakan. Paling aku kagum masa diaorg pergi honeymoon [sila la jangan igt aku suka part sampai katil patah tu, miahahha] bukak2 pintu laut terussssss….!!! RJ cakap “anda, umah anda pun bukak2 pintu laut..”, tapi ini ko langkah setapak dua terus laut. Umah aku saujana mata laut memandang je, tak sama ok.

And aku tak sabar tunggu part 2 pulak. Aku bukan orang yang baca buku sampai abes, lepas tu meroyan sebab byk part tak sama. Normal la kalau dah adaptasi sah2 la takkan semua nyer nak tunjuk sume 4 hari 4 malam tak abes karang kan? So, tu make it surprise for myself memang aku tahan tak baca. Cuma Harry Potter terkecuali aku gi baca dulu part ending dengan buku sebab nak tau sangat Harry kawen ngan sapa time tu. Hahahaha! So for twillight aku adalah peminat movie dia.. and bukan buku macam peminat fanatic dia sampai hapal dialog bagai. And FYI, I am team Jacob! Mueheheheh. Sebab apa??? Sebab, aku suka kaler2 tanned ala2 mcm jawa [bengong aku ni] and aku tak suka Edward si pucat lesi, tetiba ada macam gold dust [tak suka ok masa sekolah asal ada party je mesti nak ade benda tu, payah nak buang ok], and cakap lembik, aku tiup sekali terbang terus. And aku actually tak suka Bella, muka si tak ada perasaan, cakap macam malas nak bukak mulut, tapi ye lah dia comel tapi aku tak boleh tak ingat muka budak dia dalam cerita Panic Room dulu, apakah? Aku lagi suka kawan dia masa sekolah tu, nama apa tah. Pada aku budak tu lawa. Entah. Aku suka mat saleh rambut itam sebenarnya, Nampak diaorg lebh glowing, tapi melayu termasuklah aku dulu kalau boleh rambut itam tak nak. Hak tui!

Ok dari review org, semua la akan cakap apa yang dapat dari cerita ni, macam friendship, love, loyalty, and so on kan? So aku nak bagi kat korang apa benda yang aku rasa aku dapat dari twillight ni; maybelah sama ngan review lain kot?

1. Love- yes, cinta Bella kat Edward, Edward kat Bella, Jacob kat Bella, bapak Bella kat Bella, Bella sayang Jacob, adik beradik Edward yang sayang dia and Bella [suka Alice!]- sayang menyanyang..saling percaya puncak kasih berpanjangannnnnnnnn…oh..oh…

2. Trust – Bella yang percaya pada Edward, bapak Bella yang percaya Edward boleh jaga anak dara dia, Bella yang trust Jacob even tho tau Jacob ni serigala leh makan orang.

3. Friendship – between Bella and Jacob. Pada Bella la, eh tapi tu la aku tak paham pompuan ni, kejap macam sayang gila macam kawan kejap macam sayang lebih dari kawan. Ye pada aku dia pentamak semua dia nak [ni masa aku tengok full moon dulu la]

4. Loyal- tu nampak sangat2 pada Bella, gila loyal sampai Edward tinggal dia pun dia sanggup tu tunggu [ni masa New Moon], and sanggup tu nak jadi ponti just nak bersama, kalau ko nak ke, hari2 menu darahhh je…?? Tak bosan ke? Dah la tak tidur, nikmat ko apa je dapat? And do I need to say more? Jacob yang loyal pada Bella. Ini memang rasa nak berjurai air mata den ni tengok. Ada ke lagi spesis macam ni zaman ni? Even si Edward pun memula tinggalkan Bella [matikla perang meletus kalau team Edward baca ni], ye aku tak baca buku so aku tatau detailed, tapi…aku tgk pada mata aku la. Bukan nak figure out masalah dia leh blah macam tu je??? Memang la dia balik lepas tu, tapi tak ke seksa si Bella tu menunggu?

5. Paling aku sedih tu- part masa movie2 lepas tu, orang sibuk tengok pada watak utama kan? Aku tengok pada watak bapak Bella si Charlie. Mula dari awal algi masa Bella kena duduk dengan dia, tabah dia nak memenangi hati anak dia masa tu. Gila pedih wei anak panggil nama je tak panggil daddy, [memang ala ada je mat saleh panggil bapak dengan nama je]. Tu belum lagi masa Bella tipu dia masa nak jumpa persatuan ponti sedunia masa new moon tu, dia tipu bapak dia kan , cakap nak pergi mana tah…korang tak rasa ke apa perasaan Charlie kalau dia find out anak dia nak lari umah ikut jantan? Dah la masa tu dia baru 16 thn?? Sekolah tak abes lagi. And now nak kawen kan? Seriyes masa part Charlie bawak Bella to the aisle aku nak nangis. Sebab aku bayangkan kalau Charlie tu jadi bapak aku. Anak tak kerja apa lagi dah nak kawen? Kalau aku memang berat hati wei…berat hati dan sayu aku tengok muka Charlie nak lepaskan anak dia. And masa Bella pregnant, dia call la anak dia,si Bella ni dok sorok yang dia sakit kan? Aku tengok muka Charlie tu punyalah risau anak dia tak balik2 jumpa dia. Seriyes aku tak leh dowh..

Tu je la kot yang aku nampak dari movie ni. Aku nak cakap dalam banyak2 aku paling sedih kat bapak dia. Hahah!

Tapi aku suka lagu Thousand year tu by Christina Peri. Ni semua RJ punya pasal suruh aku dengar and gigih send to me. Ye dan sekarang dah kerja aku ulang2 lagu yg sama.

Buyui

No comments: